|
Reply #120 masterixs's post
Salam sr.
Untuk makluman sr. bukan maksud dan tujuan saya untuk memperkecil kitab suci agama orang lain. Jauh lagi hendak mengutuk.
Cuma, sebagai seorang Kristian, saya rasa hairan diatas minat yang sangat membesar dikalangan segelintir orang Islam untuk mencari permasalah dalam Bible, sedangkan pada hakikatnya Quran juga menghadapi masalah yang sama.
Saya percaya, Quran dan Bible menghadapi masalah yang sama pada peringkat awal. Yang membezakan Quran dan Bible, adalah tiada arahan dikeluarkan untuk menghapus ayat Bible yang berlainan kemudian mewujudkan satu kitab Bible yang standart, seperti mana yang dilakukan oleh Uthman.
Malahan berdasarkan rekod yang ditulis orang Islam sendiri, berlaku kontorversi antara semasa penyusunan semula Quran yang dibuat oleh Zaid atas perintah Uthman.
Sekali lagi, tiada niat saya untuk mempetikaikan kitab suci agama sr.
Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #121 shalom's post
yup.....adalah tidak wajar mempertikaikan kesucian kitab suci agama lain apatah lagi orang muslimin adalah tetamu dalam thread ini. Yang penting adalah jawapan-jawapan kepada pelbagai persoalan.
Begitu minat mendalam orang islam untuk mengetahui kitab bible begitu juga al-quran menarik minat orang-orang barat untuk mengkajinya semenjak ratusan tahun dahulu. Sehingga islam itu menimbulkan fobia dan menjadi musuh kuasa besar dunia selepas kejatuhan fahaman komunisme.
Khalifah Uthman al-affan adalah sahabat nabi dan kami tidak boleh mempertikaikan apa yang telah dilakukan. Ia sebenarnya seorang yang lembut dan penyayang tetapi tidak akan berkompromi dengan cubaan khianat pada agamanya. Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW telah banyak cubaan untuk mencemari agama islam. Oleh itu pelbagai ayat-ayat palsu dan wahyu-wahyu palsu telah disebarkan yang boleh mencemari agama suci ini. Khalifah Uthman telah bertindak tegas dengan memhapuskan perkara-perkara ini dan menhukum mereka yang masih menegakkan benang yang basah kerana mereka telah menghina Allah dan Rasulnya. Sebab itulah Tamadun Islam menjadi begitu kuat pada masa itu kerana kebenaran dan kesucian yang ada pada agama ini. Tetapi sekarang perkara begini tidak berlaku setelah budaya orang barat semakin meresapi jiwa muslimin pada masa ini.(hanya penerangan ringkas)
Persoalan pokoknya disini mengapa isi dan fakta pada bible bercanggah dan tidak konsisten, wahyu dari tuhan sepatutnya terlalu sempurna. Saya rasa itulah yang mereka ingin tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masterixs at 27-2-2007 10:01 AM
Persoalan pokoknya disini mengapa isi dan fakta pada bible bercanggah dan tidak konsisten, wahyu dari tuhan sepatutnya terlalu sempurna. Saya rasa itulah yang mereka ingin tahu.
...
Salam sr.
Sebelum kita menjatuhkan isi dan fakta sebagai bercanggah dan tidak konsisten, terdapat banyak pertimbangan terlebih dahulu yang perlu dibuat.
Bible tidak seperti Quran. Bible merupakan koleksi Kitab-Kitab, sementara Quran merupakan satu kitab. Kitab-Kitab di dalam bible ini ditulis pada masa dan penulis yang berbeza.
Dalam Islam sendiri sr. percaya setiap rasul membawa hukum yang mungkin berbeza antara satu sama lain.Kiblatpun berbeza walaupun Tuhan satu. Jadi bolehkah kita berkata tuhan Islam bercanggah dan tidak konsisten?
Dalam kes Bible, mungkin ada hukum tertentu di dalam Taurat berbeza dengan hukum yang tertulis dalam kitab lain. Ini bukannya bercanggah, tetapi apa yang dikenali sebagai wahyu progresif
Contohnya dalam Taurat, penceraian dibenarkan, tetapi dalam Injil melarang dll.Tetapi tidak mustahil ada pihak yang melihat ini sebagai bercanggah dan tidak konsisten.
Ada sesetengah hukum hanya khusus untuk masyarakat pada masa nabi tersebut hidup, dan tidak terpakai untuk umat generasi akan datang. Dan mungkin juga ada hukum yang sebaliknya. Semua ini bergantung kepada faktor semasa. Ada hukum bersifat setempat, ada yang bersifat universal.
Selain itu, banyak kes yang dikatakan sebagai bercanggah hanyalah disebabkan salah tafsir dan pemahaman kita yang kurang jelas terhadap maksud dan makna ayat tersebut.
Ada juga ayat yang dikatakan bercanggah, tetapi sebenarnya bersifat saling melengkapi.
Ada ayat yang memberi penceritaan secara umum, tetapi ada juga yang memberi secara detail. Sekali lagi, banyak pihak yang melihat ini sebagai bercanggah. |
|
|
|
|
|
|
|
begini.. nmpknya segalanya tidak akan berakhir sehingga bila2 kerana standard atau kayu ukur bagi sesebuah 'kitab suci' adalah berlainan bagi kami dan anda
sy ingin menanyakan 1 soalan, apakah standard/kayu ukur bagi sesebuah 'kitab suci'? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by xp_professional at 8-3-2007 09:26 AM
begini.. nmpknya segalanya tidak akan berakhir sehingga bila2 kerana standard atau kayu ukur bagi sesebuah 'kitab suci' adalah berlainan bagi kami dan anda
sy ingin menanyakan 1 soalan, apakah ...
Saya percaya pertanyaan sr. itu merujuk kepada canon Bible. Apakah kayu ukuran sesebuah Kitab itu diterima ke dalam Bible.
Dalam kes Kitab Injil, apakah criteria untuk menerima pakai 4 buah Injil yang sedia ada? Faktor utama bagi saya adalah kesaksian dalam Tradisi Apostolik. Tradisi Apostolik i merupakan saksi utama siapa pengarang Injil, mengapa ia boleh dipercayai dan mengapa ia boleh diterima pakai.
Disamping 4 buah Injil, terdapat berpuluh lagi injil yang wujud seperti Gospel of Barnabas, Gospel of Thomas dll. Kenapa Injil-Injil ini ditolak? Kerana tidak dapat dikesan dalam Tradisi Apostolik.
Tradisi Apostolik merupakan tradisi yang wujud dan hidup dalam sejarah agama Kristian. Ia merupakan saksi penting dalam sejarah agama kristian. Tradisi ini berasal dari Para Rasul dan diperturunkan kepada gereja dan dipelihara oleh gereja.
Tidak ada umat Kristian, pope, bishop, paderi yang boleh mencabar kesaksian ini. Berdasarkan Tradisi Apostolik, kita dapat dengan yakin dan pasti mana Injil yang betul, dan mana Injil yang palsu, mana ajaran Yesus yang diperturunkan kepada Para Rasul dan Para Rasul memperturunkan ajaran tersebut ke dalam Injil kemudian Injil diperturunkan kepada gereja. Saksi-saksi inilah yang dikenali sebagai Tradisi Apostolik.
Sesiapa sahaja boleh mengarang Injil dan mendakwa ia adalah firman Tuhan. Tetapi sekiranya ia tidak dapat dikesan dalam Tradisi Apostolik, dakwaan tersebut tidak membawa apa-apa makna.
Dalam soal ini, saya tidak katakan Tradisi Apostolik lebih tinggi dari Injil. Injil tetap teratas dari semua , tetapi bagi injil yang sahih sahaja. Injil pseudo seperti Gospel of Barnabas, Tradisi Apostolik akan menjadi hakim kepada mana-mana pihak yang mendakwa Gospel of Barnabas adalah asli.
Mungkin rakan-rakan dari Protestan dapat memberi jawapan berdasarkan pemahaman mereka.
[ Last edited by shalom at 8-3-2007 11:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 15-2-2007 01:51 PM
Maksud sy tersilap salin ke apa-apa saja, macam nak eja kereta, jadi kerata...dll.
Dalam banyak-banyak kesilapan salinan itu, xda satupun yang menjejaskan dokrin.
Lagipun, memang adatla...semua buku kekadang ada masalah tersebut. Quran pun tidak ketinggalan sr...
didalam al quran tidak ada langsung kesilapan menaip atau apa saja,,,,
kitab al quran adalah kitab al quran ,,,tak kan ada orang nak buat memain,,
disebab kan kitab alquran kitab Allah,,,Pengeluar @ penulis akan berulang kali
menyemaknya sebelum mengeluarkan kepada orang ramai,,
kalau ada sila tunjukkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sazeryus at 16-3-2007 10:52 PM
didalam al quran tidak ada langsung kesilapan menaip atau apa saja,,,,
kitab al quran adalah kitab al quran ,,,tak kan ada orang nak buat memain,,
disebab kan kitab alquran kitab Allah,,, ...
Saya tak berbincang secara lansung tentang isu ini dalam thread cc. Isu ini juga ada dibincangkan dalam RSF oleh Barney. Dan kalau saudara berminat saudara boleh merujuk perbincangan tentang isu ini dalam forum Indonesia di :
http://www.indonesia.faithfreedom.org/forum/viewtopic.php?t=2278
dan
http://www.indonesia.faithfreedom.org/forum/viewtopic.php?t=10525
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sazeryus at 18-3-2007 07:16 PM
bagaimana anda boleh mengatakan alquran itu terdapat kesilapan padahal awak langsung tak mengkaji nya???
Saya cakap tak nak bincangkan secara lansung, bukan kata tak kaji.
Nak kata mengkaji dalam-dalam tu tidak juga, tetapi dalam usaha untuk mendapat jawapan diatas kritikan orang Islam terhadap agama Kristian, terutama Bible,kekadang saya terjumpa perdebatan atau artikel yang ditulis oleh orang Kristian atau orang lain tentang Quran dan kepercayaan orang Islam.
Jadi hasil dari pembacaan tersebut, saya dapatla maklumat serba sedikit.
Satu lagi, ini merupakan ruangan CC, khas untuk membincangkan isu berkenaan Kristian. Benda-benda Bible korup, Quran korup telah banyak dibincangkan di RSF.
Lagipun bukan polisi saya untuk mempertikaikan agama orang lain卼etapi kalau setakat untuk memulangkan paku buah keras ada la sikit-sikit dengan orang-orang tertentu.
Jadi nasihat saya cuma satu, sebelum saudara terlalu ghairah mempertikaikan agama orang lain, adalah lebih baik saudara perhatian permasalahan yang berlaku di dalam agama saudara sendiri.
Terima kasih
[ Last edited by shalom at 19-3-2007 11:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun dalam ajaran2 Islam kerap menekankan terdapatnya perbezaan yang besar di antara Alkitab dan Al Quran(memang diakui perbezaan ada), tetapi ternyata di dalam Al Quran itu terdapat juga persetujuan terhadap(yang membenarkan) ayat2 dalam Alkitab.
Misalnya pengakuan tentang bahawa Al-Masih(Yesus) itu adalah Firman Allah;
Surat Al Imran 45, "Ingatlah bahawa malaikat berkata:Ya, Maryam,sesungguhnya Allah memberi kabar gembira kepada engkau dengan kalimat ("word") dari padaNya(yakni seorang anak "whose"), namanya Almasih "Isa anak Maryam."
Jadi hal ini menunjukkan satu pernyataan bahawa "kalimat" yang digunakan merujuk kepada seseorang. Seorang sarjana Muslim(Al Shaikh Muhyi Al Din al"Arabi) mengatakan "Kalimat adalah Allah dalam hakekatnya... dan Ia adalah tidak lain dari satu pribadi ilahi" (dalam buku "Fusus al Hukm", bahagian II, hal 35). Dia juga berkata bahawa "kalimat" adalah peribadi ilahi (hal 13).
Bukankah ini sama benar dengan apa yang dikatakan mengenai Al-Masih dalam injil Yohanes?
"Pada mulanya adalah Firman(kalimat); Firman(kalimat) itu bersama-sama dengan Allah dan Firman(kalimat) itu bersama2 dengan Allah dan Firman(kalimat) itu adalah Allah... Firman(kalimat) itu telah menjadi manusia" (Yohanes 1:1,14).
Sekali lagi, kalimat merujuk kepada seseorang atau satu peribadi...
Jadi Al Quran sendiri membuat kesaksian bahawa Yesus(Al-Masih) itu adalah Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by witara at 19-3-2007 12:12 PM
Walaupun dalam ajaran2 Islam kerap menekankan terdapatnya perbezaan yang besar di antara Alkitab dan Al Quran(memang diakui perbezaan ada), tetapi ternyata di dalam Al Quran itu terdapat juga per ...
Sebagai tambahan berdasarkan maklumat yang saya perolehi (itupun kalau artikel tersebut berdasarkan sumber yang betul)
Razi melaporkan cerita berikut yang juga dilaporkan oleh Ibn Khatir:
... Ibu Isa bertemu dengan Ibunya yahya, keselamatan bagi mereka. Kedua ibu itu sedang hamil: yang satu mengadung Isa; yang satu lagi mengadung Yahya.
Ibu Yahya bertanya kepada Maryam, 揈ngkau rasakan ada bayi dalam kandunganku? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tinangol_csm at 19-3-2007 01:10 AM
cuba klik link yang shalom tu bagi.....tak sanggup ke ??
nak cakap lagi pasal coruption ke ??
pertama>>>banyak bahasa indonesia yg aku tak faham,,,
kedua >>>link kedua tak de kaitan dengan alquran,, itu sejarah tokoh terkenal,,,
lalalalala,,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Surat Al Imran 45, "Ingatlah bahawa malaikatberkata:Ya, Maryam,sesungguhnya Allah memberi kabar gembira kepadaengkau dengan kalimat ("word") dari padaNya(yakni seorang anak"whose"), namanya Almasih "Isa anak Maryam."
firstly aku nak tanye ko orang indonesia ke??? aku kurang faham apa yg kau tulis ,,,,
dan ayat yg kautulis tu tak lengkap,,,apa yang tertulis dalam ("word) ? lailahaillallah ke ?
Jadi hal ini menunjukkan satu pernyataan bahawa"kalimat" yang digunakan merujuk kepada seseorang. Seorang sarjanaMuslim(Al Shaikh Muhyi Al Din al"Arabi) mengatakan "Kalimat adalahAllah dalam hakekatnya... dan Ia adalah tidak lain dari satu pribadiilahi" (dalam buku "Fusus al Hukm", bahagian II, hal 35). Dia jugaberkata bahawa "kalimat" adalah peribadi ilahi (hal 13).
didalam perenggan ini saya tak paham apa yang awak tulis
sesungguhnye saya kurang faham dengan bahasa indonesia,,,boleh anda terjemahkan dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris??
Bukankah ini sama benar dengan apa yang dikatakan mengenai Al-Masih dalam injil Yohanes?
"Pada mulanya adalah Firman(kalimat);Firman(kalimat) itu bersama-sama dengan Allah dan Firman(kalimat) itubersama2 dengan Allah dan Firman(kalimat) itu adalah Allah... Firman(kalimat) itu telah menjadi manusia" (Yohanes 1:1,14).
Sekali lagi, kalimat merujuk kepada seseorang atau satu peribadi...
Jadi Al Quran sendiri membuat kesaksian bahawa Yesus(Al-Masih) itu adalah Allah.
yg membuat kesaksian bahawa jesus itu adalah allah adalah didalam bible,,iaitu surah yohanes,,,,,
lagi satu didalam alquran,,,,tidak ada ayat yg betul2 strett the point mengatakan ,,,
Nabi Isa itu tuhan bukan?,,,,dia sendiri mengakui didalam alquran bahawa dia bukannya tuhan,,,
bagai mana pula orang lain boleh anggap dia tuhan,,,
hanya orang yang anggap dia tuhan sahaja akan buat kenyataan sebegitu,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 19-3-2007 12:49 PM
Sebagai tambahan berdasarkan maklumat yang saya perolehi (itupun kalau artikel tersebut berdasarkan sumber yang betul)
Razi melaporkan cerita berikut yang juga dilaporkan oleh Ibn Khatir ...
maklumat dari anda tidak lengakap,,saya tidak boleh jawab ,,,,sebab awak tak nyatakan dari surah mana ayat tersebut,, |
|
|
|
|
|
|
|
Lukas Fasal 4 , ayat 8
4:8 Tetapi Yesus berkata kepadanya: "Ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!"
kenapa yesus tidak berkata ,,kepada aku sajalah engkau berbakti,,???
bukankah dalam ajaran kamu yesus dan Allah itu adalah sama???
|
|
|
|
|
|
|
|
kepada witara lain kali tolong beri ayat dengan lengkap
Surah ali imran,,
45(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Bahawasanya Allahmemberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seoranganak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripadaAllah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, seorang yang terkemukadi dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan(diberi kemuliaan di sisi Allah).
ada apa lagi yg bercanggah dengan ayat ini??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #135 sazeryus's post
rasanya tak de beza sangat bahasa indonesia dengan malaysia...
belajar itu satu ibadat. rajin2kan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sazeryus at 19-3-2007 06:47 PM
pertama>>>banyak bahasa indonesia yg aku tak faham,,,
kedua >>>link kedua tak de kaitan dengan alquran,, itu sejarah tokoh terkenal,,,
lalalalala,,,,,,
Yup, itu bahasa indon, tetapi bagi diri saya, saya dpt memahami 90% apa yang ditulis..
Mungkin terlalu banyak nonton tv indon kot...bagus bangat..
Link kedua itu, walaupun lebih kepada artikel mejelaskan sebab2 pemberontakan kepada usman, tetapi ia turut mencatatkan salah satu faktor pembunuhan usman adalah kerana sesetengah orang Islam percaya Usman telah mengkorupkn Quran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shalom at 20-3-2007 08:33 AM
Yup, itu bahasa indon, tetapi bagi diri saya, saya dpt memahami 90% apa yang ditulis..
Mungkin terlalu banyak nonton tv indon kot...bagus bangat..
Link kedua itu, walaupun le ...
iya ke...,,mungkin anda tak tahu kenapa ada orang tuduh dia macam tu,,,
pertama sebab dia dituduh membakar alquran ,,,,,tuduhan mencemarkan kesucian al quran itu adalah tidak benar kerana ia amat wajar bagi memastikan ketulenan al quran terpelihara daripada pengaruh loghat tempatan yang pelbagai , so dia telah membuat supaya alquran dibuat dalam satu versi sahaja iaitu di gelar Mashaf Utmani...
kedua ,,,kononnya ada pihak yg mengataka Saidinan Uthman,,,mengamalkan nepotime,,,hakikatnya gabenor yang dilantik sememang nya berkelayakkan cuma secara tidak sengaja terdiri daripada kaum keluarganya
kalau ikutkan ada lagi 3 tuduhan palsu,tetapi disini bukan tempatnya saya menjelas perkara ini,,, |
|
|
|
|
|
|
|
haiya,,,saya manyak pelik dengan ini olang ,,,,
macam mane boleh cakap al quran boleh ada kurap,,padahal dari dulu sehingga sekarang para tahfiz al quran tidak pupus di telan zaman,,,,
eh,,, agama lu olang ada tahfiz ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sazeryus at 21-3-2007 11:50 PM
haiya,,,saya manyak pelik dengan ini olang ,,,,
macam mane boleh cakap al quran boleh ada kurap,,padahal dari dulu sehingga sekarang para tahfiz al quran tidak pupus di telan zaman,,,,
...
Soalan itu sepatutnya dijawap oleh orang Islam sendiri.
Kalau apa yang sr. katakan itu benar, mengapa pulai Ibn Masud membantah Quran standart yang dibuat oleh Uthman? Bukankah Ibn Masud merupakan antara tahfiz Quran? |
|
|
|
|
|
|
| |
|