|
Jadual di bawah cuba mengilustrasikan perbezaan tersebut;
KRITERIA
Code:
SISTEM DEMOKRASI
Kedudukan dan fungsi :
Suatu kemestian ('wajib') yang menjadi thariqah mewujudkan kedaulatan rakyat
Objektif :
Membentuk majlis perwakilan yang menjadi badan penggubal (legislator)
Keterlibatan rakyat :
Semua rakyat berhak menentukan pemimpin dan kepala negara seterusnya undang-undang berdasarkan suara majoriti
Wakil :
Siapa sahaja berhak dipilih sebagai wakil asalkan memenangi kutipan suara terbanyak
KRITERIA
Code:
SISTEM ISLAM
Kedudukan dan fungsi :
Suatu yang Mubah (harus) bagi membentuk Majlis Umat serta mencalon Khalifah
Objektif :
Membentuk Majlis Ummat yang menyuarakan aspirasi rakyat dalam konteks memuhasabah Khalifah dalam urusan administrasinya
Keterlibatan rakyat :
Semua rakyat berhak menyuarakan aspirasinya kepada Khalifah tetapi hanya kaum muslimin berhak memilih calon Khalifah yang akan dibai'at melaksana tuntutan (peraturan) Al-Quran dan As-Sunnah
Wakil :
Untuk Majlis Ummat, rakyat bebas memilih wakil mereka. Tetapi untuk calon Khalifah, syara' menetapkan hanya muslim lelaki yang baligh, berakal, adil, merdeka dan berkemampuan sahaja yang boleh dipilih
Thariqah (jalan/method) Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam Berpolitik Membentuk Pemerintahan (Negara)
Dalam konteks umat Islam melakukan aktiviti politik menegakkan syari'at Islam melalui institusi negara (Khilafah), adalah perlu ditegaskan dua prinsip: Pertama, bahawa aktiviti seseorang muslim wajib bersandar kepada hukum syara', bukan bersandar kepada selainnya, seperti kemaslahatan, hawa nafsu, atau logik. Kerana itu, perjuangan umat untuk mendirikan Khilafah wajib didasarkan kepada hukum-hukum syara' dan tidak boleh didasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan yang tidak syar'i. Keterikatan kepada syariat Islam adalah kewajiban tiap muslim. Kedua, bahawa umat Islam wajib mengambil suri teladan (uswatun hasanah) dari Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dalam masalah ini. Ini adalah kerana, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah memberi teladan bagaimana caranya untuk mengubah masyarakat jahiliyah menjadi masyarakat Islam. Kita wajib meneladani manhaj (jalan) Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." [TMQ Al-Ahzab [33]: 21].
Berdasarkan dua prinsip itulah, maka langkah-langkah untuk mendirikan Khilafah dapat disarikan sebagai berikut:
1. Perjuangan harus dilakukan secara jama'i (berkelompok) kerana mendirikan Khilafah adalah tugas yang berat yang tidak akan mampu dipikul oleh individu. Kerana itu, umat wajib berkelompok (berjamaah) untuk mendirikan Khilafah kerana tanpa kelompok tersebut tidak mungkin kewajiban mulia ini dapat direalisasikan secara sempurna. Ini adalah sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud: "(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, yaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang ma'aruf dan melarang dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." [TMQ Ali-Imran [3]: 104].
2. Perjuangan harus berada di jalur politik (siyasah). Ini adalah kerana mendirikan Khilafah merupakan masalah politik sehingga thariqah yang relevan untuk mendirikannya tentulah melalui pendekatan politik. Penggunaan jalan politik ini bukan bererti menghalalkan segala cara, sebagaimana amalan politik saat ini yang sangat kotor. Jadi, mendirikan Khilafah paling tepat dilakukan oleh sebuah kelompok politik.
3. Perjuangan tidak menggunakan cara kekerasan (fizik), misalnya dengan membentuk pasukan bersenjata untuk menyerang penguasa. Dari seerah dapat diperhatikan bahawa aktiviti Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di Mekah terbatas hanya pada dakwah secara lisan dan tidak melakukan kegiatan apapun yang bersifat fizik sehinggalah Baginda berhijrah. Bahkan tatkala tokoh-tokoh Madinah menawarkan kepada beliau pada Bai'atul Aqabah II agar mereka diizinkan memerangi penduduk Mina dengan pedang, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab "lam nu`mar bi dzalika ba'du" (Kami belum diperintahkan untuk melakukan yang demikian (perang)).
4. Perjuangan dakwah intelektual; pemikiran-politik (fikriyyah-siyasah) wajib menempuh tahap-tahap (marhalah) yang dicontohkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
Dengan mendalami seerah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di Mekah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islam di Madinah, akan kita dapati ia berjalan dalam tiga tahapan (marhalah) berikut :
a) Tahapan Pembinaan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk ahli-ahli yang mempercayai pemikiran Islam dalam rangka pembentukan kerangka tubuh jamaah/kelompok.
b) Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam, hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
c) Tahapan Pengambilalihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia. Adapun di dalam konteks memilih pemimpin yang akan dibai'at menjadi Khalifah, para sahabat ketika zaman khulafa' ar-rasyidin pernah meneladankannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai contoh, pemilihan Saidina Abu Bakar dan Umar yang rentetan perlantikan mereka diringkaskan di bawah:
Pertama, Khalifah Abu Bakar
a. Diadakan pertemuan (ijtima') oleh majoriti Ahlul Halli wal Aqdi*
b. Ahlul Halli wal Aqdi melakukan pencalonan (tarsyih) bagi satu atau beberapa orang tertentu yang layak untuk menjadi khalifah.
c. Dilakukan pemilihan (ikhtiyar) terhadap salah satu dari calon tersebut.
d. Dilakukan bai'at in'iqad bagi calon yang terpilih.
e. Dilakukan bai'at ta'at oleh umat kepada khalifah.
Kedua, Khalifah Umar bin al-Khathathab
a. Khalifah itu meminta pertimbangan (istisyarah) kepada Ahlul Halli wal Aqdi mengenai siapa akan menjadi khalifah setelah ia meninggal.
b. Khalifah itu melakukan istikhlaf (menunjukkan pengganti) kepada seseorang yang akan menjadi khalifah setelah ia meninggal. Setelah itu akan dilakukan 2 langkah lagi.
c. Calon khalifah yang telah ditunjuk akan dibai'at dengan bai'at in'iqad untuk menjadi khalifah
d. Dilakukan bai'at a t-ta'at oleh umat kepada khalifah.
* Ahlul halli wal aqdi adalah sekelompok individu yang menjadi wakil umat keseluruhan untuk tujuan mengangkat calon khalifah sebagai khalifah.
Khatimah
Secara asasnya, pilihanraya bukanlah suatu keharaman dalam Islam. Ia hanyalah suatu mekanisme (proses) yang boleh digunakan (selama mana tidak ada unsur penipuan) bagi tujuan yang dibenarkan yakni membentuk Majlis Ummat dan mencalonkan seorang Khalifah yang akan dibai'at oleh sekalian umat Islam sebagai pemimpin umum mereka. Namun ianya bukan Thariqah Rasulullah untuk meneggakan Negara Islam. Apa yang menjadi percanggahan di sisi syara' sekarang adalah pilihanraya disalahguna sehingga ia dijadikan satu-satunya jalan untuk membentuk sebuah majlis legislatif yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang kehidupan selain dari wahyu (Allah) . Barat menjajakan demokrasi ke negara-negara Islam dengan bertopengkan kepada pilihanraya, lantas bila umat mengambil pilihanraya mereka juga mengambil pakej bahawa kedaulatan di tangan rakyat yang mana kuasa rakyatlah yang memilih sistem mana yang mereka inginkan, tambahan pula sikap kuku besi pemerintahan menjadi pemangkin kepada penyuburannya demokrasi ini. Selagi kapitalisme dan demokrasi menjadi asas sistem yang memancarkan undang-undang yang mengatur urusan rakyat, selagi itulah Islam tidak akan berjaya diterapkan sepenuhnya. Bahkan Barat akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan sistemnya agar ia terus diterapkan, walau dengan apa cara sekalipun (meskipun dengan cara yang bertentangan dengan aspirasi kebebasan (demokrasi) itu sendiri). Sayugia diingatkan bahawa bukan pilihanraya menjadi isu, tapi yang menjadi isu adalah layakah kita menjadikan suara majoriti manusia se bagai asas pembuatan peraturan hidup kita, Apakah kita berhak mengundi hukum Allah? "Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata" . [TMQ Al-Ahzab, 33:36]
Wallahua'lam
kredit : http://www.freewebs.com/islamkaffah/hakikatpilihanraya.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulyusoff at 3-3-2008 03:48 PM
saya nak tanya karkun2 tabligh kat sini:
Mengundi tak dlm pilihan raya tahun ini?
Sebab saya temui ramai org tabligh yg tak mahu mengundi, sebab alasan mereka : "Nabi tak buat."
dolu2 masa tengah kuat tabligh mmg aku tak undfi tp sekarang undi jugak!tapi aku tak akan 'taksub' kat mana2 parti!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 8-3-2008 12:02 PM
Secara asasnya, pilihanraya bukanlah suatu keharaman dalam Islam. Ia hanyalah suatu mekanisme (proses) yang boleh digunakan (selama mana tidak ada unsur penipuan)...
yang ini yang menyebabkan ramai orang tabligh ambik jalan tengah!!terus tak undi!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga orang2 tabligh ni. Eloklah kalau u all dapat sedarkan semua ahli2 PAS yang taksub pada tok2 guru mereka supaya ikut u all pegi bedakwah ke India. Tanpa mereka negara kita akan aman dan sentosa tanpa ajaran2 sesat yang mereka bawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 8-3-2008 01:16 PM
Bagus juga orang2 tabligh ni. Eloklah kalau u all dapat sedarkan semua ahli2 PAS yang taksub pada tok2 guru mereka supaya ikut u all pegi bedakwah ke India. Tanpa mereka negara kita akan aman dan ...
Teman adalah JT.
Dan teman mengundi pada ari SAbtu lepas.
Yang pasti teman tidak mengundi Partai yg menifu rakyat, songlap $$$, rasuah merasuah, menganggap negara ini adalah HAK nyer.
Bley berbuat sesuker ati.
Sana cakap lain............sini cakap lain.
SEghoper munafiq jer lagak nyer.
Dan yg suker meraba/memegang pompuan yg bukan mahram nyer.!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 6-3-2008 11:10 AM
Ye ke?.Sedangkan susah bagi orang Palestin nak masuk ke sana, apa lagi orang yang luar macam kite ini
Karkun Malaysia memang tak boleh masuk Israel sebab kita takder hubungan diplomatik dengan mereka tapi karkun dari negara lain bebas untuk masuk sana. Yang menjadi persoalan ialah kenapa kerajaan zionis laknat Yahudi itu membenarkan dakwah tabligh ini sedangkan kita tahu bahawa mereka memusuhi Islam sejak dari dulu lagi. Mereka membenarkan agar JT menjalankan kerja2 dakwah mereka kepada orang Palestin agar tidak ada lagi gerakan bersenjata untuk membebaskan Baitulmaqdis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 6-3-2008 01:39 PM
Bro Grave ada di situ ke waktu tu? Kenapa saya ketika dan sebelum solat dalam Jemaah ribuan orang ketika itu tak nampak tentera pun, waktu lain pun tak nampak. Saya bukannya dok dalam masjid ...
Ya..dan saya dapat maklumat ini pun dari karkun2 tempatan sana. Mereka kata tempat tu adalah bekas kem tentera dan dijamin selamat untuk dibuat perhimpunan besar.
Jumpa di Jor Penanti nanti kerana minat saya suka menghadiri perhimpunan2 besar tak kira apa agama dan mazhab pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 11-3-2008 04:58 PM
Ya..dan saya dapatmaklumat ini pun dari karkun2 tempatan sana. Mereka kata tempat tuadalah bekas kem tentera dan dijamin selamat untuk dibuat perhimpunanbesar.
Ooo, kata orang kawasan tu bekas kem tentera, jadi kawasan tu bukannya kem tentera lah, kena jelas sikit tu nanti orang ingat masa Jorr tentera dok beramai-ramai kat situ.....
Jumpa di Jor Penanti nanti kerana minat saya suka menghadiri perhimpunan2 besar tak kira apa agama dan mazhab pun.
Semoga Allah memberi peluang kepada saya untuk kembali ke Malaysia, masih belum sampai lagi. Kalau balik nanti boleh kita jumpa di Penanti, Insha Allah.
[ Last edited by mnm77 at 11-3-2008 05:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 11-3-2008 04:52 PM
Karkun Malaysia memang tak boleh masuk Israelsebab kita takder hubungan diplomatik dengan mereka tapi karkun darinegara lain bebas untuk masuk sana. Yang menjadi persoalan ialah kenapakerajaan zionis laknat Yahudi itu membenarkan dakwah tabligh inisedangkan kita tahu bahawa mereka memusuhi Islam sejak dari dulu lagi.Mereka membenarkan agar JT menjalankan kerja2 dakwah mereka kepadaorang Palestin agar tidak ada lagi gerakan bersenjata untuk membebaskanBaitulmaqdis.
Kalau JT secara langsung terlibat dengan mana2 politik, nescaya Yahudi mudah memainkan isu2 semasa untuk memusnahkan JT.Sehigga kini mereka tiada alasan untuk berbuat demikian, walaupun mereka benci. Mereka lebih takutkan JT dari kumpulan keganasan, sebab tu mereka tak berani halang JT secara kekerasan, tapi mereka tetap cuba menyusahkan JT.
Ada juga ahli JT yg telahpun dikaitkan dengan keganasan. Namun Allah lah yang memelihara usaha Dakwah dan Tabligh. Banyak juga fitnah2 ditaburkan bahawa JT membiayai keganasan, tapi tiada bukti.
ALLAH MAHA KUASA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 11-3-2008 05:11 PM
Ooo, kata orang kawasan tu bekas kem tentera, jadi kawasan tu bukannya kem tentera lah, kena jelas sikit tu nanti orang ingat masa Jorr tentera dok beramai-ramai kat situ.....
Semog ...
OK..kebetulan saya tanya pada karkun tempatan tu sebab terlihat ada lori2 tentera siap dengan peralatan yang lengkap di hari kedua ijtima' tersebut. Mereka kata sebab takut nanti ijtima' tu di seludup masuk pengaruh2 dari gerakan pemisah Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mnm77 at 11-3-2008 05:20 PM
Ada juga ahli JT yg telahpun dikaitkan dengan keganasan. Namun Allah lah yang memelihara usaha Dakwah dan Tabligh. Banyak juga fitnah2 ditaburkan bahawa JT membiayai keganasan, tapi tiada bukti.
Rasanya takder kot sebab dulu masa ijtima' di Raiwind, puak2 Taliban telah cuba mempengaruhi karkun2 untuk menyertai perjuangan mereka di Afghanistan tapi tiada sambutan sehingga menimbulkan kemarahan mereka. Taliban dan JT ni pun asalnya dari madrasah dan pemikiran yang sama juga di Deoband.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 11-3-2008 05:41 PM
OK..kebetulan saya tanya pada karkun tempatan tu sebab terlihat ada lori2 tentera siap dengan peralatan yang lengkap di hari kedua ijtima' tersebut. Mereka kata sebab takut nanti ijtima' tu d ...
Boleh jadi, sebab kerajaan Thai memang pantau gerakan pemisah. JT tidak menyokong keganasan, jadi mungkin salah satu cara kerajaan Thai nak berdamai dengan orang Islam Selatan Thai adalah melalui sokongan moral kepada JT, tapi ini tidak bermaksud JT bersekutu dengan kerajaan Thai
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 11-3-2008 05:46 PM
Rasanya takder kot sebab dulu masa ijtima' diRaiwind, puak2 Taliban telah cuba mempengaruhi karkun2 untuk menyertaiperjuangan mereka di Afghanistan tapi tiada sambutan sehinggamenimbulkan kemarahan mereka. Taliban dan JT ni pun asalnya darimadrasah dan pemikiran yang sama juga di Deoband.
Mungkin Taliban juga terbahagi kepada 2. Satu yang radikal, satu lagi juga berdakwah macam JT.
Saya sendiri pernah ke sempadan Pakistan-Afghanistan di mana ada markaz JT kat situ, dan mereka yang ala Taliban walaupun ada yang tak setuju dengan JT tapi tidak bertelagah dengan JT. Kat situ 2 usaha yang utama, Dakwah dan Jihad. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #137 mnm77's post
Apa perkembangan terkini JT di arghanistan dan Iraq? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuman at 12-3-2008 08:44 AM
Apa perkembangan terkini JT di arghanistan dan Iraq? a
Ha'ah...nak tahu jugak. Bagaimana agaknya jemaah yang dah masuk ke negara yang bergolak itu melakukan usaha dakwah.
Dimanakah agaknya mereka i'tiqaf dan masa buat ziarah gasyt tu pi berjumpakah dengan pejuang2 bersenjata dan mengajak mereka untuk join pula keluar ke tempat lain???
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #138 kuman's post
Situasi sekarang ni saya tak pasti, tapi sebelum kejatuhan Iraq, dari sahabat2 saya dari Iraq menyatakan banyak masjid2 dikunci. Jadi secara tak langsung JT tidak dapat bergerak secara usaha kebiasaan (sebab usaha JT salah satunya memakmurkan masjid). Rakyat Iraq yang saya temui kebanyakannya sangat sekular pemikiran mereka.
Di Afghanistan sebelum kejatuhan, memang ada usaha dakwah, cuma saya rasa ia tidak diutamakan. Jihad lebih diutamakan. Banyak permusuhan kaum dan sesama Islam belot maka itulah yang menimpa umat Islam di sana. Mafhum hadith yang maksudnya lebih kurang, jika umatku saling bertelingkah antara satu sama lain, mereka akan hilang rahmat dari Allah (mungkin perkataan saya ada silap, atau sedikit berlainan).
Semasa saya di sempadan Pakistan-Afghanistan 9 tahun lalu, pernah dibawa ziarah oleh orang tempatan berjumpa pejuang Islam (saya tak ambil tahu mereka pejuang puak mana). Mereka seolah-olah berada dalam persembunyian. Saya jemput solat ke Masjid, dia datang. Tapi selepas itu tak nampak dah....
Usaha di Afghanistan saya tidak arif, tapi yang saya dengar tertib berbeza. Mereka yang ke sana kena betul2 yakin Allah, dan pertolongan Allah sampai kepada yang betul2 yakin pada Allah. Maut bila-bila. Jemaah ke Afghanistan bukannya jemaah biasa dan bukannya jemaah yang diketahui umum laporan perkembangan di sana.
Guru saya (seorang Alim Arab) pernah berkuruj di Afghanistan selama setahun. Tapi perjalanan khurujnya tidak dicerita umum dan mungkin telah dimesyuaratkan sedemikian.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #141 zulyusoff's post
Masha-Allah... cadangan yang sangat baik, Alhamdulillah
Insha Allah, berkat fikir tuan, dan diikuti usaha maka tidak mustahil usaha ke arah itu boleh dilaksanakan. Boleh panjangkan ke mensyuarat di Masjid, Sri Petaling, atau sampaikan buah fikir tuan kepada para daie tempatan untuk dibawa mesyuarat.
Wahyu Ilahi telah terputus, tapi khair dan berkat mesyuarat tidak terputus kepada Umat Nabi Muhammad SAW.
Saya doakan tuan ambil bahagian dalam usaha murni ini. |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaALLAH, usul dari Zulyusoff akan dimesyuaratkan..
Sebenarnya program tu kat Ipoh ni masa dulu2 dah pun dilaksanakan. Kami dah pun buat "petrol gash" kat dataran Ipoh, stesyen keratapi Ipoh, komplek Yik Fong dari jam 9 sampai ke tengahmalam.. Nampaknya ada jugak perubahannya. Dlm masa beberapa lama lepas tu, berkurangan para remaja yang dok melepak, berpoya2 kat tempat2 tu. Mungkin dorang pindah ke lain port tak tau le pulak.
Namun sekarang ni apabila usaha camtu terhenti, jadik cam dulu semula.. Ini bererti usaha ni kena berjalan terus menerus tanpa henti, biasa la sebab syaitan buat kerja siang malam tak pernah cuti pun. Kami je yang lemah tak mampu teruskan kerja dakwah ni...
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|