CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Pergolakan di Gaza - Update - sempadan mesir-gaza dibuka 3 hari!!

[Copy link]
Post time 10-1-2009 12:02 PM | Show all posts
:geram: :geram: :geram: :geram: bush pergi mati, jahanam bangsa israel:geram: :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2009 07:58 PM | Show all posts
Israel terus zalim



WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza, semalam.



Zionis tak endah resolusi PBB

GAZA: Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang menggesa gencatan senjata dimulakan segera tidak diendahkan Israel apabila rejim Zionis itu terus menggempur Gaza dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 783 orang dan lebih 3,000 lagi cedera.

Sekurang-kurangnya 50 sasaran di Gaza termasuk tempat pelancar roket dan kemudahan membuat bom pejuang Hamas, dibedil oleh tentera Israel dalam operasi pada hari ke-14 semalam


Jet tempur Yahudi turut menggugurkan bom di pinggir Gaza, manakala kereta kebalnya membedil sebuah rumah di Beit Lahiya menyebabkan enam penduduk daripada satu keluarga, maut.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pula mendedahkan tindakan kejam tentera Israel menghimpunkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah di daerah Zeitun sebelum membedilnya bertalu-talu menyebabkan 30 orang maut, Ahad lalu. Menurut OCHA, penduduk yang terselamat diarah berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Jalan Sala Ed Din sebelum dihantar ke hospital dalam kenderaan awam. Tiga kanak-kanak, termasuk bayi berusia lima bulan, dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Pendedahan itu disusuli keputusan Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera dimulakan dan dihormati semua pihak secara berterusan dengan menetapkan Israel berundur dari Gaza.




Resolusi yang diluluskan di ibu pejabat PBB di New York itu, turut menggesa langkah tertentu diambil bagi menyekat kegiatan menyeludup senjata ke Gaza dan sempadannya dibuka semula.

Ia juga meminta semua pihak tidak menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan untuk 750,000 penduduk di Gaza. Dalam undian yang diadakan, 14 anggota majlis itu menyokong resolusi berkenaan, manakala Amerika Syarikat berkecuali.

Hamas bagaimanapun membantah resolusi itu atas alasan PBB gagal mengambil kira kepentingan rakyat Palestin.


Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kelulusan resolusi itu tidak bermakna perang sudah tamat.

"Kami menggesa pejuang Palestin bersedia menghadapi serangan musuh dan mahu masyarakat Arab meneruskan protes mereka," katanya kepada al-Jazeera.

Tentera Israel berkata, pejuang Hamas melancarkan sekurang-kurangnya empat roket ke wilayahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, Israel menempatkan 3,000 anggota polis di Baitulmaqdis kerana menjangka bantahan baru diadakan selepas solat Jumaat oleh penduduk Palestin bagi menentang operasi ketenteraan Zionis di Gaza. - Reuters



kat kerja aku buat tabung tuk palestine ni... dah tak dapat nak bantu pi sana.. dapat bantu kewangan beli ubat ubatan tuk palestinian ni  dengan ikhlas  bley la sikit2...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:19 AM | Show all posts
Israel rancang laksana strategi baru di Gaza


SEORANG lelaki mendukung anaknya yang cedera
parah ke hospital di Beit Lahiya, Gaza semalam



BANDAR GAZA - Rejim Zionis meningkatkan misi ketenteraan di Gaza semalam dengan melancarkan berpuluh serangan peluru berpandu serta menabur risalah dari udara bagi mengingatkan penduduk Palestin bahawa bedilan akan dipertingkatkan.


Pertempuran yang masuk minggu kedua semalam sudah membunuh lebih 821 penduduk Gaza namun masih belum ada petanda ia akan reda walaupun kekejaman itu dikutuk masyarakat dunia.

Dalam satu serangan semalam, sebuah kereta kebal Israel membedil sembilan penduduk di sebuah taman di Jebaliya. Semua mangsa mati berkecai.

Tentera Yahudi berkata, lebih 15 anggota pergerakan Hamas mati dalam operasi semalam. Sejumlah pesawat pejuang pula membedil 40 sasaran yang dipercayai menjadi tapak pelancar roket ke Israel manakala asap dan api masih jelas kelihatan di bandar Gaza.

"Pasukan Tentera Israel (IDF) akan meningkatkan operasi di Gaza," kata satu risalah dalam bahasa Arab.

Risalah itu turut menggesa penduduk Gaza tidak membantu Hamas.


ORANG ramai berasak-asak untuk mendapatkan bekalan
makanan daripada pusat bantuan PBB di kem pelarian Shati, Gaza semalam.


Israel melancarkan operasi ketenteraan pada 27 Disember lalu dengan alasan untuk menghentikan serangan roket Hamas yang didakwa sering mengenai wilayahnya.

Sebanyak 13 penduduk Israel mati sepanjang dua minggu lalu manakala lima angga IDF mengalami kecedearaan semalam.

Hamas dan Israel menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengadakan gencatan senjata.


SEBAHAGIAN kanak-kanak Palestin mendapatkan
bekalan air bersih di Gaza semalam.


Serangan Israel di Gaza itu turut mengakibatkan bekalan makanan yang terhad melambung sehingga 400 peratus.

"Pasar kosong kerana bekalan makanan habis. Kami tidak ada pekerjaan dan kami tidak ada gaji untuk dibelanjakan" kata seorang wanita, Umm Talat.

Katanya, satu kilogram (kg) tomato dua minggu lalu dijual dengan harga AS$0.40 (RM1.41) tetapi kini ia dijual dengan harga AS$1.87 sekilogram (RM6.62). - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 09:57 AM | Show all posts



SEORANG wartawan Palestin lari menyelamatkan diri selepas
tentera udara Israel melancarkan serangan ke sebuah rumah di Gaza, kelmarin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2009 07:16 PM | Show all posts
3 terbunuh, berpuluh cedera serangan Israel di Gaza

BANDAR GAZA: Tiga penduduk Palestin maut dan berpuluh yang lain cedera dalam serangan udara dan kereta kebal Israel pada awal pagi di Gaza hari ini.

Malah, dalam serangan itu, tentera Israel didapati meledakkan serbuk 'phosphorous' yang diharamkan.

"Salah seorang yang terbunuh seorang wanita dan sekurang-kurangnya 60 yang lain cedera dalam serangan di perkampungan Khuzaa, di timur Khan Yunis," kata Dr Yusef Abu Rishdi Hospital Nasser, di sini.


Beliau berkata, lebih 55 yang cedera akibat terkena serbuk phosphorous yang dilarang undang-undang antarabangsa.

揗ereka yang terkena serbuk putih ini menyebabkan kulit terbakar," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2009 08:03 PM | Show all posts
11 Januari, 2009

Iran's Ahmadinejad Presses Egypt On Gaza Stance

TEHRAN (Reuters) - Iranian President Mahmoud Ahmadinejad called on Egypt on Saturday to clarify whether it is a "partner" with Israel in efforts to break Hamas resistance in the Gaza Strip, a news agency reported.

Iran has condemned Israel for its attacks in Gaza and expressed support for the Palestinian Islamist group Hamas, criticising what Tehran says is the silence of some Arab states. Ahmadinejad said they should cut ties with Israel.

Egypt, the only Arab state to border Gaza, has been a focus for protests by hardline Iranians who say Cairo has not done enough to help the Palestinians. Egypt has partly blamed Hamas for the violence because it failed to renew a truce with Israel.

"Today it has been heard in some of the West's political meetings that the Egyptian government is a partner in crimes in Gaza and they are after breaking Hamas as part of the resistance and bring it under their own influence," the semi-official Mehr News Agency quoted Ahmadinejad as saying.

Ahmadinejad may have been referring to Egyptian-European efforts at mediation in the two-week conflict, in which at least 821 Palestinians and 13 Israelis have been killed.

"I believe that in the current conditions, and with the crimes it is committing, the Zionist regime (Israel) is after finding a partner for its crimes," Ahmadinejad said.

"Therefore I ask the Egyptian officials to announce their stance on the Palestinian nation, especially on the inhabitants of the Gaza Strip and the Zionist regime's crimes, as soon as possible," Mehr quoted him as saying.

Israel has accused Iran of supplying arms to Hamas, which has been isolated by some Arab and international governments.

Tehran says it gives moral, financial and humanitarian support to its Palestinian ally.

Iran is embroiled in a row over its nuclear work with Washington, which accuses Tehran of seeking an atomic bomb. The United States has sought to win over Arabs in its effort to isolate Iran. Tehran denies seeking nuclear arms.

Iran's Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei on Thursday said some Muslim governments in the region had been wrong not to do more to stop Israeli attacks on Gaza.

Ahmadinejad, who often rails against Israel and the West, echoed that view, in comments carried by ISNA news agency.

"Cut your relations with the Zionist regime and boycott this regime. Don't give them a chance to influence you," he said.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2009 09:09 PM | Show all posts
Kereta perisai Israel menuju ke bandar utama Genting Gaza
11/01/2009


BANDAR GAZA 11 Jan. - Askar dan kereta berperisai Israel hari ini mara semakin jauh ke dalam Genting Gaza menuju ke bandar utama, memaksa penduduk awam Palestin yang panik melarikan diri, selepas rejim Zionis itu memberi amaran akan memperhebatkan serangan ke atas Hamas.

Ketika kedua-dua pihak terus bertempur tanpa menghiraukan rayuan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan konflik yang sudah membunuh lebih 850 rakyat Palestin, Mesir meneruskan usaha untuk merundingkan gencatan senjata antara Israel dengan pergerakan pejuang itu.

Berpuluh-puluh penduduk Palestin yang mendukung kanak-kanak kecil dan membawa beg yang dikemas secara tergesa-gesa mula meninggalkan rumah mereka di kawasan kediaman Tal al-Hawa, pinggir barat daya Bandar Gaza sejurus selepas subuh, kata saksi.

Mereka melarikan diri selepas kebanyakan penduduk tidak dapat tidur sepanjang malam kerana pertempuran sengit antara askar Israel dengan pejuang Palestin.

Kereta kebal dan unit infantri Israel memasuki kawasan kediaman Sheikh al-Ajlin di bandar ini malam tadi untuk mara lebih hampir ke tengah-tengah pusat penduduk utama di Genting Gaza.

Bedilan sengit turut dilaporkan berlaku di kawasan kediaman Zeitun, tenggara bandar ini serta kawasan Sudaniyah di barat laut.

Pesawat perang Israel mengebom kira-kira 60 sasaran di seluruh Genting Gaza sejak malam tadi sehingga awal hari ini.

Pasukan perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin dan puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

- AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2009 11:27 PM | Show all posts
Monday January 12, 2009
Palestinian death toll tops 900 - Gaza medical official
By Nidal al-Mughrabi


GAZA (Reuters) - Israeli troops fought fierce gun battles with Hamas fighters on Monday, keeping military pressure on the Islamist group while avoiding all-out urban warfare that would complicate ongoing diplomatic efforts to end the Gaza war.

Smoke rises during Israel's offensive in the northern Gaza Strip in the late afternoon January 11, 2009. (REUTERS/Yannis Behrakis)
Medical officials said the Palestinian death toll in the offensive Israel began 17 days ago had risen past 900 and included at least 380 civilians. Israel says 13 Israelis -- three civilians hit by rockets and 10 soldiers -- have died.

An Israeli military spokesman said army reservists had been thrown into the campaign that Israel launched with the declared aim of ending cross-border rocket attacks from the Hamas-ruled territory to its south.

But Israeli forces were still holding back from a threatened third stage of their deadliest assault on Palestinian militants in decades -- a push into the city of Gaza and other urban areas to add more punch to an air campaign and ground offensive.

Israeli Foreign Minister Tzipi Livni, a candidate for prime minister in a Feb. 10 election, said the surprise bombing of the Gaza Strip at the start of operations on Dec. 27 and an armoured thrust a week later had "restored Israel's deterrence".

Morning radio programmes in Israel, however, continued to be interrupted by announcements of "Colour Red" alerts, heralding rocket attacks on towns where residents have only seconds to find shelter before salvoes hit. Ten rockets landed in the first half of the day, the army said. No one was hurt.

Israeli soldiers battled Hamas militants east and north of the rubble-strewn city of Gaza in what residents called ferocious fighting.

The Israeli military said its aircraft carried out more than 25 attacks, fewer than on many previous days. They struck Hamas gunmen, weapons caches, rocket and mortar launching positions and a smuggling tunnel under Gaza's border with Egypt, it said.

"Ground forces were involved in a number of incident in which gunmen were hit," the army said in a statement.

Medical workers said Israeli forces killed eight Palestinians, including at least four civilians, in Monday's violence.
In interview on Israeli Army Radio, Livni gave no indication when the assaults might end.

Political sources said Livni, chairman of the ruling Kadima party, and her main coalition partner Defence Minister Ehud Barak, head of centre-left Labour, wanted to halt the operation in the Hamas-ruled territory as soon as possible.

But the sources said outgoing Prime Minister Ehud Olmert, who resigned as Kadima chief in September, disagreed and planned to present the issue in a cabinet forum where he has support.

CIVILIAN CASUALTIES

The Palestinian death toll since Israel's "Operation Cast Lead" began stood at 908, Gaza medical officials said. About 3,600 Palestinians have been wounded.

The health minister in the Hamas-run government in Gaza, Bassem Naeem, told reporters that 42 percent of those killed -- or about 380 -- were women and children. Israel, which says it has killed "hundreds" of fighters, has questioned civilian casualty figures from Gaza but has not offered its own estimate.

Reuters journalists covering sites of attacks and hospital facilities have seen dozens of bodies of women and children. Israel has accused Hamas, operating in densely populated areas, of using civilians as human shields.

"Every child and adult not involved with terror who has been caught as a casualty of our military efforts is a victim for which we apologise, which we want to prevent," Olmert said on Monday.

Egypt's state news agency MENA said more talks in Cairo with a Hamas delegation on an Egyptian plan for a ceasefire were planned for Monday after "positive" discussions a day earlier.

Hamas official Osama Hamdan said some delegates had returned to Damascus for consultations with the group's leadership.

Israel, which rejected a U.N. ceasefire resolution last week as unworkable, wants a halt to rocket attacks and measures to stop Hamas from rearming via the tunnels under the Egypt-Gaza border, in an area known as the Philadelphi corridor.

Western and Israeli officials said diplomats were discussing an internationally-assisted technical monitoring system to help Egypt stop weapons smuggling and intercept rocket shipments.

Egypt, concerned for its sovereignty, opposes stationing an international force on its side of the frontier.

International Middle East envoy Tony Blair said after talks with Egyptian President Hosni Mubarak in Egypt on Monday that "the elements of an agreement of the immediate ceasefire are there and are now being worked on very hard in great detail.

"This is a sensitive and delicate time in the negotiation but I hope they will bear fruit and I hope so soon. I hope we can achieve it (the ceasefire) within the coming days," Blair told reporters.

Hamdan said Hamas was working on a final position on the Egyptian proposal: "The movement has essential concerns over some aspects of this initiative and there are issues the movement cannot accept," he told Lebanon's al-Manar television.

Hamas leader Khaled Meshaal has said the group would not consider a ceasefire until Israel ended its air, sea and ground assault and lifted its blockade of the Gaza Strip.

Israeli warplanes have repeatedly bombed the Philadelphi corridor along Gaza's 14-km (nine-mile) border with Egypt, sometimes using "bunker buster" munitions that explode underground and cause shockwaves to try to collapse the tunnels.

Western diplomats, speaking on condition of anonymity, described a ground operation to retake the corridor and parts of the town of Rafah as one of Israel's leading "third phase" options if talks over a ceasefire founder.

A ground assault would allow Israel to use bulldozers and sonar equipment to root out tunnels that have yet to be destroyed with air power alone.
Local Palestinian tunnel operators estimated that several hundred of the secret passages have been disabled but that many hundreds of others remained intact.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2009 05:23 PM | Show all posts
Serangan masuk fasa ketiga


AKRAM Abu Roka dirawat di Hospital Nasser di Khan Younis di selatan
Genting Gaza selepas cedera parah dalam serangan oleh tentera Yahudi,
semalam. - AFP



GAZA CITY 12 Jan. - Pesawat perang Israel membedil rumah pemimpin-pemimpin Hamas di Genting Gaza hari ini, sementara tentera daratnya mara semakin hampir ke kawasan pusat bandar yang padat dengan penduduk.

Gerakan itu bertujuan meningkatkan tekanan ke atas pejuang Palestin sebelum Kabinet rejim Zionis mengambil keputusan dalam sehari dua ini, sama ada hendak memperhebatkan lagi serangan yang sudah masuk hari ke-17, hari ini.

Tentera Israel semalam mengumumkan unit simpanannya telah mula dikerahkan memasuki Gaza untuk membantu beribu-ribu askar yang sudah pun berada di wilayah tersebut.

Penggunaan askar simpanan memberi isyarat jelas bahawa Israel merancang untuk membawa kempen ketenteraan yang telah membunuh lebih 950 rakyat Palestin itu ke fasa ketiga yang lebih dahsyat.

Fasa itu menghendaki tentera mengambil alih lebih banyak kawasan di Gaza, langkah yang memerlukan kerahan beribu-ribu anggota unit simpanan yang berhimpun di sempadan wilayah itu.

Pegawai pertahanan berkata, beberapa ribu askar simpanan sudah pun berada di Gaza sebagai persiapan untuk fasa baru tersebut.

Pegawai keselamatan Israel mendakwa mereka telah memberi tamparan hebat kepada Hamas dengan membunuh ratusan pejuangnya termasuk komander atasan.

Tentera juga melaporkan, Hamas mengelak daripada pertempuran langsung dengan askar yang semakin mara, sebaliknya menggunakan taktik gerila yang lebih berkesan di kawasan kediaman yang sesak.

Jurucakap tentera rejim berkata, kawasan kediaman di Gaza sudah dipasang jerangkap samar dan bahan letupan, dan dalam beberapa kes patung berpakaian seperti pejuang Hamas ditempatkan di pintu masuk ke pangsapuri dan akan meletup jika askar menghampirinya.
Hamas telah berikrar untuk terus berjuang menentang keganasan rejim Yahudi.

Askar Israel sudah mula mara paling jauh ke dalam Gaza City semalam, dengan kereta kebal memasuki kawasan kediaman dan askar serta pejuang Hamas terlibat dalam pertempuran di kawasan bandar, kata penduduk Palestin.

Dalam serangan terbaru hari ini, sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dan meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami.
- AP
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 06:43 AM | Show all posts
Kezaliman Israel terhadap budak


LOAY yang buta matanya melambaikan tangan
di Hospital Shifa pada Sabtu lalu sebelum dihantar ke Arab Saudi.


RIYADH - Seorang gadis yang kehilangan kedua-dua kaki dan seorang budak lelaki Palestin yang buta akibat serangan tentera Israel di Gaza kini dirawat di Arab Saudi, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi, Hamad al-Manei.


"Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah melihat anda di televisyen dan baginda sangat tersentuh," kata Hamad kepada gadis itu yang dikenali sebagai Jamila.

Jamila yang bergerak dengan menggunakan kerusi roda berkata, dia sedang bermain di atas bumbung sebuah bangunan ketika kejadian itu berlaku.

"Saya tidak mempunyai bom atau senjata tetapi mengapa mereka (tentera Israel) menyerang saya," katanya.

Seorang lagi budak lelaki berumur 10 tahun, Loay Soboh dipindahkan ke Arab Saudi pada Sabtu lalu untuk menerima rawatan selepas matanya buta akibat serangan udara tentera Israel.

Sementara itu, Tentera Israel mengukuhkan kedudukan di sekeliling Bandar Gaza selepas operasi ketenteraan yang meragut nyawa lebih 900 penduduk Palestin tersebut masuk hari ke-18 semalam.

Bunyi letupan dan tembakan senjata api kedengaran selepas kereta kebal Israel semakin menghampiri pusat bandar yang padat dengan 500,000 penduduk.


HAMAD (kiri) bercakap kepada Jamila yang hilang dua kaki
dan kini dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi.


Seorang penduduk, Talat Jad, 30, berkata, dia mendengar bunyi kereta kebal Israel bergerak sepanjang malam berhampiran rumahnya di pinggir Gaza menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, dia dan 15 anggota keluarga yang lain berkumpul di dalam satu bilik serta terlalu takut untuk menjenguk tingkap bagi melihat keadaan di luar.

"Kami mematikan telefon bimbit kerana bimbang bunyi gajet itu mungkin didengar oleh askar Israel di dalam kereta kebal," katanya.

"Kami juga membaca al-Quran dan bersolat sehingga bunyi letupan tidak kedengaran lagi," ujarnya.

Pasukan perubatan di Gaza memberitahu seramai 18 pejuang Hamas termasuk tiga orang awam terbunuh dalam pertempuran di wilayah itu. - Agensi



**********************************************************************************************************


kekejaman yang tak dapat dibayangkan lagi dengan kata2 -

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 07:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 08:15 PM | Show all posts

Reply #131 Idelgo's post

sesiapa kalu nak post emots aje... aku akan deduct kedit wokey....  tak yah post aper2 kalu setakat  emots...  wokeyyyyy  :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 08:19 PM | Show all posts
Tentera Zionis gagal mara



JENAZAH dua penduduk Palestin yang maut akibat bedilan tentera Israel di Hospital al-Shifa, di Bandaraya Gaza, semalam.


Dua kereta kebal milik Israel dimusnahkan pejuang Hamas

BANDARAYA GAZA: Sayap bersenjata pergerakan Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, berkata pejuang mereka berjaya memusnahkan dua kereta kebal Israel di penempatan Ash Sheikh Ajlin dan Zeitun semalam, ketika jumlah rakyat Palestin yang terkorban kini hampir menjangkau 1,000 orang.

"Kereta kebal Israel memasuki kawasan Tal al-Hawa, Ash Sheikh Ajlin dan kejiranan Zeitun, lebih jauh ke dalam kawasan bandar berbanding sebelum ini. Pesawat melancarkan serangan bom, manakala kereta kebal melepaskan tembakan bertalu-talu. Pejuang bertindak balas dengan melancarkan peluru mortar," kata seorang saksi.

Tentera Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Wartawan Al-Jazeera di Bandaraya Gaza melaporkan tentera Israel mula memasuki kawasan bandar di Tal al-Hawa pagi semalam, tetapi terpaksa berundur semula ke pinggir bandar berikutan serangan balas pejuang Palestin.

Laporan sebuah agensi berita Palestin pula memetik kenyataan Briged al-Qassam sebagai berkata, unit itu menawan seorang askar Yahudi dan menahannya di sebuah rumah di Gaza.

Namun, beberapa jam kemudian rumah itu dibedil jet pejuang tentera Israel dan askar Yahudi itu turut terbunuh.


KERETA kebal Israel memasuki lebih jauh ke dalam wilayah Gaza, semalam.

Tentera Israel tidak membuat sebarang ulasan terhadap laporan itu.

Anggota perubatan di Gaza berkata, seorang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan kereta kebal di Zeitun, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka pejuang atau penduduk awam.

Beberapa orang saksi lain berkata, pasukan khas Israel sebelum itu cuba memasuki perkampungan Khuzaa di selatan Khan Yunis, berhampiran sempadannya, tetapi terpaksa berundur selepas diserang hendap.

Kereta kebal Israel kemudian melepaskan tembakan ke arah perkampungan berkenaan. Tembakan itu menyebabkan seorang wanita terbunuh, manakala 60 orang lagi cedera.


SEORANG kanak-kanak cedera terbakar dirawat di Hospital al-Shifa selepas terkena bom kimia fosforus dilepaskan Israel.



Doktor berkata, 55 daripada mereka cedera akibat terkena bom kimia fosforus putih yang penggunaannya ke atas orang awam diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Pergerakan Hamas mendakwa sejumlah askar Zionis maut dalam serangan di Khuzaa, tetapi jurucakap Israel berkata, tiada laporan tentera Yahudi terbunuh di perkampungan itu setakat ini. � AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2009 08:22 PM | Show all posts
Rabu Januari 14, 2009
Israel terus mengganas di Gaza

Serangan udara Israel memusnahkan berpuluh lagi rumah di bahagian utara, timur dan selatan sempadan bandar Gaza. -foto REUTERS



KUALA LUMPUR: Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza, menurut kedutaan Palestin dalam satu kenyataan di sini semalam.


Menurutnya pada hari ke-18 serangan ganas Israel di Semenanjung Gaza itu, rakyat Palestin bersama mereka yang menghargai nyawa manusia berkabung melihat angka kematian rakyat Palestin meningkat sehingga 905 orang sehingga ini.


Katanya pada masa yang sama mereka berdoa agar sekurang-kurangnya 4,100 yang cedera dalam serangan ganas Israel itu, yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, akan pulih dengan segera.


Kenyataan itu berkata Israel, kuasa yang menceroboh itu, masih terus tidak mengendahkan sebarang kata-kata dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, terus melakukan serangan tanpa menghiraukan nyawa dan kehidupan rakyat Palestin, mahupun undangundang antarabangsa.


Menurutnya awal pagi 12 Januari, serangan udara Israel memusnahkan berpuluh lagi rumah di bahagian utara, timur dan selatan sempadan bandar Gaza, mengakibatkan enam rakyat Palestin terbunuh, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak.


"Banyak keluarga di kawasan yang disasarkan itu hanya dapat merayu untuk mendapat mendapatkan bantuan perubatan yang diperlukan, termasuk kepada Jawatankuasa Antarabangsa pertubuhan Palang Merah.


"Mereka terperangkap, diserang, tanpa akses kepada makanan, minuman, atau eletrik. Tambah menyedihkan banyak kalangan anggota keluarga ini yang jatuh sakit, tercedera, dan semakin ramai yang meninggal dunia," menurutnya.


Katanya bagi semua jenayah perang, keganasan, dan pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik terhadap rakyat Palestin itu; ia perlu dipertanggungjawabkan terhadap Israel, dan mereka perlu dibawa ke muka pengadilan.BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 07:07 AM | Show all posts
Mayat Palestin berterbangan

SATU letupan berlaku dekat sebuah masjid di Bandar Gaza semalam.



GAZA - Sebuah jet Israel mengebom satu tanah perkuburan di Gaza semalam menyebabkan sejumlah anggota badan manusia berterbangan ke kediaman penduduk berhampiran.

Selepas serangan itu, beberapa penduduk mengutip bahagian badan manusia yang bertaburan sebelum meletakkan ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk akibat letupan bom tersebut.

"Keseluruhan Gaza kini menjadi tanah perkuburan," kata seorang penggali kubur, Salman Omar.



SEBAHAGIAN penduduk melihat kawah yang terbentuk
akibat dibom jet Israel di kawasan perkuburan Sheikh
Radwan, Bandar Gaza semalam.



Seorang penduduk berkata, kawasan itu kini berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.

"Daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung dan kami meletakkan ia ke dalam beg plastik," kata seorang penduduk, Ahmad Abu Jarbou.

Ahmad memberitahu bahawa seorang jirannya menemui tangan seorang wanita yang telah mati bertahun-tahun dahulu di kediamannya.
"Jiran saya juga terpijak cebisan daging manusia ketika dia keluar untuk melihat apa yang berlaku," jelasnya.







Tentera Israel berkata, pihaknya mengebom sebuah tempat simpanan senjata yang terletak berhampiran dengan tanah perkuburan tersebut.
Menurutnya, satu lagi serangan berhampiran menyasarkan satu lokasi yang digunakan oleh pejuang Hamas untuk melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.

Serangan tentera Israel masih diteruskan semalam dengan angka kematian melepasi 1,000 orang. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 07:22 AM | Show all posts
Israel musnah masjid


BEBERAPA penduduk meninjau rumah Menteri Dalam
Negeri Hamas, Said Siam (gambar kecil) yang terbunuh
kelmarin akibat serangan Israel di Bandar Gaza.




GAZA - Tentera Israel terus mengganas di Gaza semalam apabila melancarkan 40 serangan udara terhadap sejumlah sasaran ke atas pejuang Hamas, terowong dan masjid, kata pihak tentera rejim Zionis.

Tentera Israel memberitahu, sebuah masjid turut dibedil selepas mereka mengesyaki ia digunakan untuk dijadikan tempat menyimpan senjata.

Serangan terbaru itu dilancarkan sehari selepas bangunan-bangunan penting di Gaza terbakar akibat bedilan artileri tentera rejim.
Sementara itu, Israel mengundurkan sebahagian tenteranya pagi semalam dari kawasan Tal Al-Hawa di pinggir bandar Gaza di mana pertempuran sengit berlaku pada hari sebelumnya.

Banyak rumah orang awam musnah di kawasan penempatan yang sarat dengan penduduk itu manakala sebuah hospital turut terbakar.

Agensi perubatan Gaza berkata, setakat ini sekurangnya-kurangnya 23 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Semalam juga menyaksikan kematian Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam di tangan rejim Zionis.

Beliau merupakan pemimpin Hamas paling kanan yang maut sejak rejim Zionis melancarkan Operasi Cast Lead pada 27 Disember tahun lalu bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel. - Agensi



KOMBINASI tiga gambar ini menunjukkan letupan sebuah
rumah menerusi alat kawalan jauh ketika beberapa kereta
kebal tentera Israel melintasi kawasan berkenaan di Genting
Gaza semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 07:55 AM | Show all posts
Hospital Al-Quds dibedil

Pasukan perubatan bertungkus-lumus memindahkan pesakit yang dirawat di Hospital Al-Quds, Bandar Gaza selepas hospital itu terbakar dibedil kereta kebal Israel dengan bom fosforus, kelmarin. – AFP

Kereta kebal rejim Zionis membedil sebuah hospital di bandar Gaza menggunakan peluru meriam mengandungi fosforus putih, menyebabkan hospital itu terbakar.

Presiden Perhimpunan Agung, PBB, Miguel d’Escoto Brockmann membidas keganasan rejim Yahudi berkata, Gaza kini terbakar dan telah dijadikan neraka dunia.

Pergerakan Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel jika tentera rejim Zionis itu berundur dari Genting Gaza.



masjid dibedil.. sepital dibakar... bantuan yang datang dihalau... mmg kena musnahkan habis2an regim jahat zionis ni!! :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 08:23 AM | Show all posts
23 mayat ditemui tertimbus

GAZA 16 Jan. - Sekurang-kurangnya 23 mayat ditemui tertimbus dalam runtuhan bangunan di sekitar Gaza awal hari selepas berlaku pertempuran sengit antara tentera Israel dengan pejuang Hamas hari ini di sini.

Menurut jurucakap perubatan Gaza, kebanyakan mayat mangsa ditemui di bawah runtuhan bangunan Tal Al-Hawa di barat daya Gaza.

"Kawasan itu dipercayai dibedil oleh kereta kebal di kawasan berkenaan pada waktu subuh ini," katanya.

Tentera rejim Zionis melancarkan Operasi Cast Lead pada 27 Disember lalu, sekurang-kurangnya 1,133 rakyat Palestin telah terbunuh dan jumlah yang cedera kira-kira 5,130 orang, kata jurucakap perubatan Gaza lagi. Kira-kira 600 mangsa merupakan orang awam termasuk 355 orang kanak-kanak.


:@
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 12:25 PM | Show all posts
aku baru2 ni bermimpi aku berada di palestin..

rumah aku diserang tentera yahudi ..dan perasaan aku time tu.. betul2 dahsyat..

lepas tu aku terjaga.

aku mengucap panjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 02:27 PM | Show all posts

Reply #139 Alt-F4's post

imagine yang duk sana.....  nightmare 24/7
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.104214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list