Sempena kedatangan syawal ni..mungkin ramai para suami yang runsing dan tidak mempunyai mood...kerana tahun ini adalah giliran beraya dikampung bini... JANGAN bimbang.....kemeriahan raya tahun ini mungkin akan sekali lagi disambut dikampung anda dengan terkeluarnya....
--> Tips Menipu bini 'Raya Edition' <--
Berikan lah alasan2 yang beserta dengan bukti....Alasan mestilah munasabah....dan dapat mendatangkan perasaan simpati, tolak ansur dan mengalah dari pihak bini....antara yang boleh diguna pakai :-
I
situasi : Kampung Bini lebih jauh dari kampung kita
alasan : kosongkan akaun bank anda dan tunjukkan bukti yang kita sedang dilanda kegawatan (lari budget)... Beraya dikampung selalunya akan membawa kepada perbelanjaan yang tinggi....Tol..Minyak..tak masuk lagi tu shopping untuk mak dan bapak mentua...jadi minta ada sedikit tolak ansur dari pihak bini..
II
situasi : Beraya di Tempat Kediaman kita (sebab dekat ngan rumah mak bapak kita)
alasan : Kereta tak servise dan membahayakan untuk perjalanan jauh...takut nanti rosak tengah jalan....lagipun timing belt belum tukar lagi...sibuk budget2 pasal keluarga...pasal kereta dan keselamatan keluarga sampai lupa....
III
situasi : Beraya dikampung Kita (one more time)
alasan : Bapak kita nak bincang ngan adik beradik pasal wasiat dan amanat pembahagian harta...kalau nak kumpul adik beradik hari2 biasa memang susah...jadi mereka ambil keputusan untuk bincang pada hari raya pertama ataupun malam sebelum raya.....
Kepada sekalian para pembaca....saya ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin.... |