CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tweetytweety

AKMA AF3 - *roll call member-member lama*

[Copy link]
Post time 6-7-2008 11:11 PM | Show all posts
akma kt gempak astro penang...comel cam slalu...

gambo nk upload internet cam haram...lembab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2008 09:59 AM | Show all posts

Reply #121 britney_sapiah's post

xpe...

upload bile terluang......n internet dah kureng lembab,......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 10:02 AM | Show all posts
smlm sapa tgk Farah Syakira????
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:34 AM | Show all posts
AKMA @ GSA Penang, 5& 6 July,,,

seksa nk tangkap gambo AKMA...dia tk bergerak...duduk setempat jer...







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 7-7-2008 11:34 AM
AKMA @ GSA Penang, 5& 6 July,,,

seksa nk tangkap gambo AKMA...dia tk bergerak...duduk setempat jer...



http://i ...



toce Brit......

dah jadi little woman Gurl ni....... getting prettier
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 08:42 AM | Show all posts

Reply #123 maxxwu's post


Terlupa nak tengok Farah Syakira
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2008 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 7-7-2008 11:34 AM
AKMA @ GSA Penang, 5& 6 July,,,

seksa nk tangkap gambo AKMA...dia tk bergerak...duduk setempat jer...





Thanks

Zizan seronok la tu Akma letak tangan atas bahu dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2008 09:21 AM | Show all posts
tukang hantor mesej pepagi minggu tu pun leh luper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 09:34 AM | Show all posts

Reply #128 tweetytweety's post


Takde rezeki
Kena tengok minggu ni pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 10:04 PM | Show all posts
erm.....ala...akma muncul masa 20 minit b4 citer habis.....so...xde laaa tertingal JAUH sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 10:37 PM | Show all posts

Website Akma dah nak tutup

Jom ramai-ramai pegi tinggal pesanan terakhir

http://www.akmafc.net/akma/v1/home.php
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2008 05:42 PM | Show all posts
KELAB POP.. SEASON 2

tema : 70an..

gurls team @ AF seniors gurls

EDLIN ~ AF2
AKMA ~ AF3
NORA ~ AF4


the designers' team

HATTA
FITRI
HAZWANI

kalau uols rajin..... tengok2 ler promo ek.. bila dan waktu siarannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2008 11:48 AM | Show all posts
tajuk jer cam gempak


Kosmo ~ Rabu 16 Julai 2008

HIBURAN

Akma samseng jalanan?

Oleh FAIZAL SAHARUNI



JUGA tahu serba sedikit tentang enjin dan ragam kereta.



ISU samseng jalan raya bukannya polemik baru di kalangan rakyat Malaysia. Istilah pembuli di jalan raya ini mula popular sejak 1995, malah terus diperkatakan hingga kini.
Bukan itu sahaja, gara-gara isu samseng jalan raya terus melanda, perkara ini pernah diperdebat hebat di kalangan pengamal media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa hinggalah menembusi tembok kukuh di Parlimen.
Begitu ironinya masalah yang membelenggu pemandu, baik lelaki mahu pun wanita dalam negara ini. Individu yang tidak bersalah pun, tetap menerima padah andainya mereka berdepan dengan pesalah lalu lintas dengan atitud negatif ini.
Sebagai golongan artis dan pemandu yang sentiasa berada di jalanan, Akma atau nama sebenarnya Asiah Tunakma Abdullah juga tidak terkecuali membutir pendapat peribadi tentang isu yang belum ada pengakhiran ini.
"Apa yang saya faham, pembuli jalan raya merupakan individu yang suka ambil kesempatan di jalan raya disebabkan mahu cepat sampai ke satu-satu destinasi.
"Ada juga berlaku sesama pemandu lelaki, namun biasanya mangsa samseng jalan raya adalah di kalangan wanita," kata Akma tentang kes yang dianggap serius itu.


BERGAYA di sisi Toyota Vios kesayangannya.

Tidak dinafikan, sebagai pelakon dan penyanyi, ada waktunya gadis berusia 23 tahun ini pulang lewat ke rumah apatah lagi tuntutan kerja anak seni kurang menentu dan tidak fleksibel.
"Saya selalu balik lambat daripada menjalani penggambaran atau undangan nyanyian. Takut jugalah dengar kes-kes yang membabitkan golongan wanita sentiasa jadi sasaran pembuli jalan.
"Biasanya taktik samseng jalan raya ini langgar dari belakang kereta yang dipandu wanita depan mereka. Lepas itu mereka bakal mengugut minta bayaran lebih untuk kenakan si pemandu yang tak bersalah itu.
"aling memburukkan keadaan apabila individu yang tidak bersalah ini dirompak, malah ada juga golongan wanita diapa-apakan tanpa ada belas kasihan.
"Memang menakutkan buat para pemandu, namun hakikat itulah yang terjadi pada hari ini," ungkap Akma yang jelas memperlihat riak bimbang menerusi bebola matanya yang cantik itu.
Alasan tak patuhi peraturan
Membongkar rahsia yang tersimpan erat sebelum ini, beritahu Akma, kalau dia pulang lambat hingga dinihari dan berada di kawasan lampu isyarat bersendirian, dia terus memecut kereta dengan laju tanpa mematuhi peraturan.


KERETA jadi tempat simpan kasut dan minyak wangi Akma.

"Selalunya kalau berhenti di lampu isyarat yang tiada kereta lain, mahu tak mahu saya langgar saja tanpa tunggu lampu itu bertukar hijau.
"Ada alasan saya tak patuhi peraturan lalu lintas, malah ia tak pun dilakukan setiap hari. Dalam situasi tertentu saja saya tak ikut peraturan.
"Saya cukup takut kalau nak berhenti sendirian, mana tahu kalau ada perompak atau pun orang berniat jahat yang nak mencederakan saya, macam-macam boleh berlaku terutama dalam zaman serba moden ini
"Saya melanggar lampu isyarat dengan memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu. Saya kena betul-betul memastikan tiada kereta lain sama ada datang dari arah bertentangan atau arah lain.
"Jika langgar lampu isyarat pun, saya tetap akan memastikan keadaan benar-benar okey tanpa membahayakan keselamatan diri mahu pun pemandu lain," akui Akma memberi penjelasan lanjut tentang sikapnya yang suka langgar lampu isyarat kala waktu malam.
Begitu pun, Akma mengaku cukup bernasib baik kerana dia belum pernah mengalami kejadian buruk tatkala memandu kereta di jalanan sejak tahun 2005.
"Syukur sangat disebabkan saya belum lalui perkara membahayakan apatah lagi diganggu pembuli jalan raya semasa pandu kereta.
"Kalau setakat kena ikut rapat kereta daripada arah belakang dan ajak berlumba itu memang ada. Cuma gangguan itu masih belum di tahap membimbangkan lagi.
"Lagipun kalau bawa kenderaan, saya memang jenis yang gila-gila sikit. Memang hobi saya memandu, jadi saya rasa seronok dapat memegang stereng kereta," jelasnya yang dilahirkan pada 9 Mac 1985 sambil menguntum senyuman memikat kalbu.





Bayar kereta separuh sahaja
Beruntung badan jadi insan bernama Akma. Sudahlah cantik manis dan bergaya, dapat pula memandu kereta buatan luar negara, Toyota Vios sejak September 2006.
Paling mengejutkan, kereta yang dipandu gadis berbintang Capricon ke sana ke mari itu bukan dibayar sepenuhnya oleh Akma.
"Sebelum memasuki Akademi Fantasia 3 (AF3), saya dah ada kereta sendiri, Proton Wira. Lepas saja melangkah kaki keluar dari akademi itu, saya kumpul duit sedikit demi sedikit.
"Memang kalau ikut perancangan hendak beli kereta Toyota atau pun Honda. Saya hanya ikut kemampuan sendiri. Setelah bincang dengan abah serta keluarga, tiba-tiba abah pula yang mahu berkongsi bayar ansuran bulanan kereta.
"Saya pun sudah tentu teruja dengar cadangan abah. Lagipun abah beria-ria tidak mahu menyusahkan saya yang mempunyai komitmen untuk bayar rumah yang saya beli baru-baru ini.
"Setelah fikir banyak kali, saya pun terus bersetuju dengan saranan abah. Kesimpulannya, kami berkongsi guna kereta ini untuk ke destinasi yang ingin dituju.
"Kalau hendak diikutkan, saya yang paling kerap guna Toyota Vios ini. Mak tak bekerja manakala abah pula lebih senang ke tempat kerjanya menaiki motosikal.
"Banyak kali saya suarakan pelawaan kepada abah untuk bawa kereta ini ketika saya tidak memerlukan, tapi abah mengakui lebih mudah menaiki motosikal ditambah dengan jalan di seluruh ibu kota yang sentiasa sesak," jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Mengimbas kenangan menerima kehadiran Toyota Vios hitam itu dalam hidupnya, Akma memberitahu, kereta itu diperoleh ketika bulan Ramadan.
"Ketika itu saya sedang menjalani rakaman tazkirah di RTM. Kakak yang memaklumkan saya untuk mengambil kereta itu di Gombak, Selangor.
"Lepas pulang dari RTM, saya dan mak terus ambil Toyota Vios itu tanpa pengetahuan abah. Sengaja nak buat kejutan kepada abah.
"Saat kereta itu berada di depan mata memang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Sampai saja di rumah, saya terus tunjukkan abah. Dia terkejut tengok kereta saya.
"Lepas itu, kami sekeluarga bawa kereta itu ronda-ronda di sekitar KL. Saya belanja mereka makan, kiranya macam nak meraikan kehadiran Toyota Vios itu dalam hidup kami," luah Akma.

[ Last edited by  tweetytweety at 16-7-2008 11:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 11:19 AM | Show all posts

Balas #133 tweetytweety\ catat


Bergaya sakan atas kereta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2008 01:06 PM | Show all posts
last nite baru berpeluang nengok akma acting kat DYH's drama Farah Syakilla jadi besfren si Memei yang pegang watak jadi isteri muda Azri Ikandar......
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 09:51 PM | Show all posts

Balas #135 tweetytweety\ catat


Sama la..... tapi sikit sangat la wataknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2008 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 21-7-2008 09:51 PM

Sama la..... tapi sikit sangat la wataknya


tak per la sikit pun...at least ada...nnt bila dah lama berlakon...dpt la watak yg banyak pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 12:13 PM | Show all posts

Reply #137 chantry's post


Kalau Akma dapat watak utama citer Awekku Bukan Awekmu tu dulu mesti best
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 3-8-2008 12:13 PM

Kalau Akma dapat watak utama citer Awekku Bukan Awekmu tu dulu mesti best


tak per..tak ada rezeki akma..adalah hikmahnya..mana tau kot kot esok2 dpt offer lagi best...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 10:49 PM | Show all posts

Reply #139 chantry's post

sokong2x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.132118 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list