|
Thread Borak Board Mawi V.16: Menghitung detik.....
[Copy link]
|
|
Resepi Tempoyak Sarawak
Over here in the peninsular, tempoyak dibuat sambal or just kuah gulai ikan. Over in sarawak, we goreng the temppyak until it's yellow golden colour, sometimes with anchovies. Nice!!! simple je nak masak. Put in the oil, add in anchovies or halia or bawang putih (ikut rasa masing2) and then add the main ingredient, tempoyak. Goreng sampai yellow golden. Thats it... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Inul kempunan tidak dapat goyang gerudi di Johor....
21-07-2008 09:53:05 AM
Oleh ZIEMAN
BUKAN hendak menghukum, jauh sekali hendak menidakkan kehadiran penyanyi dangdut Inul Daratista dalam dunia hiburan di rantau ini.
Namun berita Inul yang cukup kecewa kerana tidak dapat menunjukkan aksi terbaru goyang gerudinya di Johor setelah konsertnya dibatalkan pada saat-saat akhir, sehingga hampir pitam dan tidak dapat mengawal emosi baru-baru ini bagaikan satu jenaka hiburan.
Pelik sungguh sampai hendak pitam dan terlalu sedih sehinggakan tidak dapat mengawal perasaan?
Kecewa Inul memakan diri, melampaui hukum logik sehingga tidak mampu berfikir secara rasional kenapa dan mengapa kejadian itu menimpa dirinya.
Mustahil Inul tidak tahu apa silap dan puncanya atau sengaja bersikap 'sudah gaharu cendana pula'?
Entah bebal apa yang sudah tersangkut dalam hati Inul sehingga tergamak mengucapkan "keimanannya teruji kerana konsertnya dibatal dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu dugaan dari Allah."
Lebih menghairankan bila Inul terus-terusan mengaitkan apa yang menimpa sebagai ujian dari tuhan.
"Saya merasakan usaha saya hanya sia-sia. Apa salah saya hingga diperlakukan seperti ini? Mungkin dugaan Tuhan untuk menguji keimanan saya. Pun begitu, saya tetap ingin mendengar penjelasan sebenar. Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya Allah," kata Inul lagi.
Skrip Sinetron mana yang diucapkan oleh Inul ini? Apakah dia tidak sedar atau pura-pura tidak sedar perlakuannya selama ini, iaitu goyang pinggul atau goyang gerudi adalah terang-terang satu aksi yang mengghairahkan dan termasuk dalam kategori tidak sesuai untuk tontonan masyarakat Islam.
Hendak melakukan sesuatu perkara mungkar dan ditegah, diucapkan lafaz 'Insya Allah'? oleh pemilik nama Ainun Rokhimah ini. Pernah satu ketika dulu Inul dikecam hebat setelah mengeluarkan satu kenyataan di media ingin memberi pose di majalah Playboy keluaran Indonesia.
Sedangkan di kampung halamannya sendiri, ramai yang tidak senang dengan isteri Adam Suseno ini sehinggakan ditegur oleh penyanyi dangdut senior Rhoma Irama yang mengganggap aksi goyang pinggul Inul erotik dan berbaur pornografi. Bukan sedikit yang membantah aksi menjolok mata Inul baik di Indonesia mahupun di sini.
Apakah ini satu perbezaan 'values' atau sikap tidak sensitif yang membuat Inul 'terlepas pandang' yang dia berada di sebuah negara Islam. Walaupun kita mengamalkan sikap terbuka, ada kalanya di waktu-waktu yang sewajarnya, kita harus menegah sesuatu kemungkaran apabila jelas akan membawa pengaruh tidak baik.
Dalam isu konsert Inul yang akan berpindah dari Johor ke Stadium Bukit Jalil, Selangor, adalah lebih baik seandainya dibatalkan saja hasrat itu. Apa logiknya memindahkan sesuatu kemungkaran itu dari satu negeri ke negeri yang lain? Adakah itu akan menunjukkan orang Selangor lebih liberal dari Johor?
Garis panduan untuk menganjurkan sesuatu konsert di Malaysia seharusnya sudah jelas. Kejelasannya sepatutnya sama seimbang macam di Kelantan, negeri serambi Mekah. Hitam putih dan syarat-syarat untuk menganjurkan sesuatu wadah hiburan di Kelantan jelas dan benar. Tidak perlu bantahan, tak payah pening kepala kerana terang haram dan halalnya.
Seharusnya begitu. Jangan ada yang cuba 'nodai' garis panduan ini kerana bila nasi sudah menjadi bubur seperti yang berlaku pada kumpulan Carpekpekor Dung di Perhimpunan Protes, kan susah? Barulah nak buat post-mortem. Itupun tiada tindakan diambil kerana sikap liberal pihak penganjur yang 'tidak buat apa-apa kerana kami bukan polis,' katanya.
Penganjur konsert perlu ambil iktibar atas isu konsert Inul dibatal. Kalau siang-siang permit sudah ditolak, tak payah lah nak appeal atau merayu lagi? Bila berdegil juga, itu yang sampai kerugian ratusan ribu dan penganjur tidak bersikap adil pada pihak Inul yang tidak diberitahu pembatalan hingga saat akhir. Penganjur merasakan masih ada harapan untuk meneruskan konsert tapi akhirnya batal juga.
Dalam keadaan kita mengalami berbagai kemelut politik ditambah pula dengan desakan dan tekanan keperluan hidup yang naik mendadak, ada juga yang masih teringin hendak bergoyang gerudi dengan Inul Daratista. Hendak buat perkara tidak berfaedah dan mungkar di bulan Rejab pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #104 niy\ catat
ohhhh pahit ek??
cam tak leh aku makan jer
peria pun aku tak makan
dah pernah try
tak bleh gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #123 icelemontea's post
dari belakang
mcm iras2 singa laut/dugong/anjing laut
dan sewaktu dgn nya kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ikan keli tempoyak
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #122 Syd\ catat
adehhhh
sengal betul si inul
ehhh... bukan sengal
nak cipta kontroversi
dan populariti ngan cara murahan...
tak payah ada kan terus lagi bagus
apa bodoh nak buat kat std bukit jalil pulak???
kalo boyan2 kat kl ni dah kemaruk sangat
nak tengok inul bergoyang
gi lah balik indon :@ :@ :@ :@
ehhh... bukan takat boyan jer kan
yg suka nak tengok inul bergoyang gerudi
sapa2 rakyat malaysia yg kemaruk sesangat
gi lah... naik air asia gi indon :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 Syd's post
nak tengok pandangan depan pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #110 redsentra\ catat
bila plak tak lepas red..
kan ada jer si mas idayu bergelek
masa perlawanan bola sepak hari tu...
<singapore vs selangor ke hapa tahhhh> |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 21-7-2008 01:15 PM
kueh abuk-abuk
(sedia menerima tempahan untuk hari raya. sila hubungi ahkak dino - 013****444 tekan-tekan tak dapat) sample disertakan.
http://img115.imageshack.us/img115/2402/1multipartx ...
tok seh kueh habuk-habuk...kueh batang buruk ada juai tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Sambal Tempoyak Bengkulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #129 icelemontea's post
tak payah tak payah
tak lalu |
|
|
|
|
|
|
|
ampes aje umah banglow mw kat golfcourse tu ada kawalan keselamatan...gue ingat nak letak c4 kat kete wnq 8830 tu:@ |
|
|
|
|
|
|
|
heheh
tempoyak landing atas nasik
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 21-7-2008 01:25 PM
jangan kata batang buruk, siput chokeng pun ada. nak bape kilo?
cid:_1_070745EC07073E6C0033F0544825748A
kueh siput cokeng tu flavor gedio? |
|
|
|
|
|
|
|
sambal belacan tempoyak
18 05 2008
bahan2 :
1. 15ulas cilipadi
2. 2biji cili merah
3. 2cm belacan (dibakar dahulu)
4. 1/4 cawan air asam jawa.
5. 2sudu tempoyak.
6. garam secubit.
cara2:
1. cili padi,cili merah,air asam jawa dan belacan di blend.
2. dihidang dalam piring.
3. tambahkan tempoyak dan garam.
4. gaul rata.
5. dimakan dgn ulam @ timun. |
|
|
|
|
|
|
|
syd, agak2 kalu siput tu masak tempoyak campur sayur keladi sedap tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|