Epilog: Laskar Pelangi jadi bahan bualan
Oleh Akmal Abdullah [email protected]
Kisah guru, anak murid dapat perhatian luar biasa
DALAM kunjungan ke Bali, Indonesia, minggu lalu, saya diberitahu oleh seorang kenalan di sana mengenai satu filem baru Indonesia yang kini masih ditayangkan di seluruh negara itu berjudul Laskar Pelangi. Filem itu dikatakan begitu laris di sana dan masih bertahan di pawagam meskipun ia sudah lebih dua bulan menemui penonton sejak mula ditayangkan bermula 25 September lalu.
Saya agak hairan kerana tidak pernah terdengar mengenai filem berkenaan sebelum ini. Lalu saya diberitahu lagi bahawa filem itu bukannya sebuah filem mega yang mendapat publisiti besar-besaran, malahia juga bukan filem bajet besar tetapi pengisiannya apabila ditayangkan kepada umum memberi satu kejutan besar kerana ia menyajikan satucita-cita besar rakyat Indonesia mengenai perjuangan pendidikan untuk memajukan anak bangsanya. Filem berlatarkan era 1970-an itu menunjukkan kesungguhan dua guru yang sanggup melakukan apa saja untuk mendirikan sekolah di luar bandar waima cuma berjaya memperoleh 10 murid saja dan akhirnya anak murid yang dididik itu menjadi manusia berjaya.
Difahamkan juga Laskar Pelangi adalah sebuah filem kecil dengan cerita sederhana dengan garapan yang tidaklah begitu hebat tetapi memberi kesan besar pada jiwa dan semangat penonton di Indonesia kerana olahan ceritanya yang begitu menarik dan menyentuh emosi, sesuai dengan cita rasa semasa - serius dan komedi - mengimbas kesusahan rakyatnya untuk mendapat pendidikan. Filem itu adalah adaptasi daripada novel karya Adnrea Hirata dengan menggunakan judul sama yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada 2005. Novel itu bercerita mengenai kehidupan sekumpulan anak dari keluarga miskin yang belajar di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan dan serba kekurangan.
Apabila pulang dari Bali, kebetulan saya bertemu seorang pensyarah filem dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Dr Naim Ahmad yang mengakui dia turut berkesempatan menonton filem Laskar Pelangi di sebuah pawagam Padang, Sumatera, pada bulan lalu. Dr Naim mengakui, sambutan begitu hebat untuk filem berkenaan hinggakan apabila beliau mahu membeli tiket, ia sudah habis hingga terpaksa menempah tiket pada sebelah petang untuk menontonnya pada sebelah malam. Katanya, filem itu bukan saja mendapat perhatian penonton dewasa tetapi menjadi tumpuan pelajar kerana ia menceritakan kisah budak sekolah.
Dr Naim juga mengakui filem itu bagus dari segi cerita dan persembahannya yang menarik kerana mampu memberi semangat pada mereka yang menontonnya dan pada masa boleh terhibur. Baginya filem yang bagus sebegitu nyata dapat berkongsi dengan masyarakat dan seharusnya ia wajar dicontohi karyawan filem kita - menghasilkan filem yang memenuhi kehendak masyarakat dengan semangat estetika yang baik. Laskar Pelangi berjaya mencuri hati penonton Indonesia kerana ia dekat dengan hati masyarakatnya terutama mengimbas semula zaman susah rakyatnya pada era1970-an. Sebab itu tidak hairanlah filem sebegini yang lari daripada kisah cinta klise atau muzikal, bukan lagi sebuah filem yang cuma bercakap soal hati dan perasaan pasangan romantis tetapi memberi kelainan untuk berkongsi minda dengan rakyat Indonesia sendiri dalam mengimbas susah payah bangsanya mencari ilmu untuk membangunkan negara- membawa mesej kesedaran kita harus kembali merenung melihat perjuangan sila yang serius untuk kebaikan masa depan. Filem itu sama seperti filem konsep filem Indonesia era 1980-an seperti sentuhan Teguh Karya yang menghantar cerita serius dan ada kesan spiritual dan apabila ia kini kembali mengisi pawagam Indonesia, rakyatnya mula membuka matadan barangkali sudah muak dengan filem kontemporari yang lebih bercerita mengenai kisah cinta remaja mengkhayalkan.
揝aya lihat filem ini bagus dan menyuntik inspirasi kerana ceritanya bukan dibuat-buat meskipun ia menggunakan pelakon kanak-kanak dan guru. Ia adalah kisah silam yang cuba diimbas semula untuk dikongsi dengan penonton seperti isi dalam novel. Filem macam ini elok juga ditayangkan di Malaysia. Lebih ketara dan menarik ia tidak menggunakan dialek bahasa Indonesia yang selalu kita dengar dalam sinetron atau filem Indonesia lain sebelum ini tetapi bahasa Melayu Riau yang hampir sama dengan bahasa Malaysia kerana ceritanya berlatar belakangkan masyarakat Melayu di satu daerah di selatan Sumatera. Saya juga dapat tahu filem ini sendiri membuat penggambaran di Pulau Belitong, Bangka,
Baru saja habis baca bukunya.
OMG what can I say..THE BEST. Masih terbayang2 semuanya.
To me, much better than Ayat2 Cinta sb pengolahan ceritanya. Feel setiap watak tidak terlompong tertinggal di mana-mana bahagian. Compare dgn Ayat2 cinta kekadang kita tenggelam dgn cerita tentang diri Fahri semata-mata dan tidak watak2 lain. Contohnya cerita Maria hanya di depan sahaja, sehingga kita lupa kehadirannya dan bila wataknya dibangkitkan semula di akhirnya kita sukar nak appreciate perasaan cinta itu kembali. Tp ini tak terjadi dengan LP.
One thing yg bermain di benak hati - Betulkah sylibus pelajaran di sana begitu tinggi. Sehingga Tingkatan 4 dah belajar teori2 Sains semua dan termasuk perdebatan saintis2?
Bila sebenarnya filem LP ditayang di Indon?
Rasanya mesti ambil masa utk sampai di sini macam filem Ayat2 Cinta.
Originally posted by syadail at 28/11/08 10:07 AM
Bila sebenarnya filem LP ditayang di Indon?
Rasanya mesti ambil masa utk sampai di sini macam filem Ayat2 Cinta
25 September..
masih lagi ditayangkan di pawagam Indonesia
Originally posted by aisyah_putri at 27/11/08 04:28 PM
Jika benar filem sebegini baik untuk pengisian minda dan jiwa sambil berhibur di pawagam, eloklah Laskar Pelangi dibawa untuk ditayangkan di pawagam Malaysia. Agak menghairankan belum ada pihak di negara ini ini berminat untuk mengedar dan menayangkan Laskar Pelangi di Malaysia apatah lagi untuk mengambil ruang kesempatan pada musim cuti persekolahan yang panjang sebegini untuk memberi peluang pelajar sekolah menghayati sebuah kisah yang menarik dan dekat dengan dirimereka.
Kata orang, biar mati di mata pedang daripada mati kena tendang...
memang patut bawa masuk malaysia pun
biar mereka yang malas dpt wake up call
kita ni dimanjakan sangat.. semua ada kat sekolah tu, antara kudrat nak berusaha ke tak
si lintang laskar pelangi kena kayuh basikal 80 km pergi balik ke sekolah.. dan tak pernah miss satu hari pun..
yang kita ni?? aku pulak rasa malu dengan diriku... tak berusaha sungguh-sungguh
Jakarta - Jika sudah menyaksikan film 'Laskar Pelangi' Anda pasti akan menemukan tulisan "Sampai Bertemu di Sang Pemimpi" di ending tittlenya. Kini novel kedua Andrea Hirata 'Sang Pemimpi' itu tengah dipersiapkan ke layar lebar.
Kabar itu datang dari sang sutradara film tersebut Riri Riza. Ia mengungkapkan kalau 'Sang Pemimpi' tengah dalam tahap pengembangan naskah. Jika naskahnya sudah selesai, film itu akan mulai digarap pada pertengahan 2009.
"Sekarang masih proses script development. Jika lancar semuanya, akan mulai syuting tengah tahun depan," ucap sutradara '3 Hari Untuk Selamanya' itu saat dihubungi lewat telepon genggamnya, Jumat (28/11/2008).
Novel 'Sang Pemimpi' mengisahkan kembali petualangan Ikal yang sudah duduk di bangku SMA. Namun kali ini Ikal hanya ditemani oleh sahabat sekaligus saudaranya Arai. Di cerita sebelumnya tokoh Arai belum dimunculkan. Bersama Arai, Ikal bermimpi melanjutkan kuliah ke Prancis. (hkm/eny)
Originally posted by limau_nipis at 1-12-2008 02:31 PM
memang patut bawa masuk malaysia pun
biar mereka yang malas dpt wake up call
kita ni dimanjakan sangat.. semua ada kat sekolah tu, antara kudrat nak berusaha ke tak
si lintang laskar pelangi kena kayuh basikal 80 km pergi balik ke sekolah.. dan tak pernah miss satu hari pun..
yang kita ni?? aku pulak rasa malu dengan diriku... tak berusaha sungguh-sungguh
aku kan.. bila baca jek page yg Ikal jumpa semula Lintang kat port tu.. aku mesti menangis.. mcm terasa sgt pedih hati Ikal bila tgk hidup Lintang yg genius jadik mcm tu...
takde kekesalan dihati Lintang bila dpt sempurnakan amanat bapak dia.. jgn jadi nelayan..
Originally posted by limau_nipis at 5-8-2008 10:47 AM
http://laskarpelangithemovie.com/
Diangkat dari karya Andrea Hirata, sebuah memoir kehidupan 10 kanak-kanak dari Sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong. Sebuah buku yang sangat mengesankan jiw ...