|
Ohbulan.com
![](http://www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2008/10/1_989487670l.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://jomstar.com/images/artikel/lisa_a2211008.jpg)
Sepasang kekasih yang melayari bahtera percintaan seboleh-bolehnya ingin mematrikan percintaan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Namun apabila cinta yang terbina mendapat halangan dan tentangan, bagaimana agaknya? Begitulah yang dilalui oleh Lisa Surihani. Siapa kekasih Lisa dan kenapa cintanya terhalang.... |
|
|
|
|
|
|
|
remy & Lisa serasi sehati
Oleh NIEZAM ABDULLAH & WANDA IDRIS
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN
Solekan ZULFAZLI SUHADI (P.A.C Kosmetik - 019-6106969)
Dek kerana permintaan anda, pembaca kami yang budiman, maka Pancaindera minggu ini menemukan dua pelakon yang semakin meningkat popularitinya.
Peminat drama bersiri Obsesi terbitan Zeel Production ini tentunya berpuas hati apabila dapat menatap wajah bintang utamanya sepuas hati. Remy Ishak, 26, dan Lisa Surihani Mohamed, 22, antara bakat baru yang menjadi sebutan dek kerana lakonan mereka yang semakin menyerlah dalam drama tersebut.
Walaupun Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 itu akan berakhir pada Rabu ini tetapi ramai yang menunggu di hadapan televisyen untuk melihat apakah kesudahannya. Penonton tentunya tertanya-tanya adakah Tengku Izuddin (lakonan Remy) yang membunuh Sirley sehingga menyebabkan rumahtangganya dengan Suriani (Lisa Surihani) menjadi kucar-kacir?
Populariti drama tersebut nampaknya berjaya mengangkat nama tonggak utamanya itu sehingga mereka dikaitkan mempunyai perasaan cinta.
Dan gandingan mereka berdua dilihat menjadi. Memang benar, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak dan Lisa mempunyai keserasian. Tatkala diminta beraksi manja di hadapan kamera, mereka dapat memberikan satu pose yang menarik.
Mengimbas sejarah kedua-duanya, Remy mula mencipta namanya apabila ditawarkan oleh pengarah Osman Ali membintangi filem Anak Halal.
Selepas itu namanya berjaya diukir sehinggalah ramai pengarah drama yang berebut untuk mengambilnya berlakon di bawah produksi mereka.
Lisa, bakal peguam ini pula tentunya boleh berbangga kerana anugerah Pelakon Wanita Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) ke 21 yang diperolehnya terus memberi ruang untuknya berkarya.
Walaupun ada yang berkata Lisa perlu mengasah lagi bakatnya itu tetapi bintang muda ini sedikit sebanyak membuktikan selepas diberi peranan muncul dalam filem I抦 Not Single, dia juga turut diintai oleh pengarah-pengarah lain.
揂da perasaan pada Lisa |
|
|
|
|
|
|
|
nomot dh lupa ke nak balik umah ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
WEH KORG, AKU NAK TANYA... KAT MANA AKU BLEH TGK ONLINE CRITA OBSESI NI?
BEST SGT CRITA NI. KALU TAK PUN NOVEL OBSESI KAT MANA AKU BLEH DPTKAN?
HIHI. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #129 033589's post
gedik tul bang nomot ni![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh~![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
kesian lisa....lame bang nomot meninggalkan bod ni..bg nomot janji bg nomot takkan sia2kan lisa lagi disini...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah cinta Lisa & Farid
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto NOOR AZLINA JAAFAR
Solekan ZULFAZLI SUHADI
Pakaian Cover ARMA ABD. RAHMAN, KL. (012-3409685)
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0215/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg)
Kedua-dua pelakon ini semenangnya mesra. Kemesraan itu terjalin apabila Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed buat pertama kalinya membintangi filem pertama arahan Farid Kamil, Remp-It V3 yang sudah sebulan tamat penggambaran.
Tatkala ditanya komen Lisa bagaimana berlakon di bawah pengarah mudah seperti Farid, ternyata Lisa memuji kehebatan pengarah itu.
“Saya nampak dia seorang yang mempunyai kreativiti dan keyakinan mengarahkan filem,” kata Lisa.
Sesi fotografi dengan Pancaindera yang diatur kira-kira tiga minggu lalu itu dibuat dalam keadaan yang agak kelam kabut.
Seawal pukul 10 pagi gadis berusia 23 tahun ini tiba ditemani ibunya untuk disolek kerana tepat pukul 1 tengah hari dia terpaksa keluar untuk ke temu janji lain pula.
Farid tentunya tidak banyak masalah kerana ketika itu dia ada banyak masa terluang apatah lagi filem pertama arahannya Remp-It V3 baru sahaja tamat menjalani penggambaran. Cuma Lisa mengaku dia agak penat kerana terpaksa memberi tumpuan banyak benda.
Antaranya penggambaran drama serta kelas undang-undang yang diikuti sebelum memperoleh Sijil Amalan Guaman untuk melayakkannya bergelar seorang peguam bertauliah.
Dan ketika beraksi di hadapan kamera, kedua pasangan ini masih malu-malu. Kenapa ya? Adakah mereka dilamun cinta ataupun ada sesuatu yang cuba disembunyi kepada umum? Entahlah... susah nak cakap. Mungkin kerana ketika sesi fotografi itu berjalan, banyak sangat mata yang memandang termasuklah ibu Lisa yang tak habis-habis “mengintai” anaknya itu.
Nasib baik dapat ibu yang sporting cuma Farid agak “keras” sedikit. Yalah, mungkin dah lama tak bergambar dengan perempuan selepas cintanya dengan pelakon Irma Hasmie putus di tengah jalan.
Semalam 14 Februari adalah detik yang indah bagi pasangan yang bercinta. Mana tidaknya 14 Februari sering diingat sebagai hari kekasih. Ketika itulah pasangan yang tengah angau bercinta tak henti-henti mengucapkan kata-kata cinta kepada pasangan masing-masing. Dan Pancaindera kali ini membongkar kisah cinta kedua pasangan ini dan pengalaman mereka melalui hari itu.
- Terlalu peribadi – Lisa
Ketika bercerita mengenai kisah cinta, gadis berusia 23 tahun ini tersipu-sipu malu. Puas dipaksa dan ditanya, dia tetapi ketawa apabila ditanya sudah ada yang empunya atau belum. Dari segi hilai tawanya itu membayangkan Lisa sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Saya tak suka sangat nak bercerita kisah peribadi. Saya minta maaf sangat,” katanya. Apabila ditanya tatkala tarikh 14 Februari itu menjelang apa yang istimewa diperolehnya?
Jawab gadis ini lagi, dia terima apa saja hadiah yang diberikan dengan hati yang ikhlas. Selepas didesak siapakah yang memberi hadiah itu, Lisa terus ketawa tanpa mahu mendedahkannya.
“Kalau nak sebut kisah dulu-dulu, Lisa memang dapat bunga dan hadiah. Lisa terima itu semua dengan hati terbuka. Tak ada nak komen banyak pun,” tambahnya.
Tetapi yang lebih istimewa kasih sayang pada keluarga. Akui gadis ini, dia dan keluarga sememangnya rapat dan mereka tentu sahaja saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dan hari kekasih itu bukan sahaja diraikan untuk kekasih sahaja sebaiknya terhadap keluarga. Lisa juga berkata, kalau boleh kasih-sayang itu disemai setiap hari dan bukannya menantikan tarikh 14 Februari sahaja.
“Hari-hari kita ucapkan sayang adalah lebih bagus. Yalah, tak semestinya kepada kekasih, pada emak, ayah pun boleh.
“Lagipun dalam sesebuah kehidupan itu kita perlu dicintai dan disayangi,” tambahnya.
Bercerita pandangan bagaimana hendak menghadapi cinta yang kecundang ujar Lisa, seseorang itu hendaklah berfikiran waras. Ini kerana cinta itu kadang-kala boleh memakan diri sendiri. Lalu yang perlu seseorang itu hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan di samping memohon petunjuk daripada-Nya.
“Jangan sampai bunuh diri atau melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Kita kena kuatkan semangat dan dekatkan diri kepada Allah,” nasihat Lisa kepada remaja.
Bercerita pengalamannya menghadapi kekecewaan itu, Lisa lebih suka menjadikan keluarga dan kawan-kawan sebagai tempat mengadu. Dalam masa yang sama dia mengisi ruang kerana kekosongan di hati itu dengan bersiar-siar di pusat-pusat membeli belah untuk membolehkan jiwanya tenang selain dapat membina keyakinan diri.
- Apa pencapaian Lisa?
Bergiat aktif dalam bidang seni sejak berusia 11 tahun kerana menjadi model iklan-iklan televisyen, Lisa melihat kejayaannya hari ini kerana atas kerja kerasnya. Sejak terlibat secara serius sebagai pelakon, dia telah berlakon lebih enam buah filem serta beberapa buah drama.
Dan yang terbaru dia akan membintangi sebuah filem komedi berjudul Kapoww arahan Azizi Chunk. Bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah, hasrat Lisa hanyalah satu dia ingin menggembirakan keluarganya.
Dia akan berjaya sekiranya rezeki dalam bidang lakonan itu dapat dikumpul untuk membeli sebuah rumah.
“Sekarang tengah kumpul duit nak beli rumah, Insya-Allah, kalau dah ada rumah, itulah pencapaian berharga dalam diri Lisa,” katanya. Turut berhasrat untuk bergelar peguam suatu hari nanti, gadis ini memberitahu buat masa ini dia mahu memberi tumpuan dalam bidang lakonan terlebih dahulu.
Bukan mahu mengenepikan kerjaya impiannya itu tetapi kerana mendapat peluang yang lebih cerah dalam lakonan, adalah lebih baik kesempatan itu diambil terlebih dahulu.
- Farid masih solo
Selepas cintanya dengan Irma Hasmie hancur berkecai, Farid pernah juga dikaitkan dengan beberapa gadis lain. Tetapi ia hanya sekadar gosip. Tidak lebih daripada itu. Ketika ditanya siapakah cinta terbarunya, Farid tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Bagaimanapun jejaka berusia 27 tahun ini tetap menganggap sebagai lelaki tentulah seseorang itu memerlukan cinta dan sayang daripada pasangan mereka.
Apabila kasihnya sebelum ini putus, Farid tidak menafikan kadang-kala hidupnya itu agak sunyi. Tetapi dia merasakan kadang-kala cinta yang terlalu didambakan boleh menggagu tumpuan.
“Memang saya memerlukan seorang wanita dalam hidup ini tetapi masih belum ada lagi. Tak apalah... kita tunggu dan lihat dulu,” katanya.
Mengimbas sekejap pengalaman lama, Farid mengaku kelemahannya mengharungi perjalanan di alam percintaan. Tak mahu lagi mengingati kisah pilu itu tetapi mengakui tarikh 14 Februari sememangnya hari yang cukup bermakna.
Bagaimanapun pada tahun ini tarikh itu tidak diabadikan bersama kekasih sebaliknya dia meraikan bersama keluarga di kampung.
“Sejak semalam hingga hari ini saya berada di kampung. Saya “raikan” hari kekasih dengan keluarga. Tak salahkan?” katanya. Yalah, memang tak salah kalau tak ada kekasih.
Berkongsi pengalaman bagaimana menghadapi cinta yang kecundang, Farid memberitahu dia lebih suka mengadu setiap masalah itu kepada ibunya. Baginya, terapi itulah sangat mujarab kerana ibu boleh sama-sama memberikan pandangan.
“Saya pernah putus cinta. Ketika itu orang pertama yang saya cari ialah ibu untuk membantu menyelesaikan masalah. Bagi orang yang putus cinta pula perkara pertama yang perlu dielak ialah jangan berdendam. Buangkan perasaan itu,” jelasnya.
- Tidak “cantas” sesiapa
Ada orang berbisik kononnya krisis yang berlaku di antara Pierre Andre dengan produser David Teo telah digunakan Farid untuk mengambil kesempatan yang tersedia itu. Farid dikatakan menggunakan peluang tersebut sehinggalah David memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi pengarah filem Remp-It V3 itu yang sebelum ini mahu diberikan kepada Pierre.
Tidak terkejut dengan pertanyaan itu, Farid menjelaskan kekeruhan hubungan bossnya dan Pierre tidak ada kaitan dengan peluang yang dia peroleh dalam syarikat berkenaan. Sebaliknya Farid telah lama bersetuju untuk bekerja dengan David dan seterusnya menjadi pengarah sebelum Pierre diambil bernaung di bawah syarikat produksi itu lagi.
“Bukan soal saya nak cantas sesiapa tetapi David nak bagi peluang kepada saya dah lama. Masa tu Pierre belum turut serta lagi dengan syarikat David,” katanya.
Mengenai pengalaman pertamanya mengarah, ujar Farid pada mulanya dia agak tertekan kerana selain membuat kerja-kerja arahan, dia juga turut berlakon dan menulis skrip filem itu. Tetapi sebagai persediaan Farid sudah membuat perancangan rapi ketika dia sebelum beraksi di hadapan kamera.
“Bukan mudah dalam sebuah filem kita nak mengarah, nak berlakon. Lepas tu nak kontrol semua benda. Tapi dalam filem ini saya dapat buktikan,” katanya yang mengharapkan buah tangan pertamanya itu berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
kenape mesti dgn parid? ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah lisa atas kelayakan akhir calon wanita baru popular ABP2008 ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sweet sgt~
![](http://photos-p.friendster.com/photos/82/52/71442528/1_590294699l.jpg)
sumber: friendster lisa |
|
|
|
|
|
|
|
bg nomot nak cdgkan supaya pakai baju kurung bile pegi ABPBH nnt...mesti sume mate tgk kat lisa...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Artis Baru Wanita Popular
1. Ayu OIAM
2. Lisa Surihani
3. Sari Yanti
4. Scha
5. Stacy
bg nomot rase pesaing lisa yg sengit mesti stacy ngan scha....double s melawan single l..ini tak fair!![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|