CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aYuGiLeR

MAUT dari bade.. 15 Jan 2009

[Copy link]
Post time 26-1-2009 10:54 AM | Show all posts

misteri cerita ke-2 yg memeningkan kepala hotak penonton?

Cerita 2: Ramadhan

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang paling istimewa berbanding dari segala malam berlaku dalam bulan ini. Adakah watak Farah (Sabrina Hassan) yang pengsan lantas dibayangkan azab hukuman atas dosa-dosanya semasa koma berlaku pada malam itu? Ya atau tidak, bagi Farah peluang kali ke-2 itu betul-betul telah menginsafkannya. Bahkan cerita mulut dari Farah memberi impak juga kepada watak Umie (Diana Danielle). Ia adalah rantaian aksi-reaksi peringatan itu. Mungkin selepas itu Umie pula akan menceritakan kisah Farah kepada rakan serumahnya yang mengambil ringan ibadat puasa. Dan mungkin selepas membaca ulasan ini, kamu akan pergi menonton untuk sambung rantaian itu lagi dan lagi.. Maknanya fungsi filem sebagai salah satu wadah mengajak ke arah kebaikan sedikit-sebanyak sudah sampai hajatnya melalui filem Maut.

Namun begitu, cerita ke-2 inilah yang paling aneh dan memeningkan kepala penonton kalau ditonton sekali lalu. Kenapa? Kerana sebenarnya kisah Farah ini berlaku BUKAN dalam sebulan Ramadhan sahaja! Ia sebenarnya rentetan cerita selama lebih setahun? Permulaan babak dimana Farah dijemput oleh suaminya Duke (Mohamad Bathich) di KLIA berlaku di bulan Ramadhan tahun lepas (baca: untuk mudahkan pemahaman katalah Ramadhan di tahun 2008) Penonton menyaksikan kemungkaran berparti liar di kondominium mereka di salah satu malam Ramadhan dimana Farah kantoikan Duke dengan sundal lain di dapur, bergaduh dan.. panggg! Duke menampar Farah! Lantas dia bengang lari naik kereta! Babak ini frezee-frame semasa Farah cuba masukkan cd yang dilatari laungan azan dari radio dan.. terus bersambung dengan azan di masjid (baca: Ramadhan di tahun 2009.. sekarang.. tahun ini) Suntingan itulah yang sebabkan penonton terkedu! terkeliru! terkesima! blur! lalala.. Kemudian Farah pengsan terus koma. Semua cerita mulut dari Farah kepada Umie ialah flashback setahun yang lalu iaitu babak-babak kelab malam, bachelor party, Farah suruh Duke beli makanan semasa bulan puasa serta majlis perkahwinannya yang digelumangi arak. Kepada sesiapa yang sudah menonton pasti masih ingat dialog Farah kepada Umie tentang 'perpisahan'nya dengan Duke tidak berapa lama selepas mereka berkahwin. Kamu ingat tak rumah Farah sudah agak 'bersih' bila dia masuk dengan Umie? Ok! Ini interpretasi aku tanpa bertanya kepada Bade sendiri semasa sesi temuramah youtube - aku rasa Farah dalam proses kembali insaf sejak Duke tinggalkan dia tapi time-frame bermula 'Farah dalam kereta' ke 'Farah pakai telekung depan masjid' adalah 'missing link' yang tidak ditunjukkan dalam segmen cerita ini (baca: jump-cut yang mungkin surrealism kot?) Babak itu semacam 'bersambung' tetapi sebenarnya berjarak selama 'setahun'.. hahaha! Korang mesti makin pening kepala!

*rebiu pakcik yg tak habis2 sila klik sini >> ajamihashim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2009 11:11 AM | Show all posts

Reply #122 ajami's post

a'ah.. mase nih r ak xpaham.. maknenye, die koma sbb naek kete ke jatuh kt msjid.. nape die tbe2 ade kt msjid plak?? knape..kenape.. dan kenape???
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 04:00 PM | Show all posts
cite ni pasal black metal ke hah?
kalo cite pasal black metal sembah setan tak minat ah aku.
cuba bukak minda sket pasal black metal ni.asal black metal je sembah setan.alahai...tolonglah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 26-1-2009 11:11 AM
a'ah.. mase nih r ak xpaham.. maknenye, die koma sbb naek kete ke jatuh kt msjid.. nape die tbe2 ade kt msjid plak?? knape..kenape.. dan kenape???


dh la tetiba gi masjid, pastu tetiba je terkoma lak dpn masjid tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 04:57 PM | Show all posts
cerita ni tak umph
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 25-1-2009 09:39 PM
sgt membazir tgk citer nih.....

citer pertama...sangat tak perlu....citer mcm nih sgt klise...dah abnyak kali tgk....

citer kedua.....sejibik mcm citer TETAMU ALLAH lakonan Ziana Zain time  ...

ya Allah.. ko nak bandingkan cerite tetamu Allah yg ziana masa raya haji hari tu.. sepuluh kali ganda lagi best drama tu daripada filem ni..

aku keciwa giler. menyesal tgk semalam..

pada aku citer ni patutnya dah bagus dah.. konsep pun dah bagus.. tapi pengarah mcm tak tau apa yg org suka tgk.. time yg mcm dah nak best tu tetibe je kene cut masuk scene lain.. hilang suspen org..

hish.. tensen plak aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2009 10:32 PM | Show all posts
ish2..nyesal nya tengok...lagi best tengok cerekarama selimut putih kalau nak insaf2


jay kasik 1 BINTANG
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 08:06 PM | Show all posts
kutipan terkini 5 juta!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by karlreef at 27-1-2009 01:41 AM



windu lah kat Jay-Z.....hehehhehe......

tp kan...padan muka jay-z sbb dah bazirkan duit n masa tuk citer yg hampeh nih...

setuju dgn Jay-Z..lebih baik tgk cerekarama...lagik insap



karlreef mana u pegi
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:05 AM | Show all posts
naseb blom g tgk...takpe la,tunggu time raya.sure kuar kat astro..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:06 AM | Show all posts
Cait....Korang sume kate x best lg aku x mau tgk..

Tp awek aku ni x renti2 ajak aku tengok citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:21 AM | Show all posts

Balas #133 InVendeTTa\ catat

layan je la..temankan dier...tak teman nt,telinga awak jugak merana...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 03:01 AM | Show all posts
nampak my poin of view bnyk berbeza drpd org lain..

aku boleh accept cite ni.. cuma tu la, alkonan cam hampeh baca skrip.. tp aku x rasa film ni sesampah film2 razak myden..

part second story tu, mmg ada gap time yg bukan Ramadhan.. tp aku rasa kite leh predict and wat assumption sendiri.. maksud die, die x tunjuk la all the things after die kawen tu sampai Ramadhan tu.. aku rasa time Ramadhan die masih ok dgn Duke tu (tp masih sosial la), and time Ramadhan gak die stat gado dgn Duke yg kantoi Duke merendek dgn pompuan lain.. maybe la susunan cite ni agak hampeh sbb saja dibiarkan tonggang terbalik x ikut masa ke, x tau la kan.. maybe pengarah ada sbb tersdri utk biarkn keadaan tunggang terbalik..

regarding mende yg sama dipertontonkan kat film ni dgn yg dah ada kat drama ke, aku rasa x kisah kut.. sbb kebanyakan film pun bnyk tunjukkn mende yg sama gak.. cuma olahan dan view tu kena berbeza skit la drpd drama..

overall aku rasa cite ni ok.. at least x sesampah kebanyakn film sampah Razak Myden..

just mai poin of viu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 08:13 AM | Show all posts
movie ni bg aku mmg busan dn langsung xda x factor..kita boleh jangka apa yg akn jadi dan jln crita mcm kita dah tahu..aku bg 0.3/5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:05 AM | Show all posts
x teringin nk tgk pun...kalo kuar time ry pun...xnk tgk gk...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 03:34 PM | Show all posts
korang akan menyesal tengok citer nih cam citer im not single

tengok free time raya nanti pong kita bole rasa membazir gakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by laislabonita at 28-1-2009 03:01 AM
nampak my poin of view bnyk berbeza drpd org lain..

aku boleh accept cite ni.. cuma tu la, alkonan cam hampeh baca skrip.. tp aku x rasa film ni sesampah film2 razak myden..

part second sto ...

cerita ni bagi ku pon bukan sampah, ada mesejnya..
tapi persembahannya buat aku rasa hangin je..

lagi satu yg aku tak suke kenapala pelakon2 ni cakap lambat2 sgt.. mmg stail filem arahan dia ni camni ek? KL menjerit dulu pon camtu jugak.. lambat sgt bercakap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 09:49 AM | Show all posts

MAUT ~ didaktisisme pendek-pendek?

*nahhh! full review gua!

Selemah-lemah teguran dan peringatan ialah melalui nawaitu (baca: tidaksetuju dan tidak redha), kalau termampu ia disyarahkan dengan kata-kataatau yang terakhirnya melalui perlakuan fizikal. Bade Hj Azmi pulamelakukannya melalui filem MAUT yang sedikit-sebanyak meninggalkanbekas yang keras terus menghentam ke hati dan menghentak akal fikiran.Itulah ringkasnya intipati filem ini yang cuba mendedahkan sebahagiankisah pekung dalam masyarakat lalu menayangkan barangkali balasan awalapa yang setimpal sebelum ajal. 3 buah segmen ceritadalam filem MAUT memaparkan sebahagian peringkat-peringkat kematianmanusia dan reaksi orang sekitaran yang masih hidup dari sudutpandangan agama dan sosial. Struktur naratifnya dipecahkan antarakebarangkalian yang disusun mengikut kronologi bulan Sya'aban, Ramadhandan Syawal iaitu sebab serta akibat seseorang itu mati dari latarsemasa hidup watak si mati atau yang terbabit dengan si mati.

[size=100%]MenurutKabil Akbar katanya : 揂llah SWT telah menciptakan sebuah pohon dibawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yangAllah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, makaumurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daunitu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untukmencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut. Setelah itumereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat dilangit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari. Kemudianakan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama adatitisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akanmendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapatkebahagiaan. ~ tayibah.com
Untukmengulas filem ini, aku menyorot dari 2 sisi yang terasa janggal untukdikecamukkan sekaligus. Dari sudut keagamaan ia mengupas sedikitpersoalan tentang kematian manusia yang telah difilemkan untukdijadikan sempadan serta teladan. Niat murni pembikinan filem ini kearah itu seandainya ada khalayak walaupun yang sekecil-kecil rasa insafdek kerana ceritanya, aku rasakan sudah tentu perlu disokong dandiwar-warkan. Biar semua orang tonton. Tidak kiralah yang muslim ataubukan. Ajak seberapa ramai yang boleh. Secara tidak sedarnya filem inibersyarah dalam mediumnya kepada penonton wayang. Bagus! Bagi aku,filem ini merangsangkan rasa ingin tahu selepas menontonnya. Iatimbulkan kesedaran untuk menghormati bulan-bulan Islam sertamengujakan kuriositi apa sejarah dan hari-hari penting bagi setiapbulan itu? Misalnya montaj daun gugur yang memisahkan setiap segmencerita telah menjurus carian aku di internet sehingga terjumpaperenggan di atas dari laman web itu. Lantas aku juga sudah berkongsiapa yang aku temui. Ia mencetuskan reaksi untuk aku berfikir danmencari jawapan dengan hanya menonton sebuah filem. Sekurang-kurangnyafilem ini cuba jadi alternatif secara halus kepada penonton yang degiluntuk hadir ke sesi ceramah agama di masjid dan surau oleh para ilmuanagama. Bade pula sebagai pembikin filem menggunakan wayang kerana itukepakaran dia walaupun mungkin terpaksa disulami dengan unsur hiburan.Aku harap orang-orang yang selama ini mencemuh filem Melayu ituhanyalah hiburan semata-mata kosong, melalaikan dan sampah untuk bukamata dan pergilah tonton filem ini. Jangan merungut sahaja. Buktikanbahawa filem semacam ini yang kamu mahu tonton! Jadi pembikin filemyang lain boleh sambung dan banyakkan lagi usaha-usaha pembikinan filemsebegini di masa akan datang.

Namun begitu, aku perlu jugamelihat dari sisi nilai kualitinya sebagai sebuah lagi filem Melayuyang disogokkan kepada penonton? Secara jujurnya aku katakan bahawafilem Maut masih di tahap sederhana dari segi cara bercerita danbikinannya. Ia bukanlah sebuah filem yang terlalu hebat visual danrunut bunyi. Malah tidak jauh beza kualitinya dengan sesebuah drama tvyang barangkali ada yang lebih bagus. Tapi mungkin juga kesederhanaanitulah yang sudah sesuai untuk filem ini kerana ia lebih mahumenonjolkan isi sahaja. Sebab itulah agaknya ia ada 3 buah filem pendekyang berdikari sendiri tanpa sesekalipun mana-mana watak bagi setiapcerita berselisih. Apa yang berkaitan sesama cerita ialah kisah maut.Sebenarnya kalau mahu, filem Maut boleh diceritakan secaraberselang-seli seperti filem Gubraoleh Yasmin Ahmad yang ada 2 cerita bergerak serentak tanpa perluwatak-wataknya bertembung. Namun kerana ia ada 3 cerita, filem Mautlebih sesuai diceritakan mengikut turutan bulan Islam. Pandai!

Cerita 1: Sya'aban

Di antara peristiwapaling bersejarah yang berlaku pada bulan Sya'aban ialah peristiwapertukaran kiblat dari masjid Al-Aqsa kepada Kaabah. Segmen ini dalamfilem MAUT secara asasnya juga menceritakan perpindahan diri Su (LiyanaJasmay) dari seorang yang sangat naif (baca: watak Su sangat berdialogmacam baca buku teks!) dan mengejar ilmu dunia untuk berjaya dalampelajaran sahaja kepada fasa mengingati keutamaan (priority) duniaakhirat dan agama setelah melihat kematian Fadilah (Nuremy Nadia). Iamenyentak keinsafan dalam diri Su tentang betapa singkatnya usiamanusia di dunia ini dan nyawa boleh diragut secara tiba-tiba,bila-bila masa, kepada sesiapa sahaja seperti Fadilah yang tidakdisangka-sangka akan mati. Begitu juga dengan ayah Fadilah (ZackTaipan) yang menukar anggapan serongnya kepada kekasih Fadilah iaituAzam (Reza ERA) malahan seakan galang-ganti anak selepas kematianFadilah. Lost and found. Buruk kepada baik. Ajal Fadilah adalah penamathayatnya tetapi di waktu yang sama jadi suatu pemula kepada orang-orangsekitarnya yang masih hidup. Segmen ini sekaligus mengingatkan bahawaaku masih hidup dan belum terlambat untuk buat apa yang sepatutnya akukena buat? hahaha.. Ok itu isinya. Adakah struktur cerita ala misteriseram dunia roh bertemu manusia dalam segmen ini berkesan? Entahlah!Bagi aku, naratifnya yang digarap sebegitu sebagai salutan gula-gulauntuk timbulkan ciri hiburan!

Cerita 2: Ramadhan

Malam Lailatul Qadaradalah malam yang paling istimewa berbanding dari segala malam berlakudalam bulan ini. Adakah watak Farah (Sabrina Hassan) yang pengsanlantas dibayangkan azab hukuman atas dosa-dosanya semasa koma berlakupada malam itu? Ya atau tidak, bagi Farah peluang kali ke-2 itubetul-betul telah menginsafkannya. Bahkan cerita mulut dari Farahmemberi impak juga kepada watak Umie (Diana Danielle). Ia adalahrantaian aksi-reaksi peringatan itu. Mungkin selepas itu Umie pula akanmenceritakan kisah Farah kepada rakan serumahnya yang mengambil ringanibadat puasa. Dan mungkin selepas membaca ulasan ini, kamu akan pergimenonton untuk sambung rantaian itu lagi dan lagi.. Maknanya fungsifilem sebagai salah satu wadah mengajak ke arah kebaikansedikit-sebanyak sudah sampai hajatnya melalui filem Maut.

Namunbegitu, cerita ke-2 inilah yang paling aneh dan memeningkan kepalapenonton kalau ditonton sekali lalu. Kenapa? Kerana sebenarnya kisahFarah ini berlaku BUKAN dalam sebulan Ramadhan sahaja! Ia sebenarnyarentetan cerita selama lebih setahun? Permulaan babak dimana Farahdijemput oleh suaminya Duke (Mohamad Bathich) di KLIA berlaku di bulanRamadhan tahun lepas (baca: untuk mudahkan pemahaman katalah Ramadhandi tahun 2008) Penonton menyaksikan kemungkaran berparti liar dikondominium mereka di salah satu malam Ramadhan dimana Farah kantoikanDuke dengan sundal lain di dapur, bergaduh dan.. panggg! Duke menamparFarah! Lantas dia bengang lari naik kereta! Babak ini frezee-framesemasa Farah cuba masukkan cd yang dilatari laungan azan dari radiodan.. terus bersambung dengan azan di masjid (baca: Ramadhan di tahun2009.. sekarang.. tahun ini) Suntingan itulah yang sebabkan penontonterkedu! terkeliru! terkesima! blur! lalala.. Kemudian Farah pengsanterus koma. Semua cerita mulut dari Farah kepada Umie ialah flashbacksetahun yang lalu iaitu babak-babak kelab malam, bachelor party, Farahsuruh Duke beli makanan semasa bulan puasa serta majlis perkahwinannyayang digelumangi arak. Kepada sesiapa yang sudah menonton pasti masihingat dialog Farah kepada Umie tentang 'perpisahan'nya dengan Duketidak berapa lama selepas mereka berkahwin. Kamu ingat tak rumah Farahsudah agak 'bersih' bila dia masuk dengan Umie? Ok! Ini interpretasiaku tanpa bertanya kepada Bade sendiri semasa sesi temuramah youtube -aku rasa Farah dalam proses kembali insaf sejak Duke tinggalkan diatapi time-frame bermula 'Farah dalam kereta' ke 'Farah pakai telekungdepan masjid' adalah 'missing link' atau 'time-gap' yang tidakditunjukkan dalam segmen cerita ini (baca: jump-cut yang mungkinsurrealism kot?) Babak itu semacam 'bersambung' tetapi sebenarnyaberjarak selama 'setahun'.. hahaha! Korang mesti makin pening kepala!

Cerita 3: Syawal

Tahukah kamu bahawa dalam bulan Syawal berlakunya perang-perang  bersejarah yang hebat dan dahsyat? Klik pautan-pautan ini: Perang Uhud, Perang Hunain, Perang Ahzab/Khandak, Perang Qunaina juga bulan kelahiran Imam Bukhari (sila google sendiri untuk rujukan internet)

Jadiapakah segmen ke-3 filem ini berkisar tentang 'peperangan'? Adakahkesesatan ala watak JJ/Jamil (Que Haidar) itu adalah 'musuh' masakiniyang terang-terangan ada di hadapan kita? Mungkin ada yang berpendapatbahawa aku sengaja mengaitkan sejarah Islam dalam bulan Syawal untukmembuatkan ulasan ini 'make sense' dengan filem ini? Tak tahulah! Tapiapa yang aku dapat ialah 'afterthought' selepas menontonnya. Kalau ituyang aku ketahui (dan aku kongsi dengan kamu) secara indirect mungkinitulah yang bagusnya filem ini kan?

Bagaimanapun, sekali lagiaku melihat juga sisi pembikinan segmen ke-3 filem Maut ini sudah betulatau sekadar melepas batuk di tangga? Ketidakpuasan hati oleh penontonantaranya ialah latar sebenar peminat black-metal dari segi lagu yangdidengar, pakaian yang dipakai serta tatoo di badan JJ/Jamil. Ok!Seandainya ada pembaca ulasan ini mempertikaikan ketaklogikan ataukeaslian fakta black-metal dalam filem ini maknanya Bade gagal sebagaipembikin filem? Bagaimana pula seandainya ia disengajakan? Kerana bagiaku, sudut black-metal yang dikritik oleh Bade ialah pergaulan bebas,alkohol, dadah dan murtad. Tiada pula rasanya filem ini mengatakanbahawa mendengar muzik black-metal itu salah? (baca: aku rasa samalahdengan isu yoga jugak ni!) Isu utamanya ialah budaya black-metal itukalau tersalah cara ikutan boleh mengakibatkan sampai sesat sepertiJJ/Jamil sebagai contoh. Ingat tak filem Rock dan Man Laksaoleh Mamat Khalid? Filem muzikal sebegitu pula menyorot sisi muziksebagai budaya sihat (baca: pasal cita-cita dan impak positif muzik)Lantas filem Maut sekadar mengingatkan bahawa budaya black-metal bolehmengarahkan kepada kesesatan (baca: samalah bila fatwa mengharamkanyoga juga mengingatkan bahawa ia boleh menjurus kepada ibadat agamaHindu) Maknanya kalau sesiapa pun nak mendengar muzik black-metal..silakan! hahaha..

Dalam segmen ini, ada satu babak yang agakkontroversi kalau sekali imbas ditonton iaitu babak dimana nenekJJ/Jamil (Fauziah Nawi) menasihatkan tentang kebesaran Allah darianalogi madu lebah, namun selepas itu babak ibubapa JJ/Jamil (HamidahWahab & Ridzuan Hashim) 'menghasut' dia semasa kecil untuk janganbersembahyang. Perasan tak? sebenarnya babak itu ialah semua imejansemasa JJ/Jamil sedang koma!Malahan dialog-dialog dari ibubapanya digemakan/dilapiskan dengan suaraala hasutan syaitan? Ya! Kerana pada pendapat aku, semasa koma dan dihujung-hujung nyawa itulah saat dimana syaitan akan cuba menyesatkanJJ/Jamil untuk meletakkan alasan bahawa dia jadi sesat keranaibubapanya (baca: dalam koma dan dekat nak ajal, syaitan menghasutdalam bentuk orang yang paling rapat) Ia babak keliru untuk JJ/Jamildan penonton! Kerana jika kita fikir semula beberapa babak lain iaitukubur bapa JJ/Jamil tetap elok sementara ibunya khusyuk membacakansurah Yassin di sisi JJ/Jamil - menggambarkan backstory bahawa ibubapaJJ/Jamil sememangnya orang baik-baik. Begitu juga kemunculankanak-kanak berlumuran darah yang juga bersuara aneh menegurnya semasadia memanjat tebing sungai dan kemunculan seorang gadis yang mintaJJ/Jamil jangan meninggalkannya - budak itu ialah anak haram JJ/Jamildengan gadis itu. Semuanya disaksikan semasa koma. Terakhir sekaliialah babak kemunculan 2 orang berpakaian black-metal (baca: neraka)dan seorang lelaki alim (baca: syurga) - babak ini juga menimbulkankebarangkalian tentang nasib JJ/Jamil di alam barzakh dan akhirat nantiiaitu mungkin ia interpretasi bahawa JJ/Jamil akan terus ke nerakajahanam? atau mungkin ada peluang sekecil-kecilnya untuk dia bertaubatsebelum mati apabila ibunya mendoakan dan membacakan surah Yassin disaat-saat akhir nyawanya? Sebab itulah bila di waktu paling nazakseseorang yang sakit tenat digalakkan orang yang dekat dengannya untukmengajar mengucap dua kalimah syahadah supaya ajalnya tetap dalam Islamserta elakkan tipudaya terakhir kali oleh syaitan.

Ok.. dah habis! Semoga anda terhibur! Sekian, terima kasih.
ajamihashim.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 12:26 PM | Show all posts
sedey la tgk citer ni.. sedey sbb skrip tak best.. jln cerita lemah..
mesej mmg ada.. tp penterjemahan mesej melalui film ni mmg 2 thumbs down. sorry to say.. bila lah movie melayu ni nak berkualiti.. byk yg syok sendiri je.
cuma movie ni taraf elok sikit je dr cerita congkak ahmad idham tu. elok pun diantara film2 melayu yg mmg tak elok. bukan the best among the best.
que je la berlakon ok. tu je kredit yg boleh femme bagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.055235 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list