|
Post Last Edit by mnaa at 4-2-2010 00:46
Sembang Kak Cham: Perihal artis gred A, tak ada gred dan Remy
ORANGkata, kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai.Tetapi ironinya, ramai yang sebenarnya takut dilambung ombak, tetapitetap mahu mendirikan rumah di tepi pantai. Barangkali sebabpersekitaran pantai, pemandangannya indah, tenang bak saujana matamemandang. Atau itulah yang selalu kita fikirkan atau kita mahufikirkan walaupun jauh di sudut hati dan minda, bukan tak tergambarvisual ombak besar.
Macam juga menjadi artis, ramai anak muda yang beranggapandunia artis memang indah dan glamor tak sudah-sudah, sedangkan adakalanya ia sekadar indah khabar daripada rupa. Sebab itu kita lihat,setiap kali ada uji bakat terutama untuk program popular sepertiAkademi Fantasia, berpusu-pusu yang datang, sanggup berpanas danberatur panjang.
Mereka fikir yang seronok saja. Iyalah tak salahkan merekajuga kerana media juga sering memaparkan cerita kemewahan - rumahbesar, kereta mewah, pakaian berjenama - di kalangan artis. Tak kiralahkalau semua itu adalah hasil yang boleh dipertikaikan masyarakatseperti kata pengacara lelaki paling popular, Aznil Nawawi dalam MetroAhad semalam.
Kewujudanartis yang belum ada gred ini selalu juga teman dan suku sakat angkatkening setiap kali mendengar cerita mereka. Album entah ke mana, filematau drama pun dua tiga kerat saja, tetapi kehidupan peribadimengalahkan artis gred A.
Artis yang belum ada gred ini pun selalunya terikut-ikutdengan rentak artis gred A. Nyanyi, berlakon, pose sana, gedik sini danke mana saja mengundang perhatian. Lalu apabila rezeki semakinmencurah, mulalah lupa diri. Makan dan lepak pun tak lagi di kedaikopi. Pakaian cap bundle, FOS, Reject Shop atau yang sewaktu dengannyapun dah tak boleh nak pakai kerana badan rasa gatal-gatal. Teman sosialpun sudah bertukar. Maklumlah burung yang bulunya sejenis, selalunyakena terbang bersama.
Bagaimanapun, bukan semualah. Ada yang masih tak lupa rumputdi bumi tatkala melihat bintang di langit. Bagi teman itu prosesbiasalah. Tak hairan pun. Dan teman tak kata hendak jadi artis itusalah. Cuma yang teman hendak nasihat kepada mereka yang mahu menjadiartis supaya lebih bersedia, bukan saja dari segi memperkasakan bakatyang ada tetapi perkasakan juga fakulti dan kekuatan minda dan mental.
Bagiteman, bukan calang-calang orang boleh jadi artis kerana sepak terajangdunia hiburan, macam juga dunia politik, memang lain macam saja. Silaphari bulanlah kalau ada yang menganggap jadi artis ini seperti deretanbunga ros yang segar, cantik dan penuh warna-warni. Kalangan yang macamini memang jangka hayatnya tak lama. Dicuit sikit, melentingnya lebih.Cerita pula mesti yang penuh puji-pujian saja. Ada yang meletakkansyarat jangan sesekali sentuh soal peribadi kalau tak mahu surat samansinggah di meja.
Dalam pada itu, ada pula yang tak mengambil berat soalhubungan dengan media. Kebetulan bercakap hal ini, teman teringat MohdZalimie. Ya... Siapa lagi kalau bukan si Remy! Anak muda ini memangtengah hangat dan popular. Semuanya gara-gara drama bersiri yangmencatat rating paling tinggi dalam sejarah dunia penerbitan drama danpenyiaran iaitu lebih 5 juta penonton. Impak drama itu bukan sajamelonjakkan nama Remy Ishak yang memegang peranan sebagai Adam, tetapijuga pelakon Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah. Hasilnya, ketiga-tiga merekaturut tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian2009 yang sambutan undiannya memang lebih hangat daripada biasa.
Bukan sedikit juga rakan seperjuangan yang merungut kononnyahendak dapatkan Remy mengalahkan hendak jumpa Pak Menteri. Temanbercakap ini pun kerana sudah terkena batang hidung sendiri. Call takberjawab, barangkali sibuk di lokasi dan SMS pun buat tak peduli.Normah Becok dan Kak Pora memang sudah angin satu badan. Tak mahu buruksangka, teman terus bertanya anak muda itu yang ceritanya sebelumpopular dulu hanyalah seorang bellboy hotel, ketika bertemunya di BalaiBerita.
"Maaf Kak Cham... Remy bukan sengaja! Kadang-kadang Remy punrasa serba salah. Waktu di lokasi memang mencabar segala. Bukan takmahu publisiti, tetapi Remy tersepit. Mana waktu hendak berlakon, manalagi nak jumpa wartawan. Kalau lewat ke lokasi, bimbang pula buatpelakon senior tertunggu-tunggu," kata Remy.
Bukantak pernah teman dengar betapa pelakon senior pun agak bengkak denganRemy kerana acap kali juga mereka terpaksa menunggu kemunculannya dilokasi gara-gara jadualnya yang ketat padat. Orang tengah laku memangmacam itu. Setiap orang popular pasti melalui fasa sebegitu. TanyalahMawi yang pernah popular bagai nak gila.
Nasihat teman, carilah PR Manager yang benar-benar bolehmenguruskan segalanya - daripada soal jadual lakonan dan memenuhituntutan wartawan. Kalau Mr Manager pun sudah tak angkat telefon apacerita? Bagusnya, Remy tidak pula sentap dengan teguran teman. Akurkesalahannya dan berjanji akan cuba membaiki segala. Tak apalah kitalihatlah saja sama ada hero Melayu ini yang kononnya dianggap sebagaipengganti Rosyam Nor akan mengotakan segala kata.
Teman tegur pun untuk kebaikan dia sebab teman melihat potensiyang ada dalam dirinya. Malah untuk berada dalam senarai calon Top 10untuk Bintang Paling Popular dalam ABPBH2009 bukanlah sesuatu yangmustahil. Orang kata, ketika besi tengah panas gunakanlah sebaiknya.Masa wartawan tengah rasa seronok, senang hati dan paling pentingikhlas mahu membantu perjalanan kerjaya seseorang artis, hulurkankerjasama itu. Tak luak pun, malah ia memudahkan perjalanan kerjaya.
Apabila orang sudah buat tak kisah dan rasa meluat, barulahtahu langit tinggi rendah. Sejauh mana pun kita mahu bersikapprofesional dan menganggapnya sebagai cabaran kerja, ada ketikanya kitapun tak dapat lari daripada berasa dihina. Seperti artis, wartawan punada hati dan perasaan kerana akhirnya kita hanyalah manusia biasa yangtak pernah sempurna. Jumpa lagi! - [email protected] |
|