CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] 1MDB - Tuhan sebenar adalah duit. Hidup Bosskurrr

[Copy link]
Post time 23-2-2022 04:48 PM | Show all posts
ifanonline replied at 23-2-2022 04:28 PM
aku pun hairan mcm mana melayu2 malaysia dok percaya najib bangsat tu lagi...UMNO ni patut di kuburk ...

kan..bodoh betul yg berpuluh2 ribu melayu dok like & comment & percaya apa bossku dok merempan kt FB tu. cannot brain aiii

ke cyber trooper beliau di bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 04:57 PM | Show all posts
Leissner sebut 'rasuah' babitkan suami bekas gabenor Bank Negara

https://www.malaysiakini.com/news/611808
Diterbitkan:  Feb 23, 2022 4:43 PM

Dikemaskini: 4:43 PM



Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York, menyebut 'rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara'.

Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.

Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng - orang bawahan Leissner pada masa itu - bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.

“Anda perlu faham pada 2009 Malaysia masih mempunyai kawalan modal, yang memerlukan pelaburan sebesar itu untuk diluluskan oleh Bank Negara dari segi wang yang keluar negara.

“Mereka pada dasarnya perlu meluluskan satu bilion dolar keluar dari Malaysia. Dan apa yang dilaporkan oleh Roger (Ng) kepada saya ialah dia telah mendengar bahawa wang itu meninggalkan negara dalam tempoh yang singkat (overnight).

“Satu bilion dolar disalurkan dalam waktu yang singkat ke Malaysia kepada usaha sama itu dan ia telah dilakukan kerana suami kepada gabenor Zeti (Akhtar Aziz) di Bank Negara ketika itu telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.

“Jadi, dalam waktu singkat wang itu dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan Bank Negara,” kata Leissner.

Apabila disoal oleh pendakwa raya jika rasuah sebenar telah dibayar berhubung dengan usaha sama PetroSaudi-1MDB, Leissner menjawab: "Saya tidak tahu secara bebas jika rasuah telah dibayar."

Berdasarkan transkrip keterangan Leissner pada 22 Feb, dia menyebut nama Zeti dua kali dan tidak menyebut suaminya, Tawfiq Ayman.

Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura telah menghantar balik ke Malaysia dana AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.

Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan telah dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.

SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop.

Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan Ng (gambar, bawah) yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan urusan 1MDB.



Pada 2018, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan serupa dan dipaksa untuk melucuthak sebanyak AS$44 juta.

Sementara itu, Najib Razak, yang mengenali Leissner ketika menjadi perdana menteri, hari ini berkata dia merasa pelik bahawa media tidak melaporkan sebahagian daripada keterangan Leissner ini.

Kebanyakan organisasi media Malaysia telah mengeluarkan semula laporan Bloomberg mengenai keterangan Leissner mengenai permintaan Low Taek Jho supaya tiga anak Najib diambil bekerja di Goldman Sachs.

Sejak itu, Najib menjelaskan bahawa anak-anaknya tidak pernah menerima tawaran kerja seperti itu daripada Goldman Sachs.

"Saya pelik kenapa media-media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak-anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam (mengenai tuduhan rasuah ini).

"Yang ini, media-media tak mahu lapor ke?

Pada 2009, 1MDB memeterai perjanjian dengan PetroSaudi untuk penerokaan minyak. Pihak berkuasa AS percaya bahawa AS$700 juta daripada suntikan dana AS$1 bilion 1MDB masuk ke dalam Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

Pada masa itu, pentadbiran Najib menegaskan bahawa pelaburan 1MDB dalam usaha sama itu adalah kukuh dan ia telah ditukar kepada "unit dana" di Singapura. Tidak pasti jika "unit dana" berkenaan pernah ditebus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 04:59 PM | Show all posts
belum ada siasatan ke atas Zeti dgn suaminya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:00 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 23-2-2022 09:04 AM

Najib: Anak saya tak pernah kerja di Goldman Sachs

https://www.malaysiakini.com/news/611807

Diterbitkan:  Feb 23, 2022 4:42 PM⋅
Dikemaskini: 4:42 PM



Bekas perdana menteri Najib Razak menjelaskan yang anak-anaknya tidak pernah bekerja di Goldman Sachs.

Najib berkata, laporan media tempatan memberikan bayangan dia disogok oleh Goldman Sachs dengan tawaran kerja untuk anak-anaknya di bank pelaburan Amerika Syarikat itu.

Laporan media adalah berasaskan keterangan bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner sebagai saksi pendakwaan ke atas bekas pekerja bawahannya, Roger Ng yang merupakan warga Malaysia.

Kata Najib, anak-anaknya tidak pernah menerima tawaran pekerjaan seperti yang didakwa itu.

“Namun ini tidak berlaku dan tiada seorang pun anak saya pernah ditawarkan pekerjaan di Goldman Sachs dan tidak pernah bekerja di bank Amerika Syarikat itu.



“Itupun tawaran untuk bekerja, ya - bukan tawaran diberi projek-projek ataupun suapan wang,” tulis Najib di Facebooknya



Leissner memberitahu mahkamah, dia dimaklumkan oleh Jho Low menerusi emel bahawa tiga anak Najib sedang mencari kerja di Goldman Sachs.

Leissner berkata dia menyokong permintaan Jho Low itu memandangkan Najib, yang pada ketika itu perdana menteri, adalah individu penting buat Goldman Sachs.

“Sekali lagi, buat Goldman, perniagaan Malaysia sudah tentu merupakan salah satu yang terbaik di Asia Tenggara, bahkan di seluruh Asia.

“Jadi saya fikir, mengambil anak-anak perdana menteri bekerja dengan kami, berpotensi untuk dilihat secara positif bukan sahaja oleh perdana menteri, tetapi juga untuk semua pelanggan kami di negara itu akan tahu mengenainya dan melihat bahawa kami ada hubungan baik,” katanya.



Berdasarkan transkrip mahkamah, Leissner tidak menyatakan bahawa tiga anak Najib mendapat pekerjaan dengan Goldman Sachs.

Pun begitu, Najib mengaku yang Leissner memperkenalkan anak perempuannya Nooryana kepada TPG Capital di Hong Kong sebagai seorang profesional perhubungan pelabur.

“Anak saya memang pernah bekerja selama setahun sahaja dengan jawatan junior di situ,” kata Najib.

Nooryana merupakan satu-satunya anak Najib yang disebut dalam transkrip mahkamah.



Leissner berkata dia menerima emel daripada Jho Low pada 27 Jun 2011. Jho Low menulis yang Nooryana meminta peluang untuk dipertimbangkan bekerja selama setahun di Goldman Sachs.

Leissner memberitahu mahkamah, dia merujuk hal itu kepada jabatan hal ehwal kerajaan Goldman Sachs memandangkan sensitiviti berhubung pengambilan pekerja yang mempunyai hubungan kerajaan.

Katanya, jabatan itu tidak menyokong pengambilan Nooryana dan dia tidak diambil bekerja.

Leissner seterusnya mengesahkan bahawa dia menerima butiran maklumat atau CV Nooryana melalui Jho Low.



Ng dibicarakan kerana melanggar undang-undang antirasuah, dengan mengelak kawalan akaun dan pengubahan wang haram. Kes itu dibicarakan di Mahkamah Daerah Timur New York.

Pada 2018, Leissner mengaku salah melanggar undang-undang antirasuah AS dan tuduhan bersubahat menyeleweng wang. Dia memberitahu mahkamah bahawa dengan merasuah pegawai warga Malaysia dan UAE telah membantu Goldman Sachs mendapatkan satu perjanjian bagi meraih AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

1MDB merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 2009 ketika Najib adalah perdana menteri dan menteri kewangan. Syarikat itu dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Syarikat itu meraih RM42 bilion daripada pinjaman dan pihak pendakwaan mendakwa sebahagian besar daripadanya telah diselewengkan.

“Yang arif. Tujuan membayar rasuah dan sogokan adalah untuk mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan untuk mengambil tindakan rasmi supaya Goldman Sachs dapat menerima perniagaan daripada 1MDB.

“Saya mengambil bahagian dalam proses membayar sebahagian daripada rasuah dan sogokan ini. Saya juga tahu bahawa sebahagian daripada wang yang akan digunakan untuk membayar rasuah dan sogokan kepada pegawai-pegawai kerajaan, akan melalui sistem perbankan AS,” kata Leissner di mahkamah ketika mengaku bersalah.



Goldman Sachs mengaut kira-kira AS$600 juta dalam bentuk komisyen dalam proses itu. Mahkamah akhirnya mengarahkan Leissner untuk membayar AS$44 juta.

Sejak itu, Goldman Sachs telah membayar berbilion dolar denda kepada pelbagai pihak berkuasa. Untuk Malaysia pula, ia berikrar membayar AS$3.9 bilion kepada sebagai sebahagian daripada penyelesaian.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 05:02 PM | Show all posts
Edited by atira at 23-2-2022 05:10 PM
rashiman replied at 23-2-2022 04:47 PM
keterangan saksi nie mana ada kata yang najib minta kerja utk anak2nya di goldmans sacs...

itu u ...

okay. boleh juga intepret begini.
saksi sogok najib dan najib terima sogokan

weols baru baca artikel yg ejalti tepek

Leissner berkata dia menerima emel daripada Jho Low pada 27 Jun 2011. Jho Low menulis yang Nooryana meminta peluang untuk dipertimbangkan bekerja selama setahun di Goldman Sachs.

Leissner memberitahu mahkamah, dia merujuk hal itu kepada jabatan hal ehwal kerajaan Goldman Sachs memandangkan sensitiviti berhubung pengambilan pekerja yang mempunyai hubungan kerajaan.

Katanya, jabatan itu tidak menyokong pengambilan Nooryana dan dia tidak diambil bekerja.

Leissner seterusnya mengesahkan bahawa dia menerima butiran maklumat atau CV Nooryana melalui Jho Low.


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:06 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 23-2-2022 05:07 PM
Former Goldman Sachs banker Tim Leissner’s testimony in the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) trial in the United States turned salacious after he revealed having an affair with Astro Malaysia Holdings Bhd former CEO Rohana Rozhan and the US$10 million (RM31.1 million) home he gifted her.

He alleged that he bought her a US$10 million (RM41.85 million) home in London in 2013 after she had threatened to expose his involvement with 1MDB and that the relationship was from 2003 to 2013, reported Bloomberg.

“Ms Rozhan was very upset that I was ending our relationship to be with my future wife, with Kimora,” Leissner was quoted as telling the jury, referring to his wife Kimora Lee Simmons.

“If I didn’t buy her a house, she would tell the authorities about my involvement in the 1MDB scandal. She was threatening to expose me. At the time, 2013, I was very fearful of that.”

Secara teknikal bersubahat lah kan? Tahu dan sedar ada jenayah sedang berlaku, tp ko tutup mulut dgn syarat ko pun ada share jugak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2022 05:08 PM | Show all posts
sudah naik pangkat ka
tu ari raja...la ni dah tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 23-2-2022 02:25 PM
makcik ni siap sedekahkan gelang emas pada bosskurrr

Mungkin makcik tu dah guling2 sebab menyesal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 05:11 PM | Show all posts
atira replied at 23-2-2022 05:02 PM
okay. boleh juga intepret begini.
saksi sogok najib dan najib terima sogokan

tak perlu nak nak tokok tambah keterangan saksi...  perbuatan yg tak baik ,terutama untuk diri sendiri...

anak2 najib pun tak berkerja dengan Goldman sacs, maknanya cubaan saksi nak menyogoknya tak diterima...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:16 PM | Show all posts
BNM okayed US$1bil transfer after bribe was given, Leissner tells US courtFMT Reporters -

February 23, 2022 3:59 PM





Tim Leissner says Bank Negara Malaysia approved an ‘overnight’ foreign exchange transfer of US$1 billion from 1MDB to PetroSaudi International after Tawfiq Ayman, husband of then BNM governor Zeti Akhtar Aziz, was bribed to ‘make it happen’.

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) approved an “overnight” foreign exchange transfer of US$1 billion from 1MDB to PetroSaudi International (PSI), after then central bank governor Zeti Akhtar Aziz’s husband had allegedly been bribed to “make it happen”, former banker Tim Leissner told a US court.

Leissner, the star witness in the trial of Roger Ng, former Goldman Sachs head of investment banking in Malaysia, described the overnight transfer of the US$1 billion from 1MDB to PetroSaudi as “unprecedented”.

It is understood that this US$1 billion included US$700 million to Good Star Ltd allegedly controlled by Low Taek Jho, better known as Jho Low.











Court documents sighted by FMT show that Leissner, a former Goldman Sachs executive, told a jury at a federal court in New York on Tuesday that when it became known that 1MDB had made the transfer, Ng related to him what he had heard about how the BNM approval for the transfer was given “that quickly”.

Leissner said: “You have to understand in 2009 Malaysia still had capital controls in place, which would require an investment of that size to be approved by Bank Negara in terms of the money leaving the country.

“A billion dollars was wired overnight from Malaysia to the joint venture and that it had been done because the husband of the then governor Zeti at Bank Negara had received a bribe to make that happen.

“So, overnight that money was transferred, which was unprecedented at that time. No approval was obtained that quickly from Bank Negara.”
When asked by prosecutors if a bribe was paid, Leissner said he could not independently confirm it.

Prosecutor: Sitting here today do you have any idea if it was true at all that there were any bribes paid in connection with the PetroSaudi 1MDB joint venture?

Leissner: I don’t know independently if bribes had been paid.

Last November, the Malaysian Anti-Corruption Commission revealed that at least RM65 million in 1MDB-linked funds recovered from Singapore were held by a company belonging to Zeti’s husband, Tawfiq Ayman.

Zeti’s husband and two sons have admitted to knowing about the money in statutory declarations (SDs) signed in March last year. The money was in the accounts of Cutting Edge Industries in Singapore and the three admitted to being the beneficial owners of the accounts.

The SDs, sighted by FMT, were certified to be authentic by the attesting lawyers.

FMT is attempting to reach Tawfiq for comment.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 05:16 PM | Show all posts
rashiman replied at 23-2-2022 05:11 PM
tak perlu nak nak tokok tambah keterangan saksi...  perbuatan yg tak baik ,terutama untuk dir ...

tak bekerja sbb jadi kesalahan jenayah kat US, US yahudi ni strict barangkali so tak berjaya nak kerja dgn GS
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 05:17 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-2-2022 04:24 PM
Depa tu tahap munafik, hina lagi dr ramasamy dap tu

bab2 dlm spender ni depa minat la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2022 05:21 PM | Show all posts

mcm muka khir toyo pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:21 PM | Show all posts
atira replied at 23-2-2022 05:02 PM
okay. boleh juga intepret begini.
saksi sogok najib dan najib terima sogokan


daripada kau fokus pasal anak najib cari kerja...

lebih baik kau ambil kisah pasal isu yg lebih besar ,

Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura telah menghantar balik ke Malaysia dana AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq suami Zetty.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:25 PM | Show all posts
atira replied at 23-2-2022 05:16 PM
tak bekerja sbb jadi kesalahan jenayah kat US, US yahudi ni strict barangkali so tak berjaya nak k ...


kalau betul seperti apa yg dikata, dia pun hanya meminta peluang untuk dipertimbangkan berkerja.
seperti jugak anak2 orang lain jugak.  memohon kerja itu perkara biasa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain nk jagaa anak2 dapat kerjaa senang org kaya buat duit kalo iolls ade duit better la invest on something dri kerja dgn org ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:32 PM | Show all posts

semua muka cop bapak..takde yg ikut mak ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
U help me I help u itu biasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Women empowerment.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.113052 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list