Post time 1-11-2024 10:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalu ada yg x telus semoga ke dalam. Tazabar tunggu dividen asb brp dpt thn ni. Kalu time mcm ni bgtahu dividen asb lg best, bg menggelupor deme kene kejo netizen
Post time 1-11-2024 10:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
fattymah replied at 30-10-2024 07:36 PM
Tak boleh bina spital.. dapat le bina sekolah.. jangan cam smk bbm.. dok perata tanah je dah setenga ...
Itu la kan...byk rm43 juta tu...tp bak kata org dlm khazanah kehilangan tu mcm ciput jedr untung yg biliion2 tu..isk..tetsp la 1 sen pun duit tu duit yg diamanahkan org..duit gomen is duit cukao from rakyat.while rakyat marhaen digertak ditarik aubsidi bhn keperluan asas,pendidikan,kesihatan...meanwhile depa2 ni masih angkuh living lavishly..
Di hari jumaat ni mai kita pakat doa rsmai2...syurga itu benar...neraka itu benar...semoga mereka mendapat peringatan dr Allah...
Post time 1-11-2024 01:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku baca kat fb may lepas pon laki si vavi duk mintak2 lagi bantuan gomen kat satu program ni pastu lapiji suruh fakoff kata takde lagi geran dr gomen akan diberikan utk lahanat mcm kau
Bercakap tentang spammer, ini soalan tentang spammer:
1) Forum Cari ni tak de mechanism ke untuk menghalang spammer?
2) Setelah spammer post sesuatu content, Forum Cari tak de mechanism ke untuk delete post tersebut?
Bila scam content itu dibiarkan saja, it seriously affects user experience. Dalam satu thread, boleh ada lebih daripada satu spam content.
3) Apabila melihat betapa teruknya Forum Cari manage spam content, adakah ini bermaksud Forum Cari ini bukan suatu high-value project?
Kalau Forum Cari ni adalah high-value project, tentulah ia diuruskan dengan baik.
+ + +
Since kita bercakap tentang business, ini ada kaitan dengan FashionValet.
Soalan: Apa yang menyebabkan Vivy kena kecam susulan pendedahan Khazanah dan PNB tentang kerugian RM 44 juta?
1) Faktor kerugian: Adakah Vivy kena kecam kerana membuat business decision yang menyebabkan kerugian RM 44 juta?
Kalau kita nak kata Vivy kena kecam kerana faktor kerugian, ada startup lain yang mengalami kerugian. Contohnya, Grab dan Aerodyne. Tetapi Grab dan Aerodyne tidak dikecam walau mencatat kerugian.
2) Faktor penutupan e-commerce platform: Adakah Vivy kena kecam kerana terpaksa menghentikan business operation untuk fashion e-commerce FashionValet?
Kalau kita nak kata Vivy kena kecam sebab terpaksa hentikan business operation untuk fashion e-commerce FashionValet, ada juga startup yang terpaksa menghentikan business operation mereka.
Dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan (UPNM) pada hari ini, PMX menyatakan tentang maklumat yang beliau perolehi daripada investor di Silicon Valley. Investor tersebut menyatakan bahawa sekitar 75% startup terpaksa tutup. Maksudnya, jumlah startup yang survive lebih kecil daripada jumlah startup yang terpaksa tutup.
Jawapan PMX tidak ada kaitan dengan isu pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet. PMX menyebut tentang startup kerana ada pelajar UPNM yang bertanya kepada PMX tentang sokongan daripada kerajaan untuk startup. Jadi PMX berkongsi pelbagai maklumat berkaitan startup yang beliau perolehi daripada expert di Silicon Valley dan dalam negara.
3) Faktor kemewahan: Adakah Vivy kena kecam kerana memperlihatkan lifestyle mewah kepada public dalam keadaan syarikat mencatatkan kerugian?
Startup rugi, ini adalah perkara biasa. Startup terpaksa tutup operasi perniagaan, ini juga perkara biasa.
Tapi, founder startup hidup dalam kemewahan, ini bukan suatu perkara yang kerap being highlighted dalam artikel atau analisis berkaitan startup. Sama ada founder itu berada di Malaysia, South East Asia, China, mahu pun US.
Kenapa kemewahan founder startup jarang diperkatakan dalam komuniti startup?
Kerana, bukan suatu kebiasaan untuk founder startup menjadi seorang yang popular dalam social media. Bukan suatu kebiasaan untuk founder startup berada pada tahap celebrity. Bukan juga suatu kebiasaan untuk founder startup berkongsi kehidupan peribadi dengan public.
Bila founder startup bukan seorang yang dikenali public, dan beliau tidak berkongsi perkara peribadi dengan public ... tentulah sukar untuk media dan public bercakap tentang lifestyle founder. Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana lifestyle founder itu.
Kalau public tahu tentang kekayaan founder startup sekali pun, ia berlaku selepas founder startup berada dalam kontroversi. Lalu pihak yang relevan seperti media mula membuat investigation terhadap startup tersebut. Supaya media itu dapat menghasilkan investigative reporting untuk dikongsikan kepada public dan untuk perhatian pihak berkuasa.
Contoh terbaik adalah kes WeWork. Founder WeWork adalah Adam Neumann. Pada mulanya, public tidak tahu tentang kekayaan Adam Neumann. Kekayaan Adam Neumann mula didedahkan oleh media selepas WeWork berhadapan dengan masalah sewaktu peringkat IPO.
+ + +
Just wondering, apakah kesalahan sebenar yang dilakukan oleh Vivy yang menyebabkan beliau dikecam?
Kalau nak kata ia adalah kesalahan buat business decision, ramai founder buat kesalahan yang sama.
Kalau nak kata ia adalah kesalahan yang menyebabkan kerugian, ramai founder buat kesalahan yang sama.
Kalau nak kata ia adalah kesalahan yang menyebabkan operasi perniagaan terpaksa ditutup, ramai founder buat kesalahan yang sama.
Tapi, kalau nak kata ia adalah kesalahan kerana berkongsi kemewahan dengan public ... sangat jarang founder startup buat kesalahan ini.
Jika berkongsi kemewahan dengan public adalah suatu kesalahan yang dilakukan oleh Vivy, ini adalah suatu tindakan yang perlu dielakkan oleh founder. Terutamanya jika founder itu membina startup melalui dana pelaburan - bukannya modal daripada keuntungan atau pinjaman.
Dalam erti kata lain, founder startup tak boleh jadi social media celebrity. Kalau founder nak buat social media content sekali pun, content itu tidak boleh memperlihatkan unsur kekayaan dan kemewahan founder.
Ini adalah perkara yang public perlu belajar daripada kontroversi yang dialami oleh Vivy. Terutamanya untuk individu yang ingin terlibat atau sedang terlibat dalam dunia perniagaan.
Jangan berkongsi kekayaan dan kemewahan dengan public.
p/s: Aisyah Hijanah dan Alif Teega pun kantoi kerana berkongsi kekayaan dan kemewahan dengan public.
Post time 1-11-2024 07:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
___ replied at 1-11-2024 06:55 PM
So nak cakap, diorang plan nak expand, lepas tu sebab covid, semua jatuh. Masalahnya, sebelum covid, untung ke? Nak tau yang rugi sebelum ni, masa untuk expand ke?
Post time 1-11-2024 07:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tom2 replied at 1-11-2024 07:28 PM
So nak cakap, diorang plan nak expand, lepas tu sebab covid, semua jatuh. Masalahnya, sebelum covi ...
Smart. Ye i rasa basic strategy break even dulu, sustain, then baru expand, else kalau tgh rugi ko nak invest further mmg bleeding deeper cuts lah. Basic kot kata ivy league grads dua dua siap ada masters lagi kan.
Ni dia expand kedai sama naik dgn expand family.
Ada yg question lavish renovation kat premium malls tu ada unsur cash out tru appointed contractors ke tak?
Lagipun production dia byk sgt collab sana collab sini, marketing n cost per sale tu takde projection ke. Dulu time jual stapler mendunia every print media panggil dia fashion mogul everything vv touch turns into gold. Apparently kalau kau launch besar besaran kena ada volume jugak bukan setakat one hit wonder jual 30 pcs pastu announce sold out wihthin 4 minutes.
Pastu setiap 2 bulan overseas trip. Cuti takde cap, expenses takde cap, sebab mulut pandai bercakap nanti boleh pitch lagi nak ipo bursa kan, sure boleh dpt fresh cash lagi
Post time 1-11-2024 08:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tom2 replied at 1-11-2024 07:28 PM
So nak cakap, diorang plan nak expand, lepas tu sebab covid, semua jatuh. Masalahnya, sebelum covi ...
dana yg dia dpt drpd PNB & Khazanah tu utk digital platform & e-commerce FV kan? Ke aku silap? Tetiba nak expand kpd physical stores...
lepas tu licik ye pi beli syarikat dia sendiri Duck & lilit dgn harga melampau tinggi drpd duit FV.
Post time 1-11-2024 08:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
___ replied at 1-11-2024 08:29 PM
dana yg dia dpt drpd PNB & Khazanah tu utk digital platform & e-commerce FV kan? Ke aku silap? Tet ...
Tu la company sendiri jaga. Company yang pakai duit geran, spend gila2. And of course gaji deme besar. Elaun2 director lagi. Tadi I terbaca kat atas ada forumer kata fadza ada nak mintak geran lagi kat rafizi masa satu program. Rafizi kata yilek. Kalau ada sesiapa jumpa benda ni Kat mana2 tepek la sini. Bukti bergambar untuk resit masa depan
Azam berkata, siasatan itu penting memandangkan perkara itu melibatkan isu dana dan kepentingan awam. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu penting memandangkan perkara itu melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak... atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Jumaat malam.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, FashionValet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.
Pada Khamis, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Khazanah, PNB dan FashionValet memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dalam FashionValet.
Bagaimanapun ketiga-tiga pihak masing-masing Khazanah, PNB dan FashionValet telah mengeluarkan kenyataan mereka.
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menjelaskan tindakan menjual kepentingan dalam FashionValet, setelah pelaburan awal sebanyak RM27 juta pada tahun 2018 adalah bagi memacu syarikat e-dagang fesyen tempatan itu.
Dalam satu kenyataan, Khazanah mejelaskan, penjualan itu bagi mengalihkan pemilikan kepada pihak baharu yang berupaya memacu syarikat ke arah trajektori pertumbuhan sejajar dengan tempoh pegangan pelaburan yang telah mencapai matlamat.
Sementara itu, PNB dalam kenyataan pada Jumaat turut menegaskan, pelaburan dibuat menggunakan dana proprietari PNB dan bukan dana amanah saham di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilanggan oleh orang awam.
“Walaupun kesal dengan kerugian yang dialami sebanyak RM18.7 juta selepas menerima hasil jualan sebanyak RM1.3 juta tetapi ini harus dilihat dalam konteks aset pelaburan bernilai RM337 bilion yang diuruskan oleh PNB dan RM16.4 bilion dalam pendapatan pelaburan yang dijana selepas mengambil kira kerugian pada TK23,” jelas kenyataan itu.
Selain itu, usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memohon maaf dan akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd.
Menerusi kenyataan bersama pada Jumaat, keputusan itu dibuat berikutan isu terkini yang melibatkan penjualan saham PNB dan Khazanah dalam syarikat berkenaan.
Katanya, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan konflik ketika ini menjejaskan syarikat yang sedang dalam proses pemulihan. - Awani