CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

'HUDUD' tiada dalam Al-Quran, ciptaan ahli feqh - tidak adil.

[Copy link]
 Author| Post time 17-4-2012 05:28 AM | Show all posts
Sdg mencoba dan terus mencoba...

p/s: Dh le tu, byk lg isi yg blum masuk².
Nk cerita pasal Imam² 4 dan hak asasi plk.
Jgn mara ye sedara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 09:45 AM | Show all posts
awat
dah penat ke kena hentam!!!!
hang ingat aku hentam hanya nak seronok2 je ke???
apa seronok ke menghentam ni????
bal;a je dapat
kalau bukan KERANA ALLAH...............ada faham ke

diri kita sendiri pun tergeliat
dgn SUNATURASUL
nak difikirkan imam yg4 ka 10 ka 99 ka
yg remeh dan hanya berkepentingan dunia jeee
sendiri faham2 lah yeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2012 05:17 AM | Show all posts
Sbb tu pengajaran byk di dpn mata,
sama ada kita nk ambil iktibar atau x.
Itu pilihan masing² atas ujian Maha Kuasa.
Kebebasan yg diberi tu jgn smpi melampaui batas².
Hak asasi, hak tabii...semua pn hak Allah s.w.t.
Manusia oh manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:20 AM | Show all posts
Reply 123# Dzulqarnain

bukan hanya kat depan mata je
kat diri sendiri tuuuu
tu yg perlu dipertanggungjawabkan nanti
tak caya ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 09:39 AM | Show all posts
Percaya le,
xde yg lbh dkt dr 'mata' kecuali diri sendiri.
Hang pernah dengar Zaman 'Enlightment',
ketika Eropah secara logikal akalnya memberi cahaya baru bg agama?
Lapisan pertama tembok pertahanan Islam adalah para Aslafnya...para Syuhada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:29 PM | Show all posts
saya pikir perkataan HUDUD yang disebut oleh TDM tu berbeza pengertiannya atau maksudnya dengan ayat HUDUD yang dimaksudkan dalam Al-Quran.

apa yang saya faham dari perkataan TDM tu, dia merujuk kepada HUDUD yang berupa satu jenis hukuman yang dipanggil hukuman HUDUD, seperti apa yang diperjuangkan oleh individu2 yang tertentu. Mereka inilah yang saya kira memberi definisi yang mengelirukan masyarakat awam mengenai pengertia HUDUD dalam Al-Quran.

seperti kebanyakan masyarakat awam, saya memahami hukuman hudud yang diperjuangkan oleh individu2/kumpulan2 ialah satu kumpulan hukuman-hukuman seperti rejam kepada penzina yang dah kawin, sebat kepada penzina yang bujang, potong tangan kepada pencuri dan hukum bunuh kepada pembunuh.

masalahnya di sini, ramai masyarakat awam tidak paham bagaimana kaedah perlaksanaan hukuman tersebut. adakah kaedahnya ada dinyatakan di dalam Al-Quran secara terperinci? kalau tiada dalam Al-Quran, adakah Nabi SAW pernah mengajarkan kaedahnya seperti baginda mengajarkan rukun solat? saya percaya inilah sebenarnya kenapa TDM mengatakan tiada hukuman hudud dalam Al-Quran.

Ayat-ayat HUDUD seperti yang di bawakan oleh kawan2 lain dalam topik ini hanya mengatakan HUDUD sama erti dengan HAD-HAD yang Allah SAW berikan dan tidak boleh dicabuli. Tidakkah ianya jauh berbeza dengan HUDUD yang heboh diperkatakan itu?

Untuk totally disapprove perkataan TDM ini, perkara di bawah perlu ditunjukkan kepada semua:

1) Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan secara jelas hudud itu ialah hukuman-hukuman rejam atau sebat kepada penzina, potong tangan kepada pencuri, hukuman pancung kepada pembunuh dan yang sepertinya

2) Kalau tiada dalam Al-Quran, perlu dikeluarkan hadis-hadis yang jelas menyatakan Nabi SAW pernah mengajarkan kaedah-kaedah hukuman seperti rejam, sebat, potong tangan, pancung dan sebagainya dan Baginda SAW menyatakan inilah hukum hudud yang wajib dilaksanakan.

Saya kira kalau para pejuang hukum hudud ini mampu memberikan fakta-fakta tersebut, benda ni tak ada masalah dan tak akan menjadi konflik sikit pun. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2012 02:18 PM | Show all posts
Reply 126# AwgSagi

Soal hukuman dan perlaksanaan hukum,
kita masih belum 100% lg.
Jd, yg diutamakan tu 'pemahaman'.

Ahli feqh tlh lama menyusun segala ketetapan Allah dan rasulNya.
Dan telah ada byk jemaah (mikro) yg melaksanakn hukum dan hukuman tsbt.
Cuma, dlm konteks negeri dan kenegaraan (makro) - masih tiada bayangnya.
Sbb yg utama saya boleh katakan, kita masih lg dijajah.
Sbg tahanan perang sekali pn, amal makruf nahi mungkar wajib dilaksana.
Wlpn diseksa zahir dan batin...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply  AwgSagi

Soal hukuman dan perlaksanaan hukum,
kita masih belum 100% lg.
Jd, yg diutamaka ...
Dzulqarnain Post at 19-4-2012 14:18


Saudara Dzul,
Sebagai seorang yang tidak mengaji bidang undang2, saya mengakui jahil mengenai dengan proses perundangan yang kita gunakan. Sebagai contoh, kenapa perlu ada pemisahan antara undang2 sivil dan undang2 syariah? Kenapakah tidak boleh dicantumkan menjadi satu dengan nama perundangan negara? Hukuman dalam mahkamah sivil boleh dikategorikan sebagai hukuman takzir atau qisas.

Apa yang saya tidak faham, kenapa tidak dicantumkan? Apa dia perkara2 yang menjadikan perkara ini mustahil? Adakah kita di negara Islam ini perlu tunduk dan mengikut kepada undang2 mahkamah di england atau dunia? Adakah sebagai negara merdeka kita kena juga merujuk kepada standard undang2 negara barat atau kita sebenarnya bebas untuk mengubal perundangan negara sendiri?

Amat dialukan sekiranya saudara dapat memberi pencerahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2012 01:47 AM | Show all posts
Reply 128# AwgSagi

Ringkasnya, dlm sistem kehakiman,
mahkamah Syariah dikatakan terendah antara semua.
Jd mana² perundangan yg melibatkn hal ehwal umat Islam shj
akan melalui mahkamah syariah dan
tdk boleh membicarakn mana² kes yg bersangkutan dgn
bidang kuasa mahkamah yg lebih tinggi
i.e. mahkamah persekutuan, rayuan, civil, jenayah, etc.
Semua kes ditentukn oleh mahkamah persekutuan dan
Perundagan Islam adalah dlm bidang kuasa kerajaan Negeri.

Common Law, yg diguna sbg perundangan hari ini berasaskn
hukum hak asasi manusia yg dirangka Barat.
Setiap negara yg 'de-colonized' (merdeka) diselaraskn
mengikut deklarasi hak asasi manusia sejagat (UHRD) dan
sentiasa dipantau Majlis Keselamatan PBB.
Manakala deklarasi hak asasi manusia Islam (IHRD) yg
diperkenalkn liga Arab juga tdk berjaya menyuntik syariat Islam sepenuhnya.

Pertembungan perundangan Barat dan Islam mencorak dunia hari ini.
Suntikan hak asasi Barat mengekalkn lumpuhnya Khilafah Islam sejak jatuhnya Otoman.
Hanya dgn mengeluarkn Hak Tuhan drpd hak asasi manusia.

Proses penggubalan undang² pula mesti melalui Peguam Negara,
dan setiap perundangan baru yg berkonflik dgn
bidang kuasa undang² Persekutuan akan secara automatiknya terbatal.
Kecuali berkenaan agama Islam dan hanya dikuatkuasakn dlm Negeri shj
tdk termasuk wilayah² persekutuan.
Walaubagaimanapn, Negeri x boleh campur tangan dlm hal Persekutuan.
Keterbatasan ini, kuasa Negeri juga limited selagi ia berada dlm Persekutuan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cilijeruk posted on 1-3-2012 09:09 AM
Memang tak ada pun apa yang dikatakan sebagai undang-undang hudud tu dalam Quran. Kebanyakan undang- ...

Sila bertaubat dgn segera...ini dalil ttg hudud Kesalahan mencuri. Firman Allah SWT yang bermaksud :



“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua mereka (sebagai) pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan (kemurkaan)dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Maidah : 38)

Kesalahan berzina. Firman Allah SWT yang bermaksud :



“Perempuan-perempuan yang berzina dan lelaki-lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu dari menjalankan agama(hukuman) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah perlaksanaan hukuman terhadap mereka berdua disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”. (Surah an-Nur : 2)

Kesalahan menuduh zina tanpa empat orang saksi. Firman Allah SWT yang bermaksud :  



“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penuduh) dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq”. (Surah an-Nur : 4)

Kesalahan minum arak. Firman Allah SWT yang bermaksud :  



“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dari perbuatn syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dengan meminum arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang, maka adakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara tersebut)”. (al-Maidah : 90-91)

Kesalahan murtad. Firman Allah SWT yang bermaksud :



“Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kekafiran itu, maka sia-sialah segala amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka inilah penghuni neraka dan kekal di dalamnya selama-lamya”. (Surah al-Baqarah : 217)

Kesalahan menderhaka kepada pemerintah Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud :  



“Balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau di buang negeri (kalau mwereka mengganggu ketenteraman awam. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” (al-Maidah : 33)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.236603 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list