|
Azrinaz nampak berkaliber berbanding nenek Normala
[Copy link]
|
|
Sudah lama sebenarnya impian untuk menjadikan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim sebagai penghias wajah hadapan Nona, tetapi kesempatan itu belum terbuka. Lantaran itu saya membawa angan-angan itu berganti tahun dan akhirnya alhamdulillah... kala menyuarakan hasrat tersebut awal bulan lalu pada Saidatulnisa, Azrinaz bersetuju.
Namun tarikhnya belum dapat diputuskan kerana tuan punya diri terlalu padat dengan pelbagai urusan. Beliau di Malaysia hanya untuk beberapa hari bagi menjalani rakaman program ON AIR, kemudiannya akan terus terbang ke Singapura, Brunei, London dan Spain. Oh! Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan insan yang pernah mengejutkan rakyat Malaysia dan Brunei dengan kisah perkahwinannya, malah pernah menjadi insan dikenali dunia.
Namun, saya enggan berputus asa, berbalas pesanan ringkas melalui Saidatulnisa sebagai insan perantaraan. Kata saya, jika Azrinaz tidak sempat balik ke Malaysia, ingin sekali saya ke Singapura atau Brunei bagi memenuhi impian ini. Jawab Azrinaz, ‘Amboiiiii bukan main lagi Kiffy ni!’ Dengan pantas saya berbalas, ‘Saya memang betul-betul inginkan Azrinaz sebagai penghias wajah depan Nona, berusaha tangga kejayaan’.
Selang beberapa hari dan secara berterusan, pesanan ringkas saya sering mengganggu Saidatulnisa dan Azrinaz! Maafkan saya kerana selagi tidak diputuskan tarikh pertemuan, tidak boleh duduk diam dibuatnya.
Alhamdulillah, saya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Rasa kebahagiaan bertamu, sujud syukur saya kepada-Nya kerana membuka pintu hati Azrinaz untuk menerima lamaran ini. Namun sehari sebelum sesi fotografi diadakan, petang itu saya menerima pesanan ringkas dari Azrinaz mengenai busana yang ingin dipakai.
Kata sepakat diputuskan Azrinaz akan membawa beberapa helaian koleksi peribadinya dan saya akan memilih beberapa lagi daripada pereka tempatan.
Selepas Maghrib, lampu merah berkelip-kelip di telefon bimbit saya menandakan ada pesanan ringkas. Terbeliak biji mata saya membacanya, ‘Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh buat Nona esok atas sebab-sebab tertentu. Saya minta maaf atas kesulitan
ini’ Lidah saya menjadi kelu, tergamam tanpa boleh berkata apa-apa.
Tarikh deadline majalah sememangnya di atas garisan. Saya seperti nyawa-nyawa ikan kerana tidak ada sebarang penghias wajah lain sebagai pengganti. Saya percaya, Azrinaz tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Pastinya di atas sebab tertentu, beliau terpaksa menarik diri pada saat akhir. Saya bertemu ketua editor untuk memaklumkan perkara ini. Selepas beberapa baris ayat, suara saya semakin bergetar dan air mata mengalir. Saya tidak dapat menahannya lagi perasaan kecewa ini kerana segala-galanya sudah hampir di kemuncak, hanya menanti detik pertemuan itu sahaja. Namun, saya perlu berfikiran positif dan bertenang untuk memikirkan apa yang seharus saya lakukan seterusnya.
Dalam suasana muram dan sempat menghabiskan dua pinggan nasi (begitu cara saya melepaskan segala rasa tekanan). Tepat jam 9.03 malam, saya menerima pesanan ringkas daripada Azrinaz menyatakan, beliau telah berusaha menyelesaikan beberapa perkara dan InsyaAllah esok boleh dilaksanakan. Sekali lagi air mata saya mengalir, tanda gembira dan bersyukur. Alhamdulillah... impian bakal tercipta. Terima kasih berkali-kali saya ucapkan buat Azrinaz.
Dapatkan artikel penuh dalam Majalah Nona isu Julai 2012 |
|
|
|
|
|
|
|
Seandainya Azrinaz buat semua tuduhan itu, saya percaya sebagai pemimpin negara Islam dan ...
babygina Post at 13-6-2012 19:05
Ya memang betul TETAPI TAK PERLULAH BAGINDA SENDIRI hampir
setiap hari pergi cek sendiri bangunan yang sedang dibina. Cukup
setakat menyediakan sebuah bangunan mewah setarap bekas bini.
Ni tak, hari-hari pergi sendiri memeriksa..........ini sudah lain daripada
setakat memastikan ex-wife hidup in comfort in your words..............
My half cts.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya memang betul TETAPI TAK PERLULAH BAGINDA SENDIRI hampir
setiap hari pergi ...
NAT_11 Post at 14-6-2012 16:51
wahh shahdu sungguh keihlasan SB...bahagia naz...amin |
|
|
|
|
|
|
|
Dah baca dah artikel dalam Nona tu.. Azrinaz kata dia selalu commute Malaysia - Brunei - London. And bila dia kat Brunei, dia akan spend all her time with the children. Bila dia kat sini, dia duk ngan family dia. Now dia buat real estate business dengan ayah dia.
Artikel dia ni sangat sopan... banyak cerita pasal apa yang dia buat sekarang lah... rather than personal life dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya memang betul TETAPI TAK PERLULAH BAGINDA SENDIRI hampir
setiap hari pergi ...
NAT_11 Post at 14-6-2012 16:51
If its more than that, they can always rujuk balik. But if rujuk doesn't happen then maybe SB is just checking whether his money is being wisely spent on this new banglo. However, i'm sure he still cares about her. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 laa nak photoshop pong...
mcm laa hodoh sgt naz neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia lebih berseri seri sekarang jika dibandingkan semasa tinggal dlm "sangkar emas" ~ moga cinta SB masih untuh buat Cik Puan Azrinaz |
|
|
|
|
|
|
|
cover mag sarat sngat tok nenek aksesori. |
|
|
|
|
|
|
|
yang betul hebat , berkaliber dan cerdik adalah azrinaz , sempat juga kahwin dengan lelaki paling kaya di dunia
apa kelas ada artis kompang cerdik tapi bercinta sesama artis |
|
|
|
|
|
|
|
kak mala .. SPM je nox
nasib baik menang pencarian nona tu .. he he he
nkhairuddin1 Post at 28-5-2012 11:26
Takpelah SPM pun, dia memang berbakat dan layak menang masa tu. Kalah yg ada degree bagai. Lepas tu dia belajar sambil bekerja kat TV3 dan jadi pengacara yg disegani. Pengalaman yang dia ada tu dah cukup 'mahal' |
|
|
|
|
|
|
|
Dulunya AMH just pengacara biasa..now pengacara superstar status.. |
|
|
|
|
|
|
|
Majalah Nona yg cover azrinaz & On Air tu kena banned daa kat brunei. Korang toksah syok sendiri mengharapkan Sultan Brunei rujuk balik dgn Azrinaz tu. |
|
|
|
|
|
|
|
N0v posted on 20-9-2012 12:18 PM
Majalah Nona yg cover azrinaz & On Air tu kena banned daa kat brunei. Korang toksah syok sendiri men ...
Sal majalah dibanned tu, tak silap bukan dari SB.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah org brunei sendiri yg bagitahu majalah nona cover azrinaz tu kena banned dari dijual di brunei maknanya atas arahan sultan brunei lah tu. Ada pun org brunei yg teringin sangat nak beli kena beli dari negeri jiran samada limbang atau miri. awak tu org brunei kah? |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena talak 3 tu kena cari cina buta lah dulu kalau SB nak rujuk balik. rasanya tak ingin SB nak rujuk ramai lagi yg lebih cantik dari azrinaz kalau sultan nak kahwin lagi |
|
|
|
|
|
|
|
N0v posted on 22-9-2012 11:09 PM
dah kena talak 3 tu kena cari cina buta lah dulu kalau SB nak rujuk balik. rasanya tak ingin SB nak ...
Bukan talak satu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
normala tu rasernya ade STPM .
n soal Sb nak rujuk ke or regret ke kawen ngan Azrinaz tu adalah masa lampau.
soal suke atau tidak. rakyat brunei dan SB serta kerabat sekalipun kene terima qada' dan qadarNya.
anak pon ade 2. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak beranak dgn sultan rugi besar oooo payah nak mintak nafkah melalui anak lah senang sikit bijak betul strategi azrinaz ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak bila dpt tahu anak2 mazuin adik sb tak kasi nafkah pasal dah serik agaknya dgn perbuatan bini indon dia sebelum mazuin tu pun kes lebih kurang sama dgn dia ni ..bawak lari harta balik indon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|