nie berita dr kosmo pasal isu nie
Dituduh besar kepala, Jep rasa kelakar
Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
| JEP mengakui dakwaan lakonannya dia mahu menukar lokasi penggambaran sebuah produksi lakonannya, namun dia mempertahankan tindakannya itu.
|
ARTIS besar kepala seperti sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan tidak kiralah yang baharu mahupun lama dalam industri seni. Baru-baru ini heboh gosip mengenai seorang artis komedi iaitu Jep dari kumpulan Sepahtu dikatakan semakin besar kepala meminta itu dan ini. Bukan sahaja ingin menukar lokasi, malah Jep juga dikatakan sedang bercinta dengan seorang wanita dalam produksi yang terlibat bersamanya semasa penggambaran tersebut. Inginkan kepastian, Kosmo! menghubungi Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nazri Zainal Abidin untuk meminta penjelasan tentang gosip tersebut. Ternyata, Jep mempunyai alasan dan jawapan tersendiri. Kosmo!: Boleh ceritakan tentang perkembangan terkini anda? JEP: Sekarang saya sedang terlibat dengan rakaman Betul ke Bohong? sebanyak 26 episod. Selain itu saya ada terlibat dengan penggambaran drama yang bakal disiarkan pada bulan September ini dan sebuah telemovie, kedua-duanya bersama RTM. Karoot Komedia X juga bakal disambung kelak bersama Astro. Pasti anda tahu gosip yang mendakwa anda semakin besar kepala. Mungkin anda ada jawapan tersendiri? Pada awalnya, saya terkejut juga. Melihat kepada judul gosip tersebut, memang tidak dinafikan ia menjejaskan periuk nasi saya. Sebenarnya, apa yang terjadi punya sebab tersendiri dan sepatutnya mereka terus tanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya juga dikatakan bercinta dengan orang produksi. Bila baca semula, rasa kelakar pun ada. Boleh anda jelaskan kenapa anda ingin menukar lokasi penggambaran seperti yang didakwa? Apabila kita melakukan sebarang kerja, keselamatan harus diutamakan. Pastinya sesiapa sahaja berasa begitu. Setiap yang dilakukan itu memang saya ada penjelasannya. Lokasi drama itu ditukar kerana ia kurang sesuai dan agak berbahaya bukan sahaja kepada saya, malah kepada semua kru produksi. Babak ketika itu di hospital tapi lokasinya ialah klinik bagi pesakit HIV. Saya terperanjat mengapa tempat seperti ini yang dipilih. Ini kerana, sedia tertulis, klinik tersebut bukan tempat untuk beristirehat, hanya untuk menjalankan sesi kaunseling serta ambil ubat. Jadi setelah berbincang dengan semua, saya pun menyuarakan pendapat tersebut. Semua telah bersetuju sebenarnya, tapi tidak tahu pula ada yang bercakap di belakang. Anda berasa kecewa dengan apa yang berlaku ? Sejujurnya memang saya kecewa. Tapi benda pun sudah keluar dan terpulang kepada orang yang ingin menilai. Tapi, apa yang pasti, rakan-rakan dan sesiapa yang pernah berurusan dengan saya, terkejut dengan judul besar kepala yang ditujukan kepada saya. Saya tidak marah namun menganggap ini semua dugaan Allah SWT. Tapi saya juga turut kecewa kerana saya sedang dalam perbincangan untuk menjadi duta sebuah produk. Setelah perkara ini disiarkan, saya mendapat panggilan bertanyakan hal ini. Tidak mengapa. Jika itu betul-betul rezeki untuk saya, pasti saya akan dapat. Tidak dinafikan, rezeki anda kini semakin baik. Banyak juga tawaran yang diterima. Adakah selepas ini, anda mungkin akan memilih watak dan punya prinsip tersendiri? Saya masih seperti biasa, tidak besar kepala. Sebelum ini juga saya tidak pernah berbuat demikian. Saya reda dengan dugaan yang mendatang, mungkin ada hikmahnya. Siapa yang sudah kenal saya, pasti tahu perangai saya. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada sesiapa yang mempercayai gosip tersebut? Tiada apa-apa. Saya bukan jenis yang suka bergaduh atau bising, saya maafkan semua. Apa yang saya perlu ialah komen yang boleh membantu karier yang ingin saya bina ini. Sebagai manusia, mungkin dahulu saya buat silap, dan ini karma buat saya. Saya tidak sempurna.
|