KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Selepas beberapa artikel mengenai kontroversi melibatkan pengganti Yunalis Zarai di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27 pada Ahad ini dinaikkan di portal murai.com.my, nampaknya berbagai komen diterima.
Dalam pada Murai Batu duk membaca komen-komen tersebut, tiba-tiba seorang 'informer' memberitahu ada juga golongan artis yang tidak bersetuju dengan tindakan penganjur yang menggantikan tempat Uji Rashid (yang sepatutnya menyanyikan lagu Terukir Di Bintang)dengan penyanyi Aizat di saat-saat akhir.
Kata 'informer' tersebut, orang yang dimaksudkan ialah pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek dan perkara itu diluahkan di laman sosial Facebooknya - Saiful Apek Official Fan Page. Tanpa berlengah lagi Murai Batu terus menjengah ke Facebook yang diperkatakan oleh 'informer' tadi.
Ternyata apa yang disampaikan adalah benar dan ini antara yang diluahkan di laman Facebook tersebut: "baru b'sama luahan & tangisan biduanita t'knl Uji Rashid, yg tlh ditawarkn sndiri oleh Yuna & kluarga, utk menyanyikan lagunya smpena AJL tdk lma lg. nmun bliau adlh org t'akhir, diumumkn oleh phk p'anjur, bhwa khidmat bliau sdh tdk dprlukn lg ats p'setujuan smua phk. stlh bliau sndiri b'gadai nyawa klr dr wad hsptl ktika dlm keadaan yg blm btul2 sht, hnya utk m'hadiri smua sessi p'sdiaan yg d'ptggjwbkn pdnya.."
Dalam ayat yang sama turut terdapat tanda tanya yang berbunyi begini: "P'soalannya : bginikah etika & adab kita sbg manusia b'ilmu & b'jariah, dlm m'bri p'hormatan & p'hargaan pd mreka2 yg msh lg b'nyawa, prnah b'jasa m'bri sumbangan pd industri & juga pd ekonomi negara, yg sbnarnya tiada nilai dgn wang ringgit?! ALLAHUAKBAR."
Murai Batu cuba mendapatkan Saiful Apek mengenai kenyataan yang dikeluarkan, tetapi panggilan tidak berjawab. Mungkin sedang menjalani penggambaran atau tidak berada berdekatan telefonnya, Murai Batu pun tak pasti.
Bagaimanapun, Murai Batu harap kenyataan Apek itu tidak disalah erti oleh mana-mana pihak buat masa ini kerana ia dikeluarkan di Fanpage beliau, risau juga kalau kenyataan tersebut bukan datangnya daripada pelawak itu sendirikan?.
MuraiBatu: Harap dapat menghubungi Saiful Apek untuk mendapatkan pengesahan.
Bukan isu wakil uji rashid ke x? tapi soal dibuang mcm tuh saja..
mmg bukan dia yang terbaik. I bet Yuna mst dh buat research kemampuan Uji walaupun awalnya Uji menolak.
Mmg xelok sangat tv3 buat mcm tuh kat orang lama. For me kalau dia xdapat deliver dgn baik pn
persembahan uji sndri boleh dijadikan sebagai antara gimik yang akan diingati sepanjang sejarah AJL.
Lagipun penjurian bkn skadar vokal pun. Ana Rafali yang sah2 sora hancur gile ms final AJL 25 pn bole menang juara what??
kebanyakan artis2 veteran m'sia bergantung pada bakat vokal semulajadi
takdenya ikut kelas vokal...belajar teknik2 pernafasan..bubbling..hissing bagai
bila usia lanjut..vokal pun cepat semput suara tak selunak dolu2..
lainlah mcm artis barat...Diana Ross, Barbera Streisand, Rod steward, Aretha Franklin.etc
Ini yang terbaik lah..
rasanya bukan niat tv3 dan pengurusan AJL nak memaluikan dan mengaibkan Uji dengan menggantikan beliau dengan Aizat..
sebenarnya mek rasa tindakan untuk menggantikan Uji dengan aizat tu adalah langkah yang sangat baik ..
bukan kerana menidakkan bakat lama dan menkesampingkan penyanyi veteran..
tapi sekarang ini, secara peribadi mek berpendapat untuk menyanyi secara langsung.. memang Uji tidak dapat lakukan dengan baik ..
beberapa kali menyaksikan penyanyi ini menyanyi secara langsung.. dan YA mek kata .. menyanyi secara langsung agak sukar untuk beliau dalam umur ini .. Last edited by meklin on 4-1-2013 08:41 PM
aku pun setuju aizat nyanyi lagu yuna tu...mokcik Uji tu skang nyanyi teruk benau bunyinya tak caya tgkla youtube taim dia duet ngan protege noh hujan tuh adoii tak sanggup nak dengo
Ada member tv3 cakap uji siap nangis lagi.
For me lah kan, uji mmg excited mcm nak buat comeback gitew walopun dia sedar suara dia kelaut.
Padahal awk tu dah la tak sihat, dah berumur, kang terjadi apa2 kat atas stage lagi haru biru.
Tv3 pon xnak lah ambik risiko agaknya, disamping nak jaga kualiti rancangan.
Buatnya kalau diteruskan jadi wakil yuna, tiba2 hari ini dlm sejarah penyanyi pertama masuk ajl dgn suara hazab, kan lagi malu... Tersebar kat youtube segala.
To makcik uji, semua berlaku ada hikmahnya. Sabar lah ye
Klu ada masalah kesihatan sampai masuk hospital bagai, ditambah plak dh berusia, aku tak rasa TV3 nak tanggung risiko membenarkan Uji bertanding. Ditambah plak katanya Uji tak blh menyanyi sampai Ramli MS tak mau bagi muka.