CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Penyanyi Faizal Tahir Kena Gam Oleh Media Prima?

[Copy link]
Post time 24-6-2013 04:30 PM | Show all posts
maxim posted on 17-6-2013 11:08 PM
x kesah la kene banned pn paizal..berpegang teguhlah dgn apa yg ko percaya dan cakap sebelum ni..rez ...

betol3.. abg pejal suara sedap.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 10:29 AM | Show all posts
http://my.entertainment.yahoo.co ... tml?.tsrc=samsungwn

Faizal Tahir bukan digam tapi ‘direhatkan’

By Hafidah Samat | Yahoo Newsroom – 16 hours ago

MINGGU lalu, penyanyi pop dan komposer Faizal Tahir telah dikaitkan dengan khabar angin bahawa dia telah digam oleh sebuah stesen televisyen swasta.

Khabar angin itu bagaimana pun tidak dapat disahkan kerana tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh stesen TV berkenaan. Malah pihak media juga belum bersedia melaporkan mengenai kesahihan spekulasi itu selagi belum disahkan oleh pihak televisyen atau Faizal sendiri.  

Usaha Yahoo! Malaysia untuk mendapatkan Faizal minggu lalu tidak berjaya. Hanya pengurusnya yang dikenali sebagai Jeff menjawab bagi pihak penyanyi itu.

“Maaf saya tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat kerana Faizal enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.”

Diam tak diam, rupa-rupanya ada satu lagi perkembangan terbaru ini sememangnya agak mengejutkan.

Menurut sumber, satu mesej dalaman berbentuk emel telah dikeluarkan dari sebuah jabatan di stesen TV tesebut kepada jabatan lain yang antara kandungannya membayangkan bahawa sebarang aktiviti seni bintang kelahiran musim kedua program realiti,  ‘One in a Million’ terbitan 8TV itu perlu ‘dihentikan buat sementara waktu’.

Mesej itu turut menyebut bahawa sebarang penyiaran program seni yang membabitkan Faizal di stesen TV berkenaan juga harus dihentikan buat sementara waktu.

Menurut sumber lain, perkembangan itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pembabitan Faizal dalam satu persembahan anjuran sebuah parti politik tidak lama dulu.

~~

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak risau ape? Tv pas kan ada.. Melalak kat situ x bley ek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 11:46 AM | Show all posts
Media Prima ja lah kot banned..
elok ja lagu dia kat stesen lain main..
para pelakon yang selama ni dok berkempen untuk PR pun elok ja dok berlakon mcm biasa..
berlambak jer crita diorg dalam RTM nu ..
kalau MP nak banned itu hak diorg sendiri.. bukan arahan secara terang atau sulit daripada pemerintah pun ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 06:11 PM | Show all posts
love FT.
betul la ape yg dia kata kat norman tu, rezeki dr Allah bukan dari pemerintah.
ada yg sentap sgt nape? berani ke kate statement tu x betul?
it's ok FT, berani kerana benar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 07:49 PM | Show all posts
selamat malam ft....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2013 10:15 PM | Show all posts
keji dan bodo lah pengurusan Media Prima ni
yang bergelumang dengan dadah sepanjang hayat
aman2 saja jadi pelakon penyanyi
yang ada history buat porn masih aman2 saja jugak
yang buat kilang dadah pun aman2 saja
yang mencuri
yang merogol
yang bersekedudukan
semua aman2 saja
apa salah FT sampai kena ban?
makan dadah? ngedar dadah? telanjang? kutuk menteri?
got to show mentality orang pegang media prima masih tahap dunia ketiga, masih dizaman batu ..dabeltriple
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 03:20 AM | Show all posts
Okay la tu Faizal.... Hang kena ada prinsip ,kalau dah bagi statement tu jgn pulak sikit hari buat press conf dan cakap " Saya mintak maaf diatas kenyataan saya tempoh hari...bukan tujuan saya untuk... bla..bla...bla....  
Sungguh pun aku bukan peminat tegar hang tapi dalam bab ni aku tabik spring kt hang !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059111 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list