CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 20-10-2013 11:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2013 11:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 04:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 04:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 05:04 PM | Show all posts
Hafiz holding up the T-shirt from our World Hunger Relief Walkathon! Truly stepping out and stopping hunger.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 05:11 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2013 05:31 PM | Show all posts
Teruja pertama kali atas kapal mewah

Oleh Norhadiani Baharom

Menghuni kabin kapal pelayaran mewah Star Cruises SuperStar Libra selama empat hari tiga malam ke Krabi dan Phuket, Thailand seperti berada dalam kehidupan yang berbeza kerana sebahagian perjalanan membelah lautan memutuskan kita dengan dunia luar.

Suasana ini mewujudkan sifat kebergantungan antara satu sama lain khususnya pada mereka yang menikmati percutian secara berkumpulan.

Begitulah senario yang dapat dilihat antara tiga selebriti popular iaitu Didie Alias, Hafiz Suip dan Hazama yang juga pemenang dan finalis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012.

Pelayaran eksklusif itu turut disertai pemenang peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB), Khalid Awaludin, Farahin noor, Normah Baba, Muhammad Syahid Nurdin, Mohd Syukri Amran, Halimah Abu Hashim, Abdul Aziz Mohd Said dan Fadilah Abdul, bertolak 6 Oktober dan kembali ke Pulau Pinang pada 9 Oktober lalu. Percutian atas kapal mewah itu hadiah daripada penaja ABPBH 2012, Star Cruises Travel Sdn Bhd kepada pemenang ABPBH dan GBB yang turut disertai wakil media massa.


WAJAH teruja Didie alias, Hafiz dan Hazama, membelah lautan di atas Star Cruise.


Keintiman silaturahim jelas terpancar antara selebriti dan empat pemenang terbabit sekali gus mencapai matlamat penganjuran percutian ini.

Apa yang pasti pelayaran itu bukan saja satu pengalaman cukup mengujakan tetapi turut memberikan peluang kepada peserta menikmati percutian mewah.

Menyorot pengalaman Hazama sepanjang menjadi penghuni kapal setinggi 10 tingkat itu, akuinya sebelum melangkah ke dalam perut kapal ada rasa gementar apabila dia terbayangkan insiden yang berlaku kepada filem blockbuster Hollywood, Titanic yang dibintangi Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet mencetuskan fenomena saat penayangannya pada 1997.

„Ketika ditawarkan penganjur, memang rasa teruja kerana ini pengalaman pertama saya. Berada di tengah lautan, kita tidak mampu menjangka apa yang akan berlaku.

Namun, selepas merasai pengalaman yang sebenar rasa takut bertukar seronok tambahan pula dengan keadaan cuaca yang ‚okay‘,“ katanya.

Jika Krabi dan Phuket pernah dikunjungi Hazama berbeza pula ceritanya dengan Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2012 iaitu Hafiz. Selain ini pengalaman pertama menaiki kapal mewah berkenaan, ia juga kunjungan sulung Hafiz di pulau peranginan popular di selatan Thailand itu.

„Meskipun percutian cuma empat hari, ia berbaloi kerana kali terakhir saya bercuti adalah tahun lalu. Selebihnya, hari-hari saya dipenuhi dengan jadual kerja dan persembahan.

„Memperoleh peluang untuk tidak berfikir soal kerja sangat melapangkan minda. Lebih mengujakan percutian ini bukan saja menawarkan saya pengalaman menaiki kapal mewah bahkan mengunjungi kedua-dua pulau yang sering disebut-sebut teman-teman saya.

„Saya terfikir untuk membawa ahli keluarga saya bercuti di sini suatu hari ini. Rasanya Krabi lebih sesuai untuk kedua ibu bapa saya kerana ia lebih tenang,“ katanya.

Sementara pemenang kategori Pelakon Komedi Wanita Popular ABPBH, Didie Alias berkata, percutian bersama peminat bukanlah sesuatu yang asing kerana dia sering menganjurkan program seumpama itu. Cuma perasaan kali ini berbeza kerana diberi peluang bercuti dengan peminat di atas kapal pelayaran yang mewah.

"Hendak bercuti dengan menaiki kapal ini, kosnya agak tinggi. Justeru, apabila diberi secara percuma, pada saya semua yang terbabit sangat bertuah,“ katanya yang turut mengalami mabuk laut.

Meronda Krabi dan Phuket

Pengalaman empat hari tiga malam itu tidak hanya berpanorama kemegahan Star Cruises SuperStar Libra, sebaliknya pada hari kedua pelayaran mereka diberi masa enam jam untuk meneroka keindahan pulau Krabi. Manakala keesokan harinya pula, mereka diberi 12 jam untuk mengalami kesibukan pulau terkenal jolokan syurga dunia, Phuket.

Suasana Krabi yang lebih tenang dimanfaatkan Hazama, Hafiz serta Didie Alias meronda menunggang motosikal yang kadar sewanya RM20 sehari. Tidak ketinggalan aktiviti wajib jika berada di pulau peranginan di Thailand, tidak lain tidak bukan iaitu berurut.

Sementara itu di Phuket pula, tumpuan pelancong sedikit berbeza. Selain boleh menikmati keindahan pantainya, inilah masanya untuk membeli-belah.

Malangnya, aktiviti di Phuket sedikit terganggu gara-gara hujan hingga aktiviti sukan yang dirancang di pantai Patong terpaksa dibatalkan.

Di atas kapal, ahli rombongan sempat dihidangkan dengan aktiviti sukaneka sebagai pengisian program bagi mengeratkan lagi hubungan antara artis, peminat dan wakil media.

Ketika makan malam di Spice Restaurant pada malam kedua dalam pelayaran ke Phuket, ahli rombongan turut dikejutkan dengan kehadiran kapten kapal, Christian Aalbers yang sempat meluangkan masa bersama mereka.




~~~ hmetro.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 05:35 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2013 05:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 09:09 PM | Show all posts
tahniah hafiz, walau sedikit sedih sbb tewas ngan judika...
tak dpt tgk malam tu sbb tak de kat umah, astro tak wat ulangan kew....
nak tgk hafiz nyanyi ngan awi, judika n jatt...
tgk dah kat utiup,, tp nak tgk kat tv pla...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 11:39 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 11:43 PM | Show all posts


dia ni datang dari planet mana pulak??...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 11:46 PM | Show all posts
sakit ati betul bila baca komen2 org indon kat FB APM...
mcm lah semua artis dorg tu bagus sgt...
tgk je Shae tu...kalo nyanyi live sumbang nak mampos....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:46 PM | Show all posts
Hafiz kini dalam fasa ( asyik asyik dier yang menang award ) hehehe...
Now I understand how DCT fans felt
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:20 PM | Show all posts
Lelaki handsome lagi berbakat Hafiz AF7 nak share pasal kemenangan yang memang MeleTOP di Anugerah Planet Muzik 2013 sebagai Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular & Duo/Kumpulan Terbaik!Jom tengok MeleTOP ramai2 pukul 10 malam ni uols!





~~~ Fanpage MeleTop ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:22 PM | Show all posts
nicolebaby posted on 22-10-2013 12:46 PM
Hafiz kini dalam fasa ( asyik asyik dier yang menang award ) hehehe...
Now I understand how DCT fan ...

DCT fans ke haters??...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 09:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 11:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059301 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list