CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kyas

TUDUNG TAK WAJIB - MAJALAH AL ISLAM

[Copy link]
racerX This user has been deleted
Post time 22-12-2003 10:55 AM | Show all posts
Sedarlah Encik Marquez... engkau tu bukan tuhan! Hanya tuhan yang mampu faham apa yang ditulis dalam Quran dengan sekali lalu saja!

Sepertimana yang kita sedia maklum, "Ulama dulu tak perlu check kamus apa erti khimar, apa erti hijab, terus baca ayat quran dan hadis, sudah faham apa yang telah dikehendaki Allah dan Rasul-Nya"!

Lagipun, ayat-ayat yang engkau pertikaikan dalam forum ni, semuanya dah jelas maknanya seperti tertulis. Sebab tu lah Allah tak payah kata "hijab" dalam ayat an-Nur 31, misalnya - orang akan faham juga apa yang dimaksudkan, walaupun kaum asli Amerika yang tak pernah tengok hijab tu sekalipun! (Sebab kita tahu, Quran sendiri kata, inilah kitab yang jelas yang sesiapa pun boleh baca dan fahami).

Engkau tu tak faham sebab engkau tak baca la tu! Jangan banyak soal lah - beriman je cukup. Buat macam orang Yahudi tu: ikut je apa ulama engkau kata. Memangpun hanya ulama aje yang ada hak nak fahamkan Quran mengikut kacamata mereka - after all, itu pun yang sami Yahudi dan Hindu buat, so who are we to dispute?

Quran tu kan ada satu makna aje, sebab tu lah para ulama dari dulu sampai sekarang tak pernah berselisih pendapat. Yang cerita antara ulama-ulama muktabar klasik yang patut didewakan kita sekarang ni tu berbalah sampai berbunuh-bunuh tu, cuma dakyah Yahudi je tu.

Yang banyak mazhab-mazhab timbul disebabkan perselisihan pendapat tu pun, cuma tipu helah orang Kristian je tu. Sebenarnya, mana ada mazhab? Orang Kristian je yang ada mazhab. Takkan kita jadi macam orang Krisitian kut? Tak logik! Jadi duduk aje lah engkau dalam mazhab engkau tu senyap-senyap, jangan keluar nanti murtad.

Dan tak payah jugalah engkau cuba memberikan alasan lanjut, konon nak bagi cerita pasal anak murid lawan tok guru besar mazhab, lepas tu keluar gi buat mazhab sendiri. Sebab anak murid tu dah nyata derhaka dan tak patut kita ikut mazhab bida'ah dia tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2003 07:13 PM | Show all posts
pasal tu qardhawi takmo nasib dia macam muhammad abduh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2003 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 2003-12-20 05:05 PM:
Saya lagi sedih bila Tuhan dah anugerahkan akal, tapi orang Islam tak mahu menggunakannya...

Saya sedih bila ada golongan manusia dianggap tak boleh salah dan tak boleh ditegur

Saya sedih ker ...




Apa yang saudara marquez post lebih banyak memperkecilkan orang.  Hingga sanggup 'bertanya' samada manusia dan ulama itu tuhan (refer pada lain thread)?  Apa punya soalan tu?  

Mungkin pandangan kau dan golongan kau macam ione2bliv dan racerx menganggap kami ni jumud (refer pada salah satu thread).  Itu bukan masaalah bagi kami.  

Kau tak berpegang pada kata-kata kau, sebab masih respond pada aku punya post.  


Menutup kepala adalah perintah Allah dan telah pun diperintahkan kepada ahli kitab sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.).   Buktinya terdapat dalam OT (walaupun terdapat pindaan pada kitab ini).
  
King James Version (KJV)
1 Corinthians - Chapter 11
1Cr 11:5   But every woman that prayeth or prophesieth with [her] head uncovered dishonoureth her head: for that is even all one as if she were shaven.  
   
1Cr 11:6   For if the woman be not covered, let her also be shorn: but if it be a shame for a woman to be shorn or shaven, let her be covered.  


1Cr 11:13   Judge in yourselves: is it comely that a woman pray unto God uncovered?



Adakah terdapat usaha dalam segelintir muslim yang mahu muslimah jadi macam ahli kitab?  Yang bertudung kini hanya Catholic's nun.
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 23-12-2003 05:48 AM | Show all posts
makin pening kepala aku baca threads ni..betul islam ni takde mazhab..:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2004 02:49 PM | Show all posts
Saya ingat dah balas, rupanya belum lagi. Well here goes (ini pendapat saya sahaja, use at own risk, kalau kena panah kilat ke apa ke, nasiblah...)

>>Apa yang saudara marquez post lebih banyak memperkecilkan orang.

Orang yang tidak membaca hujah orang lain kemudian menulis kata-kata yang tidak benar tentang pendapat orang lain, pada pendapat saya, lebih suka memperkecil-kecilkan orang lain, kerana dalam fikirannya hanya dia sahaja yang benar...

>>>Hingga sanggup 'bertanya' samada manusia dan ulama itu tuhan (refer pada lain thread)?
Kalau dah nak kata segala yang terpacul dari mulutnya itu universal Truth, apa lagi nak dikatakan?

>>> Apa punya soalan tu?  

Soalan yang perlu kita bertanya selalu.

>>>Kau tak berpegang pada kata-kata kau, sebab masih respond pada aku punya post.  

BIla tak respon saudara Ibnur kata pengecut(sampai melibatkan Mufti mencabar!!!!)...habis tu macam makan malakamolah ye...  

>>> Menutup kepala adalah perintah Allah dan telah pun diperintahkan kepada ahli kitab sebelum Nabi Muhammad (s.a.w.).

Saudara baca tak artikel yang di cut and paste entah kat page mana tuh... apa yang saudara berikan di sini sekadar pendapat juga...

M-
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 5-1-2004 04:07 PM | Show all posts

Thread zombie...

Laaa tak abih lagi thread ni. Macam Night of the Living Dead pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2004 09:23 AM | Show all posts
Mingguan Malaysia
15 Feb 2004
Bicara Agama

Memahami aurat wanita
Oleh ASTORA JABAT


BERDASARKAN maklum balas yang diterima, ramai pembaca tidak sempat membeli majalah Al Islam keluaran Februari kerana kehabisan di pasaran. Penulis menyiarkan dalam ruangan ini salah satu rencana yang dipercayai menjadi punca Al Islam mendapat sambutan luar biasa. Rencana bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris, pengikut Shah Waliyullah ad-Dihlawi (ulama reformis India).

Beliau menghasilkan rencana itu pada 10 Februari 1989 sebagai jawapan kepada kawan-kawannya yang keliru mengenai aurat wanita. Bagaimanapun, kerana ruang yang terbatas, penulis tidak dapat menyiarkan sepenuhnya rencana bahagian pertama itu.

Berikut disiarkan rencana Ustaz Zainudin itu.

Pertikaian mengenai hukum aurat dan pakaian wanita sebenarnya telah lama berlaku di kalangan umat Islam. Setiap golongan bermati-matian dengan pegangan masing-masing tanpa menganalisis secara teliti sumber asal al-Quran, sunah dan ijmak para ulama. Selain itu mereka tidak merenungi tentang apakah hikmat yang terkandung dalam risalah Nabi Muhammad s.a.w. yang begitu umum dengan kitab suci al-Quran yang amat berhikmat lagi maha agung. Al-Quran diturunkan bukan untuk orang Arab sahaja malah untuk manusia sejagat.

Perkataan aurat menjadi sebutan biasa di kalangan orang kita dengan pengertian anggota-anggota yang diharamkan melihatnya sama ada lelaki dengan perempuan atau perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Asal perkataan `aurat' daripada bahasa Arab yang bermaksud `keaiban' atau setiap sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut dan malu.

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah pada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

``Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.

Tidaklah perlu mendapatkan dalil lagi mengenai perkara itu. Persabdaan Nabi s.a.w. menunjukkan, apabila seseorang kamu mengahwini amahnya maka janganlah ia lihat pada auratnya. Riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda: Maka janganlah lihat kepada anggota yang di bawah pusat dan di atas lutut.

Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam surah al-A'raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik.

Pada ayat ini Allah mendedahkan kepada kita tiga jenis pakaian manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pertama yang menutup dua kemaluan seperti pakaian Adam dan Hawa, sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka berdua menutup atas mereka dengan dua daun syurga. (surah al-A'raf, ayat 22)

Kedua, pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti burung. Ini adalah pakaian berhias-hias. Ketiga, yang berasaskan kesederhanaan, kecergasan dan keadilan itu adalah lebih baik (libasataqwa).
Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.
Imam Abu Bakar al-Jassas di dalam kitab Ahkamul Quran, jilid 3, halaman tiga berkata: ``Sesungguhnya telah bersetuju ummah bahawa apa yang ditunjukkan oleh ayat (al-Quran) adalah mesti menutup aurat.''

Kemudian beliau mengemukakan beberapa hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w. dan athar para sahabat untuk menerangkan maksud aurat sebagaimana yang terdapat pada ayat 26 daripada surah al-A'raf di atas pada halaman 30, jilid tiga, beliau berkata:

``Telah datang beberapa athar daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan masalah ini (menutup aurat) di antaranya hadis Bahzun bin Hakim yang diriwayatkan daripada bapanya dan diriwayatkan pula daripada neneknya, beliau berkata: ``Aku bertanya Rasulullah s.a.w. aurat kami apakah yang kami gunakan dan apa yang kami tinggalkan? Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah engkau peliharakan aurat engkau kecuali isterimu atau perempuan yang kamu miliki. Lalu aku bertanya: ``Wahai Rasulullah! Jika kami berseorangan?''

Baginda bersabda: ``Sesungguhnya Allah lebih patut dimalukan kepada-Nya.''

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: ``Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.''

Pada hadis yang lain baginda bersabda: ``Dilaknat mereka yang melihat kemaluan saudaranya.''

Allah berfirman dalam surah an-Nur, ayat 30: Suruhlah kepada orang mukmin hendaklah mereka rendahkan pandangan mereka dan mengawal kemaluan mereka; itu lebih baik untuk mereka; sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka buat.

Pada ayat 31 firman-Nya: Suruhlah para mukminat rendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya.

Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: ``Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.''

Pada bahagian `Batas aurat perempuan' pula beliau berkata: ``Sebahagian ulama mengatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Ada pula ulama yang mengatakan demikian dengan tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat.

Ada yang mengatakan perempuan keseluruhannya aurat.

Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A'raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.

Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau perempuan tanpa sebarang perbezaan kerana menutup dua kemaluan itu adalah suatu sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan sebagaimana berlalu keterangan Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad-Dihlawi, termasuklah anggota-anggota yang berhampiran dengannya seperti kedua-dua batang paha dan buah kemaluan lelaki serta ari-ari. Semuanya dikira termasuk ke dalam bahagian aurat. Akan tetapi di akhir huraiannya, Shah Waliyullah menegaskan bahawa semua hadis yang menerangkan masalah aurat dan meletakkan batasan-batasannya adalah berlawanan. Ini bererti keterangan Rasulullah s.a.w. itu tidak sama dalam masalah ini.

...sambung bawah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2004 09:25 AM | Show all posts

... sambungan

Mengikut pendapat Shah Waliyullah semua hadis itu sahih (jelas), maka semuanya boleh dijadikan panduan.

Pengertian aurat ini memang dimaklumi di kalangan umat Arab zaman silam. Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. tidak memberi makna yang jelas atau keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Dengan sebab itu perkhilafan (beza) pendapat di kalangan para ulama Islam tidak timbul sama sekali, tetapi apa yang berlaku adalah sebagaimana yang kita semua saksikan pada hari ini. Punca perbahasan mengenai masalah aurat ini hanya timbul daripada kefahaman yang semata-mata diambil daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. yang keterangannya berlawanan dan juga pendapat para ahli tafsir yang memberi keterangan di bawah ayat-ayat yang tidak sarih (jelas). Kerana sebab itulah Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: ``Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak.

Demikian pula mereka berlainan faham tentang batas-batas aurat pada lelaki dan perempuan, tetapi yang ternyata di dalam mazhab Imam Malik bahawa menutup aurat itu termasuk di dalam bahagian amalan sunat di dalam sembahyang sahaja. Di dalam mazhab Abu Hanifah dan as-Syafii menutup aurat itu sebahagian amalan fardu di dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka di dalam menentukan perkara itu ialah kerana hadis-hadis dan athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu didapati saling bercanggah kenyataannya serta para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud firman Allah (al-A'raf, ayat 31):

Wahai anak-anak Adam pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid. Adakah suruhan Allah dengan menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat jua.

Apakah yang dimaksudkan dengan perhiasan (az-ninah) itu? Imam Assudi mengatakan maksud perhiasan pada ayat itu ialah pakaian yang menutup aurat. Riwayat daripada Abu Hanifah, beliau berkata: ``Aurat terbahagi kepada dua bahagian, aurat mughallazah (aurat berat) dan aurat mukhaffah (aurat ringan).

Aurat mughallazah itu adalah qubul dan dubur dan aurat mukhaffah, iaitu anggota-anggota selain daripada apa yang telah disebut ia daripada aurat.''

Akhir sekali penulis ingin terangkan di sini bahawa rencana bahagian kedua akan disiarkan dalam majalah Al Islam keluaran Mac yang akan berada di pasaran esok.






Email Pembaca
Mingguan Malaysia 22 Feb 2004

Sumber tulisan Ustaz Zainudin


Saudara Astora,
SAYA banyak membaca artikel saudara dalam majalah dan ia begitu menarik minat saya. Terbaru adalah berkenaan dengan isu tudung dan rambut wanita. Terima kasih kerana memahamkan saya mengenai isu ini dengan membawa jawapan yang kukuh daripada Ustaz Zainudin Idris.
Cuma yang masih menjadi tanda tanya saya ialah artikel 10 Februari 1989 yang ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris itu, dipetik daripada sumber mana? Maksud saya bolehkah saudara nyatakan sumbernya dengan jelas, sama ada daripada majalah ataupun daripada surat khabar tempatan? Saya amat mengharapkan jawapan daripada saudara agar mudah saya mendapatkan gambaran yang lebih jelas lagi. - Aliah 84

JAWAPAN:
Tiga siri rencana Ustaz Zainudin diambil daripada risalah beliau yang tidak pernah disiarkan dalam mana-mana majalah dan akhbar. Penulis akan meminta Ustaz Zainudin mengemas kini dan membaiki risalah berkenaan untuk dicetak dalam bentuk buku.
Perlu dijelaskan bahawa Ustaz Zainudin adalah seorang guru pondok dan sebenarnya boleh dipanggil tok guru kerana mempunyai sekolah pondok sendiri di Kelantan.
  






ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

Astora Jabat dalam majalah Al-Islam keluaran Febuari 2004 berbohong lagi dengan mengatakan rambut bukan aurat. Kali ini Tok Dalang Siam ini menggunakan pula patung wayang kulit yang menggunakan nama Zainudin Idris.

Dalam artikel yang tersiar pada m.s. 81-82 'Komik' Al-Islam tersebut Astora merumuskan bahawa Imam Malik dan fuqahak Maliki berpendapat kaum perempuan tidak wajib menutup rambutnya bahkan harus mendedahkan buah dadanya kerana yang wajib ditutup ialah dua kemaluan yaitu faraj dan duburnya sahaja.

Untuk menguatkan hujjahnya yang palsu itu Astora menyelitkan pula nama ulamak yang terkenal seperti Imam Al-Jasos,As-Suudi dan beberapa orang lagi dengan harapan pembaca akan terpedaya.

Untuk membuktikan bahawa Astora adalah pembohong dan pendusta kami lampirkan apa sebenarnya yang merupakan pendapat Imam Malik dan Ulamak2 Mazhab maliki yang tersebut.

(1)- Didalam Kitab Al-Muwatha= Imam malik meriwayatkan 4 buah hadith sebagai dalil kaum perempuan wajib memakai tudung didalam sembahyang yaitu :-

Hadith Ke-321. Dari Imam Malik r.a. bahawasanya telah sampai kepada beliau bahawa A'isyah r.a. isteri Nabi saw adalah ia sembahyang memakai baju dan tudung.

Hadith Ke-322. Imam Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Zaid bin Qunfuz dari ibunya bahawasanya ibunya bertanya kepada Ummi Salamah r.a. isteri Nabi saw "Apakah pakaian yang dipakai olih kaum perempuan untuk sembahyang?" Maka jawab Ummu Salamah r.a. : "Perempuan bersembahyang dengan memakai baju yang labuh bila dapat menutup belakang tapak kakinya."

Hadith Ke-323. Imam Malik meriwayatkan dari Abdullah bin Aswad Al-Khaulani semasa beliau berada dibilik Maimunah r.a. isteri Nabi saw bahawasanya Maimunah r.a. adalah ia sembahyang memakai baju dan tudung tanpa kain.

Hadith Ke-324. Imam Malik meriwayatkan daripada Hisyam bin Urwah dari bapanya bahawa seorang perempuan meminta fatwa daripadanya. Perempuan itu bertanya : Sesungguhnya kain ku ini menyempitkan atasku. Adakah bolih aku sembahyang memakai baju dan tudung? Berkata bapanya : "Ya! Boleh. Asalkan baju itu labuh".

(2)-Berkata Imam Al-Jasos Al-Maliki:

Pada ayat ini: 'Hendaklah sekelian perempuan beriman itu melabuhkan atas sekelian badan mereka akan jilbab2 mereka itu'. Al-Ahzab 59
"Menjadi dalil atas bahawasanya perempuan2 yang muda itu diperintah dengan menutup mukanya dari sekelian lelaki ajnabi dan menampakkan tutupan dan memelihara diri ketika keluar rumah supaya tidak ingin kepada mereka itu segala orang yang jahat". (Tafsir Ahkamul Quran Al-Imam Al-Jasos juz 3 m.s. 372)

(3)-Berkata As-Suudi pada menafsirkan ayat 59 Surah Al_Ahzab :

"Hendaklah kaum perempuan itu menutup dengan jilbab akan sebelah mata dan sebelah dahi mereka." (Tafsir Bahrul Muhith juz 7 m.s. 250)

Menyebut oleh Doktor Wahbah Zuhaili pada fasal Aurat Mazhab Maliki :

"Dan aurat itu nisbah bagi dilihat : Bagi lelaki ialah barang antara pusat dan lutut. Dan bagi wanita dihadapan lelaki ajnabi ialah sekelian badan selain muka dan dua tapak tangan. Dan jika dihadapan mahram2nya ialah sekelian badan selain muka, kepala, leher, dua tangan dan dua kaki melainkan jika ditakuti akan lazat maka haramlah memperlihatkan yang demikian itu bukan kerana ianya aurat." (Sumber Kitab Fiqh Islami Juz 1 m.s. 588)

Jelaslah dari keterangan ulamak2 diatas bahawa Mazhab Maliki sekali-kali tidak ada mengatakan kaum perempuan tidak wajib menutup rambut mereka dihadapan lelaki ajnabi bahkan sekelian keterangan diatas dan lain-lain kitab fiqh mazhab Maliki mewajibkan kaum wanita menutup rambut mereka .

Ustaz Azhar
SurauLadang.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2004 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 25-2-2004 09:25 AM:

... sambungan

Mengikut pendapat Shah Waliyullah semua hadis itu sahih (jelas), maka semuanya boleh dijadikan panduan.

Pengertian aurat ini memang dimaklumi di kalangan umat A ...

peh panjang...........
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2004 03:11 PM | Show all posts
jatuh hukum ape kalu perempuan memakai seluar panjang lak??? :re:
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 26-2-2004 02:28 AM | Show all posts
tak kesah pakai apa pun cong..yg penting pastikan menutup aurat..tu yg penting
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2004 09:08 AM | Show all posts
bukan kah salah bagi perempuan memakai pakaian merupai lelaki dan sebalik nya dude? :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2004 09:53 AM | Show all posts
aik? pakai seluar terus menyerupai lelaki? kalau camtu tak leh aa lelaki pakai kain sarong? haha... yang tak leh tu bila kita pandang, kita tak tau nak beza dia tu lelaki ke perempuan... ataupon kita ingatkan lelaki rupanya perempuan atau sebaliknya... takat pakai seluar pastu bertudung bawak beg tangan... tu masih kita tau dan nampak ciri2 perempuan... kalau pakai kain sarong, pakai baju melayu, bersongkok atau berketayap bermisai pulak tu... itu dah tentu lelaki... so tak der masalahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2004 07:49 PM | Show all posts
RADIO IKIM kata rambut wanita adalah aurat & menutup aurat adalah wajib. Anyone care to entertain me???
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2004 11:19 PM | Show all posts
tensyeeeeeennn tensyeeeeeeeennn.....   gaduh lagi.

ingat dah pupus dah thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2004 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 26-2-2004 09:53 AM:
aik? pakai seluar terus menyerupai lelaki? kalau camtu tak leh aa lelaki pakai kain sarong? haha... yang tak leh tu bila kita pandang, kita tak tau nak beza dia tu lelaki ke perempuan... ataupon ki ...

ooo..... apek paham.....!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


seek1u This user has been deleted
Post time 28-2-2004 02:40 AM | Show all posts
bagus apek..kalau tak paham lagi..aku nak tarik telinga ko..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2004 09:16 AM | Show all posts
Dude........! Mana ader jual tudung lawo?




p/s - nak bagi ka awek....!
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 28-2-2004 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 28-2-2004 09:16 AM:
Dude........! Mana ader jual tudung lawo?




p/s - nak bagi ka awek....!

ooo..patut ko tanya ek cong..

ko ada lengloi "merayu " ek...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2004 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 28-2-2004 01:13 PM:
ooo..patut ko tanya ek cong..

ko ada lengloi "merayu " ek...

:eek:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.068868 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list