CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cemolot

[Tempatan] [Edisi Tunggu Jelah Bala Datang] Mahkamah Rayuan iktiraf hak transgender

[Copy link]
Post time 9-11-2014 02:37 PM | Show all posts
Darul Khunsa??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2014 06:27 PM | Show all posts
chazey posted on 8-11-2014 12:18 PM
Macamlah majoriti lelaki straight kendo Muslim tanahair rajin bersolat.

sah2 la aku cakap pasal fonen drag noks tetiba masuk citer jantan candew pelbagai pe cer
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 06:43 PM | Show all posts
fenomena pondan ni dr dulu lg dh ade. tu pondan terkenal zaman 90an tu Mama Juwie. cuma bezanye pondan dulu tu takdela pandai nk expose diri nk tuntut itu ini. nenek aku kt felda dulu berjiran ngan pondan lg tu, keje mak andam, penah memekapkan makcik aku masa kawen, siap bela anak angkat lg tu. cuma pondan zaman skrang ni mulut lazer skit, org pun menyampah. fefeeling 'aku pun ada hak seperti wanita semulajadi'.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 07:14 PM | Show all posts
annehuda posted on 9-11-2014 06:43 PM
fenomena pondan ni dr dulu lg dh ade. tu pondan terkenal zaman 90an tu Mama Juwie. cuma bezanye pond ...

Mama Juwie tu khunsa yg ada 2 alat kelamin.
Jd family dia dah pilih, sifat yg lebih dominan dgn dia masa kecik utk diregister iaitu lelaki.
Nama mama juwie kalo tak silap abd jalil.

Manakala majoriti pondan2 yg ada sekrg ni lahir tulen sbg lelaki.
Bila makin dewasa, dikatakan dek mereka ni berjiwa pompuan & cenderung berkelakuan seperti pompuan.
Dan yg paling tragis bila bukan takat berpakaian mcm pompuan, depa2 ni mula amik pil2 hormon pompuan & buat pembedahan tukar jantina.

Yg diharamkan oleh agama ni yg set no 2....



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 07:37 PM | Show all posts

Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan – Muhyiddin

  
inShare
1
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan.

“Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.

“Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh ‘mencelah’ untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.

“Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.

Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 07:41 PM | Show all posts
Pelik juga saya..mahkamah tinggi, rayuan mahupun persekutuan boleh overrule undang2 syariah mana2 negeri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2014 07:49 PM | Show all posts

KENYATAAN MEDIA MENTERI BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BERKENAAN SEKSYEN 66 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 DAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTERS IN ISLAM (“SIS”) TERHADAP KEPUTUSAN FATWA DI NEGERI SELANGOR BERKENAAN PEMIKIRAN LIBERALSME DAN PLURALISME AGAMA

  
inShare

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERRDANA MENTERI
YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BERKENAAN SEKSYEN 66 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 DAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTERS IN ISLAM (“SIS”) TERHADAP KEPUTUSAN FATWA DI NEGERI SELANGOR BERKENAAN PEMIKIRAN LIBERALSME DAN PLURALISME AGAMA

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 telah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, telah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

2. Peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan untuk mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Dalam hal ini, bagi menjaga kepentingan Islam rayuan perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri sebagai badan yang memelihara kepentingan umat Islam. Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan turut memohon untuk mencelah dalam prosiding ini apabila pihak yang berkenaan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, memandangkan rayuan ini amat penting sebagai satu usaha untuk menentukan bidang penguatkuasaan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri, serta ajaran Islam itu sendiri perlu dipertahankan dengan apa jua cara dan keputusan ini akan memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang sama di negeri-negeri lain.

4. Selain itu, tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mencabar Fatwa berkenaan dengan fahaman Liberalisme di Selangor melalui Mahkamah Sivil merupakan suatu tindakan yang cuba mengheret Institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes berkaitan fatwa ESQ Leadership Centre Sdn Bhd pada tahun 2010 pernah menolak permohonan pihak yang mencabar Fatwa di Mahkamah Sivil atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.

5. Kita menyedari akan agenda di luar Islam yang bersungguh-sungguh untuk memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai cara. Oleh itu, adalah penting umat Islam untuk berwaspada dengan fahaman ini demi mempertahankan akidah Islam. Di samping yang sama, institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri harus berganding bahu bersama dalam menghadapi gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahad, 9 November 2014
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:41 AM | Show all posts
tunggu jelah bala datanggg......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru faham kenp bila kelntan nk buat hudud ada kaitan dgn kerajaan persekutuan..tp ramai yg kutuk klntan konon dan PAS bkuasa knpa xbuat.. So mcm mn pon kena ubah perlembagaan..kalu tidak sia2 jer...

Skit2 Allah nk tunjuk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 07:43 AM | Show all posts
korang dah nampak kan cengkaman freemason,Rothchild dan illuminati dalam sistem perundangan di Malaysia

ini semua Suruhanjaya Iblis Dajjal Lord Reid ahli freemason punya kerja la

konfirm semua kapir CARI menggeletar lutut
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:40 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 7-11-2014 04:13 PM
Ko ragu ke?

Firman Allah :

yahudi hidup sihat walafiat jah....

kalau isroil x secara sukarela undur dr perang tu...separuh gaza tu dah jadi arwah.

kenapa bala Allh x pernah turun? sbb nak uji Muslim? Sbb Alloh nak uji Yahudi dgn kesenangan? Sbb Allah kata blom sampai masanya...??
macam2 yg ummah perasan suci muslim sunni boleh fikirkan jawapan uk sedapkan hati disokong dgn ayat2 Koran...tp hakikatnya mereka cuma bodohkan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:42 AM | Show all posts
Jamilahbebee posted on 10-11-2014 03:41 AM
tunggu jelah bala datanggg......

bala utk yahudi x pernah datang....ko pikir utk sekor dua pondan drag bole buat turunkan bala ke atas Malaysia??...rilexxxx, kitkat kan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:43 AM | Show all posts
banyak lompong dalam law inMalaysia sehinggakan boleh dicabar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:44 AM | Show all posts
brownstone posted on 10-11-2014 08:40 AM
yahudi hidup sihat walafiat jah....

kalau isroil x secara sukarela undur dr perang tu...separuh ...

HAHAHAHA... KO nak citer pasal palstin dgn aku ke? Ok.. ko bukak Bible, ko baca kitab Ulangan bab 29 dan 30... Pastu ko bukak Quran ko baca pulak surah Al-Isra' ayat 4 hingga 8... Nanti ko dapat jawapan pasal Palastin tu... Pastu ko akan nampak betapa BODOHNYA ko sebab takdak ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bulalof posted on 10-11-2014 12:43 AM
banyak lompong dalam law inMalaysia sehinggakan boleh dicabar.

Lepas ni lgbt parade. Tengok ar..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:47 AM | Show all posts
jantan2 malaysia ni mmg gone case eh...
dgn pondannye... dgn dadahnye... dgn tak nak masuk u nye....

tu pon ada hati feeling2 syumul pejuang islam confirm masuk syurga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 11:00 AM | Show all posts
hmmm..agama islam dipijak2 la mcm ni...ape makamah syariah da xde kuasa kat umat islam ke...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:38 AM | Show all posts
hakim ngan judge2 ni sume x betul ke aper
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 12:04 PM | Show all posts
Ya Allah apa nak jadi ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghh Menakutkan je. Makin menjadi jadilah puak puak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050151 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list