Ayda Jebat yang baru sahaja ingin mengukuhkan nama di dalam industri hiburan tempatan, sudah ditimpa dengan pelbagai tuduhan dan dilabelkan sebagai seorang yang gedik. Sikap beliau yang didkawa seperti budak-budak telah menimbulkan rasa kurang selesa oleh beberapa pihak.
Tidak menafikan ada sesetengah pihak yang menegur sikapnya itu, Ayda walaubagaimanapun tidak mahu menjadi hipokrit hanya untuk menjaga perasaan orang lain.
Memang ada yang tegur sikap saya yang mereka nampak seperti budak-budak tapi inilah diri saya. Saya lebih selesa menjadi diri sendiri daripada terpaksa berpura-pura sopan semata-mata untuk jaga perasaan orang lain. Tapi bila di belakang, macam-macam pula perangainya.
Perkara ini sama sekali tidak akan menjejaskan mutu lakonan beliau dan Ayda tidak ingin mengambil pusing jika orang ramai terus ingin mengatanya begitu.
Tak kisahlah orang nak kata saya gedik atau apa sahaja kerana ia tidak jejaskan karier saya dan itu lebih penting sebab gedik tidak ada kaitan dengan prestasi lakonan.
Kadang kala tidak semua orang yang suka kita bersikap terlalu ramah. Namun, apa yang penting adalah kita tidak hipokrit dan menjadi diri kita sendiri. Untuk apa kita berpura-pura semata-mata untuk menjaga hati orang lain tetapi hati kita hakikatnya merana
|