CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Saya tak keseorangan, kata Najib

[Copy link]
Post time 24-4-2015 09:09 AM | Show all posts
Dan saya yakin, dengan kestabilan dan pertumbuhan Malaysia yang diketahui umum, di bawah kerajaan ini, saya akan bersama anda lagi tahun depan dan tahun-tahun mendatang," katanya.


Cita-cita lama lagi nak jadi PM ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 09:12 AM | Show all posts
baikla muhasabah diri uncle ooi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:13 AM | Show all posts
sekel replied at 23-4-2015 12:50 PM
statement memenggal kepala sendirik

Nampak sgt keyakinan diri sudah mula menghilang

Kak Ros punya hal lah ni... Najib terpaksa bermuka tebal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 06:09 PM | Show all posts
Dr M ucap 'semoga maju jaya' pada Najib

5:11PM - 23 Apr 2015
http://www.malaysiakini.com/news/296221



Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti selalunya, menjawab dengan gaya yang bersahaja tetapi sinis apabila diminta mengulas mengenai cuitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya pagi ini.

"Semoga beliau maju jaya dan selamat sejahtera," kata bekas perdana menteri itu kepada pemberita ketika ditemui di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini

Dr Mahathir diminta mengulas ucaputama Najib di InvestMalaysia 2015 hari ini di mana perdana menteri menyentuh kenyataan “sesetengah pihak” yang mengaku mungkin keseorangan dalam menyatakan kebenaran.

Sementara itu, ketika berucap dalam forum media sosial, bekas pemimpin negara itu bercakap mengenai pelbagai isu- daripada perlunya perubahan kepimpinan dan isu pornografi dan remaja.

Beliau berkata begitu mudah untuk mengakses benda yang "kotor" dalam talian yang boleh merosakkan anak muda Malaysia.

"Seorang kanak-kanak seawal usia tiga tahun boleh menaip perkataan "seks" dan dapat semua benda yang kotor ini.

"Mereka akan membesar dengan semua kekotoran ini dan ini tidak baik bagi masyarakat," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 06:23 PM | Show all posts
azelinaputeri replied at 23-4-2015 09:13 PM
sementara masih jadi Perdana Menteri memanglah tidak keseorangan....semut memang kerumun gula...ce ...

org ada kuasa kan..tak boleh jugak nak salahkan yg sokong dia, dah segala rahsia semua dlm tangan najib wo..bukan ke semua pemimpin amno kena isytihar harta pada najib..engko tak sokong aku, ada lah seluar mana2 yg terlondeh nanti...

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 06:24 PM | Show all posts
mamarock replied at 24-4-2015 09:09 AM
Cita-cita lama lagi nak jadi PM ni

big mama tak kasi berenti...nak tak nak kenalah teruskan hasrat big mama tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Milek negarakan je lah petron tu. Settle masalah gst
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 06:40 PM | Show all posts
Dr M kata Najib tak layak jadi PM

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
23 April 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... ak-jadi-pm-1.382882




SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri negara ini apabila wang yang dipinjam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lesap dan gagal menjelaskan apa yang berlaku kepada dana tersebut.

Menurut Tun Mahathir, pelaburan 1MDB itu jelas tidak membawa apa-apa hasil malah menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM25 bilion.

"Jelas 1MDB tak bawa apa-apa pulangan daripada pelaburannya. Bukan sahaja sedang mengalami kerugian tapi kerajaan telah kehilangan wang apabila 1MDB hanya bayar RM683 juta untuk pembelian tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Sungai Besi (bekas lapangan terbang).‎

"Kehilangan sejumlah wang yang besar yang dipinjam 1MDB dan kegagalan menjawab soalan berhubung apa yang berlaku kepada dana itu yang membuatkan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri," katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.

Mengulas lanjut soal kerugian mencecah RM25 bilion yang ditanggung kerajaan atas urusan pembelian 70 ekar tanah di TRX dan 495 ekar di lapangan terbang Sungai Besi itu, beliau menganggarkan masing-masing tanah tersebut bernilai RM6 bilion dan  RM20 bilion namun 1MDB hanya membayar RM320 juta dan RM363.5 juta.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan soal beberapa pembelian aset oleh 1MDB yang lebih tinggi daripada harga pasaran iaitu‎ pembelian Tanjong Energy (Powertek Energy Sdn Bhd) dengan RM8.5 bilion dan Genting Sanyen Power (Kuala Langat Power Plant) dengan RM2.3 bilion.

‎Katanya, hutang keliling pinggang 1MDB daripada pelbagai sumber bernilai RM 42 bilion pula berlaku dengan jaminan kerajaan atau dengan kata lain, kerajaan yang berhutang.

"Kerajaan labur RM1 bilion dalam 1MDB. Mengikut rekod, 1MDB pinjam RM42 bilion dari pelbagai sumber. Syarikat yang tiada aset dan modalnya hanya RM1 juta ‎tidak boleh meminjam 42,000 kali jumlah modalnya dengan tiada cagaran. Tapi 1MDB mampu lakukan itu dengan jaminan kerajaan.

"Dengan kata lain, kerajaan yang meminjam wang tersebut. Jika 1MDB rugi, kerajaan akan tanggung. Namun operasi 1MDB tidak pula dipantau oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan dana kerajaan," katanya.

Setelah disebut beberapa pelaburan yang dibuat 1MDB, Dr Mahathir menganggarkan syarikat pelaburan itu masih mempunyai baki sebanyak RM27 bilion‎ yang masih tidak diketahui di mana dana tersebut berada.

"....ini semua pembelian yang diketahui. Kalau tambah semua pelaburan nilainya RM14.7 bilion‎ jadi ada baki kira-kira RM27 bilion. Lebih 1 bilion USD dikatakan telah dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan‎.Di mana wang selebihnya?

"Sebahagian jumlah telah dilaburkan di Pulau Cayman. Untuk apa? Apakah telah dibawa balik ke Malaysia?‎ Didepositkan dalam bank Swiss di Singapura? Kenapa? Dari mana wang itu dibawa balik? Kenapa wang itu tidak digunakan untuk bayar faedah RM 2 bilion itu? DI mana dana yang dikatakan dilaburkan di Pulau Cayman yang katanya telah dibawa balik itu?‎," soalnya.

Malah elalui catatan bertajuk '1MDB' itu juga, Dr Mahathir menyentuh soal tindakan Najib yang 'menyimpan' jawatan Menteri Kewangan untuk dirinya sendiri.

"Di Malaysia, Perdana Menteri dan Timbalannya selalunya akan memegang lebih daripada satu portfolio. Kadang kala apabila menanti calon yang sesuai, jawatan Menteri Kewangan akan dipegang oleh Perdana Menteri.

"Walau bagaimanapun, Datuk Seri Najib lebih suka untuk menyimpan jawatan itu dibawahnya sepanjang masa. Beliau lantik menteri kedua tapi beliau tetap perlu bertanggungjawab‎ atas apa sahaja yang berlaku pada kewangan negara," katanya.

Artikel '1MDB'‎ merupakan serangan terbaharunya terhadap Najib selepas catatannya sebelum ini menyenaraikan kegagalan Perdana Menteri itu sejak memegang tampuk pemerintahan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 12:02 PM | Show all posts
kak mah kan aderrr...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:17 PM | Show all posts
EJALTI replied at 24-4-2015 06:40 PM
Dr M kata Najib tak layak jadi PM

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

laaa...mamak kerala ni baru tahu ke yang bijan bugis ni tak layak jadi pm??

dulu masa kes podeksen dia dulu tu, yang ko suruk2 dan defend dia tu kenapa??
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:19 PM | Show all posts
freebird replied at 27-4-2015 12:17 PM
laaa...mamak kerala ni baru tahu ke yang bijan bugis ni tak layak jadi pm??

dulu masa kes podek ...

Masa tu najib tak songlap lagi...bersih bak salju ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043426 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list