CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MrsZaza

Padah Stay Back Sampai Malam

[Copy link]
Post time 8-1-2016 03:12 PM | Show all posts
beb lps ni buat perenggan...
berpinar mata aku le

tp cite ko mmg best2...x bosan
kasi sambong
kipidap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 8-1-2016 03:12 PM
beb lps ni buat perenggan...
berpinar mata aku le


Hehehe.sorry..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum.. Maaf pada semua. Sy sibuk dengan urusan pembukaan kedai buku.. Lets begin okay..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 8-1-2016 11:41 AM
alaa..baru nak kimslm kat risal..hahahah..update cite tt...best gile kot

Hahaha. Sabarlah ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
arrowtotheknee replied at 7-1-2016 12:51 AM
Mana sambungannya TT

Maaf ye. Bz sgt skrg ni kat pejabat n kedai buku yg bakal dibuka x lama lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum aku nak memulakan cerita, mgkin molek aku perkenalkan diri aku. Aku dilahirkan memang dah Islam. Tapi susur galur keturunan aku, kira moyang2 aku dulu, diaorang tak ada pegangan agama. Aku berasal dari pedalaman Sarawak. Perjalanan dari Kuching nak pergi kampung aku ialah 13 jam perjalanan darat. Aku membesar dalam perkampungan yang kuat mengamalkan ilmu hitam, bomoh berbomoh, bela jin, bela itu bela ini, pengamal ilmu penanggalan ramai dan mcm2 lagilah. Nenek dan arwah ayah aku juga bomoh. Nenek aku dulu ada membela mcm2 jin. Sekarang ni Alhamdulillah, dah taubat. Keluarga dan keturunan kami dah bebas dengan semua tu. Cuma satu yg aku bimbang sekarang. Aku kerap alami mimpi yang pelik2.. Aku mimpi aku terjun dari bangunan tinggi2.. Aku mimpi aku membunuh orang.. Aku mimpi aku berjumpa seorang perempuan cantik sangat dan dia suruh aku ikut mantera yang dia baca.. Kadang tu aku mimpi aku duduk dalam kubur.. Dan paling teruk sekali, aku mimpi aku bunuh suami aku sendiri.. Aku anggap mimpi hanya mainan tidur.. Tak fikir sangat benda tu.. Tapi, bila dah mimpi ngeri.. Nak tidur balik pun susah.. Dan benda ni memberi kesan kepada kerjaya aku.. Kdg tu sampai tertidur dekat pejabat.. Pejabat tempat aku kerja sekarang pun boleh tahan jugak.. Ok, aku akan mulakan cerita aku selepas dpt kerja baru. Aku ada taip 1,2 cerita siap2 kat handphone ni.. Maaf buat korang tertunggu2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-1-2016 04:45 PM
rizal ada saka rimau ke
haha
cm.keluarga pontimau plak

Saka apa, tak thu pulak.. Hahahaa.. Takut nk tanya byk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MrsZaza at 8-1-2016 11:30 PM

Cerita lepas ni berlaku lama gak lepas kejadian rambut kat rumah sewa lama aku tu. Gangguan heavy2 da kurang. Namun, gangguan bermula semula kat tempat kerja baru. Ikuti kisahnya.

Itu gangguan pertama dan terakhir yang jadi kat rumah tu. Mungkin sebab lama sangat tinggalkan rumah kot. Lepas tu, aku dapat kerja dekat PJ. Syarikat legal firm. So aku decide nak pindah ke PJ. Menyewa bilik je dekat sana. Kerja aku kat situ tak ada masalah. Aku enjoy sebab aku kerja dalam keadaan pengawasan yang minimum. Boss jarang ada dekat pejabat. So kira bebas lah sikit. Cuma masalahnya, aku orang yang paling last kema balik. Itu yang tak syok.

Ruang office kat sebelah pejabat aku kosong. Tak ada orang atau tak ada pejabat pun dekat situ. Namun yang buat aku musykil ialah, aku kerap dengar bunyi ketuk-ketuk, bunyi drill, bunyi benda jatuh dari lot sebelah tu. Aku fikir, mungkin pengubahsuaian sedang berlaku. Think positif. Itulah selalu aku katakan. Sehingga suatu hari, aku bertanya kepada rakan sekerja, Letchumy (bukan nama sebenar) berkenaan ruang sebelah.

"Letchumy jom kita sarapan sama-sama. I belanja." ajak aku.

Dia pun setuju. Kami pergi sarapan sama-sama menaiki kereta dia. Kami pergi mamak berdekatan. Aku cuba nak cari introduction macam mana nak bertanya pasal ruang office sebelah tu. Selepas sarapan, aku menyalakan sebatang rokok. Letchumy terkejut.

"U smoking ke?"

"Yes. Kenapa?" soal aku.

"U jangan smoke depan boss tau. Dia tak suka." pesannya kepada aku.

"Oh. Ye ke. Okay thanks sebab ingatkan. Letchumy, I nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah." katanya.

"Semalam lepas I check file staff profile, I nampak dah banyak kali tempat jawatan I bertukar orang. Ada sorang ni kerja tak sampai sebulan pun. Kenapa ye?" soal aku.

"I pun tak faham. Tapi apa yang tahu, semua tak tahan dengan General Manager. Berlagak mengalahkan boss." katanya.

Aku hanya mengangguk. Aku pun bertanya pasal lot pejabat kat sebelah opis tu.

"Eh, sebelah opis kita tu pejabat apa ye?"

Letchumy tersedak. Dia segera mengambil tisu. Matanya merah. Menahan pedih barangkali.

"Sebelah tu kosonglah. Dah setahun dah kosong. Mana ada apa-apa pejabat kat situ. Kenapa?" jawab Letchumy sambil mengelap bajunya.

Aku mula tak senang duduk. Aku membetulkan skirt yang aku pakai.

"Saja tanya. Hehehe" jawabku ringkas.

"Na, jum balik pejabat. Nanti boss cari. U kenyang ke makan telur 2 biji saja?" tanya Letchumy.

Aku mengangguk. Aku takut nak makan. Takut boss ajak sarapan lagi. Kami berdua pergi ke pejabat. Setiap pagi, memang amalan boss untuk adakan mini meeting. Pagi itu, boss call bagitahu masuk lambat dan tak ada mini meeting pagi tersebut. Masa tu semua keluar memulakan kerja. Tinggallah aku dan Letchumy yang ada di pejabat ketika itu. Masa itu jam menunjukkan pukul 9 lebih.

"Letchumy, ini ada cek tuntutan insuran client u yang dekat Rahman Putra. Nanti u tolong call dia bagitahu boss sendiri akan hantar cek ni." kata aku.

"Okay. I akan call ayah dia. Dia mana boleh bercakap. Dia kan dah paralyzed." jawab Letchumy.

Aku menepuk dahi. Asyik lupa je aku sekarang ni. Banyak makan semut barangkali. Letchumy meletakkan profile untuk client baru di atas meja aku.

"Wow, 3 client sekali gus. Nice." kata aku.

"Bagitahu boss, pukul 11 pagi nanti client yang fail atas sekali tu akan datang. Jangan lupa." pesan Letchumy dan meninggalkan aku sendirian dalam pejabat.

Aku pun terus membuka fail baru untuk client2 tersebut dan fail yang dimaksudkan oleh Letchumy aku terus letakkan atas meja boss. Aku kemas dan bersihkan bilik boss terus. Dah siap kerja aku, aku semak pulak jadual harian boss. Tengah aku dok kusyuk tengok jadual boss, bunyi drill dah start balik. Kali aku nekad untuk check dari mana datangnya bunyi tersebut. Aku pergi ke tingkat atas pejabat aku. Hurm, pejabat pesuruhjaya sumpah. Aku tengok ada seorang perempuan hisap rokok dekat luar pejabat pesuruhjaya sumpah tu. Aku pun buat2 nak pinjam lighter. Aku pun hisap rokok sekali, sambil borak2 kenalkan diri. Dia tanya kenapa aku hisap rokok kat atas ni, aku jawab boss tak suka staff dia hisap rokok. Pastu aku pun tanya lah.

"Ada buat renovation ke?"

"Tak ada. Kenapa?"

Aku pun ceritalah. Dia pun gelak. Dia pun cakaplah, kat sebelah tu. Lot pejabat yang kosong. Dah biasa dah. Dah lali. Dia sempat pesan kat aku, biasa-biasakanlah diri ye. Aku pun turun ke bawah. Dah senyap dah bunyi tu. Aku sambunglah buat kerja. Boss pun sampai.

"Any appointment today?" tanyanya.

Aku pun ambillah diari dia dan ikut dia masuk ke bilik. Masa dia duduk, aku nampak dia dok belek fail-fail yang aku letakkan kat atas meja dia. Dia pandang muka aku dan bagi isyarat duduk. Aku pun dan terus buka diari. Aku pun bacalah temujanji dia pada hari tersebut.

"This one?" katanya sambil menunjukkan fail kepada aku.

"Oh. The client want to meet you at 11 o'clock." jawab aku ringkas.

Dia mengangguk sambil melihat jam di tangan. Dia bangun dan mengambil semula briefcasenya.

"Teman I sarapan. I lapar."

Kan aku dah kata. Mujur aku makan telur separuh masak je tadi. Dan kali ini dia bawak aku sarapan dekat PJ Hilton. Bosan rasa sarapan dekat hotel. Semua perlukan protokol. Aku perasan ada mata yang memandang. Lantak koranglah. Aku PA cum Secretary dia. Bisik aku sendirian. Selesai makan, jam 10.40 kami kembali ke pejabat.

Selepas jumpa client jam 11.00, boss keluar semula. Namun sempat dia berpesan, "Pukul 3.30 petang kita pergi Rahman Putra hantar cek. Letchumy baru call I. Dan U kena balik lambat sikit malam ni. I akan berangkat ke Bombay esok. And please lock the door."

Dan aku, mengeluh. Tapi dalam masa yang sama, aku bebas sehingga pukul 3.00 petang. Selepas boss keluar, aku terus mengunci pintu kaca dari dalam. Aku terus memasang televisyen yang di ruang menunggu. Saja aku kuatkan volume supaya aku tak dengar benda bukan-bukan lagi. Mata aku tiba-tiba mengantuk. Aku pun masuk ke bilik boss dan tidur sekejap. Aku tersedar bila alaram telefon yang aku setkan berbunyi. Adeh, aku tak sempat nak lunch. Aku terus ke bilik air dan mencuci muka serta menggosok gigi.

Masa dalam bilik air, aku boleh dengar dengan jelas suara dari pejabat sebelah. Memang jelas. Aku dengar suara perempuan berborak. Tapi tak dengar apa yang dibualkan. Serta merta bulu roma aku meremang. Aku dengan laju mencuci muka dan keluar dari bilik air. 'Gila lah siang pun kacau orang.' bisik aku sendirian. Aku menyolekkan wajah aku. Tengah make up tu bunyi drill, tukul dan bunyi orang bertukang dah mula balik. "Lantak koranglah wehh. Janji jangan ganggu aku." Aku terus sambung make up. Tak lama selepas itu, boss call kata dalam 10 minit lagi dia sampai, tunggu dekat bawah. Aku tengok jam, baru pukul 3.00. Aku mencapai beg tangan dan mengunci pintu serta pagar.

Aku cuba mengintai lot pejabat sebelah tu. Tapi tak ada ruang untuk mengintai. Aku pun terus turun ke bawah sambil menunggu boss, sempat aku berasap. Dan aku sempat meneguk redbull. Supaya hilang bau rokok. Aku semburkan sekali.perfume. Kami tiba dekat Rahman Putra pukul 4.15. Keluarga mangsa sedang menunggu kehadiran kami.

Aku sampai dekat pejabat dalam pukul 7.00 petang. Dan boss pulang ke rumah untuk mandi terlebih dahulu. Masa aku naik kat pejabat, lampu semua sudah ditutup. Ini mesti GM yang tutupkan. Aku dah pesan dekat dia kata jangan tutup dulu lampu pejabat. Masa aku masuk tu, bulu roma tengkuk aku dah meremang. Aku dah rasa tak berapa nak okay. Aku pun cuba lah menyanyi bagi hilangkan takut. Namun tak boleh. Tetap ada perasaan takut. Aku pergi ke bilik boss dan nyalakan lampu. Aku terus pergi ke meja aku semula.

Masa aku sedang sibuk menyiap kerja yang boss arahkan, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku tak berani nak memandang ke mana-mana pun. Aku tumpukan perhatian aku terhadap kerja. Masa tu suara bertukang dari lot pejabat sebelah bertambah bising. Aku dah tak boleh nak tumpukam perhatian terhadap kerja. Aku ambil rokok dan handphone. Aku keluar dan kunci pejabat. Aku terus pergi ke pejabat pesuruhjaya sumpah kat sebelah atas. Ingat nak sembang dengan perempuan tadi. Tengok-tengok pejabat dah tutup. Masa aku turun, aku disapa seorang lelaki. Kami sembang lah. Pejabat dia opposite pejabat aku. Dani (bukan nama sebenar) namanya. Kami pun bersembang dan berbual.

Aku meminta diri untuk pergi ke pejabat nak siapkan kerja. Masa aku masuk semula dalam pejabat. Aku nampak seperti ada bayangan perempuan dalam bilik. Dia berdiri betul-betul dekat cermin tingkap bilik boss. Walaupun tingkap bilik boss ada langsir, kalau ada cahaya lampu, bayang2 orang dekat dalam bilik memang boleh nampak dari luar. Aku kaku. Aku hanya memandang je bayangam tersebut. Aku macam lost dan blurr. Aku nampak bayangan itu macam.bergerak mundar mandir dalam bilik boss. Bergerak tau, bukan berjalan. Aku masih lagi berdiri kaku dekat situ. Aku tak boleh nak gerakkan kaki. Aku cuba membaca apa-apa surah. Tapi tak boleh. Lidah aku kelu terus. Hanya air mata aku yang mengalir. Aku rasa ada dalam 15 minit aku jadi macam tu. Aku sedar bila bahu aku disentuh seseorang. Aku terjerit.

"Why?" soal boss aku.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Mungkin dia sedar perubahan aku, dia terus mengajak aku pulang. Biar dia yang hantar katanya. Aku hanya turut je. Aku kemaskan meja. Dan terus menutup semua lampu. Sampai dalam.kereta boss, aku masih lagi macam mamai. Sekali boss menyentuh bahu aku. Aku terkejut. Aku terus tercakap.

"Boss, next time jangan sentuh bahu I. Cukup sekadar cuit je."

Boss aku hanya mengangguk. Dia menghantar aku sampai depan rumah. Dia meminjam laptopnya kepada aku. Dia menyuruh aku untuk menyiapkan kerja sebelum dia datang mengambilnya esok pagi. Aku hanya menjawab okay dan terus masuk ke dalam rumah.

Aku habis buat kerja ketika jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Aku rasa kepala aku berpinar-pinar. Tekak pun mula perit. Aku segera menghantar sms kepada boss mengatakan boleh tak ambil kerja yang telah aku siapkan malam ni. Aku rasa tak sihat, takut esok aku cuti sakit. Tak sampai 10 minit, dia terus call.

"I sampai dalam 10 minit. Tunggu dekat luar."

Aku menunggu dekat pagar rumah sehingga dia datang. Aku menyerahkan pendrive dan laptop kepadanya.

"U nampak pucat, ambil ic I bawa u pergi klinik." katanya.

Aku dah risau dah sebenarnya sebab aku bau arak dari mulut boss aku. Aku takut. Aku cakap, tak apa. Aku dah call kawan aku suruh hantar pergi PPUM. Masa aku nampak dia percaya pada kata aku. Aku perasan dia mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Duit RM50 sebanyak 3 keping diberi kepada aku. Buat bayaran klinik katanya. Dia terus pergi meninggalkan aku yang tercengang2. Tiba-tiba mata aku ternampak bayangan perempuan di belakang kereta boss. Aku segera lari masuk dalam rumah. Aku mencapai telefon bimbit dan menghubungi bos. Aku pesan jangan balik rumah dulu. Dia jawab, memang dia tak balik rumah lagi. Kawan dia tunggu dekat kelab. Aku terus mematikan panggilan. Dan aku terus terbayang muka perempuan tadi. Aku tak sedar apa yang berlaku selepas itu. Sedar-sedar aku dah dekat atas katil. Dengan kain basahan dekat atas dahi. 3 hari juga aku demam gara-gara bayangan tu. Dan aku benda tu nak kacau je. Tak ada niat lain pun. Aku masuk kerja semula setelah cuti sakit yang lama jugak lah. Aku ingat tak ada dah kena stay back, rupanya ada lagi. Dan kali ni, makin dekat pulak dia menampakkan diri. Aku akan ceritakan nanti. Tunggu. Lenguh dah tangan menaip guna hp.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 02:09 AM | Show all posts
Story takde gambar ke? Pls letak pic selfie sama k.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
best baca cerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
semua cite best skrg mst org cakap cik es..move on pelisss
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 05:48 PM | Show all posts
MrsZaza replied at 8-1-2016 11:24 PM
Cerita lepas ni berlaku lama gak lepas kejadian rambut kat rumah sewa lama aku tu. Gangguan heavy2 d ...

mak ai..crazyy..awek lame bos pnye saka ke hape tu..kecut2 perot aku baca..terbaek la TT..best gile kot ko tulis..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:48 PM | Show all posts
macam sabahan aja ko ni...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 09:00 AM | Show all posts
update lagi tt.. seram weh bayangan bergerak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:50 AM | Show all posts
kimbora replied at 9-1-2016 04:08 PM
semua cite best skrg mst org cakap cik es..move on pelisss

boleh story asal usul cik es? sape dia tu..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 02:30 PM | Show all posts
ada lg sbut psl cik es ni....kn ke mod dh gtau...jgn sbut2 lg....yg sudah tu sudah la....x pyh bca cni lau korang rsa tt ni cik es..snangkan..x pyh rsa trtipu lg....MOVE ON...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 02:38 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 10-1-2016 02:30 PM
ada lg sbut psl cik es ni....kn ke mod dh gtau...jgn sbut2 lg....yg sudah tu sudah la....x pyh bca c ...

maafla...sy x tau asal usul cik es.. sebab tu tanya.. nape org duk sebut2..huhuhu... sori....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah sebut2 lagi nama cik es tu.. ai sedih tau..

TT sila sambung lagi. Aku tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Weh korang .kan mod medang da ckp jangan sebut2 lagi nama cik s tu...move on je la ok ...xyah mention lagi nama die..


to tt.kipidad.best sgt cite ko..::
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Best lah citer tt harap ada lagi sambungan lepas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.581793 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list