CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 16-1-2022 07:10 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN
BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
16 JANUARI 2022
SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 2,584 kes (2,735,355 kes kumulatif, 97.4%);
  • Kes baharu : 3,010 kes (2,808,347 kes kumulatif);
  • Kes import : 263 kes (204 warganegara; 59 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,747 kes [2,634 warganegara (95.9%); 113 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 182 kes (146 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 83 kes (58 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,212 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,036 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 176 kluster.
Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 28 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 15 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP KUALA LUMPUR1.08
SABAH1.04
NEGERI SEMBILAN1.02
SELANGOR1.01
MELAKA1.00
JOHOR0.99
PULAU PINANG0.97
KEDAH0.95
PAHANG0.93
PERAK0.92
KELANTAN0.90
TERENGGANU0.80
SARAWAK0.00
PERLIS0.00
WP PUTRAJAYA0.00
WP LABUAN0.00
MALAYSIA0.99
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 16 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – satu (1) PPS [Johor (1)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir –satu (1) (Johor);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 74 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 471 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS –satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 16 Januari 2022, tiada penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:
  • Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  • Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
  • Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  • Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  • Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  • Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  • Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  • Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  • Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  • Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Januari 2022 @ 6:30 petang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 07:32 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2022 03:13 PM
Tak tahu lak...belum lalu...huhu...kale tahu kasi tahu ye ...

Boleh lalu macam biasa kaka. Meols tadi cuak jugak ingat TnG punya lane tutup. Ramai je yang guna lane TnG. Kalut tak tentu pasal meols ni
Yang RFID ni memang wajib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2022 04:42 PM
Tonga alami 'kerosakan besar' akibat letusan gunung berapi - Jacinda ArdernAgensi
Januari 16, 2022 1 ...

Seramnya. Mesti abu tebal kena dekat kawasan terdekat. Harap tak ada yang terkorban la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:15 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-1-2022 06:40 PM
Boleh lalu macam biasa kaka. Meols tadi cuak jugak ingat TnG punya lane tutup. Ramai je yang guna  ...

Dengarnya RFID je kan lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:16 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-1-2022 06:42 PM
Seramnya. Mesti abu tebal kena dekat kawasan terdekat. Harap tak ada yang terkorban la.

Jepun pun kena...US tgh berjaga2 kot ada tempias...huhu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 16-1-2022 08:15 PM
Dengarnya RFID je kan lepas ni?

Adehhh. Memang nak kena tukar jugak la ni. Tapi bukan dalam masa terdekat kan kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 16-1-2022 07:24 PM
Adehhh. Memang nak kena tukar jugak la ni. Tapi bukan dalam masa terdekat kan kaka?

Setakat ni belum...tengok Buletin Utama tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 02:05 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 16-1-2022 07:24 PM
Adehhh. Memang nak kena tukar jugak la ni. Tapi bukan dalam masa terdekat kan kaka?

Hari ni...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 18-1-2022 02:11 AM


Kes baharu COVID-19 Selangor 17.1.2022 – 524 kes (479 komuniti, 0 Penjara, 45 Import A)???? GOMBAK 69
Batu 20
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 15
Saringan Pekerja 1
Hulu Kelang 21
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 16
Kuang 11
Saringan Kontak Rapat 11
Rawang 7
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 6
Import 10
Import A (Arab Saudi) 8
Import A (Turki) 2
???? HULU LANGAT 156
Ampang 34
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 22
Saringan Pekerja 3
Beranang 13
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 11
Cheras 30
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 21
Saringan Pekerja 1
Hulu Langat 5
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pre-admission 1
Kajang 48
Saringan Bergejala 10
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 35
Saringan Pekerja 1
Saringan Pre-admission 1
Semenyih 13
Saringan Bergejala 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 11
Import 13
Import A (Amerika Syarikat) 2
Import A (Arab Saudi) 2
Import A (Austria) 1
Import A (Filipina) 1
Import A (India) 1
Import A (Turki) 6
???? HULU SELANGOR 18
Ampang Pechah 3
Saringan Kontak Rapat 3
Hulu Bernam 3
Saringan Kontak Rapat 3
Hulu Yam 2
Saringan Kontak Rapat 2
Kalumpang 1
Saringan Kontak Rapat 1
Rasa 1
Saringan Kontak Rapat 1
Serendah 7
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pekerja 1
Import 1
Import A (Arab Saudi) 1
???? KLANG 82
Kapar 17
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak Rapat 7
Klang 60
Saringan Bergejala 21
Saringan Kontak Rapat 31
Saringan Pekerja 8
Import 5
Import A (Arab Saudi) 4
Import A (India) 1
???? KUALA LANGAT 40
Jugra 4
Saringan Bergejala 4
Tanjung 12 (1) 16
Saringan Bergejala 7
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 1
Saringan Pre-admission 1
Saringan SARI 1
Tanjung 12 (2) 10
Saringan Bergejala 2
Saringan Bergejala (Kluster Lenang) 1
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI 1
Telok Panglima Garang 10
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 1
???? KUALA SELANGOR 35
Bestari Jaya 5
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 4
Ijok 17
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan Pekerja 1
Jeram 8
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 5
Tanjung Karang 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 1
Import 2
Import A (Arab Saudi) 2
???? PETALING 85
Bukit Raja 9
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 7
Damansara 25
Saringan Bergejala 14
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Pekerja 2
Petaling 24
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 15
Saringan Pekerja 1
Sungai Buloh 14
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja 1
Import 13
Import A (Arab Saudi) 2
Import A (Bangladesh) 1
Import A (Filipina) 6
Import A (India) 1
Import A (Singapura) 2
Import A (Thailand) 1
???? SABAK BERNAM 9
Bagan Nakhoda Omar 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 2
Pasir Panjang 1
Saringan Bergejala 1
Sabak 5
Saringan Bergejala 5
???? SEPANG 30
Dengkil 18
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 9
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan City A) 3
Saringan Kontak Rapat (Kluster Persiaran Jalan Hospital) 2
Saringan Pekerja 1
Labu 10
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 9
Sepang 1
Saringan Kontak Rapat 1
Import 1
Import A (Arab Saudi) 1


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 18-1-2022 02:09 AM




Kenyataan Akhbar KPK 17 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 17, 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DAN BENCANA BANJIR DI MALAYSIA
17 JANUARI 2022
SITUASI SEMASA COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes baharu : 2,342kes (2,810,689 kes kumulatif);
  • Kes import : 180 kes (114 warganegara; 66 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,162 kes [2,105 warganegara (97.4%); 57 bukan warganegara (2.6%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 184 kes (132 kes disahkan COVID-19; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 87 kes (52 kes disahkan COVID-19; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,218 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,041 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 177 kluster.
Daripada 2,342 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 34 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,308 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 16 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
WP KUALA LUMPUR1.08
NEGERI SEMBILAN1.07
SABAH1.05
SELANGOR1.02
MELAKA1.00
JOHOR0.98
PULAU PINANG0.98
KEDAH0.95
PAHANG0.95
PERAK0.93
KELANTAN0.90
TERENGGANU0.81
SARAWAK0.00
PERLIS0.00
WP PUTRAJAYA0.00
WP LABUAN0.00
MALAYSIA1.00
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 17 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – satu (1) PPS [Johor (1)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir –satu (1) (Johor);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 37 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 471 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS –satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 17 Januari 2022, tiada penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2.

ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI 2/2022)
Bagi Minggu Epidemiologi 2/2022 yang bermula dari 9 Januari 2022 sehingga 15 Januari 2022, jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,006 kes dengan jumlah kes kematian sebanyak 126 kes, manakala purata kes aktif adalah sebanyak39,507. Berikut adalah perincian Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19;
1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19
  • Peningkatan kes baharu sebanyak 0.7 peratus iaitu daripada 21,859 kes (ME 1/2022) kepada 22,006 kes (ME 2/2022);
  • Purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 2.4 peratus dengan purata sebanyak 38,581 kes (ME 1/2022) kepada 39,507 kes (ME 2/2022) setelah penurunan kes aktif dicatatkan sejak ME 48/2021;
  • Walau bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsisten sebanyak 11.3 peratus dengan 126 kematian pada ME 2/2022 berbanding 142 kematian pada ME 1/2022. Penurunan ini dicatatkan mulai ME 52/2021.
  • Purata kes yang memerlukan rawatan di ICU juga menunjukkan penurunan sebanyak 8.0 peratus iaitu 185 kes (ME 2/2022) berbanding 201 kes (ME 1/2022). Penurunan berterusan indikator kes ICU secara konsisten telah dilaporkan sejak sembilan (9) minggu lalu pada ME 45/2021;
  • Selain itu, purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan 18.1 peratus iaitu 68 kes (ME 2/2022) berbanding 83 kes (ME 1/2022). Purata ini kekal menunjukkan tren penurunan semenjak 21 minggu yang lalu pada ME 33/2021) dan;
  • Purata nilai Rt meningkat sebanyak 1.0 peratus daripada 0.98 (95% Cl 0.96-0.99) pada ME 1/2022 kepada 0.99 (95% CI 0.98 – 1.00) pada ME 2/2022.

Rajah 1 di bawah jelas menunjukkan tren penggunaan ICU untuk kes COVID-19 semakin menurun sejak sembilan (9) minggu yang lalu iaitu ME 45/2021.

Selain itu, tren penurunan penggunaan alat bantuan pernafasan untuk kes COVID-19 juga dapat dilihat dengan ketara mulai 21 minggu lepas iaitu ME 33/2021 berdasarkan Rajah 2. #

Walaupun jangkitan varian Omicron dilihat kurang serius daripada segi keseriusan berbanding varian Delta, namun kadar kebolehjangkitannya adalah amat tinggi dan boleh menyebabkan peningkatan kemasukan pesakit yang memerlukan rawatan untuk tempoh yang singkat di hospital (short stay) terutamanya daripada kalangan pesakit yang berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan komorbid, dan juga kanak-kanak yang seterusnya memberi tekanan kepada sistem perkhidmatan hospital.
Oleh itu, sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang peningkatan kes dalam masa terdekat, KKM  telah mempersiapkan untuk:
  • Menggunakan hospital-hospital daerah sebagai hospital hibrid untuk merawat pesakit COVID-19 kategori 1-3;
  • Merujuk pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 ke hospital berpakar;
  • Pesakit COVID-19 yang stabil akan dipantau di rumah melalui COVID-19 Assessment Centre (CAC) sehingga selesai tempoh pengasingan; dan
  • Menggunakan ubat antiviral yang telah dikenalpasti, lebih awal di peringkat CAC dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
Walau bagaimanapun, penglibatan setiap individu dan semua pihak melalui “whole government, whole society approach” adalah sangat penting bagi menentukan sama ada lonjakan kes COVID-19 disebabkan oleh varian baharu dapat dibendung atau tidak. Justeru, KKM juga ingin menyeru orang ramai supaya sentiasa mengamalkan dan memperkukuhkan kawalan kendiri, terus mematuhi SOP, dan segera mendapatkan vaksin COVID-19 (dos 1, dos 2, dan dos penggalak) supaya kes COVID-19 negara dalam keadaan terkawal.
2. Kluster
Daripada kumulatif 6,205 kluster yang dilaporkan setakat 15 Januari 2022, terdapat 176 kluster aktif (tiada perubahan jumlah kluster aktif berbanding ME 1/2022). Sebanyak 43 kluster telah diisytiharkan tamat pada ME 2/2022 dan menunjukkan penurunan sebanyak 32.8% berbanding ME 1/2022. Terdapat 43 kluster baharu telah dilaporkan pada ME 2/2022, iaitu:
  • 15 (34.9 peratus) kluster pusat pendidikan;
  • 10 (23.3 peratus) kluster tempat kerja;
  • Sembilan (9) (20.9 peratus) kluster komuniti;
  • Lima (5) (11.6 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi;
  • Tiga (3) (7.0 peratus) kluster import; dan
  • Satu (1) (2.3 peratus) kluster keagamaan.

Kebanyakan kategori kluster menunjukkan tren peningkatan pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022, kecuali bagi kluster tempat kerja dan kluster import (Jadual 4). Kluster pusat tahanan pula tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara pada ME 2/2022 berbanding minggu epidemiologi sebelumnya.
Kluster pendidikan dan kluster komuniti meningkat secara mendadak sebanyak 400 peratus dan 350 peratus pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022 susulan pembukaan semula sesi persekolahan di seluruh negara bermula pada 9 Januari 2022 yang lepas (Jadual 4). Peningkatan kluster pendidikan perlu diambil serius oleh semua pihak kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan yang lebih meluas dalam kalangan pelajar, guru, pekerja di institusi pengajian, ahli keluarga mereka, dan seterusnya merebak ke komuniti.  Pematuhan SOP perlu sentiasa ditekankan sama ada sebelum, semasa, dan selepas sesi persekolahan. Keselamatan dan kesihatan warga sekolah perlu diberi perhatian agar dapat mengurangkan serta mencegah kluster baharu pendidikan.
Kluster kumpulan berisiko tinggi juga turut menunjukkan peningkatan sebanyak 66.7 peratus. Hal iniamat membimbangkan kerana jangkitan COVID-19 kepada golongan tersebut akan mendedahkan mereka kepada risiko gejala yang lebih teruk sekiranya tidak divaksinasi atau status vaksinasi sudah melebihi tiga bulan.
Sebagai usaha untuk memperlahankan gelombang varian Omicron, semua jemaah umrah yang pulang ke Malaysia wajib menjalani kuarantin di pusat kuarantin mulai 3 Januari 2022 selain penangguhan sementara pelaksanaan umrah mulai 8 Januari 2022. Susulan tindakan tersebut, kluster import kelihatan menurun pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022.
3. Kapasiti Hospital
Pada ME 2/2022, kadar penggunaan katil bukan ICU dan katil PKRC menunjukkan peningkatan berbanding ME 1/2022. Kadar penggunaan katil ICU dan alat bantuan pernafasan pula menunjukkan penurunan berbanding minggu epidemiologi sebelumnya (Jadual 5).

Penurunan kadar penggunaan katil ICU dan alat bantuan pernafasan adalah selari dengan peningkatan liputan vaksinasi seluruh negara yang kini telah mencatatkan 78.6 peratus populasi keseluruhan lengkap divaksinasi. Selain itu, sejak bulan Oktober 2021, negeri Sarawak mencatatkan penurunan yang drastik pada semua indikator jangkitan COVID-19 setelah program dos penggalak giat dijalankan. Sehingga kini, Sarawak kekal mencatatkan peratusan dos penggalak yang paling tinggi iaitu 48.3 peratus (sehingga 16 Januari 2022, 11.59 malam).
Namun begitu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 didapati meningkat pada ME 2/2022, manakala bagi kategori 3, 4, dan 5 pula kelihatan menurun pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022. Kebanyakan pesakit COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang dimasukkan ke hospital tersebut adalah terdiri daripada warga emas.
Secara keseluruhannya, walaupun kes baharu COVID-19, kes aktif, dan nilai Rt menunjukkan peningkatan pada ME 2/2022, indikator-indikator jangkitan COVID-19 yang lain seperti jumlah kematian, kadar penggunaan katil ICU, dan alat pernafasan menunjukkan penurunan. Kebanyakan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 sama seperti yang berlaku di negara-negara luar, yang mana turut melaporkan bahawa varian Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi dengan kadar keparahan yang kurang serius berbanding varian Delta.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DAN BENCANA BANJIR
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya:
  • Memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;
  • Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;
    • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
    • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); dan
    • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
  • Elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS;
  • Memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir;
  • Pastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir dengan air bersih dan amalkan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas;
  • Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir;
  • Sentiasa menjaga kebersihan kawasan PPS untuk mengelakkan daripada penyakit bawaan vektor;
  • Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar;
  • Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi; dan
  • Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit yang sering dikaitkan dengan kejadian banjir seperti yang disebutkan di atas, seterusnya melakukan pemeriksaan yang sepatutnya agar rawatan segera dapat diberikan.
KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman sesawang  https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 Januari 2022 @ 7:00 petang


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-1-2022 02:05 PM
Hari ni...

Berkurang banyak tu. Bilalah agaknya nak bebas dari virus ni huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:14 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 17-1-2022 06:44 PM
Berkurang banyak tu. Bilalah agaknya nak bebas dari virus ni huhu

6 tahun katanya...jenuh...tumpo, kome...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-1-2022 08:14 PM
6 tahun katanya...jenuh...tumpo, kome...huhu...

Dinner malam ni menu apa kaka. Iols main campak-campak je buat carbonara. Letak pepperoni sikit dengan chilli flakes, makan panas-panas.
Sini hujan renyai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:10 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 17-1-2022 07:38 PM
Dinner malam ni menu apa kaka. Iols main campak-campak je buat carbonara. Letak pepperoni sikit de ...

Oden & ABC special...
Sini bahang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-1-2022 09:10 PM
Oden & ABC special...
Sini bahang

Salam subuh kaka. Semoga segala urusan kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 07:24 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 18-1-2022 05:08 AM
Salam subuh kaka. Semoga segala urusan kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah.

Amin

Camna isu RFID?





Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 18-1-2022 07:24 AM
Amin

Camna isu RFID?

Belum buat lagi kaka
Suka sangat last minute nanti sendiri menggelabah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:41 AM | Show all posts
BlackOpium replied at 18-1-2022 09:17 AM
Belum buat lagi kaka  
Suka sangat last minute nanti sendiri menggelabah

Macam banyak yg bermasalah dgn RFID ni...guna pelekat letak kat lampu le cermin le...cuci kereta rosak le...xleh detect...huhu...
Masih dgn TnG lagi ni...malas nak tukar...


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 18-1-2022 10:41 AM
Macam banyak yg bermasalah dgn RFID ni...guna pelekat letak kat lampu le cermin le...cuci kereta r ...

Haah kaka. Tadi lalu tol pun sepi je lane RFID tu. Masih banyak yang guna TnG.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 3.709349 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list