CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 7-12-2010 08:58 PM | Show all posts
Reply 1375# Mas916

Waalaikumussalam,

Selamat kembali ke tanah air Mas
dan terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang sangat berharga untuk panduan rakan-rakan semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 09:10 PM | Show all posts
sesapa yg pegi tumpang org....pesan sya.....bergantung la pada Allah....doa byk2 minta pertolongan d ...
Mas916 Post at 7-12-2010 18:55


Assalaamualaikum MAS, Alhamdulillah dah selamat kembali.  Segala kenangan dijadikan iktibar, dikongsi dan disematkan di dalam hati sebagai kenangan.  Shukur kita kepada Allah yg memberikan rezeki untuk sampai ke tanah suci di usia muda.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 8-12-2010 22:23

Benar sungguh kata-kata Mas tu...

Kakak pulak mengerjakan haji pada tahun 1992 di usia 39 tahun.
Kakak masih ingat lagi antara ayat-ayat  pertama yang keluar bila kakak berjumpa ahli keluarga dan adik beradik ketika menyambut kepulangan kami di airport ketika itu  ialah " pergilah kerjakan haji di waktu usia masih muda" kerana kita dapat saksikan kesukaran yang dilalui warga-warga emas ketika di tanah suci.  Namun  kesukaran mereka yang kita saksikan, di wajah kebanyakan mereka terpancar kegigihan untuk beribadat kepada Yang Maha Esa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah... rakan2 kita semua telah selamat kembali ke tanah air...

Seronok betul saya baca cerita masing2.

Saya seperti kak ros dan rakan2 lain pun sejak balik haji dulu memang mengalu2kan kepada semua agar pergi menunaikan haji pada usia muda. Namun pelbagai alasan saya terima. Semoga Allah membuka hati mereka untuk pergi haji dalam usia muda. Kalau tengok jemaah indonesia ramai betul yang muda2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:50 PM | Show all posts
Reply 1377# Mas916

saya tak bole bayang jika saya kerja kan haji dlm usia yg tua.....sedih tgk warga2 emas....
ketika di arafah muzhalifah dan mina....ini adalah masa yg betul2 kritikal.....kesabaran, kekuatan mental dan fizikal.


Salam Mas dan semua

Selamat kembali kepada Hajjah Mas, Hajjah Mimi dan ahli2 thread n yang baru bergelar Haji & Hajjah.

Betul kata Mas, yang muda2 ni kalau ada rezeki pergi lah time badan & ingatan masih kuat. Kalau nak lepaskan ibu atau bapa pergi haji biarlah ada teman samada anak anak atau waris terdekat untuk bimbing serta jaga mereka. Kesian tengok dorang. Kita yang masih bertenaga & masih kuat ingatan pun kadang2 kalah pada keadaan, ini kan pula yang dah berusia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 06:23 AM | Show all posts
Reply 1383# Rosputih


   
Kakak pulak mengerjakan haji pada tahun 1992 di usia 39 tahun.


Salam Kak Ros..
Saya pulak mengerjakan Haji Tahun 1999 semasa usia 36 Tahun..
Alhamdulillah..
Segalanya atas ketentuanNYA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2010 07:02 AM | Show all posts
Kalau 1999, 39 tahun...
2010... 47 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 10:39 AM | Show all posts
wahhh.... untungnyer korang muda2 lg dah pegi haji!!! sy nih nak pegi umrah pun x lepas lg sbb anak kecik ramai...

ingat nak pegi nxt yr sbb anak dah bsr sikit... saper prnh pegi dgn TM travel ok tak? murah ckit dari pakej yg ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 11:43 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam maal hijrah buat semua teman2,

Alhamdulillah dan selamat kebali kpd Mas dan Mimie dan juga para jemaah haji.
Terima kasih berkongsi pengalaman yg terindah. seronok membaca.
betul lah kata2 n nasihat mereka yg sudah menunaikan haji.."pergi lah haji sementara usia masih muda..." krn yg muda ni kudrat lebih dr yg tua..tp yg sedihnya org muda ni nama lmbat naik..selalunya yg tua diberi kelepasan dulu dr yg muda..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:23 PM | Show all posts
terima kasih semua....
sebenarnya saya tatau nk kongsi pengalaman apa.....
nk bercerita sikit2 tu bole laaa......
saya nk bercerita pasal jumlah hari berada di sana....total saya dpt 43 hari termasuk masa perjalananan. Alhamdullilah dapat 43 hari....
ada la rumet saya yg semuanya dr KT 33. ...yg tak puas hati sebab ada stgh KT ada yg dpt 46 hari, 48 hari , 50 hari pun ada. sedangkan kami cuma 43 hari.
derang adalah kemukakan hal ni pada pihak TH di Mekah. tp di nafikan oleh pihak TH.
tp mmg betul....KT14 balik awal dari KT12.
tak tahu la....macam mana pihak TH arrange benda ni...
tp bg saya redha ja.

lg satu pasal talbiah....
saya tatau la...kenapa jemaah kita susah sgt nk talbiah. jemaah lelaki mahal sgt suara derang. yg perempuan kalau x dgr suara, kita paham laaa....tak bole talbiah kuat2.
pernah sekali saya dalam bas dr arafah ke muzdhalifah. saya kena berdiri, sunyi bas tu...tepi saya seorg lelaki muda, saya rasa masih study lg. tak dgr langsung suara talbiah...
saya talbiah sorang2 pelan2....Alhamdulillah....last2 budak lelaki ni ikut...hanya dgr suara kami berdua sahaja.....dlm bas tu...jemaah lelaki lain hanya nampak mulut kumat kamit ja...suara tak dgr.
bila sampai 1 simpang, 1 menghala ke muzdhalifah dan 1 lg ke mina....tetiba bas amik jalan ke mina....hati dh cuak...adakah kami terus ke mina....rupa2nya kami diturunkan dkt2 border ngan mina....kemah2 mina mmg dh nampak.

dr mina ke mekah pun ada juga 1 pengalaman.....kdg2 kita jadi selfish...puas dh diingatkan...bila naik bas, utamakan warga emas, kaum perempuan...
masa naik bas dr mina ke mekah., mula2 sy pk nk berdiri ja....sbab igt tak jauh. ada lg bangku kosong kt belakang sekali. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya utk pi  duduk kat bangku kosong tuh...lepas tu ada lg jemaah yg naik...tp warga emas. kesian...depan saya dh penuh beg , mmg susah saya nk bangun utk bg tempat duduk pd warga emas.
yg berdiri tu warga emas lelaki, dia terpisah dgn isteri dia masa naik bas....
sepanjang perjalanan tu dia muntah. last2 ada jemaah yg susun beg elok, bg dia baring. saya keluarkan bantal kecil bg dia tido.

lebih kurang 5 jam perjalanan kami dr mina ke mekah. tadak sorang jemaah lelaki yg sanggup nk tukar ganti tempat duduk.
bila bas asik masuk keluar terowong, tak sampai2 ke hotel lg, ada jemaah dh bising.
last2 ada sorang jemaah ni sound, kita mai sini utk beribadat....penah ka 3 hari kita tak makan. igt balik kesusahan nabi ismail ngan siti hajar dulu... tak bole ka kita sabaq sikit. terus diam....

ada juga warga emas yg tanpa pengiring, tanpa waris. derang ni mmg di bawah pengawasan pihak TH. pihak TH la, yg sorong whell chair p tawaf dan sae., tanpa sebarang upah. tp derang ni kena register dgn TH dulu.

kt mina...toilet tinggi kena naik tangga.
kesian...ada yg merangkak utk ke toilet....kdg2 tk sempat masuk toilet, isi di dalam dh keluar...
mudah2an penempatan di Mina ni akan lebih selesa utk warga emas. AMin...

ok..nanti sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:27 PM | Show all posts
Betul tu...

Pengalaman sedemikian memang tiap2 tahun akan berlaku. Sikap selfish tu memang lumrah. Apabila di sana 'true colours' kita akan keluar. Cuma terpulang kepada kita untuk membentuk sikap kita sendiri. Kalau dari sana lagi kita berjaya merubah segala sikap negatif kita dengan ikhlas, maka itulah petanda awal Haji mabrur.

Mengenai talbiah tu... agaknya orang Malaysia ni pemalu kot?

Mengenai bilangan Haji tu memang TH telah tetapkan dari awal lagi. Lain2 KT, lain2 bilangan harinya... paling cepat dapam 38 hari... paling lama dalam 51 hari. Saya dulu siap dapat jadual KT1 hingga KT95. Dalam jadual tu ada tertulis KT, tarikh berlepas/pulang, destinasi dan  bilangan hari. Saya juga pilih sendiri naik ikut KT mana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 02:42 PM | Show all posts
Reply 1390# Mas916


wah best dgr criter dr Mas....thank u
nnt sambung....kalo bole boh gambar
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:12 PM | Show all posts
Reply 1390# Mas916

Trm ksh krn sudi berkongsi pengalaman disana...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply 1390# Mas916

Nak tanya Mas buat Nafal Awal ke? Sebab makan masa 5hrs perjalanan dari Mina ke Makkah? Yang akak tau time tu memang sesak sangat sebab semua rushing nak balik Makkah.

Satu lagi, kat Mina Maktab Mas kat area mana? Muassim ke Muassir sebab toilet kat Muassim tak ada pulak kena naik tangga tapi tak taulah pulak sekarang mungkin dah baru.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:50 PM | Show all posts
Mina ke Mekah tu 7km je. Tapi kalau naik bas dia ikut jalan jauh sikit.

Agaknya kalau pakat jalan ramai2 tak sampai 1 jam dah sampai, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:08 PM | Show all posts
Reply 1395# ustaz

Agaknya kalau pakat jalan ramai2 tak sampai 1 jam dah sampai, kan?


Ustaz ni lawak lah. Tak kan nak pakat dengan warga emas kesian dorang. Kalau yang muda2 pakat ramai ramai jalan kaki kesian pulak tinggalkan warga emas naik bas sendiri sendiri.

Ustaz, dulu time ustaz toiletnya cam Mas cerita kan tu ke? Sebab akak kat Muassim tak ada lah gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 04:21 PM | Show all posts
Salam.....

agaknya betul kata ustaz jemaah m'sia pemalu.....tp biarlah malu bertempat....kan ustaz kan...
saya sentiasa teringat kata2 ustaz , tatau s/a dlam bacaan buku atau masa kursus.....bas yg jemaahnya kurang bertalbiah akan hadapi banyak masalah.....
saya mmg byk berdoa....jgan Allah biarkan saya dlm keadaan lalai.
ustaz...kalau saya tahu jalan....mmg ada hajat nk jalan kaki jaaa...

kak aily....saya buat nafar thani....agaknya itu ujian utk kami. jln jammed jugak...mungkin ptg...org balik keje sama...tp ada dgr2....bas tu sesat, tak jumpa jalan ke hotel...tu  yg asik masuk terowong keluar terowong.

maktab saya kat muassim...mmg kena naik tangga. tatau la kalau toilet baru buat.

ramai gak yg buat nafar awal kena dam sekor kambing.....bas stuck tk ble keluar dr mina.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 04:48 PM | Show all posts
baca pengalaman mas dan yg lain2..nmpaknya byk lg ilmu yg el kena belajar...x cukup setakat ni..klu x de ilmu di dada mn mungkin kita dpt memahami erti haji yg sebenar..sedang berusaha menambah ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 06:22 PM | Show all posts
Sebenarnya dari dulu lagi TH tidak menggalakkan jemaah jalan kaki. Mungkin atas faktor keselamatan. Kalau yang muda dibenarkan jalan kaki dan hanya yang tua naik bas, mungkin dapat mengurangkan masalah jam. Saya dulu pun sangkut di Muzdalifah 15 jam. Jemaah Malaysia paling akhir sekali keluar dari Muzdalifah betul2 sebelum zohor. Ramai orang tua2 yang pengsan akibat dehydration, ketiadaan air, kepanasan dan kepenatan. Ramai yang menangis. Namun dalam keadaan terdesak macam tu pun TH tak bagi jalan kaki jugak. Saya ingat lepas ni kalau ada rezeki nak gi haji lagi... saya nak bawak GPS.

Mengenai toilet di Mina. Memang ada tangga naik ke atas... tapi tak tinggi sangat... dalam 5-6 anak tangga je. Tapi kena beratur jugak macam cerita P.Ramlee jugak. Macam2 perangai dapat kita lihat masa tu. Ada yang marah2, ada yg nak terkucil, ada muka selamba, ada yang terlebih peramah, ada yang nyanyi2, ada yang asyik dok pandang ke tandas wanita je... kalau fikir balik... pelik betul orang gi haji ni.

Mengenai talbiah pula... orang lelaki memang digalakkan bertalbiah dgn suara lantang.

Banyak hadis2 tentang bertalbiah ni. Antaranya:

Sabda rasulullah S.A.W. "bila setiap muslim bertalbiah maka akan bertalbiah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana. (HR Tarmizi dan Ibni Majah)

Hadith dari Saidina Abu Bakar As Sidiq r.a. Rasulullah S.A.W telah ditanya apakah amalan haji yang mulia. Baginda menjawab iaitu bertalbiah dengan suara yang nyaring dan menyembelih bintang korban. (HR Tarmizi, Ini Majah dan Abu Zarr)

Hadith dari Jabir bin Abdullah r.a. Sabda Rasulullah "setiap mereka yang berihram bila menghabiskan masanya bertalbiah hingga tenggelam matahari maka akan tenggelam jugalah dosa-dosanya atau hapuslah atau bersihlah dosa-dosanya dan balik bersih seperti baru dilahirkan oleh ibunya". (HR Ibnu Majah)

Dari Khalad bin as Saib dari ayahnya semoga Allah Swt meredhai mereka berdua bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jibril menghampiriku dan memintaku agar aku menyuruh para sahabat untuk melantangkan suara mereka ketika bertalbiyah."  (HR. Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, An Nasa'I & Ibnu Majah).
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 07:40 PM | Show all posts
Apa yang saya belajar/pegang dari pengalaman Haji saya bebaru ni adalah sebagaimana firman Allah dalam Hadith Qudsi

"Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan. Dan Aku akan selalu bersamanya selama dia mengingatiKu."

Fikir baiklah selalu dengan Allah.  Bukan senang untuk dijemput olehNya ke tanah suci.  Walau berduit berjuta sekalipun, tapi kalau tidak dijemputNya, laluan kita sukar untuk ke sana.  Itu sudah cukup untuk kita bersyukur, kurangkan komplen dan fokus dalam beribadah.  Benda logistik yang remeh temeh usahlah dibesarkan.   Perlu SENTIASA berlapang dada bila di sana.  Ujian Allah di sana  "custom made" untuk setiap individu.  Walau kita dalam kumpulan yang sama, ujian kita berbeza.  Lapangkan dada menerimanya, redha, sabar.  Nescaya kita lebih tenang insya Allah.

Saya kurang setuju dengan pendapat yang mengatakan "Jaga mulut di sana, jangan cakap sebarangan, nanti susah".  Itu semua pendapat yang membuatkan orang muda terutamanya "takut" nak pergi Haji sebab takut berlaku apa-apa yang tidak diingini sebagaimana yang dimomok-momokkan terutamanya dalam MASTIKA.  
Kita kena kurangkan unsur2 yang menakut-nakutkan orang untuk ke Haji.  Usia muda adalah paling sesuai/mudah sebab kerja Haji menuntut ketahanan fizikal yang tinggi.  Kesian tengok orang tua.  Tapi semangat mereka sungguh kuat sebab fokus mereka hanya untuk beribadah.  Mulut perlu dijaga bukan hanya ketika Haji malah walau dimana dan bila sekalipun sebab itu melibatkan akhlak.  Tiada unsur2 mistik di situ.

Pengalaman saya mungkin berbeza dari Mas dll sebab saya di khemah Eropah, yang lebih jauh berbanding khemah Malaysia ...tapi ujian tetap ada.  Namun ujian yang datang adalah terlalu sedikit berbanding rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan sepanjang kerja Haji dan saya sangat2 bersyukur.

"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059667 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list