|
Reply #1402 batabaka's post
jauh nye bata ni...
skali skala kalu kat area bangi..moh ler kite g swim skali ek..
huhu |
|
|
|
|
|
|
|
pool kat Uniten tu campur ke?
kalo campur beh gak...kihkihkih
Chow |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1404 batabaka's post
ada ari campur... ada ari tak campur..
pilih je mana nk... ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jojoba_beads at 30-4-2008 09:17 AM
ada ari campur... ada ari tak campur..
pilih je mana nk... ahaks
jojo pilih hari yang mixed kan jojo...
bila last jojo swim, eh -
and where is karam.. kinda missed his post - |
|
|
|
|
|
|
|
1 Mei, 2008
Yih Wey Layak Ke Sukan Olimpik Beijing
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Walaupun sasaran awalnya ialah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing dalam acara 200m kuak lentang wanita, namun Lew Yih Wey, 17, tidak menyangka dirinya akan membawa cabaran negara dalam acara 400m rampaian individu di temasya sukan terbesar dunia itu.
Pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-51 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini, perenang yang mewakili Negeri Sembilan itu mencatat masa 4 minit 50.52 saat menewaskan Nimitta Thaveesupsoothorn dari Thailand dan perenang Hong Kong, Fiona Ma untuk menempah tiket bagi Kategori B ke Sukan Olimpik Beijing Ogos depan.
Nimitta mencatat masa 4:54.47s dan Fiona pula mencatat 5:08.92s.
Catatan masa itu membolehkan pelajar Sekolah Tinggi Port Dickson itu memadam rekod kebangsaan 4:51.01s yang dicatat Siow Yi Ting pada 2003.
"Saya memang tidak menyangka saya berjaya melepasi masa kelayakan ke Sukan Olimpik. Semasa turun ke kolam renang, fokus saya hanya untuk melakukan yang terbaik.
Saya turut menerima saingan yang kuat juga dari perenang Thailand," kata Yih Wey yang juga Olahragawati Terbaik Sukan Malaysia (Sukma) Kedah pada 2006 dengan menggondol sembilan pingat emas dan dua gangsa.
Walaupun terlewat melakukan terjunan ketika memulakan renangan, Yih Wey berkata beliau terpaksa melakukan pusingan yang baik bagi mengatasi perenang dari Thailand itu.
Pada Sukan SEA Korat di Thailand pada Disember lepas, Yih Wey memulakan kempen Malaysia dengan meraih pingat emas pertama negara di kolam renang Pusat Akuatik, Stadium Ulang tahun Keputeraan Diraja ke-80 dalam acara 200m kuak lentang wanita.
Yih Wey mencatatkan masa 2 minit 17.39 saat bagi mengatasi rekod kebangsaan miliknya iaitu 2:19.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) Kedah pada 2006.
Bagaimanapun, catatan yang dilakukan di Sukan SEA Korat itu hanya 0.01 saat terlewat daripada masa kelayakan yang ditetapkan untuk ke Sukan Olimpik.
Selain Yih Wey, turut melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing dalam kategori B melalui kejohanan ini ialah perenang kebangsaan, Daniel Bego, Virhawal Vikram Khade dan Sandeep Sejwal dari India.
Walaupun tidak dapat memperbaharui rekod kebangsaan yang dipegangnya sendiri dalam acara 200m kuak kupu-kupu, catatan masa 2:01.24s yang dilakukan Daniel membolehkan beliau mengekalkan kelayakannya ke Sukan Olimpik.
Pada Sukan SEA Korat Daniel sudah berjaya melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik dalam acara yang sama.
Beliau menjadi perenang Malaysia pertama beraksi dalam tiga acara di Sukan Olimpik dalam acara 100m kuak kupu-kupu, 200m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas.
Sebelum ini, tiga perenang sudah menempah tempat ke Sukan Olimpik Beijing secara merit iaitu Daniel, Siow Yi Ting dan Khoo Cai Lin.
Kecuali Yi Ting yang berlatih di Amerika Syarikat, dua lagi perenang negara kini sedang giat berlatih di bawah bimbingan jurulatih dari Australia, Paul Birmingham di sini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
tahniah yih wey!! ---
[ Last edited by dexa at 1-5-2008 11:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1407 dexa's post
dah lama gak tak g swim..
bz gn nb ni... hehehe...
nx wk KSN OPEN.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Masih Ada Peluang Raih Tempat Ke Olimpik Di Terbuka Malaysia
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang akan membuka tirainya esok di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, bakal menjadi tumpuan perenang negara untuk terus mencari peluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing, Ogos depan.
" Bagaimanapun, kejohanan ini bukanlah peluang akhir atlet negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Kami masih ada masa untuk senaraikan atlet kita. Kami juga akan mengambil kira prestasi dan catatan masa perenang dalam kejohanan di luar negara," kata setiausaha kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) Edwin Chong kepada Bernama di sini, hari Jumaat.
Katanya mana-mana atlet yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa dan berjaya mencatatkan masa menyamai atau melepasi syarat kelayakan akan diambil kira.
Setakat ini tiga perenang sudah menempah tempat ke Sukan Olimpik Beijing secara merit iaitu Daniel Bego, Siow Yi Ting dan Khoo Cai Lin.
Kecuali Yi Ting yang menjalani latihan di Amerika Syarikat, dua lagi perenang negara sedang giat berlatih di bawah bimbingan jurulatih dari Australia, Paul Birmingham, di sini.
" Oleh itu, perenang lain harus menunjukkan persembahan luar biasa dalam setiap kejohanan yang disertai sekiranya mereka juga mahu bersama-sama menyertai ketiga-tiga perenang itu beraksi di Beijing nanti," katanya.
Kejohanan empat hari di Pusat Akuatik Nasional itu melibatkan penyertaan 14 pasukan negeri. Ia turut disertai perenang dari Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, Hong Kong dan India.
Ditanya mengenai sasaran Asum pada Terbuka Malaysia kali ini, Edwin berkata kejohanan itu diharap dapat memberi peluang kepada perenang baru untuk menonjolkan potensi sebenar mereka.
"Saya menaruh harapan Lew Yih Wey akan mampu melakukan catatan masa terbaik untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Pada Sukan SEA di Korat(Thailand) tahun lepas, Yih Wey hampir berjaya melayakkan diri," katanya.
Pada Sukan SEA Korat Disember tahun lepas, Yih Wey memulakan kempen Malaysia dengan meraih pingat emas pertama negara dalam acara 200m kuak lentang wanita.
Yih Wey mencatatkan masa 2 minit 17.39 saat bagi mengatasi rekod kebangsaan miliknya iaitu 2:19.18s, pada Sukan Malaysia (Sukma) Kedah dua tahun lepas.
Catatan yang dilakukan di Sukan SEA Korat itu hanya 0.01 saat lewat daripada masa kelayakan yang ditetapkan untuk ke Sukan Olimpik.
Selain renang, acara akuatik di Sukan Olimpik Beijing akan turut disertai empat penerjun iaitu Bryan Nickson Lomas, Leong Mun Yee, Elizabeth Jimie dan Pandelela Rinong. |
|
|
|
|
|
|
|
Cai Lin Pecah Rekod Nurul Huda
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Perenang negara Khoo Cai Lin menjadi tumpuan di kolam renang Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini hari ini apabila beliau berjaya memadamkan rekod ratu renang Nurul Huda Abdullah yang sudah berusia 20 tahun dalam acara 200m gaya bebas.
Ketika Nurul Huda melakukan catatan masa dua minit 4.85 saat ketika beraksi di Sukan Olimpik Seoul, Korea Selatan pada September 1988, Cai Lin yang kini berusia 19 tahun masih belum dilahirkan.
Kini selepas 20 tahun, rekod yang di pegang Nurul Huda itu telah diperbaharui oleh Cai Lin di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-51 dengan catatan masa 2:04.63s iaitu 0.22 saat lebih pantas daripada rekod terdahulu itu.
"Saya terkejut juga dengan pencapaian saya dalam acara 200m. Fokus saya lebih diberikan kepada acara 400m dan 800m. Ini adalah catatan masa terbaik saya dalam acara 200m gaya bebas," katanya.
Bagaimanapun catatan beliau itu tidak melayakkannya untuk beraksi dalam acara 200m gaya bebas di Sukan Olimpik Beijing pada Ogos depan. Beliau ketinggalan 1.16 saat daripada masa kelayakan Kategori B Sukan Olimpik iaitu 2:03.47s.
Beliau akan membawa cabaran Selangor dalam acara kegemarannya, 400m dan 800m gaya bebas di temasya Sukan Malaysia ke-12 di Terengganu bulan depan.
Selain Cai Lin, turut mencipta rekod kebangsaan pada hari kedua kejohanan ialah perenang Sarawak, Daniel Bego yang memperbaharui rekod yang dicatatnya sendiri pada kejohanan yang sama tahun lepas di Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Negeri Sembilan.
Pada acara 200m gaya bebas hari ini, Daniel yang diberi saingan sengit oleh Khade Virdhawal dari India berjaya memintas Virdhawal di saat-saat akhir untuk mencatat 1:51.15s untuk mengekalkan tempatnya di Sukan Olimpik Beijing.
Turut memperbaharui rekod kebangsaan ialah perenang senior Allen Ong, 28, yang mewakili Perak dalam acara 50m kuak dada.
Walaupun tidak berjaya mewakili negara ke Sukan Olimpik Beijing, Allen berjaya memperbaharui rekod kebangsaan yang dicatat perenang Pahang, Yap See Tuan tahun lepas dengan catatan 30.57s.
Pada acara yang berlangsung hari ini, Allen hanya meraih tempat ketiga di belakang Indra Gunawan (Indonesia) dan Sandeep Sejwal (India). Indra berjaya memperbaharu rekod kejohanan dengan 29.16s manakala Sandeep pula dikedudukan kedua dengan catatan masa 29.28s.
Daripada sembilan acara yang dipertandingkan hari ini, lima rekod kejohanan telah diperbaharui.
Esok, sepuluh lagi acara akan dipertandingkan. Tumpuan akan terarah kepada penampilan Cai Lin dan Daniel dalam acara 400m gaya bebas, di mana kedua-dua mereka telah melayakkan diri dalam acara itu ke Sukan Olimpik Beijing.
---
tahniah khoo cai lin.. rekod 20tahun tu! lama betul..
semoga bertambah maju~! :victory: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Chii Lin tempah tiket ke Beijing
CHII LIN (kiri) cipta rekod kebangsaan dan rekod
kejohanan dalam acara 50m gaya bebas semalam.
SELEPAS kecewa kerana penyertaannya dalam acara 50 meter kuak dada pada hari kedua Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-51 dibatalkan, Leung Chii Lin, 17, berjaya mengubati kekecewaannya itu dengan mencipta rekod baru kebangsaan dan rekod kejohanan dalam acara 50m gaya bebas.
Pada hari terakhir kejohanan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil semalam, Chii Lin mencatat masa 26.18 saat untuk memadam rekod kebangsaan milik perenang Perak, Cindy Ong, 26.53s yang dicatat pada Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2004.
Chii Lin turut memperbaharui rekod kejohanan yang dicatat Chui Lai Kwan iaitu 26.65s pada kejohanan yang sama tahun lepas.
Catatan masa yang dilakukan Chii Lin itu membolehkannya menjadi perenang Malaysia kelima melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos depan.
Bagaimanapun, dia akan beraksi atas tiket B kerana syarat kelayakan ke Sukan Olimpik di bawah kategori B ialah 26.32s.
"Saya sememangnya tidak menyangka saya berjaya memenangi acara 50m gaya bebas dan catatan masa itu membolehkan saya bersaing di Beijing," kata Chii Lin.
Kejohanan yang menjadi medan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik itu menyaksikan seorang lagi perenang Malaysia melayakkan diri ke temasya berprestij itu di bawah kategori B.
Selain Chii Lin, turut layak ialah Lew Yih Wey dari Negeri Sembilan.
Sebelum ini, tiga perenang sudah menempah tempat ke Sukan Olimpik Beijing secara merit iaitu Daniel Bego, Siow Yi Ting dan Khoo Cai Lin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1380 ayuki's post
ayuki. aku nusi hok blajar renang ngan mung kat uitm dulu.apa kabar
lening. apa no tel kau. no dulu dah x guna ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1413 nusis's post
hello brader..sori le aku demam n busy hari tu x de mood nak reply nko punya post.. nombo lama aku jrg pakai dah,sekali sekala je aku tambah top-up..
hmm, nko nak sambung belaja renang dgn aku ke.. mai la, no problem.. kt putrajaya pun dah ada kolam renang olimpik saiz, tp aku sendiri pun x pegi lagi.. mesti ramai aweks yg kerje gomen mandi situ..hmm,segan lak takut terjumpa dgn awek yg kenal aku n nak mintak aku ajar renang lak..hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak belajar renang
tengok la klau bleh belajar renang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1414 ayuki's post
sejak bila ko buat kelas renang ni..
ako nk blaja ngan ko boleh??
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by batabaka at 28-4-2008 10:26 AM
nak tnye camne nak apungkan diri ekk? bukan yg cam paus tu...tp bila berdiri...relaxed position
aku reti berenang free-style je.....
Chow
Water treading nie aku belajo sendiri2 je dulu...
tp ko kene berani sketlaa cuba2 kt tmpt yg dalam..klu kt tmpt x berapa dlm ko x leh nk praktis..ko kene beranikan diri laa...lgpun ko dh leh swim kan...alang2 nk terlemas ko swim laa ke tepi blk..jgn gabra..relaxxxxx...aku dulu praktis sorg2 jek...
dulu aku ada surf internet gk carik info psl water treading nie.byk tips aku dpt especially dr mysplash.net..
kdg2, aku join gak membaca korg sembang2 dlm thread nie.skrg mmg aku pi swim kt uniten every week...hr selasa or rabu petang, ladies nye session..alhamdulillah, hasil belajar sndiri2 n observe org lain swim..aku dh leh swim breast stroke, freestyle and backstroke. tp x laa seterrer rakan2 lain kt forum nie....aku suka swim kt area 3m kat uniten tu sbb bleh tread water.. |
|
|
|
|
|
|
|
In addition to what Andrew wrote, you need to stay relax. If you tense up, you will sink.
Not sure if this is the best way but this was how I learned to tread water. Through trial and error I finally figure it out that it is actually like doing a breaststroke but doing it with our body vertically instead. As mentioned earlier, you need to remain calm and do not worry about it if you feel like your body is sinking.
Start by gradually raising your upper body as you swim breaststroke from a streamline (horizontal) position until you are finally in a vertical position. Surprise ... surprise, you suddenly find yourself being able to tread water.
Everytime your nose sink below water level, hold your breath and slightly kick yourself out of the water again and repeat what Andrew wrote. As long as you stay relax, you will find that you will be able to tread water very quickly.
Being able to stay relax has to do with confidence with yourself and not worry about sinking. If you will to follow my advice to just hold your breath everytime your nose drop below water level and give a slight kick to lift your nose out of the water, you should be able to stay relax. If you are still having difficulty, try treading water is a slightly slant position and when you are confortable with the slant position, than try a more vertical position until you can finally do it in a totally vertical position.
I hope this help.
nie aku dpt dr forum splash.net... leh laa cuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1418 Potpouri's post
gud info potpouri...
tp dari pengalaman jojo bergelumang dengan swimming nih... better jgn buat sorg2...
swimming sukan yg sgt bagus.. tp kepada yg tak biasa.. leka je 1 saat boleh lemas.. even org yg terer swim pun leh lemas... hmmm...
so hati2 ler sesapa nk mencuba water treading ni.. better buat 2 org...
k... selamat mencuba... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jojoba_beads at 8-5-2008 11:33 AM
gud info potpouri...
tp dari pengalaman jojo bergelumang dengan swimming nih... better jgn buat sorg2...
swimming sukan yg sgt bagus.. tp kepada yg tak biasa.. leka je 1 saat boleh lemas.. ...
hi jojo,
Tulaa, mmg bahaya..asalnya aku nk join kelas renang kt uniten tu..tp diorg dh start kelas laa plk..kene tunggu next session lak...
smbil2 tunggu aku praktis sndiri..yg kelakarnya..x smpai sbulan (aku pi seminggu skali je), n kelas tu pun belum abis lagi..aku dh leh bt water treading sendiri.
tp aku mulakn stage by stage...x terus kat tmpt 3m tu.. aku start kat 1.8m tu...itu pun aku dh tenggelam abis dh...aku rendah je, 1.62m.. kt situ aku try water treading sorg2.. itupun after aku dh quite comfortable dlm air n aku dh leh buat breast troke n freestyle.. 1.8m tu aku dh tenggelam tp x laa takut sangat sbb bila aku tenggelam habis n relax, kaki aku still dpt jejak lantai n aku leh lonjak blk ke atas untuk breathing n teruskan praktis water treading...tp tips yg suh hold breath bila terasa nk tenggelam tu mmg berkesan.. and then, bila dh lama2 n confident sket..aku duk menyusur tepi2 kolam tu ke area 3m tu... buat treading kt area yg mmg kaki aku x smpai kalau tenggelam..pstu dh berani lg ketengah lagi...dan lagi dan lagi...
[ Last edited by Potpouri at 9-5-2008 09:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1420 Potpouri's post
power ah...
bukan senang nk dapat water confident tau..
huhu..
tahniah.. anda lulus... huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|