|
RIANZ PARADISE VOL. 78 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
V)))) nama dia song hye kyo..
http://img2.ak.crunchyroll.com/i/spire4/05232008/a/a/2/c/aa2ca6f44ad760_full.jpg
kn64 Post at 7-7-2009 12:11
dia mmg natural beauty.....body pun ngam nagm ho....
thanx angah.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni akak punyer fav masa skola dulu....taiwanese....dulu mana citer korea kat tv....
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by violette at 7-7-2009 12:45
baju kaler purple lagi...saper yg sebelah dia.....bukan yg botak head tu....yg suit putih tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kn64 at 7-7-2009 12:44
http://www.goodplasticsurgery.com/archives/courtney_cox_pouty.jpg ni yg minah saleh lak..
http://www.goodplasticsurgery.com/archives/courtney_cox_pouty.j ...
kn64 Post at 7-7-2009 12:43
x nampak la, akak punyer yg song HG pakai baju purple tu pun x der,....
kena out, pi adjust haircut akak yg jen potong malam tadi....jenuh akak kena gelak dek bebudak.... |
|
|
|
|
|
|
|
x nampak la, akak punyer yg song HG pakai baju purple tu pun x der,....
kena out, pi adjust haircut akak yg jen potong malam tadi....jenuh akak kena gelak dek bebudak....
violette Post at 7-7-2009 12:53 tu lah nanti kita try semula..
dia segan nak keluar pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg nomot suka tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
waah....k.ngah makin advance....dah masuk hollywood tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua, masuk kejap ja...nanti ada function...
So akk mungkin balik lewatlah...nak handle Iranian Group |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung semalam punya
Part 89
“Kalau dia tak betul2 sayangkan abg dia tak kan berani sampai hilang malu, dia buat semua ni sbb dia dah tahu akibatnya, sbb dia tahu perbuatan ini berbaloi. I’m not that idiot, she has planned this for months. This is not last minute decision, she is not stupid. Kalau tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, kalau abg tak layan dia dari awal benda ni takkan terjd. Ini salah abg, abg ceritakan apa yg terjd dlm rumah tangga kita pd dia, sepatutnya abg tahu batasnya walaupun dia dah mcm kakak An sendiri. Ada perkara kita blh share dgn org, ada benda hanya utk kita berdua, ibu bapa sendiri pun tak patut tahu.
Kalaulah mak abg tahu ttg ni, abg tahulah langit tu tinggi ka rendah. Sebagai rasa hormat utk keluarga abg biar kita berpisah dgn baik. An akan bagi abg cukup masa utk abg benar2 dapat fikir dgn lebih tenteram dan tenang. Apa saja keputusan abg An tak kan berdendam dgn abg sbb An sayangkan abg, An juga juga sayangkan kak Nor. Buatlah pilihan dgn hati yg terbuka dan ikhlas, yg penting abg lepaskan An, jgn bermimpi yg abg nak nikah dgn dia selagi An masih isteri abg. Ingat tu” dia berpaling merenungku dgn tajam. Tangannya pantas merentap bbrp barangan peribadinya di dalam laci satu persatu dan dimasukkan ke dalam beg kanvas sederhana besar itu.
“Siapa yg cakap ni? Bila masa abg kata abg nak kahwin lg satu? She is getting mad, mental disorder or she is still dreaming. Dia ingat abg masih sama mcm yg dulu, betullah abg org yg sama tp dah tak serupa, abg dah ada pilihan sendiri. Itu semua tak betul, tak pernahpun terdetik walau sesaat abg nak kahwin dgn dia, tak pernah. Abg cuma sayangkan An. An kena percaya, An kena sedar An isteri abg, abg bukan nak halang An jumpa ayah atau saudara mara An. Abg simpati dgn An, setiap hari An kerja, balik malam nak buat kerja rumah lagi, hujung minggu itulah saja yg ada untuk kita, utk abg nak tgk An lama sikit dlm rumah ni.
“Takkan setiap minggu nak balik, lembu mati pun nak suruh balik, motor rosakpun nak report, nak minta duit, bumbung bocorpun nak kena tunggu An balik. Itu belum masuk duit sewa bendang abg Leman lambat bayar, An yg jauh ni kn pi minta. Itu semua tak masuk akal. An kerja cari duit dr titik peluh sendiri sdgkan An blh duduk bersenang2 dlm rumah ni. Bukan abg suruh kerja pun. Abg izinkan An kerja sbb ayah An yg minta. Abg hormat pd ayah, abg patuh dgn kata2 ayah. Abg tak mahu duit titik peluh An jd sia2, An bagi semua dgn mudah sedangkan mrk boleh ikhtiar sendiri. An pernah susah, biar mrk pun rasa susah payah tu. Kalau tdk adik2 An akan jd manja tak berdikari. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 90
Selama ni abg tak pernah ungkit walaupun abg tak pernah merasa duit An, An beli berkotak2 hadiah dan baju2 utk ayah dan adik2 An bila setiap kali abg bawa An ke oversea. Sehelai T.shirt lelongpun An tak pernah rasa nak bagi abg, bukan abg minta benda berjenama yg abg dah ada. Walau semurah manapun pemberian dr seorg isteri itu bg seorg suami terlalu bermakna, terlalu mahal.
Setiap bulan abg bagi duit utk An, bahkan lebih banyak dr gaji An sendiri. Abg tahu An berjimat menyimpan tp jgn sampai ayah cakap sbb An dah kahwin duit belanja untuk ayah dah kurang. Itu sama sekali tak munasabah. Jgn2 selama ni satu keluarga An ingat abg yg simpan semua duit gaji An? Nak ikut2kan, abg lagi berhak sbb abg suami An, abg boleh ungkit semuanya tp abg cuma hendak An senang, An dah lama susah. Tak kan abg nak aniaya isteri abg sendiri” terasa terlalu sebak bila mengenangkan kenangan setahun itu bagaikan terlalu cepat berlalu. Dgn sepantas kilat segalanya ia hancur menjd debu yg berterbangan. Aku memandang kearahnya yg langsung tdk memandangku dr tadi, esakkannya sesekali terdengar lagi. Aku sentuh rambut panjangnya dgn hati yg masih utuh dgn rasa cinta.
“Kita bahagia, apa yg kita ada di sini, di bilik ini sbb kita sayangkan diri masing2, abg terlalu sayang pd An, bukan nafsu semata-mata. Abg boleh dapatkan di luar pada bila2 masa saja yg abg nak kalau sekadar nafsu. Tak payah nikah pun abg blh dpt, cuma abg tak mahu. Itu bukan abg. Abg masih ada iman w/pun tak begitu banyak tp cukuplah utk menjd pembimbing di dalam keluarga abg sendiri. Kalau An ingat abg dah jauh hanyut sampai menyimpang ke mana2. itu tak mungkin, demi Allah, abg hanya sentuh isteri abg yg sah. Kalau Kak Nor tuduh abg yg bukan2 itu fitnah.”
“An tak mahu dgr lagi, An nak kita hidup asing2, samada abg dlm bilik ni atau An. Kalau keadaan masih teruk An nak cari rumah lain. Abg tak jujur langsung, dah berapa kali abg pi jumpa dia? Ni tgk dua belah tgn An ni, lebih lagi kan?” aku tak menjawab tp hanya memerhatikan tingkah lakunya yg masih marah.
“Campur jari kakipun entah-entah dah lebih agaknya, An malu pd ayah, pd abg Rosman. Abg dah jijik mcm kebulur sangat. Betullah kata org kekasih yg pertama tu sampai matipun tak lupa. Entah apalah lebihnya dia dr An? Kalaulah abg rasa nak bagi tahu” matanya merenungku beberapa ketika.
Aku teringat kata-kata emak di malam pertama aku menjd suaminya. Kata emak perempuan itu punya sembilan nafsu dan satu akal, sedangkan lelaki punya satu nafsu dan sembilan akal. Gunalah akal itu dgn sebijak-bijaknya. Bila seorg tgh panas berapi-api maka seorg lagi mestilah membiarkannya terpadam seperti tanah, jgn dilawan atau dibantah seperti minyak dan air. Bila ia benar2 padam baharulah boleh dibawa berbincang. Aku tahu dia tdk bersalah, dia bukannya marah tp lebih kpd terhina, terluka dan terlalu kecewa. Isteri mana yg dapat mengawal perasaan bila suami sendiri mahu direbut terang-terangan begitu. Kalau itu bukan Ayu, mahunya teruk diganyang perempuan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 91
Dia menarik tgnku yg dr tadi menggenggam lengannya dan menggalas beg dan bbrp brgnya keluar dr situ. Aku hanya mengikutnya dan melihat dia turun ketingkat bawa, menuju ke salah satu bilik di situ.
Aku terduduk di tepi katil sambil memegang kpl ku yg hampir pecah rasanya. Hingga ke tengah malam itu aku masih terdengar esak tangisnya yg masih belum berhenti dr bilik bawah yg tertutup rapat itu. Aku kian hilang punca dan arah bila perkara yg tak pernah aku sangka tiba-tiba sahaja menjd sebesar itu dan kini meletup di depan mataku sendiri.
Sampai ke waktu Subuh mataku masih belum terlelap. Permintaan isteriku malam tadi benar2 membuatkan aku terpaku. Rupanya terlalu banyak yg disimpan selama ini dan akhirnya terhambur keluar bagaikan ledakan gunung berapi. Perkataan berpisah itu adalah sesuatu yg tak mungkin ada dlm kamus hidupku. Berapa lama aku mengambil masa mencari, memilih dan akhirnya dia yg terlalu istimewa yg ku bawa ke dalam keluarga kami dgn penuh adat dan direstui oleh semua saudara mara kami tanpa ada sesiapapun yg membantah.
Begitu bersusah payah aku menjaganya siang dan malam, apa sahaja keperluannya dia hanya perlu membuka mulut , aku akan memastikan semuanya tersedia. Bagiku hanya ajal yg akan memisahkan kami, ini tak mungkin akan berlaku. Aku perlu melakukan sesuatu tp bagaimana?
Perlukah aku meminta Rosman masuk campur kerana untuk bercakap dgn Ayu sendiri itu sudah tdk mungkin. Jgnkan hanya suaranya, bertemu dgnya lagipun aku sudah tdk menginginkan. Aku mahu jauh dari wanita itu, aku tak mahu dia ada kena mengena dgn kami sampai bila-bila. Terlalu besar kerosakan yg dilakukannya hanya krn nafsu dan hasad dengki. Bukannya aku tak faham ttg apa dilaluinya selama ini tp perbuatannya begitu bersifat mementingkan diri sendiri hinggakan sanggup memecah belahkan seluruh keluarga kami. Mungkin ada baiknya juga dia bercerai dgn Rosman setdk2nya dia sekarang org luar yg bukan lagi bersangkut paut dgn aku, Rosman dan An sendiri.
Air mataku tergenang di kelopak mata mengingatkan bertapa aku benar2 menyayangi isteriku sehingga aku tak pernah lokek utk membayar sendiri tkt kapal terbang yg kdg2 hanya diperutkkan kpdku bila ditugaskan ke luar negara. Kalau terlalu lama bertugas jauh aku tak sampai hati mendgr suaranya yg menangis keseorgn rindu tanpa aku di sisi. Biar dpt melepaskan rindu hanya bbrp hari aku sudah begitu lega. Memanjakan dirinya, mendengar celoteh lucunya dan suara gelak tawanya membuatkan jiwaku aman dan bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 92
Bayangkan apa yg akan terjadi kpd dirinya tanpaku di sisi? Apa pula yg akan terjadi pd ku jika dia pergi dr hidupku? Kenapa dia sebegitu nekad malam ini? Selama setahun ini dia sentiasa percaya dan mendgr segala kata-kataku tp kini dia menerima kata2 org secara bulat2 dan menidakkan segala pejelasan ku. Adilkah itu? Bukannya aku sengaja berahsia dr nya ttg hubungan dulu antara aku dan Ayu tp aku tak mahu melukakan hatinya dan menjarakkannya dgn Ayu dan kedua-dua anak saudara kesayangannya. Lagi pula kami masih melalui fasa pertama dlm perkahwinan yg masih hijau, masih fragile, mungkin juga bila masanya sesuai tentu saja aku akan cerikan yg sebenarnya.
Sudah bbrp hari kami tdk bertegur sapa. Kalau aku ada di rumah dia hanya memerap di dalam bilik bawah yg sentiasa terkunci itu. Dia membawa halnya dan aku dgn hal sendiri. Segala pakaian ku tdk lagi dicuci mahupun diseterika, sudahnya aku membawa ke kedai dobi tdk jauh dr rumah utk menjimatkan masa ku. Setiap hari aku makan di luar keseorangan dan cuma pulang ke rumah utk tidur.
Bila masuk beminggu sejak kejadian itu aku sudah tdk kisah lagi utk beralah, bukan rugipun. Dia isteriku sendiri. Setiap kali menalifon ke pejabatnya pasti ada yg memberitahu dia keluar, mmg dia cuba menghindariku. Pintu biliknya setiap hari ku ketuk, tp jgn haraplah dia akn membuka. Wajahnya saja sudah bbrp hari tdk pernah kelihatan. Seawal pagi dia ke tempat kerja dan bila aku pulang dia sudah mengunci diri.
Dari rasa rindu sudah mula bertukar menjadi geram yg teramat sangat. Hanya Allah saja yg tahu bertapa aku terlalu tersiksa dan ia sungguh menyakitkan. Apa pilihan yg ku ada selain dari bersabar dan memohon agar keadaan kembali spt biasa. Keajaiban itu pasti akan berlaku jua.
Hati itu seperti biasa aku pulang lewat malam, sengaja ku lakukan begitu kerana mengelak dr bertemunya. Bukannya benci ttp hanya untuk mengawal perasaan yg sudah makin berat bersarang di kepala. Bila saja pintu bilik ku buka ada sekeping nota agak besar tulisan tgnnya di atas katil.
“Esok mak abg balik”
Aku terkedu, kepalaku makin berserabut, lepas satu, dtg lagi satu hal lain. Bagaimana aku harus menghadapi emak? Bagaimana untuk menutup cerita ini dr pengetahuan emak ku? Aku tiada pilihan lain, aku perlu berbincang dgn Noraihan dgn segera, hanya itu saja caranya. Tgh2 malam itu aku bergegas turun mencarinya di bilik bawah. Pintu itu terbuka luas dan dia tiada pun di dalamnya. Aku mencarinya di serata rumah, menalifon ke handphonenya tp sudah ditutup. Aku bergegas keluar mencari keretanya, ia masih di situ, tempat biasa, dan kuncinya masih tergantung di tempat kunci. |
|
|
|
|
|
|
|
Sepeninggalan akak mlm ini akk dah menempekkan sambungan cerita utk mlm ni , sapa yg tak sempat nak baca yg semalam punya page 54 dan 55. ...hari ni semua kat page 57..
happy reading |
|
|
|
|
|
|
|
sambil tunggu Erika balik ni boleh konker umah rians sorang2 hik hik |
|
|
|
|
|
|
|
Sepeninggalan akak mlm ini akk dah menempekkan sambungan cerita utk mlm ni , sapa yg tak sempat nak baca yg semalam punya page 54 dan 55. ...hari ni semua kat page 57..
happy reading
cmf_blingblings Post at 7-7-2009 17:59 thanks blingss..utk yg semalam yg ari ni..semua lah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|