Post Last Edit by oddxx at 21-1-2011 16:25
Reply 1382# shalady
kerana permintaan awak shalady ..kat bawah nih saya paste kan spekurama seterusnya... 
recap part 8 : Farah telah dengan beraninya bertanya kepada Asmara tentang seorang wanita yang bernama Zalia. Asmara jadi bengong ..asyik terbayangkan zalia bila nampak Farah. Emosi kurang stabil..
Part 9
Monolog Osman: Rasa rindu Osman kepada arwah anak lelaki tunggalnya semakin menebal. Dendam kian bersarang difikirannya. Setiap kali dia melihat kebahagian Sahlan, hatinya menjadi sakit. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia sering teringatkan Adam, satu-satunya waris yang ditinggalkan oleh Raziq kepadanya. Dia tidak pernah bertemu muka dengan cucunya itu…Cuma mengambil tahu perkembangannya dari jauh. Adam kini dalam jagaan Asmara bekas menantu Sahlan. Kenapa aku harus terus membiarkan Adam dijaga oleh orang yang tidak mempunyai hubungan darah dengannya. Aku yang sepatutnya menjaga Adam……aku mesti mendapatkan Adam!!!! ***** Hari ini sudah kali ketiga Asmara keluar makan bersama dengan Farah. Seperti biasa alasan untuk berbincang tentang projek iklan syarikatnya adalah modal Asmara untuk mengajak Farah keluar. Dia amat senang sekali dengan gadis manis itu. Masih susah untuk dia membezakan Farah dengan arwah isterinya Zalia. Mereka terlalu banyak persamaaan. Farah juga mula menunjukkan minatnya pada Asmara. Dia sedar Asmara sudah mempunyai tunang dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi ..tetapi dia tidak dapat menafikan gelodak rasa hatinya. Dia menyimpan perasaan kepada Asmara. “ Kenapa tak banyak bercakap hari ini ?”, Soal Asmara tiba-tiba memecah kesunyian
sambil meletakkan sudu dan garfu dipinggan. Wajah Farah ditatap lagi. Senyum terukir dari wajahnya. “Em..saya tak ada apa nak cakap…kita nak bincang apa ya sebenarnya ?”, Farah teragak-agak menjawab soalan Asmara. Tidak mahu Asmara mengesan bunga-bunga kasih yang mula berputik ditaman hatinya itu. Dia memandang sekilas ke wajah Asmara…malu. “Sebenarnya..saya pun tak ada topik nak cakap, tapi ..saya saja nak jumpa awak..boleh kan?”, “Boleh…tunang awak tak marah ker “, Manja sahaja Farah bertanya. Sudah tidak ber ‘cik’ ber ‘encik’ lagi mereka berdua. “Melati memahami..dia bukan jenis cemburu buta..lagipun kita kan berbincang pasal business” balas Asmara. Dia berbohong. “Jom..saya hantar awak balik…”, sambung Asmara. Farah hanya mengangguk. Sudah lama mereka keluar makan berdua. Tapi kenapa masih rasa tidak puas bersama dengan awak ya…, Farah berkata dalam hati. Mereka bergerak menuju ke kereta Asmara. ********* Kereta Asmara meluncur laju untuk menghantar Farah pulang ke tempat kerjanya. Mereka berbual-bual mesra sepanjang perjalanan. Sesekali Asmara memandang ke cermin sisi dan cermin dan cermin pandang belakang. Dia kehairanan. “Awak…rasanya ada kereta ikut kita dari tadi ..sejak kita keluar dari restoran…cuba awak tengok , awak kenal ke ?”, Asmara bersuara tiba-tiba sambil memandang wajah Farah. Farah yang terkejut dengan pertanyaan Asmara melihat-lihat melalui cermin sisi. Dia tidak mengenali kereta tersebut. “Saya tak kenal la wak …kenapa dia ikut kita ?”, Farah berkata. Dia mula berasa bimbang. Asmara hanya diam mendengar jawapan daripada Farah. Dia terus memecut keretanya agar dapat menghilangkan diri daripada kereta tersebut. Namun kereta it u terus mengejar. Dalam fikiran Asmara dia
cuma mahu mencari balai polis terdekat. Hatinya tiba-tiba resah. Satu deruan hon yang panjang tiba-tiba mematikan resah dihati Asmara. Kereta tadi memecut laju lalu berhenti dihadapan kereta Asmara lalu memaksa Asmara untuk menekan brek. Kelibat tiga lelaki keluar dari kereta tersebut. Asmara tergamam. Dia cuba untuk mengundurkan keretanya. “Prang…” tingkap cermin kereta Asmara dipecahkan. Dua lelaki tersebut menarik Asmara keluar. Seorang lagi menarik keluar Farah. “Hey…apa ni!!” jerit Asmara sambil cuba hendak melepaskan diri. Lama dia bergelut untuk melepaskan diri. Sesekali dia melihat kea rah Farah yang juga sedang berusaha untuk melepaskan diri. Damm… satu pukulan tepat mengenai belakang kepala Asmara dan satu tumbukan tepat mengenai dadanya. Sakit kepala Asmara mula menyerang lagi. Dia jatuh ..tidak sedarkan diri. Farah yang melihat kejadian tergamam, dia ketakutan. Dia dan Asmara diheret masuk ke kereta yang mengekori mereka tadi. |