anaktoyol posted on 16-9-2013 12:29 AM
just wonder apa ayat yg aaron guna masa tempelak rr ek??
Ni aku tepek lebih skitlahhhh, kut2 ada yg belum baca lagi, aku letak part yg penting2 je ye.. Layyyyyaaaaaaannnnnnnnn.....kahkahkahhhhhh.........
Dia bertanya pun selepas ada artis wanita yang turut sama berlakon dengan kami, sering mengusik dan flirt dengannya. Masa tu lah aku tahu apa itu maksud flirt. Blur tak aku?! Katanya patutlah aku single sebab aku tak reti flirt dengan lelaki. Laaa…. Kena flirt ke?! Hahahaha.. mana aku tahu. Tapi cerita flirt ni bukan berkenaan aku. Itu hanya sebagai nak bagitahu selepas insiden pertanyaan tu dan menyaksikan artis wanita ni gila semacam mengusik abang handsome tu; baru aku kenal apa maksud flirt. Apa yang aku nak beritahu di sini, adalah sikap abang pelakon handsome ini. Dia langsung tak makan dengan apa yang diusik artis wanita jelita itu. Langsung tak dilayan. Hanya layan bila bercerita tentang kerja dan dalam lakonan mereka! Melihatkan keadaan itu, aku salut akan lelaki sepertinya! Dia sedar dirinya telah berkahwin dan punyai anak. Dia tahu akan tanggungjawabnya. Aku memang hormat gila dengan dia. Terdetik di hati, aku mahukan suami sepertinya ketika itu. Sepertinya ya, bukannya dia! Kena faham maksud tu. Itulah dia AARON AZIZ. Seorang yang sangat bertanggungjawab. Aku percaya, kerana dia menjaga dirinya sebagai suami, sebab itulah dia berjaya seperti sekarang. Dia bagi aku adalah contoh suami yang baik dan tahu menjaga perasaan isterinya. Ada sekali dia naik rimas dengan artis wanita yang kaki flirt tu hingga dia tegur dan dah tak dapat nak kawal kemarahannya. Aku nampak mukanya yang naik berang. Dia jerit kepada artis wanita yang sekarang ini berstatus single itu. Insiden itu berlaku depan aku. Terdiam sekejap artis wanita tu kerana menahan malu. Aku tak campur dan hanya melihat. Aku faham kenapa Abang Aaron buat macam tu. Bila dia serious bekerja, jangan nak gatal-gatal kacau dia.
|