|
anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....
[Copy link]
|
|
Petua Tercekik Tulang
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? " aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! " Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...Diorang tegur "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "enting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata: "Sekarang sebut:
SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1442 virgomal's post
aduiiiiiiiiiii.... sakit perut ku ketawa......!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1442 virgomal's post
Tadi bila time balik V cerita kat kita.. adoii.. aku dah ketawa..hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
sumthing to share... so touching...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 14-3-2008 02:46 PM
sumthing to share... so touching...
iTHvTSBhl5s
Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya... tiada penghujungnya... |
|
|
|
|
|
|
|
If you don't repost this, you will not have a gf/bf until you're 43,seriously!! What color are you??? and if u r 43 + thn u ll loose the chance of gettin new bf/gf
Orange- Taken and happy.
Green - Taken and thinking about breaking up.
Black - Taken and cheating on someone.
White- Married.
BLUE -Single & like someone.
Pink - Single and hating it.
Yellow - Single and loving it.
Gray - Single and not loving it, and not really hating it.
Purple- Heartbroken.
Baby Blue- Confused.
Aqua - I am a ninja.
Because u opened this, u will get kissed on Friday by da luv of ur life, if you don't break The chain
Ur crush will ask u out!
Tomorrow will be the best day of ur life! however,if u don't send this to at least 10 ppl including me by at least 1 :00 tonight u will have bad luck in ur luv life 4 the rest of ur life! Just copy,and paste u will get kissed on Friday by the love of ur life!
Put ur color in the subject bar
* Pada pandangan aku, I'm too old for crushes..but I'm ORANGE
[ Last edited by skgerl at 14-3-2008 06:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
Komentar : 19 Mac 2008
PANDANGAN
SALAM CINTA SELURUH INSAN SEMPENA MAULUD
Oleh
Ustaz Haji Ali Haji Mohamed
DALAM suasana tengkarah kartun di Eropah yang menghina Rasulullah saw dan gejolak ganas di Dunia Muslim hari ini, wajar kita merenung erti datangnya 12 Rabiulawal (esok) - tarikh yang disepakati ulama sebagai detik kelahiran Nabi Muhammad saw.
Sejarah mencatatkan acara memperingati kelahiran Baginda atau Maulud bermula dengan usaha Raja al-Muzaffar Abu Sa'id Kawkabri dari Irbil, lebih sealaf lalu.
Tujuannya untuk menyatukan umat Islam agar berkasih-kasihan demi cinta teguh untuk penghulu besar mereka - tanpa mengira mazhab dan perbezaan puak dan bangsa.
Kejayaan majlis pertama itu tumbuh menjadi tradisi yang berkembang di Makkah, Madinah dan kebanyakan kota yang ramai umat Islam sehingga hari ini.
Sesungguhnya menyambut Maulud wajar diantarabangsakan. Ini kerana umat Islam berada di setiap pelosok dunia.
Mentelah, sudah ada teknologi maklumat yang canggih seperti Internet.
Kita dapat menyaksikan sambutan Maulud melalui pelbagai bentuk.
Lungsuri sahaja YouTube atau menaip saja kekata 'Maulud' dalam apa sahaja bahasa, maka kita akan menemukan pelbagai bahan dalam bentuk video, penulisan, audio, fatwa dan bermacam lagi yang menunjukkan penebaran sambutan Maulud di dunia hari ini.
Cinta dipaparkan bukan saja kepada sambutan malah amalan setia seseorang individu agar terus dikasihi.
Tujuan kita menyambut kelahiran Nabi saw dengan melaungkan qasidah dan nasyid; mengadakan forum, ceramah, syarahan, dan pelbagai lagi acara yang menjadi tradisi bulan ini merupakan antara kunci untuk menzahirkan rasa cinta kepada Baginda.
Apakah usaha menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah saw menjadi suruhan agama Islam?
Jalan atau petunjuk siapakah yang setiap yang menghadiri majlis menyambut kelahiran Rasul tercinta ini ikuti?
Jawapannya jelas.
Pertama, setiap insan yang ingin menzahirkan rasa cinta kepada Baginda itu mengikuti Sunah Allah swt.
Al-Quran sebagai Kalam Allah swt menjadi bukti zahirnya cinta Allah kepada rasul-Nya. Gali dan fahami isi Al-Quran dan jiwailah semangatnya.
Antara kisah Al-Quran ialah pada surah 'Abasa.
Rasulullah saw sedang berdakwah kepada para pemuka Quraisy dengan harapan mereka akan menerima Islam.
Seorang buta, Abdullah ibn Makhtum, langsung mencelah. Terganggu bicara Rasul saw. Baginda memalingkan muka bak memancarkan rasa kurang senang. Maka Allah swt telah menegurnya:
'Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta.' (ayat 1-2).
Para ahli tafsir (mufassir) menjelaskan bahawa cara Allah swt menegur rasul-Nya. Ini bukti kesantunan atau adab Allah swt kepada kekasih-Nya.
Daripada menegur langsung, Allah swt menggunakan orang ketiga iaitu kekata 'Ia' sedangkan yang menerima wahyu adalah Rasulullah saw sendiri.
Maka para mufassir menjelaskan antara kekayaan Al-Quran adalah bentuk bahasa cinta yang Allah swt gunakan untuk berbicara dengan kekasih-Nya.
Kedua, setiap yang ingin menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah saw juga mengikuti Sunah para Malaikat.
Kerap kali kita mendengar suruhan berselawat kepada Baginda yang berdasarkan ayat Al-Quran di dalam surah Al-Ahzab, ayat 33, yang bererti:
'Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya senantiasa berselawat kepada Nabi, maka wahai orang- orang yang beriman, berselawatlah dan sampaikanlah salam kepada beliau.'
Terdapat pelbagai kisah hayat Rasulullah saw yang menceritakan perihal Malaikat Jibrail as yang senantiasa rapat dengan Baginda dan juga kehadiran para malaikat yang membantu dalam perjuangannya.
Ketiga, usaha menzahirkan rasa cinta kepada Rasulullah saw juga berdasarkan Sunah para Sahabah.
Umat Islam disuruh menyayangi kedudukan para ahli keluarga dan sahabat Nabi saw.
Para sahabah sanggup berjuang apa saja demi Islam.
Sayidina Abu Bakar ra mendermakan hampir segala hartanya dan sanggup berkorban nyawa demi cintanya kepada Nabi Muhammad saw.
Cinta dan kasih sayang Sayidatina F脙隆tima ra kepada ayahnya, Rasulullah saw, terpapar dalam banyak riwayat.
Ini merupakan contoh mulia yang wajar umat Islam ikuti.
Keempat, usaha menzahirkan rasa cinta ini adalah Sunah ciptaan Allah swt seperti golongan jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan, serta alam semesta. Ini kerana kehadiran Nabi Muhammad saw merupakan rahmat seluruh alam.
Dalam hadis, terpapar kisah pelepah kurma menangis apabila Rasulullah saw tidak lagi bersandar kepadanya.
Kenanglah kisah unta, kambing, dan pokok yang bertemu dengan Rasulullah saw untuk mengadu dan menghormati beliau.
Kelima, usaha menzahirkan rasa cinta kepada Baginda merupakan sunah ulama dan aulia Allah.
Terbitnya pelbagai kitab yang menceritakan keagungan Rasulullah saw adalah bukti penzahiran para ulama dan aulia kepada Baginda.
Tidak salah banyak sarjana bukan Islam, termasuk Michael Hart (dalam bukunya, 100), telah menempatkan Baginda sebagai tokoh teragung yang pernah dilahirkan untuk umat manusia.
Dengan anjuran pemerintah agar setiap kaum saling mendampingi, wajar kita luaskan acara sambutan Maulud kepada kaum bukan Muslim juga untuk menunjukkan bahawa Rasulullah memanglah rahmat seluruh alam.
Selamat menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad saw.
Nota: Penulis ialah pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Khadijah. |
|
|
|
|
|
|
|
A guy, suffering from constipation for the past 20 years and recently from acid reflux, didn't realise that the treatment could be so simple ---Okra! Some 2 months ago, he started eating 6 pieces of Okra and, since then, has not taken any other medication. Now, his blood sugar has dropped from 135 to 98 and hischolesterolandacid refluxare also under control. From the research of Ms. Sylvia Zook, PH.D (nutrition), University of Illinois.
"Okra is a powerhouse of valuable nutrients, nearly half of which issoluble fiberin the form. of gums and pectins. Soluble fiber helps to lower serum cholesterol, reducing the risk of heart disease. The other half isinsoluble fiberwhich helps to keep the intestinal tract healthy, decreasing the risk of some forms of cancer, especially colo-rectal cancer. Nearly 10% of the recommended levels of vitamin B6 and folic acid is also present in a half cup of cooked okra. Okra is a rich source of many nutrients, including fiber, vitamin B6 and folic acid. The guy got the following numbers from the University of Illinois Extension Okra Page:
Okra Nutrition (half-cup cooked okra)
Calories = 25
Dietary Fiber = 2 grams
Protein = 1.5 grams
Carbohydrates = 5.8 grams
Vita! min A = 460 IU
Vitamin C = 13 mg
Folic acid = 36.5 micrograms
Calcium = 50 mg
Iron = 0.4 mg
Potassium = 256 mg
Magnesium = 46 mg
These numbers should be used as aguidelineonly. If you are on a medically-restricted diet, you should consult your physician and/or dietician. Ms Sylvia W. Zook, Ph.D. (nutritionist) has very kindly provided the following thought-provoking comments on the many benefits of this versatile vegetable.
The superior fiber found in okra helps tostabilize blood sugaras it curbs the rate at which sugar is absorbed from the intestinal tract.
Okra's mucilage not only binds cholesterol but bile acid carrying toxins dumped into it by the filtering liver. But it doesn't stop there...
Many alternative health practitioners believe all disease begins in the colon. The okra fiber, absorbing water and ensuring bulk in stools, helps prevent constipation. Fiber in general is helpful for this but okra is one of the best, along with ground flax seed and psyllium. Unlike harsh wheat bran, which can irritate or injure the intestinal tract, okra's mucilage soothes, and okra facilitates elimination more comfortably by its slippery characteristic many people abhor. In other words, this incredibly valuable vegetable not only binds excess cholesterol and toxins (in bile acids) which cause numerous health problems, if not evacuated, but also assures their easy passage from the body. The veggie is completely non-toxic, non-habit forming (except for the many who greatly enjoy eating it), has no adverse side effects, is full of nutrients, and is economically within reach of most.
Further contributing to the health of the intestinal tract, okra fiber (as well as flax and psyllium) has no equal among fibers for feeding the good bacteria (probiotics).
To retain most of okra's nutrients and self-digesting enzymes, it should be cooked as little as possible, e.g. with low heat or lightly steamed. Some eat it raw.
* Okra - ladies finger
http://eblog.cari.com.my/?40681/viewspace-7995.html |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosiol. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Wallahu'alam...
--------------------------------
mine is quite true |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1451 holmes's post
erk.. holmes... awak ni nama start dari huruf apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1454 virgomal's post
sib baik depa letak the ingredients.. some manufacturer hide these things... |
|
|
|
|
|
|
|
just got this from an email today..
real superman?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1456 holmes's post
|
|
|
|
|
|
|
Just got this email....
MAS: Notes with 'KF' marking have no value
The Money Authority of Singapore (MAS) says the $50 notes
with the letters 'KF' marked on them are considered to be deliberately
mutilated and they command no value.
This reply came in response to a feedback from Lee, who said he
withdrew several $50 notes from OCBC Compass Point, of which three
had the letters 'KF' printed on them.
When he consulted the bank about the notes, he was told that there was no
problem with the notes.
However, MAS says the letters 'KF', which appear to be marking stamped onto
the note, are not part of the design of the $50 note.
It advises the public who receive the notes with the 'KF' marking to bring them
back to the banks for one-for-one exchange.
This is the reply from the MAS in full:
'The letters 'KF', which appear to be marking stamped onto the note,
are not part of the design of the $50 note.
'Notes with such marking are considered to be deliberate mutilation
and they command no value.
'We advise members of public who receive notes with the 'KF' marking
to bring them to the banks for one-for-one exchange.'
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
Ekstra! : 4 April 2008
PANDUAN
CARA ELAK PASTA MELEKAT
MUNGKIN anda juga pernah mengalami keadaan ini iaitu pasta yang anda masak, saling melekat satu sama lain. Untuk mengelakkan keadaan begini, mudah saja dengan mencuba langkah-langkah berikut:
# Pastikan periuk yang digunakan untuk merebus mahupun memasak pasta cukup besar supaya pasta yang anda masak mempunyai ruang yang cukup untuk 'bergerak' dan mengembang.
# Air untuk merebus pasta juga hendaklah cukup banyak sukatannya dan ia sedang galak mendidih semasa anda hendak masukkan pasta ke dalamnya.
# Kadangkala dengan memasukkan satu sudu minyak ke dalam air rebusan pasta boleh membantunya daripada saling melekat. |
|
|
|
|
|
|
|
GARINGKAN SEMULA SNEK
SNEK seperti pai dan epok-epok tentu tidak menarik lagi jika ia sudah lembik atau benyek. Sebenarnya ia berlaku disebabkan kandungan cecair di dalam intinya.
Anda tidak perlu bimbang jika hal ini terjadi sedangkan tetamu yang anda undang masih belum tiba atau majlis dimulakan lewat daripada yang sepatutnya.
Anda boleh 'garingkan' semula snek anda dengan memanaskannya semula.
# Masukkan snek anda ke dalam ketuhar biasa dengan suhu 200 darjah C selama beberapa minit, kemudian sejukkan di atas jaring kuih.
# Sekiranya anda mempunyai ketuhar gelombang mikro, susunkan snek di atas lapisan satu atau dua helai tuala kertas dan nyalakan ketuhar selama beberapa saat dengan suhu 'high'.
Namun jangan tutup snek anda. Biarkan ia selama beberapa minit supaya ia garing semula. Sekiranya snek anda masih lembik, ulang proses ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|