|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Raw Preview Lagu Terbaru Mila (Page 99)
[Copy link]
|
|
Pagi warga Milanians :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
AF8 dah nak mula pada minggu depan,dengar khabar 12 pelajar terpilih. 7 orang pelajar dari Sabah dan Sarawak. 5 pelajar dari Semenanjung....
Dengan adanya Af8 harap-harap sokongan Warga Milanian terhadap Mila tak akan berubah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Aku Lebih Tahu-Mila digunakan Suriafm sebagai Lagu Berduit untuk minggu ni..
Erafm juga guna lagu Aku Lebih Tahu untuk Jangan Lupa Nyanyi!!!
Hahahaaa...Laris gak lagu Mila ni digunakan oleh dua station radio Popular di Malaysia  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam petang semua....wazup wazzup |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pon sekarang ni Mila nampak macam laris je. Selalu ada kat stesyen radio.
Sekejap kat ERA, lepas tu HotFm, then Suriafm.
Semoga rezeki dia bertambah murah walaupon AF8 tak lama lagi. Sokong tetap sokong |
|
|
|
|
|
|
|
mymetro: 4/3/2010
Konsert mini sambutan besar
MENGETENGAHKAN kisah remaja yang melanjutkan pengajian di menaragading dalam jurusan seni, drama Kau & Aku pastinya tidak asinglagi buat penonton Saluran 104 di Astro Ria.

MERIAH...Akim, Aril dan Mila dikerumuni peminat mereka di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Malah, diam tak diam kini sudah 20 episod disiarkan setiap Sabtu, jam 10 malam.
Hanyaberbaki enam episod saja lagi, penonton akan mengetahui kesudahankemelut percintaan tiga segi Mila, Akim dan Aril. Siapakah di antaraAkim dan Aril yang menjadi pilihan hati Mila? Pastinya, penonton jugasemakin berdebar menunggu jawapannya.
Apapun, bagimenyemarakkan lagi sambutan hebat drama Kau dan Aku arahan RoslanHussin itu, Sabtu lalu bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alamberlangsung mini konsert yang dijayakan Mila, Akim dan Aril selakuteraju utama siri popular berkenaan.
Barangkali, strategiberkesan Astro yang mempromosikan penganjuran konsert itu di semuasalurannya menyebabkan orang ramai mula bertumpu di Plaza Alam Sentral,Shah Alam sejak jam 11 pagi lagi.
Bagi Mila atau NoorsharmilaJirin, 22, sambutan hebat itu memang tidak diduganya. Ini kerana seharisebelum mini konsert itu berlangsung, ia adalah cuti umum sempenaMaulidur Rasul pada 26 Februari 2010. Jadi, Mila terfikir ramai wargakota balik ke kampung.
"Namun, sangkaan saya meleset apabila Plaza Alam Sentraldipenuhi pengunjung dari tingkat bawah hingga ke atas untuk menyaksikanpersembahan kami. "Justeru, ia menaikkan semangat saya untuk terusmemberikan persembahan terbaik dan menghiburkan.
"Malah,paling saya tidak sangka Kau & Aku berjaya menarik penonton dikalangan keluarga. Secara tidak langsung, bukan saja golongan remaja,tetapi ibu bapa turut tertarik menontonnya. "Memandangkan episod Kau& Aku semakin sampai ke penghujung, ramai juga pengunjungbertanyakan mengenai penerbitan video cakera padat (VCD) drama ini.Mungkin, ada episod yang tak berkesempatan ditonton menyebabkan merekabertanya," katanya.
Menyentuh mengenai keserasian kombinasiantaranya bersama Akim dan Aril, juara Akademi Fantasia 5 (AF5) itutidak menolak faktor itu. Katanya, ada kemungkinan juga, tetapirealitinya kejayaan drama itu adalah atas kerjasama daripada pelakonlain juga.
"Saya tidak berasakan watak kami bertiga sajamenjadi daya penarik dalam drama ini. Jujurnya, saya melihat kemantapanlakonan artis lain juga membantu kejayaan ini. "Malah, saya dapatipenonton lebih mengenali seseorang pelakon menerusi watak mereka.
"UmpamanyaNonny dan Ika Nabila. Orang ramai memanggil mereka dengan nama Lisa(watak Nonny) dan Fitri (Ika Nabila). Jadi, secara tidak langsunglakonan mereka berkesan dalam karakter itu. Ini yang membantu kejayaandiraih drama Kau dan Aku," katanya.
Berbicara lanjut mengenaikonsert yang berlangsung selama satu setengah jam itu, Mila berkatapersembahan dimulakan dengan lagu duet, Kisah Kita Berdua yangdinyanyikannya bersama Akim dan Aril. Diikuti persembahan akustik laguKau & Aku.
Pada persembahan itu, Mila bergandingan denganAmar (Anak Wayang). Kemudian, Akim muncul menghiburkan orang ramaidengan lagu popularnya, Bengang. Tidak ketinggalan, Aril pula denganlagu, Menatap Matamu yang menaikkan namanya.
Hiburanditeruskan lagi dengan kelunakan vokal Mila menerusi Jika Kau UbahFikiran dan Menanti. Sebelum tirai berlabuhkan, Mila sekali lagiberduet dengan Aril menerusi lagu Lelaki Pujaan serta diikuti Akimdengan Kau & Aku.
Ditanya mengenai perkembangan kariernyanyiannya, Mila berkata dia akan memasuki studio rakaman padapertengahan Mac ini untuk menghasilkan album baru yang memuatkan enamlagu. Malah, tiga daripada lagu itu hasil ciptaan komposer Aidit Alfian. |
|
|
|
|
|
|
|
1445# taurus-71
Kak..kita ni pegang amanah tuan tanah je....tolong hiaskan umah ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Kredits: mStar Online.com
4/3/2010
Peraduan "Lagu Berduit" di Suria FM bermula 1-28 Mac ini
Penyanyi lagu tersebut juga akan ditemubual secara eksklusif oleh Halim Othman dan Zizi menerusi segmen 'Celebrity Room' setiap Khamis bermula pukul 7.30 pagi di Suria FM. Menurut Eksekutif Kanan Pehubungan Awam dan Media, Suria FM, Roslinda Abdul Majid, memberitahu Suria FM kini agresif mengatur strategi untuk meraih pendengar baru termasuk aktiviti "Suria FM Rancak Tour", yang bakal diadakan di Kluang Mall Johor pada 13 Mac ini pukul 3 petang.
Barisan artis yang turut serta menjayakan 'Suria FM Rancak Tour' itu terdiri daripada Bandi Amuk, Mila, Sofaz, Akim, Nas Adila dan Sabhi Saddi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sometimes to instigate can be misinterprete by others.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gegar Padang Kota Lama!
BERMULA kelmarin (3 Mac), semua penyampai Hot FM berkampung di PulauPinang sempena Hot FM Big Jam 2010 di Padang Kota Lama. Acara menarikitu berlangsung dari jam 10 pagi hingga lewat malam 6 Mac ini.
Lebih bermakna, festival muzik 12 jam tanpa hentiini disiarkan secara langsung di stesen Hot FM dari Padang Kota Lama,bermula 4 petang hingga 8 malam.
Artis popular yang menyemarakkan acara minggu ini ialah Bunkface,Meet Uncle Hussain, Hujan, Modread, 6xth Sense, Stacy, Mila, Akim,Alyah, Diddy, Tomok, Shila, One Nation Emcee, Nubhan, Aril, Black,Adam, M Nasir, Anuar Zain, Misha Omar, Faizal Tahir, Fotograf,Bumiputera Rockers dan AXLs.
Selain itu Bittersweet, AnnaRafalli, Rock N Roll John, So Wincci, The Curse Between Us, ImranAjmain dan Sleeq pun ada. Acara ini akan dimeriahkan lagi denganpelbagai gerai pihak penaja termasuk TM.
Berita sepenuh nya sila ke myMetro.com |
|
|
|
|
|
|
| |
|