CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V144'

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-5-2022 01:38 PM | Show all posts
Belanja berhemah, elak beban hutang di usia muda


BELANJA dengan berhemah atau ukur baju di badan sendiri adalah satu ungkapan yang biasanya berkait rapat dengan pengurusan kewangan.

Pengurusan kewangan atau celik kewangan amat penting bagi memastikan setiap individu dapat menguruskan kewangan dengan cara baik bagi mengelakkan diri daripada terbabit dalam kancah hutang.

Penganalisis Ekonomi Universiti INCEIF, Prof Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah pada kadar membimbangkan.

Menurut laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 oleh Bank Dunia, 60 peratus individu di negara ini yang menghadapi masalah muflis merupakan generasi muda.

"Celik kewangan bermaksud apabila seseorang individu itu peka untuk membuat keputusan rasional dan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan peribadi dan kunci utamanya adalah kesedaran mewujudkan dana tabungan kecemasan.

"Terdapat tiga indikator yang boleh mengukur tahap celik kewangan iaitu menerusi tahap kesedaran tabungan, hutang isi rumah dan bankrap atau muflis.


Tambah Baharom, kurang penguasaan terhadap kesedaran celik kewangan berlaku berikutan kurangnya kemahiran dalam mengatur seni tata kewangan peribadi seperti trend berbelanja melebihi kemampuan, tiada simpanan asas perlindungan peribadi, dan penggunaan kad kredit.

"Tidak dinafikan, penggunaan kad kredit sebenarnya membantu dan mempunyai banyak kebaikan sekiranya digunakan oleh individu yang memiliki kemahiran dan ilmu kewangan yang betul," kata Baharom.

Penggunaan instrumen bayaran tertunda seperti beli dahulu dan bayar kemudian juga boleh menjadi jerat kepada individu yang kerap berbelanja berdasarkan hawa nafsu dan kemahuan.

Simpanan asas perlindungan peribadi seperti insurans atau takaful adalah sebahagian daripada celik kewangan, yang merangkumi perlindungan sosial untuk masa tua.

Oleh itu, amat penting untuk kita semua bertanggungjawab dalam berbelanja bagi mengelakkan diri daripada jatuh miskin.

Timbalan Naib Canselor I-Cats Universiti Kolej Kuching Sarawak Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor pula berkata, rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kesedaran untuk menabung tetapi tiada kemampuan untuk berbuat demikian.


Menurutnya, keperluan yang perlu ditanggung pada masa kini tidak mencukupi kerana majoriti anak muda perlu menampung kos perbelanjaan harian yang tinggi dan tidak setara dengan pendapatan bulanan.

"Ini adalah kenyataan, sekiranya tiada tabungan paksa seperti simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kebarangkalian untuk rakyat Malaysia menabung adalah sangat rendah.

"Kesalahan utama dalam berbelanja seperti penggunaan kad kredit akan menjejaskan pengaliran tunai individu pada setiap bulan disebabkan oleh kadar faedah yang tinggi.

"Tidak menjadi masalah sekiranya individu ingin membuat pinjaman peribadi yang bersifat produktif yang mampu membantu mengukuhkan kewangan bulanan dan ekonomi mereka seperti membeli rumah dan kereta.

Menyentuh soal pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000, pencarum masih mempunyai masa untuk menabung semula tabungan yang dikeluarkan dengan berfikiran sebagai pelabur.

"Pencarum boleh menambah semula pendapatan dan tabungan dengan menggunakan sebahagian daripada wang tersebut untuk pelaburan berisiko rendah seperti membeli saham hartanah dan emas," kata Shazali.

Selain itu, pencarum juga boleh menyimpan semula tabungan KWSP dengan menambah peratusan caruman setiap bulan dengan hanya memaklumkan kepada pihak sumber manusia syarikat.

Sekiranya tambahan sebanyak satu atau dua peratus dari caruman 11 peratus sedia ada dibuat, pencarum dianggarkan akan menyimpan sebanyak 25 peratus daripada gaji mereka setiap bulan.

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan atau baru memulakan perniagaan anda boleh menyimpan wang ke dalam tabungan KWSP secara sendiri dengan cara mudah melalui i-saraan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hutang-di-usia-muda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 02:21 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 12:54 PM
dulu2 tahun 90an dan kebawah memang tunggu pengumuman raya kat tv
dah biasa jer raya mengejut gitu ...

aah matt masa thn 80an dah biasa raya mengejut.
zaman tu org dah standby dah brg memasak.
klu raya mengejut mlm tu jgk masak segala menu.
tp klu esoknya masih puasa, esok tu la baru start masak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 16-5-2022 03:25 AM
semoga riri cepat sembuh. jgn lupa makan ubat. biasanya ubat batuk klinik cepat mengantuk.

tadi beratur pjg nak g tukar kad atm...pastu batuk..tak jadi tukar kad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:30 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 16-5-2022 02:21 PM
aah matt masa thn 80an dah biasa raya mengejut.
zaman tu org dah standby dah brg memasak.
klu ray ...

kalau gitu kita kena berbalik kepada asal
tunggu pengumuman dari penyimpan mohor besar
jangan percaya kalendar 100%

* tapi raya baru ni, kalendar lumba kuda (cina) tercatat raya puasa jatuh pada 2/2/22
kalendar lain2 jatuh pada 3/2/22


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:31 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 12:54 PM
tak banyak pun
dah lama matt tak simpan ...heheeee

zura pun jarang2 nk simpan situ.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 12:35 PM
itu lah

bila dah start batuk tu memang tak boleh nak tidur

selamat petang matt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 12:36 PM
oooo..
biasa CC tu memang dia orang akan poskan...


pergi .tapi org ramai..pastu start batuk duk dlm ekon...balik..tak jadi buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
chit_ana replied at 15-5-2022 10:21 PM
itu ler. lama gile. duk SR jah sokmo
musim dia kot. jgn lupa minum kosong byk2 deh.
yeke jrg msuk ...

sebelum MIA tue dah lejen...thn stop 3-4 thn kut
aah ...musim...kejap panas..kejap ujan...raya aritue kelik sini kor?

lama dah tak beli novel...hilang mood dah nak baca chit...mungkin faktor usia kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 01:22 PM
ciksu apa kabar??
ramai ke cikgu kat dalam ni?

tak tahula...ramai cegu ker tak...mak mak pun cegu jugak..untuk anak anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:38 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 16-5-2022 02:31 PM
zura pun jarang2 nk simpan situ.

itu lah...
matt pun kadang2 tak sempat simpan pun...heheee


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 01:38 PM
Belanja berhemah, elak beban hutang di usia muda



alhamdulillah..saya debt free
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:38 PM | Show all posts

selamat petang ciksu
ciksu apa kabar?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:39 PM | Show all posts
siputpepel replied at 16-5-2022 12:55 PM
Salam Isnin
Ada yang bercuti ke tuuuu

salam isnin pepel
ada yg cuti ada yg tak.
kaka ada je kt rumah arini.

wah pagi2 dah nasi kandar
masak sendiri ke beli

bestnya dah habis puasa enam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:40 PM | Show all posts
ciksurie replied at 16-5-2022 02:33 PM
pergi .tapi org ramai..pastu start batuk duk dlm ekon...balik..tak jadi buat

tak apa lah kalau tidak terdesak lagi nak guna kad tu
bila ciksu rasa dah sihat skit,boleh lah pergi semula bank


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 02:40 PM
tak apa lah kalau tidak terdesak lagi nak guna kad tu
bila ciksu rasa dah sihat skit,boleh lah per ...

duit dlm acc tue ada sikit jer..takper...kalu nak guna..transfer online dkt acc lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2022 02:41 PM | Show all posts
ciksurie replied at 16-5-2022 02:37 PM
tak tahula...ramai cegu ker tak...mak mak pun cegu jugak..untuk anak anak

betul tu
kirannya kita pun cikgu juga kepada orang2 muda dan kanak2...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:42 PM | Show all posts
ciksurie replied at 16-5-2022 02:38 PM
alhamdulillah..saya debt free

bagus lah kalau gitu ciksu
hidup pun rasa aman tanpa hutang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2022 02:43 PM | Show all posts

Hujan lebat hampir di semua negeri petang ini

   


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan 12 negeri petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, keadaan cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti.

“Amaran dikeluarkan melibatkan keseluruhan kawasan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Di Perak membabitkan Hulu Perak, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan bagi kawasan Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala di Terengganu melibatkan Besut dan Setiu.

“Turut terlibat iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

“Di Sarawak, hujan lebat dikatakan hanya tertumpu di bahagian Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... egeri-petang-ini-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 02:43 PM | Show all posts
mattzzx replied at 16-5-2022 12:55 PM
tak beerbahang, tidor pun sedap skit....

tempat matt baru jer hujan turun

mlm ni sejuk kot. skrg tengah hujan lg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.157832 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list