CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: perembes

ERUL 서포터 클럽

   Close [Copy link]
Post time 17-5-2011 03:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by ikaishkim at 17-5-2011 15:47

KK: Kenapa Bandingkan Erul AF9 Dengan Hazama AF9?





16 MEI 2011

Hi, apa khabar semua, harapnya sihat walafiat...KK happy giler minggu ni sebab SEPHORA iaitu gudang kecantikan dari Perancis yang dah lama KK minati kini dah sampai ke Malaysia...Jadi hujung minggu ataupun pada cuti Hari Wesak nanti pastinya KK akan ke sana untuk membelek dan mencuba!

OK, kita ke tugasan KK seperti biasa...Setelah berminggu-minggu menimba pengalaman dan mendapat tunjuk-ajar para guru di Akademi kini hanya tujuh pelajar sahaja yang kekal untuk bertarung untuk ke final AF9.

Minggu ni pembaharuan yang dibawa ialah setiap persembahan diiringi band secara live. Ini bermakna setiap persembahan tu akan diiringi samada sepenuhnya oleh pemuzik atau sebahagiannya menerusi minus-4. Kalau minus-1 ertinya hanya vokal saja yang tak dirakam supaya penyanyi membuat persembahan secara live tapi muzik dahpun dirakam dengan sempurna.

Minus- 4 tu lebih kurang sama lah tapi ada 4 elemen yang tak dirakam iaitu suara utama atau lead vocal, gitar, bass dan drums. Selebihnya seperti sequencer, keyboards, apa-apa sound effects, horn section ke, string section ke serta vokal latar telahpun dirakam supaya sesebuah persembahan dengan 4-piece band pun boleh mempunyai efek maksima.

Salah seorang pemuzik dengan bakat besar di Malaysia ialah John Thomas yang mengiringi para pelajar dibawah arahan Aubrey Suwito. Ayah John ialah JoseThomas, salah seorang gitaris terbaik Malaysia yang memang dihormati para pemuzik dan artis tanahair.

OKlah, so malam ini, Faizal Tahir membuat persembahan jemputan sebelum para pelajar dan terus menjadi pengkritik jemputan minggu ini sementara Mejar Dr. Faez yang terdahulunya diperkenalkan sebagai pengkritik memberi kata semangat kepada para pelajar yang semestinya gabra...Memang comel muka
Mejar Dr. Faez!

Fina yang tercorot di tangga kedudukan AFUNDI minggu ni pertama sekali membuat persembahan dengan lagu Ku Ke Udara Lagi. Eh-Eh muka Badrul yang
KK nampak di belakang Reza. Amboi member kita ni memang tak lepas peluang dekat depan kamera! Every week, Bad oi...

Anyway, Fina membawa lagu ni dengan caranya tersendiri. Mostly good, cuma low note ada sekali tak dengar tapi antara semua pelajar, Fina dan Hazama yang paling kurang mendapat tunjuk ajar...so I can expect kelemahan minima darinya. Kawalan vokal lebih baik dari minggu-minggu lalu but not yet the best. Fina memang boleh membuat persembahan yang lebih baik sebenarnya. It was OK lah...tapi kalau minggu ni ada yang kata inilah juara - sorry - not just yet.

I am a little bit tired though that Hattan asyik nak menangkan Fina. Mungkin telinga Hattan telinga bionik kot...tapi memang Hattan yang artis, bukannya KK! Saya hanya 'orang radio'.

Kay pulak akan membuat persembahan kedua malam ini. Last week, Didi bengang sebab ada yang nak lagakan dia dengan adiknya.KK terbaca kat FB sebab
Didi is one of my FB friends...sabar Didi, biasalah that's the way of the world...

Anyway salah satu lagu Motown klasik iaitu Stand By Me oleh mendiang Ben E. King menjadi cabaran Kay malam ni. Errrmmmm...I'm not too impressed...Bukannya dengan suara Kay tapi cara Kay mambawa erti lagu ni dengan gerak-gerinya...

Treatment Usher pulak yang diberikan kepada lagu ini dan bagi saya tak begitu sesuai. Tapi zaman baru, intepretasi baru jadi mungkin ianya boleh diterima oleh muda-mudi kini tapi bagi peminat Soul dan Motown tidaklah yang terbaik yang boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, Kay agak konsisten dan tidak menurun dalam mutu persembahannya.

Walaupun sekali lagi berada antara yang terbawah di tangga kedudukan AFUNDI tetapi diharapkan Kay dapat bertahan dan berjaya mengaut undian untuk terus kekal di Akademi Fantasia.

Persembahan seterusnya dari Lena dan lagu hit Ning pertama iaitu Curiga menjadi pilihan AF bagi Lena minggu ini. Lena memang tidak cuba meniru stail vokal Ning dan membawa lagu ini saya rasa dengan cara yang menonjolkan kelantangan suaranya. Memang falsetto Lena tidak ada power langsung dan suaranya terlalu halus sewaktu menyebut "abadi" (note tinggi) tetapi keseluruhannya Lena membuat persembahan yang original dan agak "soulful".

Saya suka dengan Lena malam ini...vocally, can be better, but it was quite good! Saya rasa Hattan mungkin terlalu kritikal dengan Lena, saya lebih setuju dengan Kak Ogy malam ni bagi kritikan untuk Lena.

Jeng Jeng Jeng! Tangga kedudukan AFUNDI dipaparkan dan Fina yang tercorot melonjak ke posisi teratas sementara Hazama yang belum lagi membuat persembahan ditempat kedua dan Kay kini ditangga ketiga...

Seterusnya kita punyai Azri dan nasihat yang diberikan Faizal Tahir bagi Azri sewaktu malam raptai sangat tepat sekali. Salah satu lagu balada yang terkenal rock iaitu Sampai Hati akan menentukan samada Azri dapat bertahan untuk satu lagi minggu atau menarik bagasi keluar Akademi...

Emosi Azri cuba ditonjolkan, membuktikan beliau cuba menghayati lirik sayu lagu, tapi adakah Azri berjaya memberi yang terbaik? Saya tak dapat memberikan label persembahan terbaik malam ini kepada Azri... Saya rasa lagu ini telah memberi peluang keemasan kepada Azri untuk menonjolkan range vokalnya tetapi disia-siakan...aduh...mungkin Azri akan keluar minggu ini...

Hmmm...Nera pulak yang muncul dengan lagu salah seorang artis Malaysia yang AMAT saya gemari iaitu Zee Avi. Pelajar wanita terakhir malam ini membawa lagu Kantoi (lagu kegemaran saya dari Zee ialah Poppy...) Saya tidak kagum dengan persembahan Nera kerana Nera lebih kepada persembahan sketsa dan lirik lagu lebih dibawakan sebagai dialog dan bukannya nyanyian. Seperti yang saya katakan dulu (yang membuat peminat setia Nera bengang sikit), Nera lebih sesuai sebagai pelakon. Kak Ogy pun kata begitu gak minggu ni!

Kata Faizal Tahir, lagu ni mungkin tak sesuai bagi pertandingan - saya setuju 100%!! Lagu Zee Avi seperti Bittersweet lebih sesuai dan saya rasa mungkin tenaga pengajar tersilap memberikan lagu kepada Nera. Kadang-kadang saya tertanya-tanya - adakah lagu-lagu yang tidak begitu mencabar sengaja diberikan kepada Nera mungkin kerana beliau tidak ada kemampuan untuk membawa lagu yang akan mencabar vokalnya?

Hazama yang penuh dengan kontroversi kemasukkannya ke AF9 menuruti persembahan Nera dengan lagu Hey Soul Sister. Sorry Bad - I know you won't like this - tapi suara Hazama malam ni memang BEST. Yes! Best performance so far tonight!!! Mungkin ada yang kata Hazama memang selesa dangan persembahan dengan backup band sebab dah biasa. Apa-apapun malam ini Hazama adalah seorang pelajar AF yang menyerlah...

Kepada Semerah Padi @FB - respek bro. Komen awak memang tepat...

Akhir sekali kita punyai Raja K-Pop AF9 iaitu Erul...Vokalnya memang bagus dan kalau rakam lagu memang boleh jual asalkan kelas vokal diteruskan...Pengkritik merasakan Erul menghampakan tapi saya tidak setuju pabila Hattan seolah- olah melagakan Erul dan Hazama. Kalau Erul terlalu mencuba dan tidak nampak kejujurannya, janganlah dikatakan sebab nak lawan Hazama.

Semua pelajar di AF memang bersaing antara satu sama lain - kalau adlib Erul ke laut tidak bererti konsentrasinya terpesong akibat persembahan Hazama yang berjaya menawan audiens di Studio 1 dan penonton di rumah...

Setiap pelajar AF punyai keunikannya tersendiri termasuklah mereka yang sudahpun terkeluar. Cuma keunikan itu sendiri mungkin tidak cukup untuk membawa kejayaan sebagai juara...

Minggu ini sekali lagi konsert hampir overrun dan penghujung konsert seperti bullet train di Jepun dan dengan pantas nama Kay (!!!!!) diumumkan sebagai pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi minggu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 03:47 PM | Show all posts


credit murai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 04:36 PM | Show all posts
salam

lagu pe erul bwk mggu ni yer??? aku dh beklog sket...tp tak larat dh aku beklog lg

tengs in advance
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by fruitella at 17-5-2011 16:51
aku nk pergi aeon lah ptg ni, nk tgk ERUL
kiriani Post at 17-5-2011 14:19


ada menteri or artis nama besar nk dtg ke?
sbb aku nmpk ada red carpet terbentang kat luar rumah kaca tu.
kiriani cpt balikkk!!update sini pls!! live streaming ni tiba2 off air plk...
nmpk sgt asteruk sengaja off air!!gerammm!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply 1443# nzhass79

waalaikumussalam...
minggu ni erul bwk lagu antara hujan dan airmata nyanyian allahyarham sudirman/saleem iklim
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 05:07 PM | Show all posts
harap minggu depan erul dapat lagu lebih rancak siap ada dance2 lagi
tapi lagu biarla sedap..macam mana telinga org yg pilih lagu ni..lagu tak
sedap, org pun susah nak menjiwai lagu la..kalau lagu sedap lebih
feel lagu tu dan enjoy masa perform.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2011 05:13 PM | Show all posts
Apa pun Undi erul

AFUNDI (3/5/10) ERUL dan hantar ke 32999

atau AFUNDI10 ERUL ke 32999

kita undi malam konsert gengs
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 07:12 PM | Show all posts
harap minggu depan erul dapat lagu lebih rancak siap ada dance2 lagi
tapi lagu biarla sedap..macam  ...
886 Post at 17-5-2011 17:07



    hrp2 mcm tu lah. ERUL selalu dpt lagu yg tk femes punyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 07:13 PM | Show all posts
ada menteri or artis nama besar nk dtg ke?
sbb aku nmpk ada red carpet terbentang kat luar ruma ...
fruitella Post at 17-5-2011 16:37



    hahhahaa...aku pun tertipu mula2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 07:13 PM | Show all posts
thnksssss ika
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 07:16 PM | Show all posts
Hi Peminat Erul semua

Uols semua setuju ke kalau Erul bawa imej dan music direction  ...
beta_carotene Post at 17-5-2011 14:55



    kalau ERUL bwk imej KPOP mmg bertahan sekejap je sebab imej ni utk bdk muda2. Nanti bila ERUL dah tua sket, tkkan nk terkinja2 lg kan.

Aku suka dia bawak imej KPOP tp aku hrp dia campur jugak imej lain supaya dia open tu bnyk option. Tak sabar aku nk beli album ERUL. Dalam AF, hanya sorang je artis aku beli album dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 07:24 PM | Show all posts
Tadi aku pergi AEON tgk rumah kaca. Mak ai, ramai giler org, bersesak2. Bdk2 pun ramai, siap sebut sassu, kikibah, anyunghaseyo

Nera petite tp mmg cantiklah Nera kt luar. Muka dia licin je. Kalau dia lps rambut dia mmg lawa. Kalau dia ikat rambut dia, mcm amoi

Lena kecik je, hitam manis, Lena tanpa mekap nmpk kusam muka dia, tk berseri

Fina aku tk reti nk komen tp aku setuju dgn ERUL, tk cukup vitamin Aku tk berapa suka sgt gaya dia. Bkn gedik tp menggeletis (sorry peminat fina)

Azri hensem jgk kt luar, rendah je org nyer. Dalam tv nmpk berisi tp kt luar aku nmpk ok jer.

Hazama jenis sempoi, muka biasa jer tp tkdelah hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:01 PM | Show all posts
ERUL (sila baca dgn perasaan bias)

ERUL tinggi kt luar, kulit sawo matang, muka dia mmg kiut. Nak kata kategori hensem bkn tp mmg jambu (tp yg ni jambu madu). Kdg2 muka ala2 korea sket. Pastu kulit muka dia ok. Bagi aku, bila aku tgk dia, nampaklah aura pesona bintang (utk aku lah)
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:07 PM | Show all posts
Aku sempat rakam video, nanti aku upload k.

Masa aku sampai, dia org ada kelas dgn cikgu Fati.Ramai sgt org, mula2 aku ingat nk balik je. Alih2 tgk ada red carpet. Dalam hati fikir gak sape nk dtg ni. Tunggu punya tunggu barulah aku perasan ada sorang pompuan kt dlm diari. Model mana ntah tp aku tk kenal walaupun muka dia familiar. Pompuan ni ajar camna posture jalan semua. Pompuan ni tinggi woohhh, lg tinggi pada ERUL. Rupa2nya red carpet tu utk pelajar2 AF buat modelling, jalan ala2 catwalk. Apa lg, bersorak seme org bila satu demi satu pelajar buat catwalk.

Aku sempat ambil gambar sipi2 je, org ramai! Mak dgn abang ERUL pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:08 PM | Show all posts
Aku rasa kalau public holiday ni mmg ramai lah dtg nk tgk rumah kaca. Aku tk tahu camner dia org belajar. Mmg terganggu dgn org kt luar. Nak korek hidung pun susahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 08:14 PM | Show all posts
Erul makin kuruslah:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:17 PM | Show all posts
thnkssss kakjahku tepek gambar. ERUL makin kurus kan Aku hrp dia ok. Kakjahku dh pergi rumah kaca?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:21 PM | Show all posts
Reply 1448# kiriani

wahhh ada vid erul? yesza  uplod sis denagn segera hihi
Erul emang tinggi orangnya,ko tengoklah dia berdiri sebelah aznil tu,
kalau dia pakai jaket yg ala2 kpop tu memang kacak gila dia..
jagn lupa undi sabtu ni hihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 08:22 PM | Show all posts
kurus la ok, kang dah gemuk macam miza dan azri kang
tambah tak kemas lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.589628 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list