|
✿ KPH - VILLA 85TH ~ MITSUBISHI DAKAR RALLY @ KUCH, 8pm 20 MAC ✿
[Copy link]
|
|
...adeh...dpt siuk ina lenyapkan sora selain dr sora hafiz ya?...
ryanmumi Post at 17-3-2011 03:29 PM 
x boleh mumi...... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi ttg anugerah belia srwk
fuhhyoOoO Post at 17-3-2011 03:29 PM 
knpe x tepek cini.... |
|
|
|
|
|
|
|
thank you dek fuhyo
sila tepek artikel...bkn link dia, please...
ameeza2000 Post at 17-3-2011 15:32 
tak blh tepek!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
PERHIMPUNAN BELIA: 5000 BELIA BAKAL BERKAMPUNG DI BCCK
Remaja| Remaja & Belia | Written by Eman on Monday, 07 March 2011 19:58
| KUCHING - Kira-kira 5,000 belia dari seluruh Sarawak bakal berkampung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini untuk menyertai Perhimpunan Belia 2011, bermula 18 hingga 20 Mac ini.
Menteri Muda Hal Ehwal dan Latihan Belia Larry Sng berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual merasmikan perhimpunan bertemakan "Bina Masa Depan Untuk Hadirkan Kejayaan" yang disertai anggota daripada 80 organisasi belia dan sukan negeri ini.
"Acara kemuncak Perhimpunan Belia ialah majlis penyampaian enam anugerah, iaitu Anugerah Ikon Belia, Anugerah Belia Sukan, Anugerah Belia Kebudayaan, Anugerah Belia Keusahawanan, Anugerah Belia Kesukarelaan dan Anugerah Belia OKU kepada mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
"Ini merupakan satu pengiktirafan kepada mereka," katanya kepada pemberita sempena pelancaran logo Perhimpunan Belia 2011 di sini hari Isnin.
Sng, yang juga Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Hal Ehwal dan Latihan Belia), berkata antara pengisian pada perhimpunan tahun ini termasuk, persidangan, bengkel, persembahan artis dan gerai jualan. Pada perhimpunan kali ini, beliau berkata pameran gerai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) akan diwujudkan untuk menyediakan maklumat dan peluang pekerjaan kepada golongan belia.
Sng berkata sempena perhimpunan itu, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi dengan kerjasama syarikat penganjur acara akan mengadakan persidangan "Tomorrow's Leaders Summit" untuk mendedahkan peluang perniagaan dan melahirkan belia berpendapatan tinggi.
Pengarah Urusan Glenreagh Sdn Bhd, Nordin Abdullah berkata kira-kira 1,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai Tomorrow's Leaders Summit yang bertemakan "Developing High Income for Youth" di BCCK. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Belia aset, bukan liabiliti
KUCHING: Peranan belia dalam pembangunan negara begitu penting dan harus dilihat sebagai aset dan bukannya liabiliti kepada negara kata Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan Ikom.
Justeru katanya sebagai aset, masyarakat harus melengkapkan diri dengan elemen-elemen penting yang perlu ada pada satu bangsa yang cemerlang termasuk golongan belia.
“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat di negara ini terutamanya kepada golongan belia.
“Pihak kerajaan juga sememangnya mengiktiraf sumbangan golongan belia dalam semua bidang bagi memastikan pembangunan golongan belia berjalan seiring dengan pembangunan negara,” katanya berucap merasmikan Majlis Anugerah Ikon dan Sukan Sarawak di sini, semalam.
Mawan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ia penting kerana golongan belia yang mewakili 40 hingga 45 peratus daripada jumlah populasi adalah aset penting yang perlu dibangunkan.
“Namun golongan belia juga perlu mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah seperti sukan, rekreasi dan persatuan.
“Penglibatan dalam aktiviti persatuan penting sebagai satu mekanisme untuk mendedahkan belia dengan aspek kepimpinan, pengurusan organisai dan perpaduan,” tegasnya.
Sementara itu pada sidang medianya, Mawan menjelaskan bahawa Majlis Anugerah Ikon Belia dan Sukan Sarawak yang dianjurkan itu merupakan satu titik permulaan yang amat baik dalam menganjurkan aktiviti kepada golongan belia pada masa akan datang.
“Ia bukan sahaja sebagai satu majlis pengiktirafan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negeri tetapi diharap menjadi satu forum pertemuan yang menghimpunkan golongan belia dari seluruh kawasan di negeri ini yang mempunyai minat dalam pelbagai bidang,” ujarnya.
Katanya Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri akan terus meneliti langkah terbaik dalam menganjurkan program kepada belia.
Majlis yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu menyaksikan Mawan menyampaikan anugerah kepada beberapa atlet dan penyanyi kelahiran Sarawak.
Antara mereka yang menerimanya Pandelela Rinong (sukan terjun), Bryan Nickson Lomas (sukan terjun), Daniel Bego (sukan renang), Watson Nyambek (olahraga), Bibiana Ng (menembak), Mohd Azlan Iskandar (skuasy), Sapok Biki (tinju), Dayang Nurfaizah (penyanyi), dan Yusup Dewa (paralimpik).
Mereka masing-masing membawa sebuah piala, sijil penghargaan dan sagu hati berupa wang RM2,000. |
|
|
|
|
|
|
|
rose je ke?teddy bear besar xde?
amalina Post at 17-3-2011 15:40 
soh laki belikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|