|
Post Last Edit by delima at 23-4-2010 17:20
ni ader artikel yg dah berkurun lamanyer ttg teater muzikal KITA.....![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Semangat 1Malaysia
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
2010/02/24
SEIRING dengan matlamat menubuhkan gagasan 1Malaysia, pelbagai aktiviti untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dianjurkan. Bahkan, bagi membuktikan kesepaduan itu, sebuah teater muzikal berjudul Kita akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 17 hingga 27 Jun ini.
Dianjurkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri, IB dan Xiyue Art & Culture, muzikal Kita memaparkan semangat serta visi sebenar konsep 1Malaysia.
Ia satu visi di mana kesemua kaum di negara ini hidup dalam aman, harmoni, bersatu dan bekerja keras untuk mengecap kemajuan serta kemakmuran. Pastinya, muzikal Kita menghiburkan dengan bakat terbaik dan plot cerita memikat.
Pada majlis pelancarannya yang disempurnakan Menteri KPKK, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Angkasapuri, baru-baru ini, perancangan teater Kita sudah berula sejak Ogos tahun lalu selepas menilai jalan cerita diketengahkan.
"Saya yakin Kita, satu karya yang terbaik dan mampu menarik golongan generasi muda untuk menonton. Bagi menjayakannya, ia perlu diolah dengan gaya baru dan IB diminta membantu supaya ia sesuai dengan semua lapisan penonton.
"Teater muzikal Kita akan berlangsung selama 10 hari dan jika sambutan menggalakkan, kita tiada masalah untuk melanjutkan tempoh pementasan. Jujurnya, saya juga mensasarkan jumlah penonton yang datang antara 15,000 hingga 16,000 orang," katanya.
Menyentuh soal bajet, Dr Rais berkata, dijangkakan ia melebihi RM1 juta. Justeru, syarikat korporat tanah air diseru menjadi penaja. Menurutnya, mungkin banyak syarikat korporat tidak tahu jika menjadi penaja, cukai pendapatan boleh dikecualikan.
Selain Dr Rais, hadir sama menjayakan sidang media dan pelancaran muzikal Kita itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani dan penerbit, penulis skrip dan pengarah teater muzikal Kita, Ho Ling Huay.
Pementasan muzikal Kita membawa kisah berlaku pada awal 1970-an di Teluk Intan, Perak. Ia memaparkan kisah tiga budak lelaki, Rahman, Cheong dan Amish yang berjiran serta kawan lama. Pak Hassan, ayah Rahman, seorang penghulu. Sikap positif Pak Hassan dan Rahman merapatkan hubungan mereka dengan orang kampung kerana suka membantu. Cheong pula anak tunggal dalam keluarga dan ayahnya mengusahakan kedai ubat tradisional. Ayah Cheong seorang yang tegas dan pendiam. Sementara Amish pula dibesarkan neneknya, Naini dalam estet getah. Masyarakat di estet itu menyimpan harapan besar terhadap Amish agar berjaya dalam pengajiannya.
Sekalipun berlainan agama, budaya dan bangsa, tiga anak muda ini bersahabat baik. Dari kecil hingga dewasa, mereka bersatu sebagai sahabat. Kebetulan suatu ketika, Amish jatuh cinta dengan kakak Cheong. Apakah yang berlaku seterusnya? Untuk makluman ramai, satu sesi uji bakat akan diadakan bagi mencari pelakon kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah warga emas di IB pada 27 Februari ini, jam 2 hingga 6 petang dan jam 10 pagi hingga 4 petang (28 Februari). Jadi jangan lepaskan peluang.
adakah watak Hafiz itu Rahman??....![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|