CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adikmanje

List yang belum ada rezeki anak- part 2

 Close [Copy link]
Catty This user has been deleted
Post time 29-3-2006 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by Amirdaa at 29-3-2006 02:43 PM


tgh tuam ni... sib baik ada Spa Neck Wrap (Beauty control).....
boringnyer... teringat kat opis...


kak daa, take care ye. rehat - rehat dan banyak minum air suam. kalau kaki sejuk, pakai stokin.


:hug::hug::hug:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2006 03:06 PM | Show all posts
ni k.daa amik dari Dr Hamidnyer website...


[quote]
SENGGUGUT


Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan  lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 03:07 PM | Show all posts

Reply #1502 Amirdaa's post

ish ngantuk wei....camna nie...tido la sat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 03:15 PM | Show all posts
ni saper2 nak check treatment chart:

http://www.hamidarshat.com/rawatanawal.doc

k.daa nk pujuk hb pi jumper Dr hamid lah... hari tu masa pegi course yg Dr hamid buat nampak dia cam berkobar2 nak buat treatment.. tapi.. now ni..alasannya.. mana bole cuti... keje banyak lah.. bosan betul

[ Last edited by Amirdaa at 29-3-2006 03:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 03:42 PM | Show all posts
ish, kalo makan bidadari tu boleh mengeluarkan darah2 kotor yg tak keluar selama ni, bagus jugak sbb yerlah mana nak tau kalo tercicir/bertakung kat mana2. nanti nak try jugaklah bidadari, dah 3 bulan try herba yg comey makan ni, tak ada kesan pun, my period masih tak betul, kalau dtg, sampai sebulan...ni dah keluar balik darah periodnya, entah bila pulak berhenti yg kali ni, tiap2 kali keluar frust sgt rasanya sbb my period ni lama sgt, kesian dkt my husband tu. and somemore, comey bila period panjang2 mcm tu, mulalah down giler, rasa tak berharapan jer.

nak tanya, bidadari boleh dimakan ketika kita period ker?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by cicomey at 29-3-2006 03:42 PM
ish, kalo makan bidadari tu boleh mengeluarkan darah2 kotor yg tak keluar selama ni, bagus jugak sbb yerlah mana nak tau kalo tercicir/bertakung kat mana2. nanti nak try jugaklah bidadari, dah 3 bu ...


masa period? tak bole amik... kena stop buat sementara.. pas period dah kering..baru continue amik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2006 04:02 PM | Show all posts

Reply #1505 cicomey's post

biasanya ubat-ubat cam nie takleh makan ketika period..tak tau la..kena tanya mereka yg tgh makan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:03 PM | Show all posts

Reply #1506 Amirdaa's post

kak da takpernah g treatment ker...try makan clomid ker..pernah tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by nessa at 29-3-2006 04:03 PM
kak da takpernah g treatment ker...try makan clomid ker..pernah tak?


lum pernah buat treatment... k.daa cuma pi check apa yg menyebabkan x pregnant... 3-4 kali gaks... pastu biler Dr kata takde problem... takde rezeki lagi.... sambil tu...k.daa pi tradisional.. kawan k.daa ada bawak pi PJ.. dia bole tgk (scan) masa k.daa pegi tu..bukan alasan nak anak.. tapi 'dingin' ngan hb... masa tuh cam ada perasaan benci..meluat..nyampah giler kat hb... pastu ustaz tu tgk k.daa..terus ckp.. tak ngandong lagi..kan.. dia kata..macamana nk ngandung..dah ada "bende" dok betenggek kat rahim... pastu dia suh cari 7 jenis bunga 'beduri' .. hheheeee sampai sekarang x jumpa....

pastu k.daa ada gak pi jumpa org yg arif bidang ni (sebenarnya bwk mak..berubat..selit k.daa sekali) kat Bkt Antarabangsa... dia pun ckp cam tu..dia kata..rahim k.daa... semua takde problem..bole pregnant...yg problemnya ada jin dok betenggek...makan sperm hb... pastu dia bg surah2 suh amalkan... (tu yg k.daa lupa apa tu..nak pegi balik..malu dah...) Hamba Allah ni...ramai sgt yg pi jumpa dia..siap amik no. Beliau x mengenakan apa2 bayaran pun... ikhlas hati...baik..soft spoken... amalan (kira cam ubat kalau kiter pi Dr) adalah surah2 al_Qur'an, cam hb k.daa..dia kata hb ada problem kat area atas tengkuk...... hb k.daa mmg ada problem kat kaki dia, sebenarnya...sbb stop football.. pastu dia pi SJMC..buat MRI... rupa2nya ada slip disc kat tengkuk!!!!

kalau ada saper2 berminat nak jumpa beliau, PM k.daa... actually dia ni GM kat satu bdn korporat yg besar gak kat mesia ni.. tp very humble.... k.daa nak pi ni.... tapi cam malu.. sbb nanti takut dia kata naper tak buat apa yg saya suruh... syarat nya..kena tutu aurat masa pi berubat... & mlm lepas isya'... elok pi awal... b4 magrib..amik no. pastu pi solat kat masjid..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:23 PM | Show all posts

Nafsu Seks Wanita Dingin

artikel dari Dr Hamid's

Nafsu Seks Wanita Dingin
Seperti juga kaum lelaki yang mengahadapai masalah impotensi wanita juga mengalami yang seumpama sedemikian yang dikenali sebagai frigiditi  atau nafsu seks dingin. Kalau impotensi  pada pihak lelaki merupakan musibah seks mereka begitu pula frigiditi pada kaum wanita merupakan musibah seks kaum hawa. Frigiditi adalah sesuatu keadaan di mana seorang wanita bersikap dingin dan tak acuh terhadap hubungan seks.

Tugas seorang wanita dalam perkahwinan antara lain memupuk rasa cinta dan kasih sayang di antara kedua mereka untuk mencapai kerukunan dan kedamaian rumah-tangga. Tugas seperti itu boleh berhasil bilamana seorang isteri sanggup dan pandai melayani keperluan suaminya baik dari segi zahir mahupun batin.

Keperluan zahir isteri bukan menjadi persoalan bila suami dapat memberi perbelanjaan yang cukup. Akan tetapi persoalannya merupakan  aspek batiniah isteri. Mengapa demikian? Ketahuilah bahawa keperluan batiniah ini merupakan  keperluan seks dan isteri memainkan peranan penting sebagai faktor yang mempengaruhinya.

Seorang suami perlu menyalurkan libido seksnya dengan wajar dan tenang. Sebab itulah lelaki mengikatkan diri hidup dalam perkahwinan dan dengan itu mahu menaanggung risiko menyara kesemua keperluan isterinya. Sebagai imbalannya, pihak isteri patutlah melayani dan berusaha memberi keperluan seks kepada suaminya dengan baik dan memuaskan. Ini merupakan tugasnya dan dia tidak patut mengabaikannnya.

Timbul pula tanda tanya samaada tugas itu dapat dilaksanakan bila seorang isteri itu frigid atau nafsu seknya dingin. Seorang wanita yang frigid dia tentu tidak dapat melaksanakan tugas seksnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai jijik dan tidak menyelerakan lantas tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Bahkan dia menganggap hubungan seks sebagai perkara yang memuakkan dirinya.. Dia tidak boleh menikmati hubungan seks dan tidak dapat menghargai belaian dan pujuk rayu suaminya. Dia juga tidak mampu mencapai orgasme. Tegasnya kehidupan seknya sudah menjadi tidak normal seperti orang lain. Dia mengalami masalah frigiditi.

Menurut bentuk dan sifatnya  frigiditi  pada wanita itu ada dua kemungkinan. Pertama, frigiditi sementara sedangkan yang kemungkinan kedua  frigiditinya bersifat mutlak. Frigiditi mutlak jarang sekali berlaku. Jenis ini merupakan yang lumrah menimpa para wanita. Frigiditi  ini bersifat sementara.

Untuk lebih mengetahui masalah  frigiditi ini kita perlu mengkaji satu per satu kedua bentuk dan sifat frigiditi itu. Kerana dengan mengetahui selok-belok frigiditi itu, sedikit sebanyak ia akan membantu pasangan suami-isteri mengatasinya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:25 PM | Show all posts
...sambungan....
Terdapat pelbagai sebab serta bentuk frigiditi sementara iaitu:

I.          I.                   Frigiditi Semu.

Frigiditi semu atau pseudo frigiditi ini banyak menimpa para wanita kerana mereka belum pernah dirangsang dengan baik nafsu seksnya.

Jadi, tidak ada sebab utama yang serius.  Mereka tidak sungguh-sungguh frigid, hanya mereka tidak dapat mencapai orgasme sewaktu bersetubuh.

Untuk mengatasi frigiditi semu mudah, asal suami pandai melayani perasaan isteri dan melaksanakan peranan seksnya dengan baik. Suami dalam soal ini mempunyai kewajipan untuk merangsang isteri sebelum melakukan seks. Cumbu rayu memainkan peranan yang penting. Kealpaan suami dalam hal ini sudah tentu akan menyebabkan isterinya merasa semakin dingin untuk mengadakan hubungan seks. Pihak suami perlu membangkitkan nafsu isteri dengan belaian, ciuman, rayuan dan kasih sayang. Usahakan pelbagai cara untuk menaikkan ghairah seks isterinya. Carilah tempat-tempat yang erotis di bahagian tubuhnya. Kemudian bangkitlah nafsunya melalui tempat-tempat erotisnya. Mulut, muka, pangkal tengkok, daun telinga, leher, puting buah dada, pinggang, pangkal peha, tumit atau lain-lain merupakan tempat-tempat yang mempunyai saraf yang mudah dirangsang. Bila kelihatan kemerah-merahan pada pipinya bererti ghairah seksnya sudah mulai bangkit. Pada saat itulah suami harus berusaha meningkatkan ghairahnya sehingga kalau boleh, mencapai orgasme  dalam persetubuhan. Bila sekali ia telah merasakan nikmat orgasme pastilah kedinginan seksnya akan cair lantaran keperihatinan suaminya terhadap kehendak seksnya. Ia akan menyambut dengan hangat setiap kali diajak bersetubuh, bahkan lebih agresif daripada sebelumnya sewaktu mengalami frigiditi semu. Demikian seterusnya sehingga fenomena frigiditi semu itu akan pupus langsung.

       Jadi di dalam usaha menyembuhkan wanita yang mengalami frigiditi semu ini suami perlu mengamalkan kaedah Nabi s.a.w. iaitu didahului  dengan ciuman dan rayuan terlebih dahulu. Ia merupakan petua yang sangat mujarab.

II.         II.                 Frigiditi Sepintas Lalu.

Frigiditi ini umumnya berpunca  dari gangguan jiwa disebabkan perilaku suami yang tidak perihatin. Wanita yang sedemikian biasanya mempunyai keinginan seks yang sedang walaupun sudah dibangkitkan keghairahannya. Akan tetapi di lain waktu ghairahnya akan padam kembali. Dia boleh mencapai orgasme pada tingkat yang rendah dan lemah. Malahan kadang-kadang dia sama sekali tidak dapat merasakan orgasme. Sebagaimana yang telah diperkatakan frigiditi jenis ini terjadi kerana perilaku suami. Suaminya memuakkan perasaannya menurut penilaiannya, sehingga ia menjadi tertekan jiwa dan mentalnya. Walaupun demikian ada sebab-sebab lain yang juga boleh menyebabkan frigiditi jenis ini. Kehidupan yang terlalu aktif dan memerlukan tenaga yang banyak; keletihan jasmani dan pekerjaan yang bersifat  tekanan yang tinggi dan yang meletihkan otak. Sebab-sebab tersebut ini merupakan pengaruh terbesar  yang menyumbang kepada keletihan jasmaniah. Keadan yang demikian boleh diatasi dengan suami meningkatkan jatidirinya supaya tidak terlalu egoistik dalam pergaulannya hari-hari. Pihak suami perlu perlu menjaga kesihatan badan/jasmaniah dan mental isterinya. Dia juga wajib memperlihatkan kasih-sayang secara terang dan menyatakannnya, seterusnya dia patut mem beri kesenangan hati pada isterinya . Ini akan membuat isterinya merasa jinak untuk bersenggama . Ini mungkin akan memulihkan perhubungan seksual mereka. Seperti  frigiditi semu, frigiditi jenis ini memerlukan keperhatinan suaminya terutama terhadap perasaannya.Pihak suami boleh melegakan isterinya daripada tugas mencari nafkah dan juga memberi semangat dan dorongan untuk menawan hatinya kembali kepada suasana kasih-sayang.

III.        III.               Frigiditi Relatif

Wanita yang mengalami fenomena ini sebenarnya tidaklah frigid. Hanya mungkin kerana dia merasa tidak sesuai dengan pasangannya lantas dia merasa dingin setiap kali diajak untuk bersenggama. Hal ini terjadi disebabkan dia kena kahwin paksa. Pihak isteri yang didesak mengahwini lelaki yang tidak disetujuinya menyebabkan dia merasa beci terhadap suaminya. Maka dalam soal ini tidak ada kaedah perubatan sebagai jalan penyelesaian. Jalan terbaik adalah untuk suami membebaskan  isterinya daripada ikatan perkahwinan. Sekiranya bekas isteri itu berkahwin dengan jejaka lain yang disenanginya pula, secara otomatik frigiditinya hilang dengan sendirinya.

IV.       IV.              Frigiditi Pathologi

Frigiditi seumpama ini dikategorikan sebagai penyakit dari aspek perubatan. Pesakit frigiditi pathologi mempunyai keinginan seks yang kuat. Dia boleh melibatkan dirnya secara aktif dan agresif dalam bercumbu rayu. Namun dia sukar mencapai orgasme. Kecacatan ini dikenali sebagai anorgasme  dalam istilah saintifik.. Setiap kali ia akan mencapai orgasme, tiba-tiba ia lenyap. Pendekata wanita penghidap fenomena ini  tidak pernah mencapai orgasme, kerana walaupun orgasmenya di ambang waktu pencapaiannya sewaktu coitus, ia lenyap sebelum ia dapat dicapai. Sebab lain wanita mengalami frigiditi pathologi ialah kerana sering melakukan masturbasi untuk memenuhi keperluan seksnya. Ia tidak disalurkan secara coitus yang normal. Cara mengatasi frigiditi  jenis ini agak sukar berbanding dengan yang lain.. Akan tetapi menghentikan hubungan kelamin semasa melakukan usaha rawatan adalah langkah yang baik dan tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:26 PM | Show all posts
sambungan..........

Mengenai frigiditi mutlak atau frigiditi sejati pula ia juga tetap perlu diketahui, walaupun ini jarang menimpa kaum wanita terutama di zaman sekarang kerana mereka sudah terdedah kepada perbincangan terbuka berkenaan seks.

       Wanita yang mengalami frigiditi  jenis ini biasanya bertanggapan salah terhadap alat kelaminnya. Seakan-akan dia kecewa dilahirkan sebagai seorang wanita. Dia menyifatkan kewanitaannya hina kerana dia tidak mempunyai hak  dan pengiktirafan masyarakat. Ada pula yang beranggapan bahawa hubungan seks adalah perbuatan haiwan yang tidak patut dilakukan oleh manusia. Anggapan sedemikian mengakibatkan seorang wanita terlalu apatisi terhadap seks. Akhirnya ia mengalami frigiditi mutlak.

      Dari keterangan di atas dapatlah digariskan sebab-sebab frigiditi atau nafsu seks dingin adalah seperti yang berikut, yang diakibatkan oleh gangguan mental:

Kecurigaan terhadap kaum lelaki. Curiga kerana ketiadaan perasaan cinta terhadap suaminya.  

Takut hamil merupakan sebab seorang wanita takut dan benci bersetubuh.

Takut mendapat luka pada alat-alat kelamin.

Adanya kegoncangan mental dan jiwa.

Perasaan benci terhadap suami.

Tanggapan negatif mengenai seks.

Semakin banyak kemajuan dan pandangan dalam permasalahan kehidupan seks,semakin banyak  pula persoalan-persoalan seks timbul di antara suami-isteri. Bila persoalan-persoalan ini tidak diambil perhatian oleh suami-isteri ia akan memberi kesan mental terhadap hak dan kewajipan isteri di dalam hubungan antara mereka berdua. Timbulah kepincangan dari aspeks komunikasi seks yang tidak sihat yang mengakibatkan isteri menjadi bersifat acuh tak acuh dalam menangani kehendak suaminya. Masalah  frigiditi dapat diatasi sekiranya suami-isteri ada persefahaman yang baik bersangkutan masalah peribadi atau masalah rumahtangga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:32 PM | Show all posts

Reply #1509 Amirdaa's post

ohh..panjang lak cita kak da...nessa pun dulu ada makcik nie kata ada benda dok makan benih...pastu g tmpt lain takda lak dia kata camtu..tapi dia kata hubby yg ada...org dengki..emm mana yg betul pun tak tau kak da...so kami pun buat keputusan..malas dah nak g tradisional..nak berubat kat spital sampai dapat...kalau dah penat kami rehat lak..g bercuti..he he
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:48 PM | Show all posts
saper tau....
kalau period... bole makan EPO tak??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:52 PM | Show all posts

Reply #1514 Amirdaa's post

kak da better masa nak g beli kat farmasi tu tanya la kat org kat farmasi tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by nessa at 29-3-2006 04:52 PM
kak da better masa nak g beli kat farmasi tu tanya la kat org kat farmasi tu


hehehehe EPO mmg ada... cuma pi stop.. dah lama x mkn..pastu cam terkonpius..bole mkn ker... kalau time period ni.. maklumlah.. bidadri ni tak bole mkn masa period...

dah tahu jawapan....BOLEH... hehehehee thanks to lin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2006 05:03 PM | Show all posts

Reply #1516 Amirdaa's post

nasib ada aylin...sbb dia byk sikit pengetahuan pasal nie
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 09:42 PM | Show all posts
k.daa lupa nak share satu mende....dlm majalah Nur bln april ni... dlm ep. personaliti, ada kisah sorang lecturer UKM... berusia 35 thn.. citer kejayaan dia lam bidang pendidikan... etc...  yg k.daa tertarik nak share ni...
...beliau dah 9 thn kawin & masih lum ada cahayamata... dah macam2 dia cuba...k.da quote ayat dia
"malah saya pernah bertemu pasangan suami isteri yg msg2 adalah pakar sakit puan/tuan, tetapi mereka tidak di kurniakan zuriat. Jadiapabila saya org biasa belum dikurniakan anak, saya kira ini bkn dugaan yg terlalu besar... Dugaan ini mungkin besar bagi org yang pakar, yg boleh buat apa yg mereka hendak, tapi masih tak dapat"


"Jgn kita ingat, yg kita tidak dapat itu adalah sesuatu yg kita suka sangat. Barangkali ia akan mengecewakan kita nanti. Saya belajar byk sgt mengenai reda dan berterimakasih pada ALLAH. Saya selalu berdoa moga ini yg terbaik untuk saya dan jgn ALLAH uji saya dengan sesuatu yg tak dapat saya tanggung"


k.daa mmg sependapat ngan beliau... utk detail korang bole baca lah Nur bulan April... walaupun umur beliau 35...tapi nampak cam 28... comel...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by Amirdaa at 29-3-2006 03:15 PM
ni saper2 nak check treatment chart:

http://www.hamidarshat.com/rawatanawal.doc

k.daa nk pujuk hb pi jumper Dr hamid lah... hari tu masa pegi course yg Dr hamid buat nampak dia cam ...



k.daa pujuklah elok2 hubby k.daa slow talk ngan hubby insyaAllah mana tahu dia terbuka hati nak pergi berubat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by Amirdaa at 29-3-2006 04:56 PM


hehehehe EPO mmg ada... cuma pi stop.. dah lama x mkn..pastu cam terkonpius..bole mkn ker... kalau time period ni.. maklumlah.. bidadri ni tak bole mkn masa period...

dah tahu jawapan....BOL ...



hehehehehe k.daa lin pun tanya doc dia yg suh makan

Originally posted by nessa at 29-3-2006 05:03 PM
nasib ada aylin...sbb dia byk sikit pengetahuan pasal nie



nessa jgnlah cakap macam tu lin tau pun pasal banyak membaca and tanya doc tiap kali pi consultation.... dulu rajin membaca pasal nak tau macam mana nak pregnant tu yg rajin surf internet cari info nie dah slow down sikit pasal kemalasan melanda diriku :kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053221 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list