|
Post Last Edit by srisaujana at 30-3-2010 09:08
Terima kasih artis, peminat
Berita Harian Online Selasa , 30 Mac 2010

AHLI Kelab Naza Bikers bergambar kenangan dengan sebahagian calon Top 5 ABPBH 2009 sebelum bertolak ke Klang Parade.
Corat-Coret...
DEK kerana ramainya artis yang menjayakan acara persembahan siri jelajah di Klang Parade, ia berlanjutan dari jam 3 petang sehingga hampir 9 malam. Acara berhenti rehat sebanyak dua kali, bagi menghormati waktu Asar dan Maghrib. Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada artis yang terbabit kerana komitmen terpuji mereka bagi menjayakan acara ini. Kepada peminat pula, sokongan mereka sememangnya sangat dihargai.
ANTARA adegan paling kelakar juga pada acara kali ini ialah apabila penyampai Hot FM, Leya, mengenakan rakannya, Faizal, menerusi soalan spontan kepada peminat. Tanya Leya, apakah benda paling bersinar di pusat beli-belah itu pada hari terbabit. Ramai-ramai menjawab, 慿epala Faizal? yang sememangnya dicukur botak.
SEBAHAGIAN artis terus membawa cenderahati buat peminat mereka. Liyana Jasmay contohnya mengagihkan baju-T, manakala Isma menghadiahkan peminat yang menari dengannya CD mengandungi lagu terbaru, manakala Fizz Fairuz berbelanja sakan mencetak poskad untuk diagihkan kepada khalayak. Kata mereka, setidak-tidaknya mereka mahu berkongsi sesuatu dengan peminat.
SEWAKTU Aril menyampaikan lagu popularnya, Menatap Matamu, dua calon Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias dan Enot, turut menyanyikan sama lagu itu di belakang pentas, menggunakan suara kartun.
DIRA terus menjadi mangsa usikan Fizzo, Along, Nabil dan Zizan, apabila mereka mengetahui pelakon wanita itu kuat melatah. Ada saja peluang, teruk Dira 慸idera?empat jejaka berkenaan. Nasib baiklah Dira seorang artis yang sporting.
KEADAAN agak kecoh seketika di tingkat satu pusat beli-belah Klang Parade, ketika Jaclyn Victor mengadakan persembahan. Rupa-rupanya, akibat begitu ramai peminat, keadaan di bahagian tangga bergerak menjadi sesak, menyebabkan beberapa peminat rebah. Nasib baiklah ia cuma berlarutan buat beberapa saat apabila pengawal keselamatan mula menyedari kekecohan.
PELAKON Evolusi KL Drift 2, Aaron Aziz, hadir ke Klang Parade dengan bertongkat. Apabila disiasat, pelakon itu sebenarnya tercedera pada bahagian kaki sewaktu melakukan adegan lasak untuk telefilem terbarunya, Santau Keramat. Bagaimanapun, dia tetap datang memeriahkan acara, demi peminat dan ABPBH.
KLANG tentunya lokasi istimewa buat Black dan Meet Uncle Hussain apabila mereka menemui seorang peminat kanak-kanak perempuan, yang menghafal kesemua lagu popular nyanyian mereka. Nyanyian kanak-kanak itu pula mendapat tepukan gemuruh penonton. Besar esok, sah-sah adik kecil itu akan menjadi penyanyi popular sebagaimana idolanya.
PADA siri jelajah ini, Liyana Jasmay dan Taja menerima kejutan terbesar apabila hari jadi mereka diraikan oleh ramai rakan artis dan ribuan peminat. Berkebetulan, kedua-duanya dilahirkan pada tarikh acara siri jelajah ABPBH 2009 berkenaan dilangsungkan. |
|