Undang-undang baru internet : Orang lain buat, anda kena
Kerajaan Barisan Nasional akan menguatkuasakan pindaan Seksyen 144A Akta Keterangan 1950 yang akan menjadikan semua pemilik laman web, blog, facebook dan twitter sebagai pesalah walaupun komen di dalamnya dibuat oleh orang lain.
Melalui Seksyen 144A, jika pemilik laman internet kena godam (hacked), kesalahan tetap dikenakan ke atas pemilik laman-laman tersebut.
Hari Blackout Internet 14 Ogos: Bantah tindakan kerajaan mahu kawal internet! ≒ Oleh Centre for Independent Journalism
Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950? Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Boleh gugel lah kalo nak tau lebih lanjut…. Last edited by chekshu on 14-8-2012 08:57 AM
dino posted on 14-8-2012 09:04 AM
salam cheksu n semua....
ni akta amenda ni.... tak ambik tahu sgt pun...
sekatan terbaru dari gomen
Apa itu Seksyen 114A?
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.