|
esok final kena lawan Chen Long
susah tu,kerana Chen Long pemain terbaik dunia pada ketika ini
viktor axelsen & son wan ho pun kalah stright set ditangan dia |
|
|
|
|
|
|
|
menang plak dato hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ambok at 15-11-2015 09:21 PM
syabas & tahniah, datuk
Chong Wei Juara Terbuka China, Tundukkan Pemain No. 1 Dunia[size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 5:33 PM
[size=0.75em]Datuk Lee Chong Wei
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.875em]TERKINI JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain No.1 dunia Chen Long pada saingan akhir Terbuka China di Haixia Olympic Sports Center, Fuzhou, Ahad.
[size=0.98em]Chong Wei menundukkan Chen Long dengan kutipan mata 21 - 15, 21-11.
[size=0.98em]Chong Wei mara ke final setelah menundukkan seteru utamanya, Lin Dan 17-21 21-19 21-19 pada saingan separuh akhir, Sabtu. [size=0.98em]Terdahulu pada Sabtu, Chen Long menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11 21-17 untuk mara ke final.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku berpendapat Morten Frost ada sumbangan dalam taktikal dan strategi dalam kemenangan LCW hari ini
tapi LCW tak boleh selesa dengan kemenangan ini kerana China memang 'pakar' dalam acara perseorangan .ketika pemain perseorangan wanita thailand, Ratchanok Intanon menjadi juara dunia pada tahun 2013 , China yang mempunyai pasukan lengkap mengkaji kekuatan & kelemahan lawan dapat mencari formula untuk mengalahkan Ratchanok Intanon , sekarang mereka sudah mampu untuk mengalahkannya . datang pulak Carolina Marin dari Spain, menjadi juara dunia , 2 hari lepas Carolina Marin ditunjukkan jalan keluar oleh Wang Shixian .
jadi LCW kena terus berwaspada , semalam kita tengok Lin Dan beberapa kali "terkena" crosscourt net shot LCW , yang boleh dianggap senjata terbaru LCW , tengok kejohanan akan datang .....LCW tidak akan dapat lagi menggunakan senjata tersebut dengan berkesan kerana mereka akan melatih LD dan CL untuk mengatasi shuttle yang datang dengan cara begitu . LCW kena terus mendapatkan idea daripada Morten Frost,Hendrawan,Sue Bock atau individu yg lain seperti rakannya taufik hidayat,atau rashid & misbun...
perjalanan LCW untuk memenangi emas olimpik masih penuh ranjau dan berliku laluannya |
|
|
|
|
|
|
|
lama nya tak tgok Malaysia menang superseries yg besar ni..tahniah datuk |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah chongwei.... 1st time menang china open ..n dapat $52500 ...wowwww
ranking pun dah naik 3 tangga ... ke-6 skrg ni yeayyyy ...hopefully dpt top 2 sebelum olimpik ...
esok lawan chen long lagi .... hopefully chongwei main cool mcm kat china ...
lindan lak mengalahkan diri arini ...
tahniah gak kkk/tbh ...naik 5 tangga ...skrg di ranking ke 17 ...dua tangga di belakang v shem/wee kiong ...
walaupun skrg ni cam nak kalah je ....
n last but not least congrats to our juniors wrld champ goh jin wei & runner up lee ying ying ....
WS... tak sangka sungguh ... yg kita paling lemah sekali biasanye .... tolongla jgn injured ... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak follow LCW lebih kurang 10 tahun yang lalu, LCW telah mengalami kebangkitan yang besar sebanyak 3 kali
Kebangkitan pertama :
setelah dikalahkan dengan teruk di final olimpik beijing pada tahun 2008 , LCW bersama Datuk Misbun Sidek berganding tenaga melakukan latihan fizikal yang keras. Datuk Misbun mengeluarkan kenyataan , saya akan "mendera LCW dengan latihan keras berganda" . LCW kata dia sanggup ...
antara berita pada waktu itu - BAKAL Datuk, Lee Chong Wei tidak akan menerima layanan VIP di gelanggang badminton sebaliknya bakal berdepan latihan fizikal keras mulai Isnin ini dalam misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun yang akan berlangsung bulan depan.
Jurulatihnya, Misbun Sidek berkata Chong Wei akan menjalani latihan fizikal berganda bagi menyeimbang kekuatan fizikal Lin Dan dari China yang menewaskannya pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Sukan Olimpik XXIX di Beijing minggu lalu. Pada pengamatannya, Chong Wei yang akan bergelar Datuk pada Sabtu depan, tewas kepada Lin Dan kerana kekuatan fizikal Lin Dan. "Di luar, dia bergelar Datuk tetapi dalam gelanggang, saya jurulatihnya.
LCW telah berjaya memperkuatkan fizikal dirinya , muncul dalam keadaan terkuat dan terbaik dalam Terbuka Indonesia pada tahun 2009 , keadaan LCW ketika itu mengejutkan seluruh pasukan jurulatih China , mereka tanpa segan silu terus memasang 4 buah kamera video di ke empat-empat penjuru gelanggang , semua yang ada di stadium Istora Senayan dapat tengok "LCW yang baru" pada waktu itu .lama-kelamaan setelah dianalisis, pasukan video China dapat mencari kekuatan dan kelemahan LCW seteruskan mendapat 'formula' untuk menewaskan LCW . Rexy Minaky pernah menyarankan BAM supaya mengeluarkan bajet untuk pasukan khas seperti China bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan lawan, tetapi BAM kata tak ada bajet. Sama juga dengan bantuan pakar Physikologi, BAM berdolak dalih , akhirnya pakar psikologi dari UM membuka mulut - BAM nak khidmat kami secara percuma , tetapi tidak mahu membayar
Kebangkitan Kedua :
Datuk Lee Chong Wei terduduk menangis sejurus disahkan tidak dapat meneruskan kempen badminton Piala Thomas dan terpaksa menyerah kalah kepada Peter Hoeg Gade dalam aksi Kumpulan C semalam.
Banyak yang bermain di fikirannya apabila melihat buku lalinya semakin membengkak.
Kesakitan dan kesedihan akibat tidak dapat meneruskan permainan mendorong lelaki kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu mengalirkan air mata.
Namun, jurulatihnya, Tey Seu Bock mendedahkan, kesedihan Chong Wei sebenarnya lebih kerana terlalu bimbang akan nasibnya menjelang Sukan Olimpik di London, 27 Julai ini.
Malah, Seu Bock sendiri mengakui, perkara pertama yang bermain di fikirannya ketika melihat anak didiknya itu terduduk di belakang gelanggang, sejauh mana kecederaan yang dialami.
Apatah lagi selepas melihat buku lali Chong Wei kian membengkak akibat terseliuh ketika cuba mengangkat hantaran Gade.
Setelah mengalami Kecederaan yang teruk , LCW bekerja keras dari segi mental dan fizikal untuk terus pulih dan meneruskan perjuangan . tidak ramai pemain yang dapat bangkit daripada kecederaan serius dan kembali menjadi antara pemain terbaik dunia
Kebangkitan ketiga :
setelah habis menjalani penggantugan, LCW menghadapi krisis keyakinan dengan tewas awal pada 3 kejohanan iaitu SS dan GP gold , sebelum Terbuka China , saya melihat aksi Chen Long di hampir semua kejohanan yang dia sertai, saya berpendapat Chen Long adalah pemain terbaik dunia ketika itu dan tiada pemain lain yang mampu mengalahkan Chen Long termasuk Lin Dan .point terkumpul dalam Ranking Dunia Chen Long 101k , jauh meninggalkan pemain no 2 dunia , JOJ - 76k , dan Lin Dan 73k . Sebelum perlawanan LCW melawan LD atau CL , saya rasa kalau LCW dapat heret LD atau CL ke rubber game pun dah kira satu kejayaan buat LCW buat masa ini . tengok-tengok kedua-duanya dapat ditewaskan oleh LCW . ternyata LCW mampu kembali ke keadaan fizikal terbaik , malah teknik,skil dan tipu helahnya makin bertambah. China tidak akan berdiam diri dalam hal ini, mereka akan mengkaji,menganalisis teknik terbaru LCW ini , tambahan pula stadium mereka lengkap, ada berpuluh kamera video disegenap sudut, jadi analisis lengkap dapat dilakukan dengan mudah , contoh - berapa saat yang tepat LCW berlari dari belakang ke net , berapa kelajuan tepat smash LCW , berapa sudut shuttle drop depan net .
BAM, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Malaysia perlu memberi bantuan maksima kepada LCW sebagaimana China pernah memberi bajet khas kepada LD iaitu seramai 18 orang pakar segala bidang khusus untuk projek olimpik beijing , kenapa kita tidak mahu keluarkan bajet yang sama kepada satu-satunya potensi selain pandelela untuk kita meraih pingat emas di olimpik ?
kejohanan terbuka China ini adalah SS Primer,bukan SS biasa , boleh dianggap setaraf 'grand slam' dalam sukan tenis
dengan kemenangan itu,maka lengkap sudah lah kejuaraan SS Primer buat Datuk LCW..menang terbuka China buat kali pertama boleh menjadi satu lonjakan semangat baru dan boleh menambah kekuatan mental buat LCW setelah ditipu terang-terangan pada final terbuka China 2007 oleh penjaga garisan ketika menentang Bao Chun Lai .
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam buku ini LCW ada menceritakan antara watak utama kejayaan dia adalah Datuk Misbun Sidek
pada usia remajanya, Misbun dah tengok bakat besar yang ada pada dirinya
LCW kata - Saya masih ingat pada ketika itu , disatu sudut, disatu ruang di Stadium Badminton Cheras , Misbun tanya "Chong Wei, apa you mahu ?"
LCW - " Coach ...saya mahu jadi world best player"
Misbun - "ok , kamu berilah kepada saya seluruh tenaga kamu, saya akan latih kamu"
disebalik kejayaan besar LCW, tidak ramai yang tahu dia berlatih sekurang-kurangnya minima 13 jam sehari , tidak ada seorang pemain lain yang sampai ke court latihan seawal pukul 6.30 pagi kecuali Datuk LCW .
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kalau kkk-tbh jadi johan SS ,
wawakkk akan buat comeback kembali aktif kat sini sepertimana kkk
|
|
|
|
|
|
|
|
SEPANG: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak mahu berasa terlalu selesa selepas menjuarai dua kejohanan terakhir disertainya tahun ini di Siri Super Terbuka China dan Hong Kong.
Walaupun berpuas hati dengan kejayaannya itu, Chong Wei mengakui bukan mudah untuk kembali ke kelompok enam pemain terbaik dunia dalam tempoh enam bulan selepas bebas daripada penggantungannya Mei lepas.
Ini berikutan rankingnya merudum dan terkeluar daripada 100 pemain terbaik dunia sewaktu penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal dalam ujian doping.
"Saya tidak sangka cepat kembali untuk berada di tahap ini. Memang saya tidak pernah putus asa. Sebelum ini prestasi saya menurun ketika di Terbuka Jepun, saya sangat tertekan...ada masa saya begitu kecewa.
"Bila saya kalah, orang suruh saya bersara, bila menang mereka puji...saya positif dengan semua komen...yang penting saya tidak akan berhenti mencuba.
"Hanya saya seorang sahaja merasai tekanan ini, tapi saya tidak akan berhenti mencuba," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.
Chong Wei berkata kemenangan di Terbuka China adalah kejayaan bermakna dalam kariernya selepas pernah menjuarai 12 Siri Super.
"Menang Terbuka China, memang salah satu impian saya. Saya sangat berpuas hati akhirnya berjaya meraih kejuaraan itu pada penampilan terakhir sebelum bersara nanti.
"Memang sasaran saya adalah untuk layak ke Sukan Olimpik. Sekarang peluang ke Olimpik sudah selesa, saya harap ranking saya naik kepada kedudukan keempat dunia," katanya.
Chong Wei berkata beliau dan barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan strategi dan program baharu bagi persediaannya ke Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.
Katanya pihak lawan terutamanya China pasti akan mengkaji teknik dan permainan beliau selepas berjaya menundukkan dua pemain handalan dunia, Chen Long dan Lin Dan.
"Saya tidak boleh kata prestasi saya berada dalam keadaan terbaik...saya perlu bekerja keras lagi untuk Sukan Olimpik," katanya.
Chong Wei akan berehat seketika daripada menyertai sebarang pertandingan dan beliau dijadualkan kembali beraksi di Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia pada Januari depan diikuti pusingan kelayakkan Piala Thomas dan All England.-Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei Di Ranking Ketiga Dunia - BWF [size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 7:53 PM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada Khamis.
Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini.
Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping.
Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satudunia kepada kedudukan ke-180.
Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam bulan.
"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut.
"Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat...sejak hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya," kata Frost.
Frost ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Badminton Remaja Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) 2015 di Arena Sukan Sentosa pada Khamis.
Mengenai jurulatih perseorangan lelaki negara, Frost berkata pada masa ini, beliau tidak dapat mengumumkan senarai nama jurulatih berkenaan, namun mereka terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing bagi membimbing pemain kebangsaan.
"Saya belum berbincang dengan Chong Wei mengenai jurulatih perseorangan...seperti yang saya katakan, terdapat pilihan dalam senarai jurulatih. Saya berharap dapat memilih jurulatih perseorangan menjelang akhir Disember ini,"katanya.-Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
haluuuu..fuhhh bertahun tak masuk sini
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha ....
wawa dah ilang ... kalau kkk/tbh menang olimpik baru muncul kot
congrats kiong kiong & v shem menang india gpg
|
|
|
|
|
|
|
|
sunyi je badminton skarang..klo dlu klo Malsysian open..dah berpage2..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok live streaming kat mana ye
ada link tak
|
|
|
|
|
|
|
|
khennn dulu meriahh gilerr
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh dah jadi mod ... congrats
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha lebih 7 tahun dah kot...
lama sgt kita tak berjumpa kat forum
|
|
|
|
|
|
|
|
tago dgn momota tarik diri dari malaysia open n terus balik japan sbb skandal gamble tu
mmg tak dapat join olimpik kah dia org nnt...kesiannya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|