TIME'S UP!!! (FOR Q54)
Q55 IS ACTIVE SEE ABOVE
Malarial parasites ialah dari genus Plasmodium. Ini adalah sejenis sejenis Alveolates, dan bukannya cacing atau serangga. Kesemua nya adalah obligate parasite ie tidak boleh hidup diluar host. Sebagai definasinya, semua Plasmodia mempunyai 2 hosts. Secara ringkasnya, Plasmodium tadi boleh berdiam di dalam cell darah merah dan hati manusia. Kerana kerosakan cell darah merah dalam penyakit Sickle Cell Anaemia dan Thalassaemia, pesakit pesakit ini mendapat sedikit pertahanan dan kekebalan dari serangan malaria.
Malaria masih memegang record sebagai pembunuh utama manusia secara total, jika dikira semenjak zaman antikuiti hingga kini. Dihari ini, malaria masih lagi membunuh setengah juta atau lebih manusia setiap tahun, dan mengidap 212juta orang dalam tahun 2015.
Sebagai penyakit di zaman moden ini, serangan sakit jantung (heart attacks- NB definasi ini kurang tepat dari segi medical, tetapi bolehlah dikira sebagai ''kumpulan'' penyakit dalam bahasa melayu) masih memegang record sebagai pembunuh utama tahunan bagi manusia (8+ juta utk tahun 2015). Walaupun tiada record tentang kematian dari coronaries di zaman antikuiti, tetapi perubahan makanan dan activiti manusia telah menambah kes coronaries dengan cepat.
|