|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Sweetmama at 21-8-2008 09:53 AM 
ini kesah excess bagage nih...
my freind, we all beratur lah sesama kat madinatul hujjaz tu
utk timbang barang bagai..
turned mama n hb, kami ok..ngam barang sumer...
senyum sim ...
Pasal axcess bagage ini, kakak pun nak tumpang cerita.
Hee....heee...heeee...
Nak tau tak , kakak siap beli alat penimbang yang bercangkuk tu yang banyak dijual kat Makkah untuk timbang bag kerana nak tau anggaran berat bag sebelum balik. Kalau di airport kena bayar axcess bagage tu bukannya kita tak boleh bayar, tapi suami tak suka benda-benda macam tu. Kalau lebih 1 kilo pun dia tak suka. Kenalah masukkan dalam hand luggage. suami kakak ni jenis orang yang ikut peraturan betul.
Tapi kakak tengok, makcik-makcik dan yang lain-lain yang satu pakej dengan kami bukan main lagi banyak barang yang dibeli dan beranak pinak begnya. Kita pulak yang bimbang takut kena bayar banyak lebihan berat baranganya tu.
Tapi ketika umrah tahun lepas, kami punyalah ikut peraturan, tapi bila di airport, bag-bagi kami dikumpul oleh wakil agent dan ditimbang secara pukal dengan begitu pantas sekali. Kami mendapat tahu kumpulan kami yang seramai lebihkurang 30 orang itu, excess bagage nya lebih kurang 600 kilogram! Tapi tak seorangpun kena bayar kerana ia diuruskan oleh wakil travel egent warga arab di sana. Kami mendapat tahu wakil egent tersebut telah membayar sejumlah wang kepada petugas-petugas tersebut.
[ Last edited by Rosputih at 21-8-2008 10:32 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1513 Rosputih's post
hahah, siap beli alat penimbang tuh...ahahah
yerlah kita conscious kan kak, and malas nak beleceh2..
my hb, timbang tangan dia jerk kak
dia leh agak2 gitu...
dlm pd tu suka nyakat geng2 lain...
a ah la kak, if umrah
rasanya agent akan uruskan sume skali..
mama ketika umrah pun cam tu gak kak
same like ur experienced..
satu je lah, tips nye kalau tak mo beg berat
sejadah tak leh beli banyak2...
klau beli banyak2 kena post la jawabnya..
kalau nak beli sejadah, beli yang nipis2
dan yang kekecik tu lar...
dan buah kurma,kismis
kacang macang sume tu
bawak as hand luggage...
nak lagi senang, post sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 21-8-2008 10:28 AM 
Pasal axcess bagage ini, kakak pun nak tumpang cerita.
Hee....heee...heeee...
Nak tau tak , kakak siap beli alat penimbang yang bercangkuk tu yang banyak dijual kat Makkah untuk timba ...
Kak Ros, kalau dalam 30 orang excess baggage 600 kg (macam tu seorang excess 20 kg) fuyoo banyak membeli tu (apa yang berat sangat). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1516 aily's post
hahahha ahahahah ahahah
u got it rite sis
so haji n hajjah kurma la yerk
ahahhahaha
yer lah, kita tiba pun
yang tu dulu orang kejar kan..
air zam2 and kurma n kacang macang...
buah tangan lain dlm beg tak per..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by earthfault at 21-8-2008 12:18 AM 
Kalau ke Saudi masa peak season seelok-eloknya pegi dengan travel agency.
Kalau pegi sendiri masa nak balik kat airport, susah nak dapat troli untuk letak beg.
Semua troli ada orang jaga, kalau ...
wow..perghhh
100 riyal per trolley..
umak aiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IDB at 19-8-2008 03:46 PM 
Kak Ros ...jangan serik dengan 'kehilangan' tu...kami menunggu cerita Kak Ros.
IDB, Azie dan rakan-rakan lain,
Hari ini kakak nak mengulang semula cerita kakak yang 'hilang' tempoh hari. Kisah yang kita lalui pada tahun yang sama iaitu tahun 1992, tapi mungkin dalam suasana yang berbeza ketika kita melaksanakan ibadah melontar jamrah.
Kakak sebenarnya membuat nafar awal, walaupun pihak TH tidak menggalakkan jemaahnya membuat nafar awal bagi mengelakkan kesesakan yang luar biasa.
Pada 12 Zulhijjah selepas melewati waktu zohor, kakak yang bersama suami dan kakak ipar (telah meninggal dunia kira-kira 7 tahun yang lalu) melihat keadaan di sekekitar jumrah sangat sesak dengan jemaah yang berpusu-pusu terutama yang berkumpulan besar untuk memulakan ibadah melontar.
Setelah memerhatikan beberapa ketika, suami memutuskan kami harus juga menempuhi kesesakan tersebut kerana kami tidak boleh menunggu terlalu lama di situ, orang sentiasaramai, kesesakan tak akan reda dan kami harus keluar dari bumi Mina sebelum matahari terbenam pada hari tersebut, iaitu syarat bagi yang melakukan nafar awal.
Suami kakak mendapat idea untuk membawa kami masuk atau mendekati kawasan melontar. Beliau meminta kakak memeluk pinggangnya sementara kakak ipar kakak yang berbadan besar memeluk pinggang kakak. Ketika itu ada pulak seorang warga indonesia yang agak muda lagi ingin menumpang kami. suami kakak meminta wanita itu memeluk pula pinggang kakak ipar kakak. Dengan berkeadaan begitu yang didahului oleh suami, kami bergerak menuju ke kawasan terhampir Jumratul Ula sambil berzikir dan dapat masuk dengan agak mudah.
Selesai masing-masing melontar dengan sempurna dan ketika ingin beralih ke Jumratul Wusta, bila kakak melihat ke sebelah kiri, kakak melihat lautan manusia seumpama gelombang yang yang menderu bunyinya mungkin kerana zikirnya telah menghampiri tempat kami berdiri. Ketika itu kakak terasa sepatu kakak dipijak orang dan cuba membetulkan ikatannya. Tapi kakak mendengar suami kakak menjerit sekuat hati supaya jangan tunduk dan biarkan atasu tinggalkan kasut tu.
Sambil kakak memaut semula pinggang suami dan kakak ipar kakak pula memeluk pinggang kakak, seperti kedudukan ketika masuk ke situ untuk beredar ke Jumratul Wusta. Ketika itu keadaan sudah macam tak terkawal, kalau kakak tak memeluk pinggang suami kakak sekuat hati dan ditambah lagi kakak dilindungi oleh tubuh kakak ipar yang memeluk pinggang kakak, tak tau apa yang terjadi dengan diri kakak pada ketika itu. Dalam keadaan yang kelam-kabut dan berhempas pulas dan tersepit dengan tubuh badan kakak yang kecil dalam himpitan itu, mini telekong kakak tersepit dan tertarik ke belakang.
Dalam hati kakak ketika itu hanya ingatkan Allah saja dan ketika itu juga kakak mendengar suami kakak bertakbir sekuat hati dengan mengangkat tangan ke atas dan kami semua seolah mendapat kekuatan yang luar biasa merempuh kesesakan kumpulan jemaah lelaki yang semuanya bertubuh besar dan kami dapat keluar dari kawasan tersebut dan menuju ke Jumratul Wusta pula dengan selamat dengan melahirkan rasa syukur dan menarik nafas lega.
Ketika di Jumratul Wusta, kakak dapati kasut kakak tinggal sebelah saja, anak telekung kakak telah terbang entah ke mana, nasib baik mini telekong masih lekat di kepala. Kami terkilan kerana wanita Indonesia yang menumpang kami, yang memeluk pinggang kakak ipar kami entah ke mana, tiada lagi bersama kami. Mungkin pelukannya terlerai ketika kami berhempas pulas melepaskan diri dari himpitan ketika di Jumratul Ula tadi. kakak terpaksa membuang kasut yang sebelah lagi dan membeli dan memakai selipar bersaiz besar kerana semua yang dijual di situ bersaiz besar.
Melaksanakan ibadah melontar ke Jumratul Wusta dan Jumratul Aqabah, suasananya atau kesesakananya tidaklah sehebat melontar di Jumarul Ula dan kami boleh melontar dengan selesa.
Apabila selesai melontar ketiga-tiga jumrah, ketika suami membaca doa selesainya ibadah kami, kakak tak dapat menahan tangisan, terasa diri ini amat kerdil, dan terasa seolah kami baru sahaja melepasi atau beroleh kemenangan dan kembali dari medan peperangan. kami berdoa semoga Allah swt menerima ibadah kami dan menghapuskan segala dosa-dosa kami dan memperolehi haji yang mabrur.
Dan ketika ingin kembali ke Makkah petang itu, kami menghadapi satu lagi masalah kerana kesesakan jalanraya. walaupun kami telah membeli tiket bas, kami tidak menggunakan khidmat bas untuk pulang ke Makkah kerana bas tak dapat masuk dari keluar dari kawasan tersebut. Memandangkan hari semakin petang, kami harus keluar dari bumi Mina sebelum matahari terbenam, kami tiada pilihan lain, kecuali berjalan kaki sejauh kalau tak silap 7km untuk kembali semula ke Makkah.
Melontar adalah antara kenangan mengerjakan haji yang tak mungkin kakak lupakan.
Mungkin jemaah sekarang tidak lagi mengalami suasana tahun-tahun terdahulu ketika melontar kerana pada masa ini tempat melontar ketiga-tiga jamrah telah diperbesarkan dan kerajaan Arab Saudi sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa untuk keselesaan jemaah haji yang bertambah tiap tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1519 haziq_97's post
salam kembali haziq...
ahlan wa sahlan ya romadhonnnn....
same wishes to u too
moga di bulan yang mulia dan penuh barakoh ini
dpt menguatkan lagi ikatan hati kita kepdaNya |
|
|
|
|
|
|
|
Minta diri dulu ye ....
Jumpa lagi minggu depan.
Assalamulaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1520 Rosputih's post
best la baca catatan pengalaman kak ros ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 21-8-2008 11:49 AM 
IDB, Azie dan rakan-rakan lain,
Hari ini kakak nak mengulang semula cerita kakak yang 'hilang' tempoh hari. Kisah yang kita lalui pada tahun yang sama iaitu tahun 1992, tapi mungkin dalam ...
Kak Ros, saya rasa pengalaman kak Ros ni pengalaman yang hebat yang kekal abadi yang tak mungkin kami dapat rasai. Bertapa bertuahnya Kak Ros dapat merasa pengalaman begini. |
|
|
|
|
|
|
|
sis ros...
ya allah, baca akaknyer catatan nih...
prghhhh..
yup, mama tak go thru dat experience.
cuma, hari kedua, my hb, bawak my freind
untuk melontar di bawah
keadaan di bawah, berbanding di tingkat atas
berbeza sekali...
agak agresif dan havoc di bawah..
tapi managed lar...
tingkat atas, kebanyakkan orang2
yang kecik2 pergi kat situ
dari indonesia, malaysia, singapore
senang kata, warga asean lar..
wlau ada jugak warga dari timur tengah
tapi amat sedikit...
dan nak membaling pun
mudah dan senang sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haziq_97 at 21-8-2008 02:56 PM 
Lain pulak kejadian yg di Allah uji pada jemaah kami tahun 2006.kami diberitau untuk melontar selepas Magrib so bersiap2lah .. tetiba ada pengumuman menangguhan melontar..apa dah terjadi??? ter ...
Haziq, gi haji awal 2006 atau hujung 2006? Kalau hujung 2006 akak tak dengar cerita ni pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>aily</i> at 21-8-2008 03:00 PM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=25483986&ptid=348150" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
<br />
<br />
Haziq, gi haji awal 2006 atau hujung 2006? Kalau hujung 2006 akak tak dengar cerita ni pun. <br />
Hujung 2006.. kT50 Maktab79 x sume yg kena..mungkin bahagian kami..kalau x silap kami ikut group no 5 ke 6 nak g melontar.. pas2 terpisah..nampak aje bendera Malaysia kami ikut mereka aleh2 sampai kat Mina rupanya kami terikut group maktab lain... apa pun sume dah selamat.Syukur pd Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haziq_97 at 21-8-2008 04:31 PM 
Hujung 2006.. kT50 Maktab79 x sume yg kena..mungkin bahagian kami..kalau x silap kami ikut group no 5 ke 6 nak g melontar.. pas2 terpisah..nampak aje bendera Malaysia kami ikut mereka aleh2 sam ...
Haziq, kecik dunia ni ya. Akak pun Maktab 79 (KT 3). Sapa kah anda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1519 Rosputih's post
salute untuk Kak Ros....hebat sungguh pengalaman yang diceritakan. |
|
|
|
|
|
|
|
wow....now its getting merrier...
with haziq n sis aily...
w me n ustaz same hotel
wat a circle..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|