benda2 camnie effect tak?...mesti effect punyaaaaaaaaaa
DIPERIKSA KETAT... Polis meneruskan pemeriksaan ketat di kawasan bangunan Parlimen sejak awal pagi tadi. Langkah itu menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara sejak awal lagi dan dijangka berterusan sehingga lewat malam ini. Polis mengadakan pemeriksaan ketat LembahKlang sejak petang kelmarin dengan mengadakan sekatan jalan dikebanyakan jalan dan lebuh raya. Langkah itu diambil ekoran desas-desusbahawa kemungkinan diadakan perarakan atau perhimpunan di ibu negarahari ini.
MenteriDalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta maaf atas kesulitandihadapi oleh orang ramai ekoran tahap pemeriksaan polis yang ketat. Isuberkenaan juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Changyang mempertikaikan tindakan polis yang menyukarkan kemasukan ahli-ahliParlimen ke bangunan Parlimen. Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyatberkata, ia tidak perlu dipertikaikan kerana itu adalah langkahkeselamatan. |