|
ISTANA GAFIM XXI - VIDEO CLIP 'INILAH CINTA' MELETUP!!!
[Copy link]
|
|
akim mmg la xmarah mummy.nk masuk pn jarang sgt kan...
yeke?sy xde acc youtube.cmne nk bt y ...
syaza Post at 31-5-2010 22:12 
setau mummy 2 org ank2 mummy yg selalu buat keja gini,si az n wawa,cuba tanya diorg kt fb k |
|
|
|
|
|
|
|
setau mummy 2 org ank2 mummy yg selalu buat keja gini,si az n wawa,cuba tanya diorg kt fb k
man1994 Post at 31-5-2010 22:23 
hihi.nnti la sy try mummy.kalu xbleh nk tepek gk, tgk kt fb je lah.huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
syaza..try la tepek kt sini..chaiyok2..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
makin ari makin comel lak dak kentang tuh kan... |
|
|
|
|
|
|
|
syaza..try la tepek kt sini..chaiyok2..!!!
zuranura Post at 1-6-2010 11:10 
hehe..jpg sy try create account kt youtube dlu, pastu bru sy tepek sini k..
mmg nk share ngan wrga istane pn.. |
|
|
|
|
|
|
|
syaza...
kami menunggu..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by man1994 at 1-6-2010 15:04
kredit to kosmo online
Akim perasan bagus?Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Akim yang cukup popular dengan lagu Bengang boleh dikatakan antara pelajar AF7 yang bertuah. Meskipun masih baru, namanya sudah berdiri sama tinggi dengan barisan penyanyi popular yang lain.
Namun begitu sudah menjadi adat, bukan semua orang suka denganpencapaian anak kelahiran Johor Bharu itu sehingga timbul isu kononnyadisebabkan populariti yang melimpah ruah, Akim atau nama sebenarnyaAfiq Hakim Ahmad sudah mula lupa diri.
Dia juga dikatakan mula perasan bagus dengan pencapaian diri dandisebabkan sikapnya itu ada sesetengah rakan artis yang mula menjauhkandiri daripadanya. Benarkah segala khabar angin itu?
Akim yang ditemui pada majlis pelancaran Konsert Wall's Cornetto, Take A Chance Show Your Love baru-baru ini dilihat cukup tenang menjawab segala soalan panas yang diajukan kepadanya.
"Saya rasa saya tidak perasan bagus, mungkin ada orang yang tidaksenang dengan saya. Kalau ikutkan dalam masyarakat pun memang ada orangberhati busuk dan iri hati terhadap kejayaan seseorang.
"Sebagai artis saya tidak boleh ubah semua perkara mengikut kehendaksaya. Andai benarlah sikap saya sebegitu sudah tentu peminat akan cepatmenjauhkan diri daripada saya," tuturnya.
Jelas Akim, dia mempunyai cara tersendiri untuk para peminatmenyukai dan merestui setiap perkara yang dilakukan agar kejayaan yangbakal dikecapi dikongsi bersama peminat.
"Setiap apa yang saya lakukan contohnya dalam penciptaan lagu, sayaakan beri peminat saya dengar lagu itu sebelum dikeluarkan di radio.Saya akan tanya pendapat mereka, apa yang mereka suka dan apa yangmereka tidak suka supaya lagu yang dikeluarkan benar-benar menepatiselera peminat.
"Kalau saya berangan yang saya bagus, saya tidak akan tanya pendapatmereka. Saya buat lagu pun ikut suka hati saya sahaja tetapi saya masihlagi pertimbangan orang sekeliling kerana kejayaan tidak akan datangbergolek dengan usaha saya seorang sahaja," tegasnya.
Disoal lagi, sudahkah Akim berasa dirinya sudah cukup bagus sebagaiseorang penyanyi baru? Katanya dalam nada serius: " encapaian tidak akan habis, apa yang saya lakukan adalah menghiburkan orang supayamereka gembira. Selepas itu, baru pencapaian akan datang."
Jejaka berusia 19 tahun itu sedar, popularitinya sebagai penyanyiremaja tidak akan kekal lama. Sampai masanya, peminat pasti akanmelupakannya apabila muncul penyanyi-penyanyi baru yang lebih muda dantampil dengan muzik yang lebih segar.
Oleh sebab itu, Akim tahu dia harus menyediakan payung sebelumhujan. Selain menyanyi dan berlakon, Akim juga berkebolehan dalammencipta lagu dan lirik dengan baik.
Buktinya, setelah keluar daripada AF, dia telah menghasilkan tiga buah lagu iaitu Inilah Cinta yang kini cukup hangat di corong-corong radio manakala dua buah lagu baru, Janji dan Menunggu yang baru sahaja selesai menjalani rakaman di studio.
"Setakat ini baru tiga buah lagu, mungkin selepas ini lebih banyaklagu yang akan saya hasilkan. Kalau boleh semua lagu itu mahu sayamuatkan dalam album penuh yang akan keluar hujung tahun ini atau awaltahun depan," ujarnya.
Tambah Akim, menjelang tahun depan dia akan mendaftar sebagai pelajar dalam bidang kejuruteraan bunyi di sebuah institusi pengajian kerana matlamatnya adalah untuk bergelar seorang komposer dan penerbit album pada masa depan.
"Itu memang saya sudah rancang sejak awal lagi Cuma sekarang ini saya masih dalam proses mencari kolej yang sesuai.
"Sekurang-kurangnya bila saya tidak popular nanti, saya adapekerjaan yang dapat menjamin masa depan saya," tegasnya penuh semangat.
Menurutnyalagi buat masa ini, apa yang dia mampu lakukan adalahmenghasilkan karyaterbaik demi peminat supaya mereka tidak jemumenyokongnya.
"Saya tidak kejar populariti, apa yang saya lakukan adalahmenghiburkan peminat dengan hati yang ikhlas. Saya percaya kalau kitabuat sesuatu dengan ikhlas orang akan nampak kesungguhan itu,"ungkapnya.
panjang lebar artikel nih,sambungannya klik kt sini k....
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
adui,kenapa muncul giggling emoticon kt artikel yg mummy tepek tu
syaza,mummy tak taulaa laling |
|
|
|
|
|
|
| |
|