CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]

  [Copy link]
Post time 24-4-2012 01:24 AM | Show all posts
Hi kekawan...
Lamanyaaa kite x post sini.
Bole ke sesapa kasi kite link nak sedut BD blue ray?
Yg full version...no censoredlaaa
Kite baru nak tgok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 04:15 PM | Show all posts
Reply 1521# cheesepastry

sblum nih memang blum tgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 05:13 PM | Show all posts
Reply 1521# cheesepastry
hi cheese..!lamanye xnampak kt sini.... BD1 ni xsempat nak dload yg cantek sbb dvd dh yg uncut tu dh kuar..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 07:52 PM | Show all posts
Reply 1522# afira

Blom tgk...
Kna kuarantin dgn hubby smpai bersalin....
Ni tgh dlm pantang baru dpt greenlite
Adoii...seksanya posa twilight
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 07:55 PM | Show all posts
Reply 1523# pavlova

Pav...klu jmpa link dvd uncut yg cun...share2lah dgn kite kt sini.
Da x sabor da ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Reply  pavlova

Pav...klu jmpa link dvd uncut yg cun...share2lah dgn kite kt sini.
Da x sabor da ...
cheesepastry Post at 24-4-2012 19:55


Biasa guna torrent x? Kat torrent blambak gile je... biasanya ai donlot segala fav muvi kat torrent jah sbb ai bkn kaki wayang.

Ai x g wayang pun ms BD ni kuar sbb bz kenduri kawin adik kat kampung. Then lps seminggu lebih, dh ada org upload kat torrent versi rakam rompak dlm wayang oversea, siap ada munyik org mkn popcorn tuh... mmg hazab, tp better la dari x tgk langsung! Then dpt tgk yg x sensor plak tu! hehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2012 12:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 26-4-2012 20:52

sambungan CHAPTER 24 : "An Impasse"

Bella dpt mendgr ibunya dtg. Dia tgr suara ibunya sdg bckp dgn seseorg di luar, mungkin dgn jururawat. Suara ibunya kedengaran spt letih & sedih. Bella ingin saja blari ke arah ibunya, menenangkan ibunya, serta berjanji yg segalanya akan ok. Tp dia hanya mampu menanti di katilnya dgn rasa x sbr. Pintu bilik terbuka sedikit & ibunya menjenguk dari luar. "Ibu!" bisik Bella dgn suara yg lega.  Ibunya memandang ke arah Edward yg x bergerak di atas kerusi malas, dan dia segera berjengket2 menuju ke tepi katil Bella. "Dia x pernah meninggalkan bilik ni, kan?" Renee berckp sendirian.  "Ibu, sy gembira dpt jumpa ibu lg!" ujar Bella. Renee segera membongkok & memeluk Bella dgn lembut, dan Bella dpt merasakan airmata ibunya yg suam mengalir di atas pipinya. "Bella, ibu sedih sgt2!" ujar Renee.  "Maafkan sy, ibu. Tp semuanya dh ok skrg, jgn bimbang," Bella menenangkan ibunya. "Ibu bsyukur dpt juga melihat awak membuka mata akhirnya," ujar Renee yg duduk di tepi atas katil Bella. Bella kemudiannya baru perasan ttg dirinya yg x sedarkan diri selama beberapa hari. "Berapa lama sy x sedarkan diri?" Bella bertanya. "Hari ni Jumaat, sayang, awak x sedarkan diri utk beberapa hari," ujar Renee. "Jumaat?" Bella tkejut. Dia cuba mengingati kembali bila peristiwa tsebut blaku... tp dia x mahu memikirkan ttgnya. "Mereka tpaksa tidurkan awak utk sementara waktu, syg - awak mengalami byk kecederaan," terang Renee lg. "Sy tahu," ujar Bella setuju.

"Awak bertuah sbb Dr. Cullen ada di tpt kejadian. Dia seorang yg baik... sgt muda orgnya. Dan dia lebih kelihatan spt seorang model dari seorang doktor.."  Renee x sempat menghabiskan kata2nya, kemudian Bella memotong, "Ibu dh jumpa Carlisle?" Renee menjawab, "Dan juga adik perempuan Edward, Alice. Dia budak perempuan yg cantik."  "Ya, dia mmg cantik," Bella mengiyakan. Renee memandang Edward dari bahunya. "Awak x bgtau ibu pun yg awak ada kawan2 baik di Forks," ujarnya lg. Bella mengerang. "Kenapa, awak rasa sakit ke?" tanya ibunya dgn cemas.  Mata Edward mengerling ke arah Bella. "X ada apa2," ujar Bella. "Sy kena ingatkan diri supaya mengurangkan pergerakan." Edward kemudiannya kembali berpura2 tidur.

Bella cuba mengubah tajuk pbualan. " Phil ada di mana?" tanya Bella, cepat2. "Di Florida - oh Bella! Awak pasti susah nk pcaya. Ms kami nk balik, kami terima berita gembira!" ibunya bcerita dgn gembira. " Phil dpt sain kontrak?" Bella meneka. "Ya! Mcm mana awak dpt menekanya? Percaya x dia dpt sain dgn The Suns!" ujar ibunya, teruja.  "Baguslah kalo begitu, ibu!" ujar Bella dgn penuh semangat. "Dan awak pasti sgt sukakan Jacksonville nnt," ujar Renee & dia menyambung lg, "Sy dh mula bimbang bila Phil menyebut ttg Akron, di tpt yg bersalji, dan awak pun tahu betapa ibu x suka tpt yg sejuk, tp skrg Jacksonville!  Ia tpt yg sentiasa panas dan tahap kelembapannya x teruk sgt. Kami dh jumpa rumah berwarna kuning yg comel, ada beranda spt rumah dlm filem lama, dan ada pokok oak yg besar, dan ianya hanya beberapa minit jauhnya dari pantai, dan awak akan memiliki bilik mandi sendiri..."  "Tunggu dulu, ibu!" Bella mencelah.  Mata Edward masih terpejam, tp dia kelihatan tertekan utk nampak tidur dgn nyenyak. "Apa maksud ibu? Sy x mahu pergi ke Florida. Sy nk tinggal di Forks," ujar Bella. "Tp awak x perlu tinggal di sini lg," Renee tertawa & dia menyambung lg, " Phil akan ada lebih byk masa di rumah lps ni.. kita akan ada byk masa utk dihabiskan bersama2, dan sy akan tebus kembali separuh masa dgn awak, manakala separuh lg dgn dia."  "Ibu, sy mahu tinggal di Forks. Sy dh suaikan diri dgn sekolah, dan sy ada 2 org kwn perempuan yg baik," ujar Bella. Renee menoleh ke arah Edward sekali lg apabila Bella menyebut ttg 'kawan'. Bella menyambung lg, "Dan juga Charlie perlukan sy. Dia hidup berseorangan di sana dan dia x begitu pandai memasak."

"Awak nk tinggal di Forks?" Renee meminta kepastian.  Nampaknya idea Bella itu kurang disenanginya. Mata Renee sembali memandang ke arah Edward & dia bersuara, "Kenapa?" "Sy dh bgtau ibu sbbnya - sekolah, Charlie - aduh!" Bella mengangkat bahunya, tp itu bkn idea yg bagus. Tangan Renee pantas mencapai Bella dan menepuk perlahan2 bg menenangkan Bella. "Syg, bukankah awak bencikan Forks?" Renee mengingatkan Bella. "Ia x seteruk yg disangka," jwb Bella. Renee menarik muka dan kemudian dia memandang Edward dan juga Bella silih berganti.  "Adakah ia juga disbbkan budak ini?" Renee meminta kepastian. Bella membuka mulutnya utk berbohong, tp mata ibunya sedang menatap wajah Bella, dan Bella tahu dia x dpt berbohong dgn ibunya. "Dia mmg sebahagian drpnya," akui Bella. "Jadi, ibu dh pernah bckp dgn Edward ke?" Bella btanya. "Ya, dan sy mmg nk berbincang dgn awak mengenainya," ujar Renee, masih memandang ke arah Edward. O-oh! "Mengenai apa?" tanya Bella lg. "Ibu rasa budak ni cintakan awak," ibunya meneka, suaranya diperlahankan. "Sy pun rasa begitu," akui Bella.  "Dan bagaimana perasaan awak terhadap dia?" tanya Renee lg. Bella mengeluh, dia memandang ke arah lain. Bella berasa kurang selesa berbincang hal begini dgn ibunya sungguhpun dia menyayangi ibunya. "Sy mmg sgt tergilakan dia," akui Bella, jawapan biasa bagi remaja yg baru pertama kali memiliki teman lelaki.  "Baiklah, dia mmg nampaknya baik, dan oh tuhan, dia mmg sgt2 kacak orgnya, tp awak masih terlalu muda, Bella..." suara ibunya spt x begitu yakin, seolah2 buat pertama kalinya ibunya menggunakan 'kuasa penjaga' sama spt dia berusia 8 tahun dulu. "Sy tahu, ibu. Jgn risau ttgnya. Ia hanyalah cinta monyet,"  Bella cuba menenangkan ibunya. "Betul tu," ibunya bersetuju.

Kemudian Renee mengeluh & memandang ke arah jam dinding. "Ibu dh nk pergi ke?" Renee menggigit bibirnya & berkata, " Phil sepatutnya memanggil ibu sekejap lg... Ibu x menyangka pula awak akan tersedar hari ni.."  "X mengapa, ibu," Bella cuba menyingkirkan rasa bersalah ibunya. "Sy x berseorang di sini."  "Ibu akan kembali semula ke sini secpt yg mungkin. Ibu dh beberapa hari tidur di sini, tahu," ujar ibunya, berbangga.  "Oh ibu x perlu susah2 mcm tu. Ibu boleh tidur di rumah - sy x akan perasan pun," juar Bella. Kemudian dia terasa sedikit pening, kesan ubat penahan sakit dan juga sbb dia telah tidur utk beberapa hari.  "Ibu takut sbb di kawasan rumah blaku kejadian jenayah baru2 ni," ujar ibunya memaklumkan. "Jenayah?" tanya Bella dgn rasa tkejut. "Ada org menceroboh masuk ke studio tarian berhampiran rumah & membakarnya, x ada apa yg tinggal. Mereka turut meninggalkan sebuah kereta curi di kawasan dpn. Awak masih ingat lg studio tpt awak belajar menari dulu, syg?" Renee menerangkan. "Ya, sy masih ingat lg," ujar Bella, dia terasa spt menggeletar.  "Ibu boleh saja temankan awak, syg, kalo2 awak perlukan ibu," Renee menawarkan diri. "X mengapa ibu, sy ok. Lgpun Edward ada temankan sy," ujar Bella.

Jwpn Bella itu membuatkan Renee spt ada alasan kenapa dia patut tinggal di situ.  "Ibu akan kembali lg mlm ni," ujarnya seolah2 spt amaran dan juga janji, sambil dia mengerling ke arah Edward. "Sy sygkan ibu," ujar Bella. "Ibu juga sygkan awak, Bella. Bila awak berjalan, berhati2 ya syg. Ibu x mahu kehilangan awak," ibunya mengingatkan. Mata Edward masih terpejam, namun pd wajahnya jelas  spt dia sdg tersenyum lebar . Seorang jururawat masuk ke situ & sibuk memeriksa semua tiub & wayar pd Bella. Renee mengucup dahi Bella, menepuk2 perlahan tangan Bella yg berbalut, dan kemudian dia pun keluar dari bilik itu.

-bersambung-
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 07:55 AM | Show all posts
Reply 1524# cheesepastry

errrkk...kalau pregnant tak bleh tengok twilight ke??? mesti hubby u takut baby terkenan edward kihkihkihkih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 09:05 AM | Show all posts
Reply 1526# leon_mclaren78

aah..aku pn slalu dload kat torrent je..senang..tapi kalau cam muvi obersi kena tggu lame sket la baru clear..HD version heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 09:08 AM | Show all posts
Reply 1527# leon_mclaren78

huhuhuhu....tochey...tochey...panjang gila kan part nih..dlm muvi brape minit je pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 05:11 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

aah..aku pn slalu dload kat torrent je..senang..tapi kalau cam muvi obersi ...
afira Post at 25-4-2012 09:05


Skrg ai tgh gigih mendonlot muvi2 kartun yg blum ada kesempatan nk donlot...

Btw OST muvi Twilight sampai BD pun ai donlot kat torrent jah.
Buat ms ni ai slalu layan OST BD... besh esp. lagu It Will Rain by Bruno Mars (walopun kat lirik ada wording yg x brape sesuwai)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 05:20 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

huhuhuhu....tochey...tochey...panjang gila kan part nih..dlm muvi brape mi ...
afira Post at 25-4-2012 09:08


mmg panjang pun... pasni sambung blk scene Bella-Edward.

Nnt mlm ni nk try translate lg... itupun kalo x nagantuk la... hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 1531# leon_mclaren78

bleh tak ko bagi aku senarai ost BD...aku nk dload..hihihihihi macehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:39 AM | Show all posts
Reply 1532# leon_mclaren78

heheheheh..takpe2...part prom tuh best..mesti secret admirers bella bengkek jerk kan...diorg ajak bella bagi alasan memacam tetiba bleh datang ngan edward
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 04:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 26-4-2012 16:53
Reply  leon_mclaren78

bleh tak ko bagi aku senarai ost BD...aku nk dload..hihihihihi macehhhh
afira Post at 26-4-2012 09:36


nah.... sila cari! hehe... btw aku paling suka OST yg ni sbb ada byk gak lagu yg aku suka, tp paling suka "It Will Rain" la... best gilos... aku dgr ulang2 sambil membygkan suasana dlm utan masa sunset...bleh?!!



1. The Joy Formidable, "Endtapes"
2. Angus & Julia Stone, "Love Will Take You"
3. Bruno Mars, "It Will Rain
4. Sleeping At Last, "Turning Page"
5. The Features, "From Now On"
6. Christina Perri, "A Thousand Years"
7. Theophilus London, "Neighbors"
8. The Belle Brigade, "I Didn't Mean It"
9. Noisettes, "Sister Rosetta" (2011 Version)
10. Cider Sky, "Northern Lights"
11. Iron & Wine, "Flightless Bird, American Mouth" (Wedding Version)
12. Imperial Mammoth, "Requiem On Water"
13. Aqualung & Lucy Schwartz, "Cold"
14. Mia Maestro, "Llovera"
15. Carter Burwell, "Love Death Birth"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2012 04:53 PM | Show all posts
Reply  leon_mclaren78

heheheheh..takpe2...part prom tuh best..mesti secret admirers bella bengke ...
afira Post at 26-4-2012 09:39


haha... si Tayler paling bengkek sbb dia dh siap2 dtg umah Bella.
Pastu Edward dgn sopan santun g tepon bgtau Bella x akan kuar dgn sape2 kecuali dgn dia jah!
Kejam gak Edward ni khennn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2012 11:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 27-4-2012 14:20

sambungan CHAPTER 24 : "An Impasse"

Jururawat tsebut memeriksa kertas yang merekod kadar denyutan jantung Bella daripada monitor itu. “Awak rasa ada berasa panik ke td? Rekod denyutan jantung awak ni. Nampak mcm tinggi di sini,” ujarnya.  “Sy okey saja,” Bella meyakinkan. “Sy akan bgtau jururawat berdaftar yg menjaga awak yg awak dh pun sedar. Sekejap lg dia akan dtg jumpa awak,” ujar jururawat itu lg. Sebaik saja jururawat tsebut menutup pintu bilik, Edward telahpun berada di sisi Bella. “Awak mencuri sebuah kereta?” tanya Bella sambil mengangkat keningnya. Edward tersenyum & wajahnya x menunjukkan rasa bsalah. "Kereta tu mmg bagus, sgt laju," ujarnya. "Mcm mana dgn tidur awak td?" Bella btanya lg. "Menarik," jwb Edward, mengecilkan matanya. "Apa?" Bella kurang mengerti maksud Edward. Sambil memandang lantai, Edward menjawab, "Sy agak tkejut. Sy fikirkan ttg Florida & ibu awak... sy ingat itu yg awak mahukan," Bella merenung ke arah Edward dgn rasa keliru.  "Tp awak akan terperap sepanjang hari di dlm rumah kalo berada di Florida. Awak hanya boleh keluar pd waktu mlm, x ubah spt vampire yg sebenar," ujar Bella. Edward hampir tersenyum mendengar jwpn Bella, tp kemudian wajahnya sedikit muram.  "Sy akan tinggal di Forks, Bella. Ataupun ke tpt yg sama mcm Forks," Edward menerangkan dan menyambung lg, "Suatu tpt di mana sy x perlu lg menyakiti awak."

Bella masih lg keliru pd mulanya.  Dia masih merenung Edward, dgn setiap patah perkataan yg terbit dari mulut Edward bagaikan suatu yg menakutkan Bella. Dia berasa degupan jantungnya semakin laju, diikuti nafasnya, menyebabkan Bella berasa sakit pd bahagian rusuknya yg cedera.  Edward tidak bkata apa2 lg; dia hanya memandang wajah Bella yg nampak spt di dlm kesakitan - tp bkn sakit kerana tulang2nya yg patah, sebaliknya sakit yg teramat sgt bagaikan menusuk hatinya. Kemudian seorang lg jururawat berjalan masuk ke bilik tersebut. Edward masih duduk di situ x berganjak sewaktu jururawat tsebut memandang ekspresi wajah Bella sebelum dia menoleh ke arah monitor. "Dh tiba masanya utk melegakan kesakitan, ya syg?" jururawat tsebut bertanya dgn mesra sambil menepuk beg IV yg tergantung. "Jangan, jangan," ujar Bella sambil cuba menyembunyikan kesedihannya di dlm suaranya.  "Sy x perlukan apa2," ujarnya lg sambil memejamkan matanya. "Jgn memaksa diri, syg. Lebih baik kalo awak x berasa tertekan; awak perlu berehat." Jururawat tsebut menanti, tetapi Bella menggeleng2kan kepalanya. "Okey," jururawat tsebut mengeluh & dia menyambung lg, "Tekan butang utk panggil jururawat bila awak dh bersedia." Dia memandang Edward dgn pandangan yg tegas dan kemudian memandang ke arah monitor dgn pandangan yg cemas sebelum meninggalkan bilik itu.

Tgn Edward yg dingin telahpun berada pd wajah Bella; Bella masih memandang Edward dgn ekspresi yg cemas. "Shhh, btenang, Bella," ujar Edward. "Jgn tinggalkan sy," Bella merayu dlm suara yg sedih.  "Sy x akan buat mcm tu," janji Edward. "Skrg awak bertenang sebelum sy panggil jururawat utk tidurkan awak," ujarnya lg. Tp Bella x dpt btenang. "Bella, sy a akan pergi ke mana2. Sy akan berada di sini selama mana awak perlukan sy," ujar Edward dgn wajah yg bimbang. "Awak bersumpah yg awak x akan tinggalkan sy?" bisik Bella sambil cuba mengawal esakan yg menyakitkan tulang rusuknya. Edward meletakkan sebelah lg tangannya pd wajah Bella & mendekatkan wajahnya dgn wajah Bella. Edward dgn wajah serius bkata, "Sy bersumpah." Aroma nafas Edward membuatkan Bella terasa lega, seolah2 menghilangkan kesakitannya.  Kemudian Bella dgn perlahan2 membiarkan badannya berada dlm keadaan relaks dan rekod degupan jantungnya pd monitor kembali normal. Mata Edward nampak gelap, hampir2 berwarna hitam pd hari ini berbanding warna keemasan sebelumnya. "Rasa lebih baik?" tanya Edward. "Ya," ujar Bella, berhati2. Edward menggeleng2kan kepalanya sambil mengomel sendirian tanpa dpt difahami Bella. Namun Bella dpt menangkap satu perkataan 'reaksi keterlaluan'. "Kenapa awak ckp mcm tu?" bisik Bella, cuba mengawal agar suaranya x bergetar. Dia menyambung lg, "Adakah awak dh jemu menyelamatkan sy pd setiap masa? Awak nk sy pergi jauh dari awak ke?"   "Bukan, sy x mahu berjauhan dgn awak, Bella, dh tentu tidak. Jgn fikir yg bukan2. Dan sy pun x ada masalah nk selamatkan awak, sama ada - jika ia bukan sy yg menyebabkan awak berada dlm bahaya... sy yg menyebabkan awak berada di sini," ujar Edward.

"Ya, awaklah penyebabnya. Penyebab sy berada di sini - masih hidup," jwb Bella.  "Tak juga, awak dlm keadaan dibaluti dgn kain dan plaster, dan susah utk bgerak," bisik Edward. "Sy bkn merujuk kpd pengalaman hampir-mati sy. Sy fikirkan yg sebaliknya. Jika bkn kerana awak, dh tentu skrg sy dh ditanam di kawasan perkuburan di Forks," ujar Bella lg, x bersetuju dgn Edward. Edward hanya terkebil2 mendengar kata2 Bella, namun matanya jelas menunjukkan dia diburu rasa bsalah. "Itu bukan bahagian yg paling teruk sebenarnya," bisik Edward lg tanpa menghiraukan kata2 Bella. "Sy x sanggup melihat keadaan awak masa di atas lantai tu... lemah & cedera." Suara Edward bagaikan tsekat dikerongkongnya. Kemudian dia menyambung lg, "X sanggup fikirkan yg sy telah tlambat, ataupun mendengar suara awak menjerit kesakitan - semua ingatan yg x mungkin akan dilupakan utk seluruh hidup sy selamanya. Bukan, rasa yg paling teruk ialah bila dapati yg sy x dpt berhenti. Sy percaya yg sy boleh membunuh awak dgn tgn sy sendiri."  "Tp awak x buat mcm tu kan," ujar Bella. "Sy boleh lakukannya. Mudah saja," ujar Edward lg. Bella sedar yg dia perlu terus bertenang... tp Edward pula sedang berperang dgn dirinya utk meninggalkan Bella, rasa panik spt merebak ke dlm paru2nya, seolah2 cuba utk keluar dari situ. "Bjanjilah dgn sy," bisik Bella. "Apa?" Edward btanya. "Awak tahu apa yg sy maksudkan," ujar Bella dgn rasa agak berang.  Dia geram sbb Edward begitu degil & asyik bfikiran negatif. Edward mengerti dari perubahan nada suara Bella. "Sy x sanggup nk berjauhan lg dgn awak, jadi awak akan dpt apa yg awak mahukan... x kira ia boleh membunuh awak atau x," ujar Edward dgn nada yg keras. "Bagus," ujar Bella. Namun Bella sedar yg Edward x mahu bjanji. Rasa panik kembali terbit dlm dirinya & dia spt x dpt mengawal kemarahannya terhadap Edward. "Awak kena beritahu sy mcm mana awak boleh hentikannya... skrg sy nk tahu kenapa," pinta Bella. "Kenapa?" Edward mengulangi pertanyaan Bella. "Kenapa awak lakukannya. Kenapa awak x biarkan saja racun tu merebak. Kalo x skrg ni tentu sy dh jd sama mcm awak," ujar Bella lg.

Mata Edward kelihatan telahpun berubah sepenuhnya ke warna hitam, dan Bella teringat yg Edward x mahu memberitahu apa2 kpd Bella mengenainya. Alice tentu sibuk dgn perkara yg dipelajarinya ttg dirinya sendiri sebelum ini... atau mungkin dia sgt berhati2 dgn apa yg difikirkannya ketika berada dkt dgn Edward - jelas sekali Edward x mengetahui yg Alice telah memberikan byk maklumat ttg vampire kpd Bella. Edward kelihatan agak terkejut dan kurang senang.  Lubang hidungnya dikembangkan, dan mulutnya kelihatan spt diperbuat drp batu. Edward nampaknya x akan memberikan jawapan, itu sudah cukup jelas. "Biar sy buat pengakuan dulu, sy x pernah ada apa2 pengalaman dlm hubungan sebelum ni," ujar Bella. "Tp dari segi logik.. seorang lelaki & wanita ada byk persamaan.. contohnya kalo salah seorang dari mereka x semestinya selalu dpt menyelamatkan pasangannya. Mereka kena saling menyelamatkan pasangan mereka," ujar Bella lg. Edward melipatkan kedua2 tangannya di atas tepi katil Bella & meletakkan dagunya di atas lengannya. Ekspresinya nampak lebih elok berbanding td. Malah Edward nampaknya langsung x marah kpd Bella. Bella berharap yg dia sempat memberi amaran kpd Alice sebelum Edward pergi bertemu Alice. "Awak dh selamatkan sy," ujar Edward perlahan. "Sy x semestinya sentiasa jd Lois Lane. Sy nk juga jd Superman," ujar Bella membantah. "Awak x faham apa yg sedang awak minta." Suara Edward lembut, dia memandang ke arah bucu sarung bantal Bella. "Sy rasa sy faham apa yg sy mahukan," ujar Bella lg. "Bella, awak x tahu. Sy dh fikirkan ttg perkara ni selama hampir 90 tahun, dan sy masih lg x pasti," ujar Edward.

"Awak berharap yg Carlisle x pernah selamatkan awak ke?" Bella meminta kepastian. "Bukan, sy x fikir pun mcm tu." Edward tdiam sejenak dan kemudian menyambung lg. "Tp hidup sy mmg dh hampir berakhir masa tu. Sy x korbankan apa2 pun." Bella menjawab, "Awak adalah hidup sy. Awak satu2nya perkara yg akan menyakitkan sy andaikata sy kehilangan awak." Bella mengucapkannya dgn bersungguh2 . Edward kelihatan sungguh tenang. Dia telah membuat keputusan. "Sy x boleh lakukannya, Bella. Sy x akan lakukannya ke atas awak," ujar Edward. "Kenapa tidak? Jgn bgtau sy yg ia sungguh sukar utk dilakukan. Selepas hari ini, atau sebenarnya beberapa yg lepas... mcm manapun, lps tu, x akan ada apa2 masalah pun," Bella masih bdegil. Edward mengerling ke arah Bella & berkata, "Mcm mana pula dgn kesakitan?" Bella kelihatan pucat. Dia x dpt nk mengelak kesakitan yg akan ditanggungnya. Tp dia cuba mengawal ekspresi wajahnya daripada menunjukkan yg dia masih ingat dgn jelas bagaimana rasa kesakitan yg ditanggungnya... seolah2 ada api yg membakar sarafnya. "Itu masalah sy. Sy akan tanggung," ujar Bella lg.

-bersambung-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2012 01:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 27-4-2012 14:40

...sambungan

CHAPTER 24 : "An Impasse"

"Mmg mudah bila awak rasa awak cukup berani utk buat keputusan yg x masuk akal," ujar Edward x bsetuju. "Itu bukan isunya. 3 hari saja. X akan ada apa2 pun," ujar Bella. Edward menyeringai apabila mendengar kata2 Bella, seolah2 Bella lebih mengetahui ttg perkara yg dia x mahu blaku ke atas Bella.  Bella hanya memandang Edward yg sedang cuba menahan kemarahannya & matanya kelihatan sdg membuat spekulasi.  "Mcm mana dgn Charlie? Renee?" tanya Edward. Bella x menjawab & dia cuba mencari jawapan yg sesuai. Dia membuka mulutnya utk menjawab, namun tiada suara yg dikeluarkannya. Bella menutup kembali mulutnya. Edward menanti, dan ekspresi wajahnya kelihatan berpuas hati kerana dia tahu Bella x akan mampu memberikan jawapan.  "Dengar sini, itu juga bukan satu isu," Bella akhirnya bersuara; nada suaranya spt x yakin & dia selalu akan begitu setiap kali dia mahu berbohong. "Renee selalu buat keputusan yg betul utk dirinya - dia juga mahu sy buat perkara yg sama. Dan Charlie dh biasa hidup sendirian selama ni. Sy x akan dpt menjaga mereka selama2nya. Sy juga ada kehidupan sy sendiri," ujar Bella lg.  "Dh tentu, dan sy x akan biarkan hidup awak tu berakhir," ujar Edward membantah. "Kalo awak menunggu utk sy berada dlm keadaan nazak, sy nk bgtau awak, skrg sy dh pun berada dlm keadaan itu!" ujar Bella, masih x mahu mengalah. "Awak akan sembuh," ujar Edward sambil tersenyum.

Bella menarik nafas dlm2 utk menenangkan diri sendiri, tanpa mempedulikan rasa sakit di bahagian rusuknya. Dia merenung ke arah Edward, dan Edward juga membalasnya.  Tiada kompromi pd wajah Edward. "Tak. Sy x akan sembuh." ujar Bella. Edward mengerutkan dahinya & berkata, "Dh tentu awak akan sembuh. Mungkin awak akan ada satu atau dua parut.."   "Awak salah, sy akan mati," Bella masih x mahu mengalah. "Betul, Bella. Awak akan keluar dari sini dlm masa beberapa hari lg. Paling lewat pun 2 minggu," jelas Edward. Bella mengerling ke arah Edward. "Sy mungkin x akan mati skrg... tp sy mungkin akan mati pd masa yg lain. Setiap minit, kematian semakin hampir. Dan sy akan menjadi tua." Edward menarik muka bila mendengar kata2 Bella.  Dia menekan jari-jemarinya yg panjang ke dahinya dan memejamkan matanya. "Itulah yg sepatutnya berlaku. Bagaimana ia sepatutnya berlaku. Bagaimana ia akan blaku jika sy x wujud - dan sy x sepatutnya wujud," ujar Edward. Bella mendengus.   Edward membuka matanya dlm keadaan tkejut. "Bodoh betul. Ia sama seolah2 pergi jumpa seorang yg baru menang loteri, ambil duit daripadanya, dan ckp 'tengok sini, awak patut kembali ke keadaan yg asal sptmana yg sepatutnya awak lalui. Lebih elok mcm tu.' Sy x mahu buat mcm tu," ujar Bella. "Sy bukannya hadian loteri," ujar Edward, sedikit marah.  "Betul. Awak jauh lebih bagus dari itu," Bella bersetuju. Edward memusingkan matanya & bsuara, "Bella, kita x perlu bincang perkara ni lg. Sy x mahu menyumpah awak sepanjang mlm dan cukuplah setakat ini saja," pinta Edward. "Kalo awak fikir ini saja penghabisannya, awak belum cukup kenal sy lg. Awak bukan satu2nya vampire yg sy kenal," Bella spt memberi amaran. Mata Edward kembali menjadi warna hitam. "Alice x akan berani lakukannya," ujar Edward.

Utk beberapa ketika Edward kelihatan sungguh menakutkan, dan Bella x dpt menafikan yg dia percayakan kata2 Edward itu - dia x dpt bygkan ada sesiapa yg berani utk memintas Edward. "Alice dh nampak, bukan? Sbb tu kata2 Alice membuatkan awak kecewa. Dia tahu yg sy akan jd spt awak... suatu hari nnt."   "Dia salah. Dia juga nampak awak dh mati, tp ia x blaku pun," Edward x bersetuju. "Awak x akan dpt halang sy dari percaya dgn Alice," ujar Bella lg. Mereka saling merenung antara satu dgn lain utk suatu jangkamasa yg agak lama.  Suasana menjadi sunyi, kecuali yg kedengaran hanyalah bunyi mesin2 di situ dan jarum jam yg berdetik pd dinding. Akhirnya ekspresi wajah Edward berubah menjadi lembut. "Jadi apa keputusan yg dicapai?" Bella bertanya. Edward tersenyum, "Sy rasa inilah yg org panggil jalan buntu." Bella mengeluh, "Aduh!" Bella mengaduh sakit. "Awak rasa mcm mana?" tanya Edward sambil matanya mengerling ke arah butang utk memanggil jururawat. "Sy okey," Bella cuba berbohong. "Sy x percaya," ujar Edward lembut. "Sy x mahu tidur kembali," Bella membantah. "Awak perlu berehat. Berdebat mcm ni x elok utk awak," Edward cuba memujuk. "Jadi, awak kena mengalah," Bella cuba mengumpan. " Percubaan yg bagus," ujar Edward sambil mencapai butang tersebut.  "Jangan!" teriak Bella. Edward x mempedulikan Bella. "Ya?" kedengaran suara pd alat pembesar suara di dinding. "Sy rasa kita dh boleh berikan ubat penahan sakit tu," ujar Edward dgn tenang. "Sy akan hantar jururawat," suara tersebut kedengaran bosan. "Sy x akan ambil ubat tu," tegas Bella. Edward memandang ke arah beg yg berisi air yg tergantung di tepi katil Bella. "Sy x fikir mereka akan suruh awak telan apa2," ujar Edward.

Kadar denyutan jantung Bella kembali naik. Edward dpt membaca ketakutan di dlm mata Bella, dan dia mengeluh dlm kekecewaan. "Bella, awak dlm kesakitan. Awak perlu berehat, jd awak boleh sembuh. Kenapa awak ni begitu rumit? Mereka x akan cucuk awak dgn jarum skrg ni pun," ujar Edward. "Sy bukan takutkan jarum, tp sy takut nk pejamkan mata sy," ujar Bella. Kemudian Edward tersenyum, dan dia memegang wajah Bella dgn kedua2 tangannya & berkata, "Sy dh bgtau awak yg sy x akan ke mana. Jgn takut. Selagi boleh buatkan awak rasa gembira, sy akan ada di sini," Edward memujuk. Bella tersenyum kembali tanpa mempedulikan kesakitan pd pipinya & dia berkata, "Awak maksudkan utk selama2nya, tahu."   "Oh, awak dh tersalah faham ni - bukan ke semua ni hanya cinta monyet," ujar Edward.  Bella menggeleng2kan kepalanya bagai x percaya - kemudian dia terasa pening. "Sy percaya bila ibu sy percayakannya. Sy tahu awak lebih tahu pasal ni," ujar Bella lg. "Itulah perkara yg indah bila menjadi manusia. Boleh berubah," ujar Edward. Bella mengecilkan matanya & berkata, "Jgn tahan nafas awak." Edward ketawa bila jururawat masuk ke bilik, membawa picagari bersama2nya. "Maafkan sy," jururawat tersebut berkata kpd Edward. Edward segera bangun & berjalan ke arah hujung bilik.  Mata Bella x lepas memandang ke arah Edward. Pandangan mata Bella bertemu dgn pandangan mata Edward yg tenang.

"Sy masukkan skrg, ya" jururawat tersebut memaklumkan sambil tersenyum & menyuntik ubat di dlm picagari tersebut ke dlm tiub Bella. "Awak akan rasa lebih lega skrg," ujarnya. "Terima kasih," ujar Bella. Ia x mengambil masa yg lama. Bella mula berasa mengantuk, serta-merta kelopak mata Bella tertutup.  Jururawat tersebut tentunya telah keluar dari bilik itu bila Bella terasa sesuatu yg dingin menyentuh wajahnya. "Jgn ke mana2," ujar Bella dlm suara yg kurang jelas. "Sy akan tunggu di sini," janji Edward. Suara Edward begitu indah, bagaikan suatu dodoian. "Spt yg sy kata, selagi boleh buat awak gembira, selagi ia terbaik utk awak," ujar Edward lg. Bella cuba menganggukkan kepalanya, tp dia terasa sungguh berat. "Itu x sama," Bella masih cuba utk bckp. Edward ketawa & berkata, "Jgn risau ttg semua tu skrg Bella. Awak boleh bgaduh dgn sy lg nnt bila awak dh bangun." Bella tersenyum & berkata, "Okey." Dia dpt merasakan bibir Edward pd telinganya. "Sy cintakan awak," bisik Edward. "Sy pun, " jawab Bella. "Sy tahu," Edward ketawa perlahan. Bella memusingkan kepalanya mencari Edward. Edward seakan faham apa yg dicari Bella. Bibirnya menyentuh bibir Bella dgn lembut.  "Terima kasih," ucap Bella, mengeluh. "Bila2 masa saja," jwb Edward. Bella sudah semakin hampir x sedar, tp dia masih mahu memberitahu Edward sesuatu. "Edward?" Bella bersusah payah menyebut nama Edward dgn jelas. "Ya?"   "Sy percayakan Alice," ujar Bella. Dan kemudian Bella terus terlena.

-end of chapter 24-
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 02:36 AM | Show all posts
Reply 1526# leon_mclaren78

Torrent da byk kali install tp tak reti2 nak guna
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2012 02:39 AM | Show all posts
Reply 1528# afira

Yelah kot takut tekenan edward.
Spanjang preknen bole layan oasis n alhijrah je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.102645 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list