laki jiran tu tgr ai
dia ckp M msia
lgpun klu both indon mn bole dpt rmh PPR logik gak... tapi kan ai ada baca tau
kalau lelaki M kawen dengan perempuan Indon
anak dia akan ikut warganegara mak nya
bukan ikut warganegara bapak
PENDAFTARAN ANAK 1.Saya ialah warganegara Malaysia dan telah berkahwin dengan isteri saya yang merupakan warganegara Indonesia. Bagaimanakah saya ingin mendaftarkan kelahiran anak saya? Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Konsulat melalui emel [email protected] dan disalinkan ke emel [email protected]. Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 3 hari sebelum temujanji) dan hadir ke Konsulat (ibu, bapa dan anak) dengan membawa dokumen-dokumen berikut: (i) Mengisi formulir/ Borang D (Borang Permohonan Daftar Kelahiran Luar Negara) yang diperolehi di Konsulat (ii) Akta Kelahiran anak yang dikeluarkan oleh Kantor Catatan Sipil Indonesia (iii) IC Malaysia / KTP asli bagi kedua-dua Ibu Bapa & 1 salinan (kertas A4) (iv) Sijil Lahir Ibu dan Bapa & 1 salinan (kertas A4) (v) Sijil Perkahwinan / Surat Nikah yang telah di daftar mengikut perundangan Malaysia (vi) Pasport asli bagi kedua-dua Ibu Bapa & 1 salinan (kertas A4) (vii) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 6 keping iaitu latar belakang biru langit dan 1 keping gambar penuh/ tampak seluruh badan (full body) ukuran poskad (4R) (viii) Bayaran Pendaftaran anak berjumlah RM 30.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa) (ix) Isi/ lengkapkan Borang Sijil Perakuan Cemas/ Emergency Certificate (SPC/EC) (x) Bayaran SPC/EC (RM 50.00) Setelah dokumen lengkap diperolehi, Konsulat akan mengeluarkan borang H kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa sebelum satu (1) tahun dari kelahiran anak.
|