Kredits; Zonartis.com
(Tahniah!) Mila Jirin Berjaya Ke Pertandingan Akhir Open Mic UK 2010

Dalam diam, rupa-rupanya Mila Jirin yang juga merupakan juara Akademi Fantasia musim ke-5 telah menyertai satu ujibakat pertandingan Open MIC UK 2010 yang diadakan di New Castle, United Kingdom baru-baru ini (tarikh tepat tidak diketahui).
Mungkin Mila sekadar ingin mencuba nasib namun siapa sangka percubaan’nya itu membuahkan hasil apabila dia telah berjaya melepasi peringkat saringan sekaligus membawanya ke final yang akan diadakan di Tyne Theater, New Castle, United Kingdom pada 3 Oktober nanti.
So, tahniah kami ucapkan kepada Mila kerana berjaya ke peringkat akhir. Semoga Mila dapat membuat yang terbaik pada final nanti. Kalau menang, bolehlah naikkan semula saham. Maklumlah, nama Mila pun dah suam-suam kuku sekarang ni. Hee.. Kat bawah ni lagu yang dinyanyikan oleh Mila semasa sesi ujibakat tu. Boleh tahan jugalah. Patut la layak ke peringkat akhir. Jom layan.
Berikut beberapa gambar Mila semasa dia berada kat UK tu. Kalau rasa nak nengok, teruskan. Kalau tak, we all tak kisah pun. Hehehee.. 






P/s...sori tak reti nak upload vc |