|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
adakah zeeta? siapa lg watak wanita dalam cite ni TT? dh lupalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2015 04:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-8-2015 07:06 PM
Sayu saat menatap wajah sahabat baiknya. Hampir saja Azim menitiskan air mata melihat keadaan Zack. Merana kehilangan cinta. Kumis dan jambang tumbuh melata. Zack tampak serabut.
"Zack.. Ini kad jemputan perkahwinan aku.. Datanglah.."
Azim meyakini cinta terhadap Jie sudah lama terkubur seiring dengan kematian Jie. Enggan melepaskan peluang hidup bahagia, Azim tekad menyunting Juwita sebagai suri. Berharap rumahtangga bakal diterajui bersama berkekalan hingga ke akhir hayat.
Juwita jua kini sudah berubah ke arah kebaikan. Melengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Azim senang dengan perubahan Juwita.
Demi cinta pada Juwita, Azim berusaha belajar menjadi lelaki soleh. Berharap bisa menjadi ketua keluarga sempurna buat bakal isteri dan anak anak. Insya Allah.
Segala kejahatan lampau sudah Azim tinggalkan jauh. Biarlah dosa semalam menjadi pengajaran.
Selain itu, Azim juga redha andai ditakdirkan Shahrul sudah tiada dimuka bumi. Biarpun kematian abangnya tanpa nesan. Segala usaha menjejaki Shahrul menemui jalan buntu.
Malah, tunangan Shahrul juga sedang berjuang menerima kenyataan bahawa Shahrul sudah pergi menemui penciptanya. Masih setia mengharap Shahrul akan kembali.
Zack mengukir senyum. Berpaling ke arah kerusi disebelah.
"Baby.. you ikut I pergi majlis Azim tau.. Dah lama kita tak makan nasi minyak, kan?"
Azim terpaku melihat Zack berbicara dan tersenyum seorang diri.
"Kalau tak ada halangan aku dengan Najiha sampailah majlis kau.."
"Zack.. Najiha kan dah..."
Azim ingin berbicara sesuatu tetapi tersekat di rongga kerongkong.
Memeluk erat tubuh kawan karibnya. Sebak. Tanpa sedar air mata menitis menangisi tingkah Zack.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2015 04:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
miznieda replied at 10-8-2015 04:26 PM
bile ending ni u...ari2 tggu update...
i rase mcm ku iz je dalang nyer...
kn?
Haha.. Kita CSI sama sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2015 04:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-8-2015 04:35 PM
adakah zeeta? siapa lg watak wanita dalam cite ni TT? dh lupalah...
Zeeta? Tak lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
update byk ckit mlm ni yer...
esok i nk baca...hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2015 05:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
miznieda replied at 10-8-2015 04:54 PM
update byk ckit mlm ni yer...
esok i nk baca...hahaha
Insya Allah.. thanks for following |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ya TT? kena refresh dulu... start from the beginning lah nampaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 13-8-2015 06:16 AM
Zulkarnain yakin Viana akan teruja mendengar hasil penemuan terbaru penyiasatan yang dijalankan.
Meski ujian forensik membuktikan mayat wanita ditemui dalam gaung adalah Jie, namun Zulkarnain yakin nalurinya benar. Ada kemungkinan wujud musuh mahu membuat Jie seperti sudah mati. Motif berbuat begitu, harus dikaji semula.
Justeru, mencipta penipuan untuk mengelirukan semua pihak. Zulkarnain tahu duit memungkinkan segala terjadi.
Masakan tidak, Azim dulu pernah disangka mati rupa rupanya masih bernyawa hingga kini.
"Sorry Zul.. I dari Villa Safiah melawat Zack dan Ray tadi.. Anyway dah lama ke you tunggu I?"
Viana terus mengambil tempat duduk bersebelahan Zulkarnain. Berulang alik dari Villa Safiah ke rumah Mommy memang memenatkan. Menghadap kesesakan lalu lintas.
"Tak apa ! Sementara tunggu you bolehlah I main dengan Danny dan Daryl. Kesian mereka.."
Zulkarnain simpati melihat si kembar. Terabai dari kasih sayang Daddy sendiri. Zack masih leka menangisi kepergian isteri tercinta.
"Tulah Zul ! Zack pun dah macam sasau I tengok.. Lembik !"
Meluahkan perasaan geram terhadap adik iparnya. Viana bengang dengan Zack.
"Dia cintakan adik you sangat."
Zulkarnain bukan ingin membela Zack. Sekadar menyatakan pendapat yang terbuku. Jelas Zack terlalu sayangkan Jie.
"Kalau Zack betul betul cintakan Jie, dia kena kuat ! Cari siapa dalang disebalik semua ini ! Balas dendam !"
Tak ada angin ribut Zulkarnain terpaksa menadah telinga mendengar bebelan Viana.
"Itu biar I yang buat ! Sesiapapun dalangnya, I akan pastikan mereka mati ditali gantung !"
Giliran Zulkarnain pula emosi.
"No !" Viana segera membantah.
"I nak pengkhianat itu mati ditangan I !" Mata Viana bercahaya dendam. Tekad untuk menghabiskan riwayat pembunuh adiknya.
"We will do it together then !"
Zulkarnain sudah lama bersabar untuk mencari tahu penjahat sebenar. Nampaknya usaha berbulan kian menampakkan hasil.
"I dah jumpa lokasi kereta Subaru milik Shahrul. Dah remuk tapi no plat masih ada. Confirmed itulah kereta Shahrul pandu masa hari mereka hilang.."
Zulkarnain senyum sendiri. Usai berjaya menjejaki Shahrul barulah mudah untuk membongkar segala rahsia.
Viana makin berminat untuk tahu. Merenung Zulkarnain untuk penjelasan lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akan tahu jugak kak.. I cuba update ASAP.. jangan pening.. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehehehehe... saja memeningkan diri sendiri sekejap... too complicated to think
|
|
|
|
|
|
|
|
Pls dun la.. We read for fun.. So enjoy !!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-8-2015 06:55 PM
Kehadiran Ku Iz tidak memberi sebarang perubahan buat Zack. Berbuih mulut memberi nasihat.
Ternyata cinta Zack pada Jie terlalu dalam. Tiga bulan Zack leka dalam dunia sendiri. Sedikit sebanyak Ku Iz tersentuh melihat sepupunya menderita.
"Zack.. Najiha dah mati.. Tolonglah terima kenyataan ! Kalau kau tak sayangkan diri kau, fikirkan anak anak kau ! Sekurang kurangnya Najiha tak tinggalkan kau sendirian ! Danny dan Daryl tanda cinta kau dan dia.."
"Baby, I tak fahamlah kenapa semua orang kata you dah mati?!" Zack mengeluh.
"Iz, kau tak nampak ke Najiha tengah duduk sebelah aku ni? Kau dah buta agaknya..." Serentak itu, Zack tertawa berdekah dekah. Memeluk bantal disisi.
"Bukan aku yang buta tapi kau !! Sampai bila kau nak jadi bangkai bernyawa macam ni?! Hidup dalam kegilaan kau ?!"
Ku Iz gagal menahan diri. Menghambur kata kata sesuka hati. Benci melihat Zack dalam keadaan tak bermaya.
"Iz.. Mama Long tak suka kamu cakap macam tu dengan Zaf. Kamu tak rasa apa yang dia rasa !!"
Tengku Safiah terpaksa masuk campur.
Ku Iz agak keterlaluan ! Sudahlah Zack masih rapuh. Bimbang Zack menjadi bertambah parah. Lagi sukar dipulihkan.
"Mama Long nak tau tak? Anak lelaki Mama Long ni lemah ! Sekurang kurangnya Zack dan Ray dapat hidup dengan Najiha ! Pernah tempuh saat bahagia berdua.. Tapi Iz?! Iz tak diberi peluang tu !" Ku Iz sebak. Tak semena.
"Iz balik dulu !"
Ku Iz takut terlajak kata sehingga menyakiti hati Tengku Safiah. Berlalu pergi lebih baik.
Tengku Safiah mengalirkan air mata. Perasaan berbaur. Sedih mengenang Zack dan terpukul mendengar kata kata Ku Iz.
"Mama jangan sedih.. Zaf sayang Mama !"
Zack bangun mengesat air mata di pipi Tengku Safiah.
"Zaf janji dengan Mama lupakan Najiha.. Najiha dah tinggalkan kita, Zaf !"
Terdiam sejenak mendengar pujukan Mama. Zack tunduk merenung jauh.
Baby, I tahu you dah pergi tinggalkan I.. Tapi I masih tak puas hidup dengan you ! Dalam hati I, you masih ada menemani disisi sampai ke akhir hayat.. I love you forever.. Izinkan I untuk hidup diulit kenangan you selamanya..
Hati Zack berbisik sayu. Rindukan Jie dan saat indah berdua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana jie dgn shahrul ni TT? Huhuhuhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-8-2015 11:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 11-8-2015 12:17 AM
Ketukan kuat kedengaran dipintu. Kelam kabut Zarith Sofea bangkit dari lena untuk membuka. Sedari tadi menanti kepulangan suami tercinta sehingga tertidur di atas sofa. Takut Ku Iz kembali ke perangai lama. Sejak kebelakangan ini Ku Iz tampak banyak berubah. Hubungan mereka suami isteri kian dingin. Ku Iz gemar menyepikan diri.
Wajah Ku Iz terpacul disertai bau alkohol kuat sebaik saja pintu terbuka. Hampir muntah Zarith Sofea mencium. Memapah Ku Iz yang terhuyung hayang berjalan.
Malangnya Ku Iz menepis tangan Zarith Sofea.
"Do not touch me ! Perempuan kotor macam kau tak layak sentuh aku !!" Membentak keras. Langkah longlai menuju ke tangga.
"Abang, ini Sofea !! Abang kenapa ni?!"
Nyaris Zarith Sofea mengalirkan air mata melihat tingkah Ku Iz. Sedih.
"Sofea.. Sofea..!"
Ku Iz berbicara merapu. Kadang meleret. Mencaci cerca isterinya sesuka hati. Meluahkan segala terbuku dijiwa tanpa sedar.
Zarith Sofea menapak ke belakang. Sukar percaya ucapan nista keluar dari mulut Ku Iz. Berlari menuju ke bilik.
Pantas menghumban diri di atas katil lalu menyembam muka di bantal. Menangis pilu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 11-8-2015 03:01 AM
Kepala Ku Iz terasa berat. Berpinar pinar. Membuka mata perlahan lahan dan memaksa kaki untuk melangkah bangun. Membelek jam Tissot dipergelangan tangan kanan. Tepat pukul 10 pagi.
Malas untuk masuk ke pejabat. Menitip pesan kepada pembantu peribadinya supaya membatalkan semua mesyuarat dan hanya menghubungi jika berkenaan urusan penting.
"Abang dah bangun?"
Zarith Sofea menyapa mesra.
Peristiwa semalam dianggap seperti tidak pernah terjadi. Demi cinta pada sang suami, Zarith Sofea rela menjeruk perasaan sendiri.
"Abang ada out station dekat JB. Mungkin abang tak balik seminggu dua ini. You jaga diri dan anak anak." Lancar saja lidah menipu. Membohongi Zarith Sofea yang tulus cintakannya.
Ku Iz perlu masa untuk bersendiri.
Kepergian Jie bukan setakat membuat Zack dan Rayyan hidup celaru, Ku Iz juga turut menerima tempias. Cuma Ku Iz bijak mengaburi pandangan mata khalayak.
Bosan hidup dalam sandiwara. Hanya dirinya dan Tuhan saja tahu gelojak dalam jiwa. Hati seakan mati walau jasad masih bernyawa. Dunia kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 02:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-8-2015 07:10 PM
Mencintai tak seharusnya memiliki.. I cintakan you, Jiha.. Masih lagi you dalam hati I...
Zulkarnain membelek gambar Jie yang masih berada dalam simpanan telefon bimbit. Lebih lima tahun kenangan terpahat. Masih segar di ingatan.
Sejenak terkenang saat mereka menghabiskan masa menikmati musim luruh di Ohio.
Sebelum kewujudan Danish terbongkar. Zulkarnain kerap menghabiskan masa disamping Jie. Semuanya berjalan secara rahsia.
Kehangatan cinta walau mungkin hanya dirasakan oleh Zulkarnain seorang. Sedar Jie sekadar menerima lamarannya hanya kerana terhutang budi.
Namun, gurauan mesra itu masih kekal bersemadi hingga detik ini.
"Jiha.. Kalau kita ada anak nanti lepas kahwin, if baby girl, I nak namakan dia Nur Lisa... Nur Lisa Iskandar Zulkarnain.. Simple but nice !" Sambil Zulkarnain memeluk erat tubuh Jie yang berada disisi.
Jie dalam pelukannya hanya tersenyum senang. Mengangguk setuju.
"Padanlah you suruh I guna nama tu.. Berangan terlebihlah you ini !"
Berderaian tawa mereka berdua.
Jie tampak sangat menawan tika itu. Makin membuat diri dilamun cinta.
Seketika kemudian, Jie menggenggam erat tangan Zulkarnain yang melingkari tubuh. Mereka saling bertatapan wajah. Mata bertentang mata.
Lalu, berjanji sehidup semati. Bersumpah setia walau dipenghujungnya takdir menentukan jodoh mereka tiada.
Bahagia dirasakan Zulkarnain meski seketika cuma. Senyuman mekar dibibir. Kehadiran Ashraff tidak disedari.
"Jauhnya kau berkhayal, Zul !!"
Tepukan kuat terasa dibahu Zulkarnain. Terkejut dengan kemunculan Ashraff.
"Apa yang kau tengok dalam handphone kau ? Siap sengih sampai ke telinga?" Ashraff kepingin untuk tahu.
"Adalah.."
Zulkarnain enggan membuka rahsia diri. Bimbang disalah anggap.
"Suka hati kaulah, Zul !"
Ashraff malas bertanya lanjut. Faham dengan perangai Zulkarnain. Gemar berahsia.
"Anyway aku dah check dengan kawan aku dekat jabatan forensik. There is possibility the result of DNA test being compromised.. Mayat itu mungkin bukan anak Dato' Hanafi !"
Ashraff terus saja kepada tujuan utama pertemuan mereka. Zulkarnain meminta supaya Ashraff menolong menyemak semula keputusan DNA mayat Jie untuk memastikan kesahihannya.
Atas dasar setiakawan, Ashraff meminta kenalannya untuk membantu. Berjaya mendapatkan maklumat penting.
"Maksud kau?" Mata Zulkarnain bercahaya gembira.
"Based on record perubatan Najiha yang kau bagi pada aku, dia mengandung sekurang kurangnya 9 minggu pada tarikh kematian. Tapi DNA result indicated otherwise. Kau boleh suruh Dato' Hanafi minta permit untuk gali balik kubur Najiha for further confirmation. Kita boleh run lab test semula.."
Ashraff rasa itulah jalan penyelesaian terbaik. Temannya sudi membantu.
"Tak perlu Ashraff.."
Zulkarnain segera menolak.
"Aku yakin Najiha masih bernyawa."
Bukan setakat Zulkarnain malah Viana juga sependapat bahawa mayat itu tidak mungkin adalah Jie.
Hal ini kerana Viana mengatakan Jie memiliki tanda lahir di dada kiri. Walau mayat itu juga mempunyai tanda hampir mirip tetap tidak meyakinkan Viana.
Sebagai kakak, Viana lebih arif fizikal adiknya.
Nampak sama seperti Jie tetapi agak kontra. Memandangkan keadaan mayat juga agak mengerikan. Maka Viana sukar meneliti lanjut.
Malah, Dato' Hanafi dan Maznah juga endah tak endah. Hanya meratap tangis pemergian Jie.
Justeru, sesiapapun merancang semua ini pasti sangat mengenali Jie.
"Siapa Najiha pada kau, Zul?"
Sudah lama Ashraff ingin bertanya. Sejak dulu Zulkarnain dilihat seperti punya perasaan terhadap Najiha.
Pernah merawat Zack sewaktu koma membuatkan Ashraff mengenali Najiha. Wanita itu sudah pun bergelar isteri orang. Mustahil Zulkarnain tega bermain api.
Zulkarnain tersentak dengan soalan yang tak diduga.
"Dia antara orang penting dalam hidup aku !"
Cukuplah dengan jawapan itu. Berharap Ashraff berhenti bertanyakan soalan lanjut.
"Lebih penting dari isteri kau?"
Soalan cepu mas keluar dari bibir Ashraff. Sekali lagi.
Zulkarnain diam. Lidah kelu untuk menjawab.
"Of course isteri aku penting. Aku sayangkan Najiha dan aku cintakan Zeeta!" Memberi jawapan selamat.
Biarlah kisah rumahtangga mereka menjadi rahsia. Tiada siapa tahu mereka sudah lama duduk berasingan. Zeeta juga beriya menuntut diri diceraikan.
Barangkali kerana ingin mengambil peluang merebut cinta Zack semula lantaran kepergian Jie.
Malas ambil pusing, Zulkarnain menurut saja kehendak Zeeta. Agak sedih kerana sedikit sebanyak Zulkarnain cuba juga mencintai Zeeta sebagai seorang isteri.
"Terbalik tu ! Aku rasa kau cintakan Najiha tapi kau cuma sayangkan Zeeta sebab dia isteri kau.. Betul tak?"
Tekaan Ashraff memang mengena. Zulkarnain terpempan mendengar.
Baik Zulkarnain maupun Ashraff tidak menduga segala tindak tanduk dan perbualan mereka menjadi perhatian seseorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 11-8-2015 03:27 PM
Bab 65
Perut yang semakin membesar menyukarkan pergerakan Jie. Terpaksa melangkah pelahan memijak anak tangga lalu duduk diam disitu. Shahrul tiada bersama. Mengikut Pak Akub ke bendang.
Seronok agaknya bermain dengan lumpur. Jie senyum sendiri mengenang tingkah Shahrul.
Kadang kala Jie akan menemani Shahrul menghabiskan masa menikmati keindahan sawah padi diwaktu senggang. Berbual bicara berdua. Sehingga terlupa nasib malang mereka terdampar disini.
Hingga kini Jie gagal mengetahui lokasi mereka. Baik Mak Dara dan Pak Akub berdolak dalih ketika ditanya. Begitu juga dengan penduduk kampung lain.
Walaubagaimanapun, layanan mesra dan kasih sayang dari Pak Akub dan Mak Dara membuatkan Jie merasa bahagia. Pengubat rindu terhadap Mommy dan Daddy. Berharap suatu hari nanti mereka dapat bersua semula.
"Najiha.. I ada hadiah untuk you.."
Shahrul muncul dilaman sambil menggenggam sesuatu ditelapak tangan. Ada kejutan buat Jie. Niat untuk menggembirakan Mak Buyung.
"Apa dia?"
Jie teruja untuk tahu. Merenung ke arah Shahrul yang sedang duduk disebelah kiri.
"Pejam mata you dulu.."
Shahrul sengaja mengarah begitu.
Jie cuma menurut. Menutup kedua kelopak mata. Naluri ingin tahu mendesak.
Shahrul senyum. Mengalungkan rantai mutiara yang didapati tadi ke leher jenjang Jie.
"Sekarang you buka mata you.."
Jie merenung rantai mutiara dileher. Terpana. Mencapai rantai lalu menggigit butir mutiara untuk memastikan ketulenannya. Memang asli !
Shahrul terkesima melihat reaksi Jie.
"Mana you dapat ni?!" Jie keliru.
Mustahil untuk mendapatkan mutiara asli diceruk perkampungan begini. Perlu menyelam jauh ke dasar laut untuk mencari. Mungkin harga rantai ini mencecah ribuan ringgit dipasaran. Sesuai untuk hiasan fesyen terkini.
Jie sabar menanti jawapan dari Shahrul.
"Ada seorang lelaki bagi sebagai pertukaran dengan beras tadi. .. Pak Akub suruh I ambil.."
Shahrul cuma menurut saja. Lagipula rantai itu nampak cantik. Padan dengan Jie.
Jie terfikirkan sesuatu. Menung sebentar. Shahrul disisi tidak diendahkan.
"Baby sihat tak hari ini?"
Shahrul menukar topik. Malas mahu memikir perihal rantai mutiara tadi. Tangan menyentuh perut Jie yang membusung. Itulah rutin harian Shahrul. Berbicara dengan anak dalam kandungan Jie.
"Sihat.."
Jie bersyukur bayi dalam kandungannya membesar sempurna meski dalam keadaan kurang selesa.
"Cuma I risaulah.. Bila kita boleh balik, Shah? Takkan sampai I deliver kita masih disini?"
Galau memikirkan nasib bayinya bila dilahirkan kelak. Jie ingin segera kembali ke pangkuan keluarga.
Sudahlah berada ditempat asing. Ketiadaan Zack disisi menambah resah. Siapa mahu mengazan atau mengiqamatkan anak mereka? Menemani diri tika menanggung kesakitan melahirkan ? Buntu bila difikirkan.
"I tengah cuba cari jalan keluar.. Nanti I cuba risik lagi dengan Pak Akub.." Shahrul memberi janji.
Sebetulnya, Shahrul senang berada disini. Jauh dari kesibukan kota. Tenang dari hiruk pikuk. Lantaran itu, diri sengaja berlengah untuk pulang.
"I tahu you giat berusaha... I pun gigih bertanyakan dekat Mak Dara.. Tapi dia selalu mengelak.. I wonder kalau mereka sengaja merahsiakan tempat ini dari kita.. Entahlah Shah ! I risaukan nasib anak I tak berDaddy.."
Memang itu yang terbuku disanubari Jie. Melentok kepala dibahu Shahrul. Satu keluhan dilepaskan.
"Don't worry, Najiha ! I kan ada. I akan jaga you dan baby selama kita disini. Trust me !"
Bukan sekadar omongan kosong. Shahrul yakin mampu menjaga Jie dan bayinya dengan baik.
"Tapi Shah...."
"No tapi tapi, Najiha !" Shahrul segera memotong kata kata Jie. Nada suara keras.
"I nak patah balik bendang. You dengan baby jaga diri tau !"
Bingkas bangun untuk berlalu meninggalkan Jie sendirian termangu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Endingnya Jie & Shah live happily ever after... yessss.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-8-2015 04:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 11-8-2015 05:31 PM
Mana sebenarnya tempat ini? Jie bungkam. Berjalan mundar mandir di tengah laman. Serasa lemas berlamaan disini. Mahu segera pulang.
Kebaya tersarung ditubuh tampak menonjol dibahagian perut. Jie senyum sendiri. Sepanjang berada disini itulah pakaian harian. Kebanyakan baju baju diberi oleh Mak Dara. Rambutnya disanggul persis kebanyakan penduduk wanita kampung ini.
Mengisi waktu terluang, Jie belajar menjahit dari Mak Dara. Benang benang dan kain semua disediakan oleh Mak Dara. Wanita berusia itu selalu berulang alik mendapatkan bekalan dari kampung seberang.
Jie sedang dalam proses menyiapkan sehelai baju melayu buat Shahrul.
Bosan bersendirian dirumah, Jie berjalan menuju ke bendang. Merentasi pohon rambutan nan merimbun. Cuaca redup memudahkan perjalanan.
Niat hati untuk menemani Shahrul.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|