CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 41

 Close [Copy link]
Post time 29-1-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 29-1-2022 07:35 PM
Hari ni pun masih 5k. Tadi ada terbaca dekat mana entah kena buat pkpd.

Ooo...ni hepi dpt borong pistachio
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-1-2022 08:44 PM
Ooo...ni hepi dpt borong pistachio

Borong dekat mana kaka? Iols selalu beli dekat mahnaz. Situ rasa dia tak macam beli dekat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 09:23 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 29-1-2022 08:03 PM
Borong dekat mana kaka? Iols selalu beli dekat mahnaz. Situ rasa dia tak macam beli dekat tempat l ...

Haah...dekat Lot 10
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 30-1-2022 05:28 PM
BlackOpium replied at 29-1-2022 08:03 PM
Borong dekat mana kaka? Iols selalu beli dekat mahnaz. Situ rasa dia tak macam beli dekat tempat l ...

Lambat info...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 07:26 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 30-1-2022 10:58 PM

Kenyataan Akhbar KPK 30 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 30, 2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
30 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh: 3,056 kes (2,780,771 kes kumulatif, 97.0%)
  • Kes baharu : 4,915 kes (2,865,984 kes kumulatif);
  • Kes import : 188 kes [111 warganegara (59.0%); 77 bukan warganegara (41.0%)];
  • Kes tempatan : 4,727 kes [4,573 warganegara (96.7%); 154 bukan warganegara (3.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 120 kes (103 kes disahkan COVID-19; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (50 kes disahkan COVID-19; 15 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,413 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,112 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 301 kluster.
Daripada 4,915 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 39 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,876 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 29 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Negeri Sembilan1.20
WP Putrajaya1.20
Kedah1.18
Perlis1.16
Johor1.15
Melaka1.13
WP Kuala Lumpur1.13
Selangor1.10
Pulau Pinang1.07
Kelantan1.07
Sabah1.04
Perak1.04
Pahang1.03
Sarawak1.00
Terengganu0.93
WP Labuan0.00
MALAYSIA1.14
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian.
Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 Januari 2022 @ 6:00 petang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 07:43 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2022 07:46 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 30-1-2022 10:53 PM




❗Kes baharu COVID-19 Selangor 30.01.2022 – 1269 kes (1190 komuniti, 22 Penjara, 57 Import A)
???? GOMBAK 101
Batu 43
Saringan Kontak Rapat 43
Hulu Kelang 24
Saringan Kontak Rapat 24
Rawang 23
Saringan Kontak Rapat 23
Setapak 4
Saringan Kontak Rapat 4
Import 7
Import A (Bangladesh) 2
Import A (India) 2
Import A (Sri Lanka) 1
Import A (Turki) 1
Import A (Vietnam) 1
???? HULU LANGAT 461
Ampang 111
Saringan Bergejala 31
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak Rapat 68
Saringan Kontak Rapat (Kluster Desa Permai) 3
Saringan Pekerja 6
Saringan Pre-admission 1
Beranang 14
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 10
Cheras 101
Saringan Bergejala 14
Saringan Kontak Rapat 83
Saringan Pekerja 4
Hulu Langat 18
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 14
Kajang 152
Saringan Bergejala 38
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 104
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Semenyih Kajang) 4
Saringan Pekerja 5
Semenyih 37
Saringan Bergejala 11
Saringan Kontak Rapat 23
Saringan Pekerja 2
Saringan Pre-admission 1
Penjara 22
Saringan OKT 22
Import 6
Import A (Ireland) 1
Import A (Mesir) 1
Import A (Morocco) 1
Import A (United Kingdom) 3
???? HULU SELANGOR 31
Batang Kali 4
Saringan Kontak Rapat 4
Hulu Yam 3
Saringan Kontak Rapat 3
Rasa 7
Saringan Kontak Rapat 7
Serendah 17
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 15
???? KLANG 166
Kapar 29
Saringan Bergejala 12
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 3
Klang 136
Saringan Bergejala 48
Saringan Kontak Rapat 76
Saringan Pekerja 12
Import 1
Import A (India) 1
???? KUALA LANGAT 50
Bandar 1
Saringan Kendiri 1
Batu 10
Saringan Kontak Rapat 10
Morib 2
Saringan Bergejala 2
Tanjung 12 (1) 18
Saringan Bergejala 4
Saringan Bergejala (Kluster Sungai raba) 1
Saringan Kendiri 3
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan Pekerja 2
Tanjung 12 (2) 4
Saringan Kontak Rapat 4
Telok Panglima Garang 14
Saringan Bergejala 2
Saringan Kendiri (Kluster Sungai raba) 1
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan Pekerja 1
Import 1
Import A (Pakistan) 1
???? KUALA SELANGOR 42
Bestari Jaya 10
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 3
Ijok 19
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 10
Saringan Pekerja 1
Jeram 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 3
Kuala Selangor 5
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 1
Tanjung Karang 4
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 1
???? PETALING 276
Bukit Raja 29
Saringan Bergejala 12
Saringan Kontak Rapat 16
Saringan Pekerja 1
Damansara 93
Saringan Bergejala 46
Saringan Kontak Rapat 43
Saringan Pekerja 3
Saringan Pra-penerbangan 1
Petaling 91
Saringan Bergejala 50
Saringan Kontak Rapat 38
Saringan Pekerja 2
Saringan Pra-penerbangan 1
Sungai Buloh 49
Saringan Bergejala 17
Saringan Kontak Rapat 30
Saringan Pra-penerbangan 2
Import 14
Import A (Arab Saudi-Umrah) 1
Import A (Bangladesh) 2
Import A (India) 3
Import A (Pakistan) 1
Import A (Switzerland) 1
Import A (Turki) 1
Import A (United Arab Emirates) 2
Import A (Vietnam) 3
???? SABAK BERNAM 35
Bagan Nakhoda Omar 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 1
Panchang Bedena 16
Saringan Bergejala 9
Saringan Bergejala (Kluster Selekoh Batu Empat) 4
Saringan Kontak Rapat 1
Saringan Kontak Rapat (Kluster Selekoh Batu Empat) 2
Pasir Panjang 4
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 2
Sabak 10
Saringan Bergejala 8
Saringan Kontak Rapat 2
Sungai Panjang 2
Saringan Bergejala 2
???? SEPANG 107
Dengkil 42
Saringan Bergejala 22
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Kontak Rapat (Kluster Persiaran Jalan Hospital) 1
Saringan Pekerja 2
Labu 24
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Mawar Salak Tinggi) 3
Saringan Pekerja 1
Sepang 13
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Mawar Salak Tinggi) 1
Import 28
Import A (Arab Saudi) 2
Import A (Armenia) 1
Import A (Bangladesh) 1
Import A (Belanda) 1
Import A (India) 5
Import A (Iraq) 1
Import A (Nepal) 2
Import A (Pakistan) 3
Import A (Singapura) 12

KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH (30/1/2022)
BALING - 56
BAKAI 6
BALING 2
BONGOR 6
KUPANG 2
PULAI 7
SIONG 7
TAWAR 20
TELOI KANAN 6
BANDAR BAHARU - 10
BAGAN SAMAK 8
SERDANG 2
KOTA SETAR - 105
ALOR MALAI 17
ALOR MERAH 1
ANAK BUKIT 3
BUKIT PINANG 3
DERGA 17
GUNONG 2
JABI 3
KANGKONG 1
KOTA SETAR 6
KUALA KEDAH 3
KUBANG ROTAN 2
LANGGAR 8
LESONG 2
MERGONG 5
PADANG HANG 1
PADANG LALANG 1
PENGKALAN KUNDOR 13
PUMPONG 8
SUNGAI BARU 2
TAJAR 1
TEBENGAU 1
TELAGA MAS 3
TELOK CHENGAI 1
TUALANG 1
KUALA MUDA - 67
GURUN 7
PEKULA 2
PINANG TUNGGAL 4
RANTAU PANJANG 2
SEMELING 10
SIDAM KIRI 1
SUNGAI PASIR 5
SUNGAI PETANI 35
TELOI KIRI 1
KUBANG PASU - 79
BINJAL 1
BUKIT TINGGI 2
JERAM 1
JERLUN 1
JITRA 12
KEPELU 1
MALAU 1
NAGA 18
PUTAT 2
SANGLANG 2
SUNGAI LAKA 5
TEMIN 31
TUNJANG 2
KULIM - 34
KARANGAN 1
KELADI 3
KULIM 7
LUNAS 2
NAGA LILIT 2
PADANG CINA 4
PADANG MEHA 8
SIDAM KANAN 3
SUNGAI SELUANG 3
SUNGAI ULAR 1
LANGKAWI - 9
AYER HANGAT 1
BOHOR 2
KEDAWANG 1
KUAH 2
PADANG MATSIRAT 1
ULU MELAKA 2
PADANG TERAP - 5
BELIMBING KANAN 1
PADANG TEMAK 3
TEKAI KANAN 1
PENDANG - 17
AYER PUTEH 8
BUKIT RAYA 1
GUAR KEPAYANG 2
PADANG PELIANG 1
RAMBAI 3
TOBIAR 2
SIK - 28
JENERI 4
SIK 9
SOK 1
TELOI 14
YAN - 10
SINGKIR 1
SUNGAI DAUN 2
YAN 7
KUMULATIF KES - 420

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:04 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 29-1-2022 07:35 PM
Hari ni pun masih 5k. Tadi ada terbaca dekat mana entah kena buat pkpd.

Anugerah Meletop pun kena tangguh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 30-1-2022 09:04 PM
Anugerah Meletop pun kena tangguh

Kluster sekolah pun banyak dah huhu. Anak jiran iols dah berapa kali entah kena kuarantin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 31-1-2022 06:36 AM
Kluster sekolah pun banyak dah huhu. Anak jiran iols dah berapa kali entah kena kuarantin.

Derang suruh tangguh tu...cam serius kan kes2 pandemik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 04:00 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 31-1-2022 06:36 AM
Kluster sekolah pun banyak dah huhu. Anak jiran iols dah berapa kali entah kena kuarantin.

Hari ni...turun


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 04:22 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 31-1-2022 06:13 PM





Kes baharu COVID-19 Selangor 31.01.2022 – 1166 kes (1122 komuniti, 10 Penjara, 34 Import A)
???? GOMBAK 168
Batu 96
Saringan Bergejala 24
Saringan Kontak Rapat 69
Saringan Pekerja 3
Hulu Kelang 32
Saringan Bergejala 12
Saringan Kontak Rapat 18
Saringan Pekerja 2
Kuang 3
Saringan Kontak Rapat 3
Rawang 24
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 2
Setapak 3
Saringan Kontak Rapat 3
Import 10
Import A (Bangladesh) 2
Import A (India) 2
Import A (Mesir) 1
Import A (Pakistan) 1
Import A (Sweden) 1
Import A (Turki) 1
Import A (United Arab Emirates) 1
Import A (Yaman) 1
???? HULU LANGAT 317
Ampang 62
Saringan Bergejala 17
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 38
Saringan Pekerja 6
Beranang 14
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 9
Cheras 66
Saringan Bergejala 12
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak Rapat 50
Saringan Pekerja 2
Hulu Langat 15
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 14
Kajang 114
Saringan Bergejala 29
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak Rapat 77
Saringan Pekerja 6
Semenyih 36
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 29
Saringan Pekerja 2
Penjara 7
Saringan OKT 7
Import 3
Import A (India) 2
Import A (Indonesia) 1
???? HULU SELANGOR 16
Ampang Pechah 1
Saringan Kontak Rapat 1
Batang Kali 3
Saringan Kontak Rapat 3
Hulu Yam 3
Saringan Kontak Rapat 3
Kalumpang 2
Saringan Kontak Rapat 2
Serendah 7
Saringan Kontak Rapat 7
???? KLANG 215
Kapar 32
Saringan Bergejala 16
Saringan Kontak Rapat 14
Saringan Pekerja 2
Klang 182
Saringan Bergejala 66
Saringan Kontak Rapat 105
Saringan Pekerja 11
Import 1
Import A (India) 1
???? KUALA LANGAT 42
Bandar 1
Saringan Bergejala 1
Tanjung 12 (1) 25
Saringan Bergejala 1
Saringan Bergejala (Kluster Jalan Haji Ibrahim) 7
Saringan Kontak Rapat 16
Saringan Pekerja 1
Tanjung 12 (2) 6
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 4
Telok Panglima Garang 4
Saringan Kontak Rapat 4
Import 6
Import A (Mesir) 2
Import A (Qatar) 2
Import A (Turki) 2
???? KUALA SELANGOR 57
Bestari Jaya 8
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 6
Hujung Permatang 2
Saringan Kontak Rapat 2
Ijok 26
Saringan Bergejala 9
Saringan Kontak Rapat 16
Saringan Pekerja 1
Jeram 8
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 5
Kuala Selangor 1
Saringan Bergejala 1
Pasangan 1
Saringan Bergejala 1
Tanjung Karang 11
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja 3
???? PETALING 266
Bukit Raja 21
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 3
Damansara 93
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 76
Saringan Pekerja 12
Petaling 94
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 82
Saringan Pekerja 6
Saringan SARI 1
Sungai Buloh 56
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 45
Saringan Pekerja 9
Import 2
Import A (India) 1
Import A (United Arab Emirates) 1
???? SABAK BERNAM 11
Bagan Nakhoda Omar 1
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Dua Belas Sabak) 1
Panchang Bedena 1
Saringan Bergejala 1
Sabak 3
Saringan Kontak Rapat 1
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Dua Belas Sabak) 2
Sungai Panjang 4
Saringan Bergejala 1
Saringan Bergejala (Kluster Jalan Dua Belas Sabak) 1
Saringan Kontak Rapat (Kluster Jalan Dua Belas Sabak) 2
Penjara 2
Saringan OKT 2
???? SEPANG 74
Dengkil 39
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak Rapat 31
Saringan Kontak Rapat (Kluster Persiaran Jalan Hospital) 1
Saringan Pekerja 1
Labu 16
Saringan Bergejala 8
Saringan Bergejala (Kluster Jalan Dahlia Empat) 1
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pekerja 1
Sepang 6
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 5
Penjara 1
Saringan OKT 1
Import 12
Import A (Filipina) 1
Import A (India) 5
Import A (Nepal) 1
Import A (Turki) 2
Import A (United Arab Emirates) 1
Import A (Yaman) 2




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Situasi terkini...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 06:15 PM | Show all posts
KENYATAAN AKHBAR KPK HARI PENYAKIT TROPIKAL TERABAI (NTDs) SEDUNIA 2022: DENGGI DI MALAYSIA[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JANUARY 31, 2022
HARI PENYAKIT TROPIKAL TERABAI (NTDs) SEDUNIA 2022: DENGGI DI MALAYSIA
30 JANUARI 2022
Sempena Sambutan Hari Penyakit Tropika Terabai (NTDs) Sedunia yang disambut pada 30 Januari 2022 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyeru semua pihak berkepentingan agar memberikan perhatian kepada ekuiti kesihatan dalam mengakhiri penyakit tropika terabai seperti penyakit denggi. Penyakit denggi adalah salah satu penyakit berjangkit yang mengancam Malaysia dan negara-negara beriklim tropika yang lain. Seiring dengan kepesatan pembangunan dunia dan globalisasi, beban kes denggi di seluruh dunia telah meningkat secara mendadak sepanjang empat dekad yang lalu. Peningkatan pergerakan penduduk dunia dan perubahan iklim dengan fenomena pemanasan global (global warming) ini telah menyumbang secara langsung kepada dinamik penularan demam denggi.
Sejak akhir-akhir ini, beberapa negara di kawasan beriklim sederhana telah melaporkan penularan tempatan penyakit demam denggi. Oleh yang demikian, langkah pengawalan denggi harus menjadi tanggungjawab bersama dan sebagai satu tindakan yang kolektif untuk mengurangkan penularan penyakit bawaan vektor nyamuk Aedes Aegypti ini. Selain itu, semua pihak yang berkepentingan perlu mempertingkatkan lagi usaha dan inisiatif dalam mencari alternatif yang sesuai dan mapan seperti vaksin denggi yang selamat dan ubat antivirus bagi mengurangkan morbiditi dan kematian yang disebabkan oleh penyakit denggi ini.

1. SITUASI DENGGI DI MALAYSIA
Pada tahun 2021, Malaysia melaporkan sebanyak 26,365 kes denggi. Jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 70.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 90,304 kes. Kematian disebabkan demam  denggi juga didapati menurun daripada 145 kematian pada tahun 2020 kepada 20 kematian pada tahun 2021. Ini merupakan kali pertama  Kementerian Kesihatan merekodkan kes denggi dan kematian terendah sejak sedekad lalu. Faktor utama penurunan kes denggi tersebut masih belum dapat ditentukan, namun begitu denggi kekal sebagai ancaman kesihatan awam di Malaysia ketika pandemik COVID-19.
Berdasarkan data dan trend penyakit demam denggi sebelum ini, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah mendapati terdapat lonjakan kes demam denggi pada tahun 2010, 2015 dan 2019. Wabak denggi di Malaysia dijangka akan mencatatkan peningkatan yang tinggi setiap empat hingga lima tahun kitaran. Oleh yang demikian, kes demam denggi dijangka akan meningkat semula pada 2024 atau 2025, dengan insiden dijangkakan yang lebih tinggi daripada jumlah kes yang dicatatkan pada 2019.
2. KEJAYAAN PROGRAM DENGGI DI MALAYSIA
Program denggi di Malaysia memberikan fokus kepada langkah-langkah kesihatan awam terutamanya dalam pengesanan awal kes denggi dan pengurusan vektor secara memandangkan buat masa ini belum ada mekanisme yang berkesan bagi mengatasi virus denggi yang boleh menyebabkan kematian ini.
Menyedari ancaman tersebut, Kerajaan telah mewartakan penyakit denggi di bawah undang-undang Malaysia sejak 1988 sebagai penyakit yang wajib dimaklumkan kepada pejabat-pejabat daerah bagi memastikan respons yang pantas bagi pengesanan kes dan pengurusan vektor secara bersepadu. KKM juga telah menambah baik kaedah pemakluman kepada sistem berasaskan dalam talian, iaitu e-Notifikasi dan eDengue. Ini adalah bagi membolehkan pengawasan dilaksanakan dengan pantas serta tindakan yang segera boleh diambil oleh petugas-petugas di pejabat kesihatan daerah.
KKM juga telah mengenal pasti penggunaan meluas sistem maklumat penjagaan kesihatan secara digital adalah kunci utama bagi memastikan keperluan kesihatan negara dipenuhi dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan sistem pemetaan risiko denggi dan pengurusan wabak untuk memudahkan perancangan berkesan aktiviti kawalan vektor di lapangan. Dengan kerjasama ini, pakar-pakar daripada MYSA telah menyumbang kepada penambahbaikan dan pengukuhan perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia. Hasil daripada integrasi teknologi penderiaan jauh (remote sensing technology) bersama aplikasi sains data telah membolehkan pemantauan temporospatial yang tepat terutamanya terhadap beban kes denggi serta perancangan aktiviti kawalan vektor di lapangan.
Kerajaan juga telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Denggi Negara yang terdiri daripada tujuh kementerian dan agensi sejak bulan Julai 2014 yang bertujuan untuk menggerakkan agensi dan masyarakat dalam menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Gotong-royong Mega dan operasi penguatkuasaan secara kolaboratif di antara Kementerian Kesihatan (KKM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), pihak berkuasa tempatan, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Dari aspek pengurusan vektor, Malaysia adalah negara kedua di dunia selepas Australia yang mengendalikan kawalan denggi dengan memanfaatkan kebaikan nyamuk Wolbachia sejak 2019 berikutan penemuan positif daripada kajian tempatan. KKM telah bekerjasama dengan Universiti Glasgow dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk membiak nyamuk Wolbachia sebelum dilepaskan ke kawasan sasaran. Setakat ini, sebanyak 22 lokaliti di Malaysia telah dipilih untuk menggunakan pendekatan ini dan KKM telah mendapati terdapat pengurangan yang ketara kes-kes denggi di lokaliti tersebut.

Penglibatan masyarakat juga dikenal pasti sebagai elemen yang penting dalam membendung pembiakan nyamuk dan seterusnya penularan penyakit denggi. Pelbagai sesi penglibatan masyarakat telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ancaman denggi dan memperkasakan peranan individu dalam pencegahan denggi di peringkat isi rumah. Bagi kawasan-kawasan berisiko tinggi, pasukan COMBI yang terdiri daripada sukarelawan kesihatan tempatan ditubuhkan untuk menyelaraskan inisiatif pencegahan denggi di kawasan kejiranan untuk mencegah penyebaran wabak denggi. Aktiviti Gotong-Royong Mega diadakan dua kali setahun bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pengurangan punca pembiakan dan mengekalkan persekitaran bebas Aedes.

3. CABARAN DALAM MENGENDALIKAN DENGGI
Tidak seperti kebanyakan penyakit berjangkit yang lain, tiada rawatan khusus seperti antivirus untuk penyakit denggi. Walaupun pada masa ini terdapat vaksin denggi di pasaran, namun Malaysia tidak memenuhi kriteria yang telah disarankan oleh WHO yang menetapkan kadar sero-prevalensi denggi sekurang-kurangnya 80% pada usia sembilan (9) tahun untuk dipertimbangkan di bawah program imunisasi kebangsaan. Selain itu, tiada alat domestik yang benar-benar berkesan untuk melindungi masyarakat semasa waktu puncak nyamuk Aedes menggigit, contohnya kelambu, vest dan sebagainya.
4. HALATUJU UNTUK DENGGI DI MALAYSIA
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah bekerjasama dengan dua rakan kongsi antarabangsa untuk melaksanakan dua projek berasingan, iaitu Sistem Amaran Awal, Amaran dan Tindak Balas (EWARS) dan Sistem Ramalan Denggi Berasaskan Satelit Model (DMOSS). Kerjasama ini bertujuan untuk meneroka prospek potensi untuk menggabungkan amaran awal dan ciri-ciri ramalan dalam sistem pengawasan denggi kebangsaan untuk meningkatkan kesiapsiagaan denggi dan aktiviti pencegahan denggi yang lebih intensif. Penurunan kes denggi di seluruh negara telah membuktikan bahawa program pencegahan yang dirangka dengan anjakan paradigma terbukti lebih berkesan berbanding pendekatan secara reaktif yang digunakan sebelum ini.  


5. MESEJ KEPADA MASYARAKAT
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati orang ramai tentang tiga komponen penting untuk mencegah penularan denggi di peringkat isi rumah:
i. Penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang berpotensi melalui aktiviti pembersihan yang kerap dan penggunaan larvicide dalam bekas air yang tidak bertutup;
ii. Perlindungan daripada gigitan nyamuk mengikut kapasiti individu, seperti penggunaan aerosol dalam ruangan, penggunaan ubat nyamuk semasa aktiviti luar, dan pengambilan langkah berjaga-jaga tambahan semasa perjalanan ke kawasan wabak denggi; dan
iii. Mendapatkan rawatan awal sekiranya individu mengalami sebarang tanda-tanda dan simptom yang menunjukkan demam denggi seperti demam, sakit otot dan sendi, sakit belakang dan ruam.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
31 Januari 2022 @ 9:00 pagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 07:11 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 07:21 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
31 JANUARI 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh: 3,232 kes (2,784,003 kes kumulatif, 97.0%)
  • Kes baharu : 4,774 kes (2,870,758 kes kumulatif);
  • Kes import : 152 kes [76 warganegara (50.0%); 76 bukan warganegara (50.0%)];
  • Kes tempatan : 4,622 kes [4,448 warganegara (96.2%); 174 bukan warganegara (3.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 114 kes (106 kes disahkan COVID-19; 8 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 62 kes (50 kes disahkan COVID-19; 12 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,427 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,113 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 314 kluster.
Daripada 4,774 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
  • 36 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,738 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 30 Januari 2022
NEGERINILAI R[size=12.375px]T
Perlis1.25
Melaka1.19
Kedah1.18
Johor1.16
WP Putrajaya1.16
Negeri Sembilan1.14
WP Kuala Lumpur1.13
Selangor1.10
Pulau Pinang1.10
Sabah1.08
Kelantan1.08
Perak1.03
Pahang1.02
Terengganu0.94
WP Labuan0.00
Sarawak0.00
MALAYSIA1.14
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA (MINGGU EPIDEMIOLOGI 4/2022)
Bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke 4 yang bermula dari 23 Januari 2022 sehingga 29 Januari 2022, jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah31,980 kes berbanding ME sebelumnya, iaitu dengan peningkatan sebanyak 34.6%. Manakala jumlah kes kematian pula menunjukkan penurunan sebanyak 27.5%dengan purata kes aktif adalah sebanyak 46,158 kes. Selain dari itu, jumlah kes sembuh COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke 4 turutmenunjukkan peningkatan sebanyak 20.9%.Berikut adalah perincian indikator-indikator jangkitan COVID-19 untuk ME ke 4;
1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19
  • Peningkatan kes baharu sebanyak 34.6% iaitu daripada 23,752 kes (ME 3) kepada 31,980 kes (ME 4);
  • Purata kes aktif turut dilihat meningkat sebanyak 14.0% dengan purata sebanyak 40,473kes (ME 3) kepada 46,158 kes (ME 4);
  • Walau bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsisten sebanyak 27.5% sehingga mencapai dua  angka iaitu dengan 74 kematian pada ME 4 berbanding 102 kematian pada ME 3. Penurunan ini dicatatkan semenjak ME 52/2021. Untuk makluman, kali terakhir kes kematian mingguan mencatat angka dua digit adalah pada ME 17/2021 iaitu sebanyak 95 kes.
  • Purata kes yang memerlukan rawatan di ICU juga menunjukkan penurunan sebanyak 15.5% iaitu  109 kes (ME 4) berbanding 129 kes (ME 4). Penurunan kes ICU secara konsisten telah dilaporkan sejak ME 33/2021 dengan sedikit peningkatan pada ME 44/2021 dan penurunan semula kes ICU dicatatkan sejak 11 minggu lalu iaitu pada ME 45/2021;
  • Selain itu, purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan sebanyak 11.5% iaitu 46 kes pada ME 4 berbanding 52 kes pada ME 3. Purata ini kekal menunjukkan tren penurunan semenjak 23 minggu yang lalu pada ME 33/2021; dan
  • Purata nilai R[size=12.375px]T meningkat sebanyak 10.9% daripada 1.01 (95% CI 1.00 – 1.02) pada ME 3 kepada 1.12 (95% CI 1.11 – 1.13) pada ME 4.

Rajah 1 di bawah jelas menunjukkan tren penggunaan ICU untuk kes COVID-19 semakin menurun sejak 11 minggu yang lalu iaitu pada ME 45/2021.

Selain itu, tren penurunan penggunaan alat bantuan pernafasan untuk kes COVID-19 juga dapat dilihat dengan ketara mulai 23 minggu lepas iaitu ME 33/2021 berdasarkan Rajah 2.

2. Kapasiti Hospital
Pada ME ke 4, kadar penggunaan katil ICU menunjukan penurunan manakala katil bukan ICU dan katil PKRC menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya seperti yang diperincikan di Jadual 4.


Penggunaan katil hospital menunjukkan penurunan sejak beberapa minggu yang lepas (Rajah 3), namun dengan kenaikan kes COVID-19 yang berkaitan dengan varian Omicron telah menyebabkan peningkatan penggunaan katil di hospital sebanyak 3%.  Selain itu, penggunaan katil PKRC juga turut menunjukkan peningkatan sebanyak 6% berikutan peningkatan kluster pendidikan di mana pelajar asrama akan dimasukkan ke PKRC sekiranya tiada tempat isolasi yang sesuai bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelajar lain dan juga komuniti.
Oleh yang demikian, KKM menasihatkan orang ramai agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 (dos 1, dos 2, dan dos penggalak) bagi mengurangkan komplikasi jangkitan COVID-19 seterusnya membantu memastikan pengisian katil di fasiliti kesihatan adalah terkawal. Bagi yang telah menerima vaksin COVID-19 pula, teruskan menjaga SOP dengan mengamalkan dan memperkukuhkan kawalan kendiri.
3. Kluster
Sejumlah 6,399 kluster telah dicatatkan sehingga 29 Januari 2022. Terkini, masih terdapat 291 kluster yang masih aktif iaitu peningkatan sebanyak 29.3% berbanding ME 3. Pada ME ke 4, sebanyak 40 kluster telah diisytiharkan tamat dengan peningkatan sebanyak 2.6% berbanding ME 3 dan terdapat 106 kluster baharu telah dilaporkan pada ME 4, iaitu:
  • 81 (76.4%) kluster pusat pendidikan;
  • 19 (17.9%) kluster tempat kerja;
  • Empat (4) (3.8%) kluster komuniti;
  • Dua (2) (1.9%) kluster kumpulan berisiko tinggi;

Berdasarkan Jadual 3 di atas, masih terdapat peningkatan kluster baharu dalam beberapa kategori kluster seperti tempat kerja, institusi pendidikan dan komuniti selari dengan pembukaan semua sektor sosial dan sesi persekolahan. Berkenaan peningkatan kluster institusi pendidikan, KKM dan agensi-agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa dalam memastikan proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan selamat. Oleh itu, KKM memohon semua pihak untuk sentiasa mematuhi SOP yang disediakan supaya kewujudan kluster pendidikan baharu dapat dielakkan.
Selain itu, kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah sekiranya bergejala dan melakukan ujian kendiri dengan kadar segera agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan secepat mungkin. Masyarakat diharapkan mempunyai disiplin yang tinggi dalam pematuhan SOP dan pengamalan TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan Rawatan) dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan kewujudan kluster dalam komuniti.
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DALAM NORMA BAHARU
KKM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini. Dalam keriangan menyambut perayaan sewaktu pandemik COVID-19, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik. Oleh itu, KKM menasihati agar perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan norma baharu seperti berikut :
  • Melakukan ujian saringan kendiri sebelum berkumpul dan berkunjung;
  • Menghadkan bilangan orang yang berkumpul secara fizikal;
  • Mengelakkan daripada berkumpul atau berkunjung jika tidak sihat, walaupun ujian saringan kendiri adalah negatif;
  • Sentiasa memakai pelitup muka kecuali ketika menjamu selera;
  • Menjaga penjarakan fizikal apabila bertemu dengan individu yang bukan ahli serumah;
  • Memilih tempat bertemu dengan pengudaraan yang baik. Semua tingkap dan pintu perlu dibuka untuk meningkatkan pengudaraan.

Selain itu, kerjasama yang padu dari pihak pengurusan rumah ibadat adalah sangat dihargai dalam memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 sepanjang musim perayaan ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan adalah seperti di rajah di bawah.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian
Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
31 Januari 2022 @ 6:45 petang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 31-1-2022 04:00 PM
Hari ni...turun

Alhamdulillah.
Hari ni dinner apa kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 31-1-2022 07:30 PM
Alhamdulillah.
Hari ni dinner apa kaka?

Kakak buat lamb chop...bihun sup ayam goreng pun ada...makan busat
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
BlackOpium replied at 29-1-2022 08:03 PM
Borong dekat mana kaka? Iols selalu beli dekat mahnaz. Situ rasa dia tak macam beli dekat tempat l ...

Hari ni  . .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 1-2-2022 08:47 PM

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 FEBRUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 3,187 kes (2,787,190 kes kumulatif, 96.9%)
Kes baharu : 5,566 kes (2,876,324 kes kumulatif);
Kes import : 227 kes [101 warganegara (44.5%); 126 bukan warganegara (55.5%)];
Kes tempatan : 5,339 kes [5,194 warganegara (97.3%); 145 bukan warganegara (2.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 113 kes (90 kes disahkan COVID-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 59 kes (40 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,434 kluster;
Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,116 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 318 kluster.
Daripada 5,566 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

51 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,515 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 31 Januari 2022

NEGERI        NILAI RT
Kedah        1.17
Johor        1.17
Negeri Sembilan        1.16
WP Putrajaya        1.15
Pulau Pinang        1.14
WP Kuala Lumpur        1.13
Selangor        1.12
Melaka        1.11
Sabah        1.11
Kelantan        1.09
Perak        1.05
Pahang        1.04
Terengganu        0.96
Perlis        0.00
WP Labuan        0.00
Sarawak        0.00
MALAYSIA        1.15
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian
Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM agar segeralah mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri anda dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Februari 2022 @ 6:00 petang
.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 3.965483 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list