|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
Sedihnya cerita latest ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
pehhhh...walaupun pendek tapi SERAM hokehh
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap pulak pak leman cekak leher hafiz. Konon2 dia tak bersalahlah. Lahanat punya perangai..
Agaknya kalu Hafiz sempat masuk and Pak Leman masuk jugak follow Hafiz, mau dia kena kokak dengan Adik. Haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih pulak baca..maknanya dr berpuluh tahun dulu lg dh ada kes jual organ dalam kan..mmg target budak2 sbb organ masih fresh x ada apa2 penyakit lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks damm. Mujur not the usual typecast hantu kekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
txs dam
tertanya apa yg jadi jika hafiz masuk dlm klinik?
terusan bermain agaknya sebab minda budak masih bersih
dia akan anggap adik sekadar cacat dan bermain dgn hepi |
|
|
|
|
|
|
|
Baguih jugak budak hafiz ni
Sebab dia nak main dgn adik tu, rahsia Pak Leman tu terbongkar
mokcun syak adik tu duk kat klinik tu sbb ada organ dia yng Pak leman tu curi
maka dia menghantuilah klinik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram + Sedih....kejam betul pak leman n d gang.... |
|
|
|
|
|
|
|
best pula cerita2 sini....hehe....sambung lagi kalau ada..... |
|
|
|
|
|
|
|
Bravo dam!!! This is a really good story. Bley buat movie ni. Not just scary but touching as well. |
|
|
|
|
|
|
|
knp apa ko cite ni tetibe terigat kt pudin ngn sajat
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Adik santai aja baca... menarik. cerita hantu lain dari yg lain. |
|
|
|
|
|
|
|
dam...lamanya berhibernasi
|
|
|
|
|
|
|
|
bebel bebel bebel
damm mana ko adeiiiii
aku merindui penulisan mu
kembalilah dammm |
|
|
|
|
|
|
|
dam dam....such a good story teller...tenkiu na, dalam sibuk sibuk sempat jugak nak share strori kat kami semua di sini....
sila sambung lagi biaq page ni berbuku buku bakhanggggg |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 7-1-2016 03:57 PM
tiga entry dalam 1 hari. Ini kira rekod bagi aku. Non-stop aku dengar mp3 cerita hantu. Muak dah.
...
aku dahagakan kisah serammu kawan. besssssttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 26: Seleksi Cerita Pendek Terpilh - Jalan Persekutuan I, 1974
Pak Amin sudah menjelajah seluruh semenanjung Malaysia sebelum kewujudan lebuhraya lagi. Pekerjaannya sebagai pemandu lori membolehkan dia sampai ke setiap ceruk negeri, bandar, daerah, pekan dan kampung. Mungkin zaman sekarang itu perkara biasa aja, tapi pada awal 70an ianya satu perkara yang mengkagumkan. Dalam kampungnya, Pak Amin boleh dikatakan orang paling jauh merantau kerana rata-rata orang kampungnya hanya setakat sampai ke pekan berdekatan saja.
Bertahun-tahun memandu lori dari hujung ke hujung semenanjung Malaysia, Pak Amin dah lancar dengan jalan persekutuan terutamanya jalan persekutuan I yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Johor Bahru. Dari jalan tu tak berturap, ke berturap hinggalah wujudnya warung-warung makan di sepanjang jalan, kerjayanya dah membawa dia melihat kemajuan jalan persekutuan tersebut.
Seperti pemandu-pemandu lori yang lain, Pak Amin tak boleh lari dari bertembung dengan benda-benda paranormal ni. Setakat pontianak tepi jalan tahan lori nak tumpang tu perkara biasa kata Pak Amin sambil ketawa. Pernah juga di rompak sekumpulan komunis yang keluar dari hutan tepi jalan dan tak kurang juga langsuir bergayutan di lorinya. Menurut Pak Amin, komuniti pemandu lori pada zaman tu memang kuat. Mereka biasanya berkumpul di warung-warung makan tepi jalan untuk bertanya khabar. Since zaman tu things pretty much basic for them, pemandu-pemandu lori biasanya akan membawa bersama buku note untuk berkongsi tips-tips seperti port pelacur best, tempat repair lori murah, tempat tampal tayar yang buka 24jam, tukar-tukar route, ganti shift dan bertukar jadual untuk next gathering. Maklumlah mana ada radio walkie-talkie nak berborak sesama mereka jadi jadual delivery menjadi reference point. Begitu juga dengan tips untuk spot-spot yang harus dielakkan seperti tempat Cik Pon dan Kak Lang melepak, spot komunis nak buat raid dan juga lanun jalan (sindiket perompak kenderaan di bahagian-bahagian tertentu sepanjang jalan persekutuan terutamanya yang diapit hutan).
Dikalangan geng drebar lori ni, mereka ada satu unwritten rule iaitu mereka tak ambil penumpang. Tak kisah la siang ke malam ke pagi ke petang ke, apa-apa pun mereka tak terima penumpang selain gang drebar lori dan itupun kalau kes kecemasan. Pada mulanya Pak Amin tak faham dan tak kisah sebab siapa je pun yang nak tumpang lori buruknya. Kalau dia kasi tumpang pun, what the worst that can happened anyway.
Sampailah satu hari ni...
Lori TATA dipandu Pak Amin menyusuri jalan lengang. Kalau tak salah Pak Amin masa tu lebih kurang pukul 7 pagi sebab dia masih ingat matahari baru terbit di kaki langit. Cahaya kuning lampu berbalam di sebalik kabus pagi. Pak Amin mengemudi lorinya ke tepi jalan. Kak Li, pemilik warung menyambut kedatangan Pak Amin dengan mesra.
"Kak! bebudak lain takde ke?" Tanya Pak Amin
"Kau sorang je dari tadi Min. Akak baru bukak" Balas Kak Li.
Pak Amin meneruskan makan sarapan yang disediakan Kak Li. Ada satu famili duduk membelakanginya di meja lagi satu. Dia tak ambil kisah dan selepas sarapan dia tidur di lori.
Sedar-sedar dah tengahari. Jenguk di luar, kelihatan beberapa lori yang dikenalinya parking berhampiran. Pak Amin kembali ke warung Kak Li dan gembira melihat rakan-rakannya. Tengah best berborak sambil makan tengahari, Pak Amin perasan di depan duduk membelakangi kawan-kawan adalah keluarga yang dia nampak pagi tadi, masih duduk exactly di tempat yang sama.
Kata Pak Amin, famili tu terdiri dari dari lelaki dewasa pakai kemeja batik lusuh, mungkin isteri di sebelah sedang menggendong kanak-kanak lelaki yang dah agak besar untuk berdukung macam tu dan kemudian dua kanak-kanak perempuan seperti kembar.
Hari makin tinggi dan semua hendak meneruskan perjalanan. Oleh kerana Pak Amin seorang saja yang dah habis shift nak pulang ke rumah di selatan, dia lepak lama sikit sementara rakan-rakan lain meninggalkan perkarangan warung Kak Li untuk menuju ke arah utara. Agak pelik juga Pak Amin lihat keluarga tersebut kerana dari tadi takda sebarang bunyi langsung kecuali budak lelaki yang digendong kadang-kadang menangis kemudian tidur semula.
Kak Li menghampiri Pak Amin.
"Min, boleh tolong akak tak?" Tanya Kak Li sambil berbisik.
"Tolong ape kak?"
"Ni keluarga depan ni, dah tiga hari duduk kat warung akak dari buka sampaila tutup malam karang. Pesan makannye tak. Minum je"
"Nak tolong camane?"
"Tolong la tanyekan nak pergi mane tolong hantarkan"
"Ehh..tak nak la kak, bagi-bagi tumpang orang tak kenal ni"
"Alaa tolongla Min. Akak bagi makan free setaun" Pujuk Kak Li yang nyata terdesak.
Pak Amin memikirkan tawaran Kak Li. Di congak-congak kekerapan dia akan melakukan pitstop di warung Kak Li. Banyak tu boleh save. Peraturan no hitchikers singgah di minda. Dilema juga lah samada nak honor trucker code of conduct atau makan free.
Peraturan, makan free, peraturan, makan free...
Fikir punya fikir, Pak Amin membuat keputusan untuk melanggar peraturan. Sekali je kot dan selagi orang tak tahu, it doesn't happened. Pak Amin menghampiri lelaki berkemeja batik.
"Slekum bang" Ucap Pak Amin mesra.
Lelaki itu tidak menjawab, cuma tersengih-sengih sambil angguk-angguk kepala. Pak Amin sempat melihat ahli keluarga yang lain. Kalau sekali tengok, macam orang asli cuma kanak-kanak lelaki yang bergendong oleh wanita disebelah lelaki tersebut agak lain wajahnya.
"Anak demam ke bang?" Tanya Pak Amin lagi.
Tiada jawapan cuma tersengih-sengih sambil terangguk-angguk. Isteri dan dua anak perempuannya hanya membatu merenung Pak Amin dengan tajam. Pak Amin lihat ke arah Kak Li yang tercongok di dapur beria-ria suruh cuba lagi.
"Macam ni la bang, kalau abang nak ke pekan saya boleh tolong hantarkan tapi duduk kat belakang lah" Tawar Pak Amin. Nak duduk kat depan memang tak muat sebab berselerak dengan barang-barang harian. Lagipun belakang tu dah kosong, mungkin tak berapa selesa tapi boleh lah untuk 30 minit perjalanan ke pekan berdekatan.
Terloncat-loncat lelaki tersebut bila mendengar kata-kata Pak Amin. Mereka menuju ke lori dan kejadian pertama yang trigger the alarm in his head apabila instead of Pak Amin buka cover belakang lori untuk membolehkan mereka naik, selamba je the whole family panjat cargo frame masuk ke belakang. Dah macam monyet pula.
Okay. Creepy. Tapi takpalah, 30 minit je pun. Pak Amin memandu lorinya menuju ke arah selatan. Sepanjang perjalanan senyap je kat belakang. Ada masa dia tanya okey ke kat belakang tu tapi takde jawapan. Tak dengar agaknya sebab bising kot. Lima belas minit berlalu dan Pak Amin cuba lihat ke arah tingkap kecil di belakangnya untuk memeriksa keadaan keluarga itu.
Pada mulanya dia tak percaya apa yang dilihatnya, bila pandang kali kedua terus buat emergency break tengah jalan.
Pak Amin nampak sekumpulan makhluk berbulu, dua besar dan dua kecil mengerumuni kanak-kanak lelaki yang digendong tadi, seolah-olah nak makan budak tersebut. Kenapa Pak Amin kata begitu adalah kerana semua sedang mengangakan mulut menayangkan gigi-gigi bertaring.
Bila Pak Amin slammed je brake terdengar lah dentuman-dentuman di belakang. Segera dicapai parang panjang yang dia standby bawah seat dan berlari ke belakang lori. Belum sempat dia nak buka cover belakang lori, Pak Amin diserang sekumpulan makhluk berbulu yang menerjah keluar dari cargo lorinya. Kelam-kabut dia melibas-libas parang panjang dan bila makhluk itu berundur, Pak Amin dapat melihat jelas makhluk persis beruk dengan tubuh berbulu. Tapi dari paras rupa mirip manusia. Makhluk jantan berderam geram melihat ke arah Pak Amin. Macam mana dia tahu jantan sebab jelas dari anatomi tubuh seperti manusia, samalah dengan beruk dewasa di sebelah yang mempunyai anatomi betina.
Dia melibas parang panjang dua tiga kali, barulah beruk-beruk tersebut lari masuk ke dalam hutan dan hilang dari pandangan. Bila line dah clear, Pak Amin periksa cargo hold dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring tak sedarkan diri berserta baju-baju berselerakan. Menurut Pak Amin, kanak-kanak lelaki tersebut tersangat lemah macam tak makan berhari-hari. Bibirnya pecah dan wajahnya pucat.
Dipendekkan cerita, setelah selesai urusan di hospital, Pak Amin membuat laporan polis. Dia diberitahu kanak-kanak yang ditemui mungkin diculik kerana ada kes kanak-kanak dikatakan lemas dalam sungai hampir seminggu yang lalu tapi tak jumpa mayatnya. Pada mulanya Pak Amin serba salah nak cerita takut kena gelak tapi mengenangkan dia mungkin kena syak menculik, dia pun cerita lah.
Ingatkan kena lah sindir ke atau gelak, tapi polis tu tanya.
"Dua beruk dewasa dan dua kanak-kanak kan?"
"Ye tok"
Polis cuma diam dan berpandangan sesama mereka. Kemudian Pak Amin dibenarkan pulang.
Menurut Pak Amin, dia tak pernah cerita kejadian ni kepada sesiapa pun sampailah salah seorang rakannya mati kemalangan ketika buat trip. Kelindan yang terselamat mengatakan mereka diserang oleh sekumpulan monyet yang tiba-tiba masuk kedalam cab melalui tingkap menyebabkan rakan Pak Amin hilang kawalan dan lori masuk gaung.
That happened 15 years after kejadian yang menimpa Pak Amin dan lokasi kejadian tak sampai 1km dari warung Kak Li.
Pak Amin bersara dari jadi truck driver sekitar tahun 1991 kerana masalah kesihatan. Dia cakap pontianak dan langsuir takda apa kalau nak dibandingkan dengan kejadian makhluk beruk itu. That's hands down the weirdest shit that ever happened to him dalam hampir 40 tahun memandu lori.
Dan ya, Pak Amin akhirnya mengakui kepentingan peraturan no passenger during work dan sepanjang kerjanya pada tahun 1975, dia makan free di warung Kak Li selama setahun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|