Mengaku Tak Bersalah Tunggang Melulu[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 1:51 PM [size=0.75em]Nazri diiringi polis semasa dibawa ke mahkamah majistret di George Town.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]GEORGE TOWN: Penunggang motosikal yang terlibat dalam insiden langgar lari sehingga menyebabkan kematian warga emas berusia 58 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret dekat sini. [size=0.98em]Nazri Che Lah, 44, yang bekerja sebagai kru kapal didakwa menunggang motosikal secara melulu sehingga menyebabkan kematian Foo Swee Wah. [size=0.98em]Swee Wah maut dilanggar motosikal tertuduh di laluan pejalan kaki di Jalan Burma dekat Balai Polis Pulau Tikus pada Khamis lalu. [size=0.98em]Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki dalam insiden kira-kira pukul 10.30 pagi itu serta meninggal dunia pada hari sama.
[size=0.98em]Nazri mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian. [size=0.98em]Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin menetapkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan lesen Nazri turut digantung. [size=0.98em]Majistret Muhamad Amin Shahul Hamid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menggantung lesen memandunya, selain menetapkan 29 Mei ini bagi sebutan semula kes.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... IA06tFi6zZacZhee.99
|